Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku 2020 Agama Islam. Show all posts

Thursday, July 18, 2024

Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

No Panggilan : 297.352 MUH. ISBN : 9789674811488

Kategori : Agama Islam (dewasa)

Ringkasan/ Ulasan :

Buku judul Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman (Edisi Terkini) ditulis oleh Saudara Muhd. Kamil Ibrahim berdasarkan pengalaman beliau sendiri mengerjakankan ibadat haji. Pada kulit buku ini juga tercatat ‘terjual lebih 100,000 naskhah’ telah menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini.  

Bab 1 hingga 14 penulis dengan tulus ikhlas berkongsi dan bercerita pengalaman sebenar beliau sebelum mendapat hidayah untuk mengerjakan ibadat haji. Penceritaannya disampaikan secara santai dan mudah dibaca tetapi mempunyai pelbagai pengertian yang tersirat dan tersurat. Misalnya, Bab 9, ‘Bertaubat di Florence’, bagaimana beliau tanpa berputus asa mula berdoa mohon keampunan walaupun belum lagi menjejak kaki di Tanah Suci. 

Secara keseluruhan beliau ingin sampaikan ibadat haji bermula bukan semasa kita berniat dan berpakaian ihram. Bukan pula berakhir sesudah meninggalkan Madinah ataupun Mekah. Pemahaman pada konsep haji melangkaui semata-mata bagi memenuhi rukun Islam yang kelima ternyata dapat mengubah perspektif ibadat haji itu sendiri.

Justeru itu, buku ini dapat memberi manfaat dari segi kesediaan mental dan fizikal, rohani dan jasmani serta zahir dan batin. Selamat membaca!!

Judul : Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman

Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim

Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd

TahunTerbit : 2018

Harga : RM 20.90

Mukasurat : 262

Disediakan Oleh : Zulkepli Bin Haron. Ketua Perpustakaan Daerah. Perpustakaan Awm Daerah Maran.

Tuesday, September 22, 2020

Buku APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL8/2020. Buku Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2020. APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009

NOMBOR PANGGILAN:  297.44. ISBN:  9789675137044. BAHASA:  MALAYSIA. KATEGORI:  AGAMA

Islam adalah agama syumul yang memberikan garis panduan yang lengkap untuk penganutnya melayari kehidupan.  Ini termasuklah garis panduan dalam hubungan sosial.  Hubungan sosial yang dimaksudkan di sini ialah hubungan antara manusia dan manusia lain dan kemanusiaan.

Hubungan sosial ini adalah bertujuan menlidungi diri, mengangkat martabat dan memuliakan, tidak mengundang aib, menjaga hubungan sesama insan,dan menjaga fikrah manusia itu sendiri.  Penulis turut menitipkan dalil-dalil syarak yang berkaitan serta menghuraikan latar belakang dalil tersebut.

Sebermula dengan proses kelahiran manusia itu sendiri hinggalah mencapai usia dewasa dan memikul tanggungjawab dakwah terhadap diri, keluarga dan komuniti di sekitarnya.  Setelah kelahiran seorang bayi ke dunia diriringi lafaz azan di telinga kanak-kanak tersebut yang mempunyai tujuan antara lain supaya perkataan ALLAH adalah menjadi perkataan yang pertama dan terakhir dilafazkan terhadapnya.  Ini juga bertujuan agar syaitan menjauhi dan tidak mendekati kanak-kanak tersebut sentiasa dalam perlindungan ALLAH.

Islam turut menitik beratkan hak-hak umatnya tanpa mengira rakyat marhain atau pemimpin.  Semuanya mempunyai hak yang dilinduingi dan telah dijelaskan sebagai panduan agar tiada pihak yang merasa dirinya teraniaya. Buku ini turut memberi solusi bagaimana bentuk perdamaian dengan orang bukan islam.  Hak-hak orang bukan islam berdamai dengan orang islam. Hak dan kebebasan berpolitik, hak dan persamaan dalam undang-undang, hak dan kebebasan social, hak dan kebebasan ekonomi, hak dan kebebasan belajar, hak dan kebebasan berfikir, hak dan kebebasan tinggal dan bergerak, hak dan kebebasan peribadi, hak keselamatan.

Pengarang :  ZULKIFLY MUDA

Penerbit :  PTISLAMIKA /PTS PUBLICATION  SDN BHD

Tahun Terbit :  2009. Mukasurat :  227

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

Thursday, September 17, 2020

Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Ulasan Buku Ogos 2020. Buku Hadis 40 Imam An-Nawawi / Penyusun Mohd Aiman Az Zuhairi / Pustaka Al Ehsan / 2019

Call No. : 297.124 ISBN : 978-967-0482-200. Bahasa :Bahasa Melayu. Kategori : Agama Islam

Penerbit : Pustaka Al-Ehsan

Tahun Terbit :2019. Harga :Rm13.00. Muka Surat :228

ULASAN: Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 hadis koleksi Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam sebagai Hadith Arba’in Nawawiyyah. Istimewanya hadis-hadis ini merangkumi pokok-pokok ajaran Islam yang telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.Hadis 

1: Setiap amalan bergantung pada niat, 

Hadis 2:Islam, Iman dan Ihsan, 

Hadis 3:Rukun Islam dan dasar-dasarnya yang agung, 

Hadis 4:Tahap penciptaan manusia dan amalan terakhirnya, 

Hadis 5:Melenyapkan kemungkaran dan melenyapkan bidaah dan seterusnya hingga hadis ke 42. 

Sebagai seorang muslim, wajib untuk memahami dan mengamalkan pokok-pokok ajaran Islam tersebut. Disinilah letaknya betapa pentingnya buku ini bagi sesiapa yang mengaku muslim.

Diulas Oleh: Amizan Bin Ramli

[goodreads]

Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

ULASAN BUKU JULAI. Buku Kahwin Bukan Suko-Suko Jo, Jang / Shamsul Debat

TAJUK BUKU : KAHWIN BUKAN SUKO-SUKO JO, JANG

PENGARANG : SHAMSUL DEBAT

ISBN: 987-967-0886-60-2. KATEGORI : AGAMA. MUKA SURAT : 136

Ringkasan/ Ulasan: Buku ini memaparkan impian sebuah keluarga yang tenang dan bahagia.


Dikurnikan pasangan yang ideal, serta anak-anak yang soleh dan solehah, yang bukan sahaja menjadi peneman setia di dunia, malah menjadi pendamping paling rapat di syurga firdaus kelak.


Dalam melangsungkan pernikahan dan melayari bahtera rumahtangga, kita memerlukan ilmu pengetahuian sedari awal memilih pasangan, bertunang, melangsungkan pernikahan, hubungan suami isteri, tanggungjawab sebagai ibu bapa dan seterusnya bersama-sama keluarga kita memimpin tangan menuju ke syurga Firdaus Allah SWT.





DISEDIAKAN OLEH

ZAIWADI BIN AWANG

PEMBANTU PUSTAKAWAN

PAD ROMPIN

Tuesday, September 15, 2020

Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ISBN: 9789672 234098

Kategori: Novel Sejarah Islam

Ringkasan/ Ulasan:

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah iaitu pada 31 Mac 627 Masihi.Perang Khandaq ialah peristiwa pengepungan Madinah. Dinamakan khandaq (parit) kerana pasukah muslimin menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang menyerang Madinah terdiri dari beberapa kabilah Arab,Yahudi dan Habsyi. Kekuatan pihak bersekutu dianggarkan seramai 10,000 orang dan 600 ekor kuda. Manakala pertahanan Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang. Mereka diketuai oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah memberikan kemenangan kepada pasukan muslimin bukan secara mudah dan percuma. Mereka berusaha keras dengan membina sistem pertahanan yang paling canggih pada masa itu. Kepakaran mengatur pasukan dan keberanian menghadapi musuh yang tiada tandingan,ketaatan dan kepatuhan kepada Rasulullah serta peranan pasukan perisik yang berjaya memecah belahkan pihak musuh sangat membantu.

Perang Khandaq juga memberi pangajaran yang Allah pasti memberi pertolongan kepada hambaNYA yang bertakwa. Semasa kekurangan makanan, maka berlaku mukjizat buah kurma yang sedikit dapat dimakan beramai-ramai. Dalam peristiwa Perang Khandaq juga Allah member harapan kepada Rasulullah dan pengikutnya bahawa mereka dapat mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi.

Judul:  Perang Khandaq (Pengepungan Madinah)

Pengarang:  Abdul Latip Talib

Penerbit:  Latip Dan Keluarga Enterprise

Tahun Terbit:  2019. Harga:  RM 36.00. Muka surat: 309 

Disediakan Oleh :Nor Hailah binti Baharom. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awm Daerah Maran

[shopee]

Buku Berbisnes dengan Tuhan / Putera / Rimbunan Islamik Media / 2019

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Berbisnes dengan Tuhan / Putera / Rimbunan Islamik Media / 2019

ISBN:978-967-16994-6-1

Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:

“Tuhan berjanji akan memberikan keuntungan yang besar asalkan kita selalu beramal dengan-Nya. Sekecil-kecil yang kita keluarkan akan dibalas dengan keuntungan yang berlipat ganda. Tidak ada satu pun daripada impian kita yang tidak menjadi realiti jika kita selalu mengingati tuhan. Sekalipun kita ingin berada di bulan, itu bukan hal yang mustahil bagi-Nya.” 

Rezeki ialah salah satu anugerah Tuhan. Manusia diciptakan oleh Tuhan lengkap dengan rezeki masing-masing. Rezeki kita tidak akan bertukar dengan rezeki orang lain. Tanggungjawab manusia ialah menjemput rezeki dengan usaha dan doa. Kejar  berkat rezeki, bukan bilangan semata-mata. Kejar rezeki dengan cara yang halal.

Usah dipandang kuantiti rezeki, namun pandanglah kualiti keberkatan rezeki itu. Usah mencari kesempurnaan, namun sempurnakanlah perkara yang sudah ada dalam tangan. Hakikatnya tidak ada kesempurnaan yang sejati, yang ada hanya keikhlasan menerima segala kekurangan. Semoga kita dimasukkan dalam golongan orang yang bertakwa. 

Semua cerita dalam buku ini ditulis menggunakan perkataan dan ayat yang mudah kita fahami. Penulis berusaha untuk memberi pemahaman kepada pembaca supaya berfikir bagaimana datangnya rezeki. Allah sentiasa memberi rezeki kepada kita.  Kiata sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapat ganjaran Allah. Buku ini boleh memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan.

Judul: Berbisnes dengan Tuhan

Pengarangn: Putera

Penerbit: Rimbunan Islamik media Sdn. Bhd

Tahun Terbit:2019. Harga: RM 24.90. Mukasurat: 224

Disediakan Oleh :Nurulain Binti Mahidin @ Mahasan. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran

[shopee] 

Buku Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya / Haji Abu Mazaya Al-Hafiz / Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd / 2018

ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya / Haji Abu Mazaya Al-Hafiz / Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd / 2018

No Panggilan : 808.882 / ISBN : 9789678605823

Kategori : Sastera (dewasa)

Ringkasan/ Ulasan :

Buku judul Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya ditulis oleh Haji Abu Mazaya Al-Hafiz sangat sesuai dibaca atau ulangkaji untuk persediaan kepada pembaca yang berhasrat untuk menunaikan Ibadah Haji atau Umrah.   

Setiap Bab diperjelaskan tatacara dan dilengkapi doa. Setiap helaian doa dan makna berwarna berlainan mudah untuk dirujuk. Semua gambar dan grafik yang disertakan adalah berwarna.

Justeru itu, saya syorkan sangat sesuai untuk dibaca dan dirujuk sebagai ulangkaji  persediaan untuk menunaikan Ibadah Haji dan Umrah ke Tanah Suci. 

Judul : Panduan Haji, Umrah dan Ziarah; dilengkapi dengan doa dan tatacara pelaksanaannya

Pengarang : Haji Abu Mazaya Al-Hafiz

Penerbit : Al-Hidayah House Of Publishers Sdn. Bhd

TahunTerbit : 2018 / Harga : RM 19.90 / Mukasurat : 244

Disediakan Oleh : Zulkepli Bin Haron. Ketua Perpustakaan Daerah. Perpustakaan Awm Daerah Maran

Friday, September 11, 2020

ULASAN BUKU APRIL 2020. Buku: Rahsia Surah Al- Mulk / Abdul Fatah Zakaria / Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd. / 2018

ISBN: 978 -  967– 15023 – 5 – 8

Kategori:  Agama

Ringkasan / Umum : 


 Buku “Rahsia Surah Al- Mulk” ini wajar dimiliki kerana di dalamnya banyak terkandung pesanan yang arus direnungi setiap mukmin.


Menerusi buku ini, penulis menterjemahkan satu persatu ayat disamping membincangankan makna dan tadabbur untuk dihayati beserta dalil-dalil sokonganyang sahih daripada al-Quran dan hadis Rasullullah S.A.W dengan bahasa yang mudah difahami. 

Pada bahagian awal buku ini disertakan teks qurani yang lengkap bagi Surah Al-Mulk untuk memudahkan pembacaan dan 

Semoga buku ini membawa manfaat yang sebanyak mungkin kepada masayarakat khususnya dalam menghayati dan mengamalkan surah ini .Sebarkanlah segala kebaikan daripada buku iniagar setiap daripada kita mendapat ganjaran yang besar dan berpanjangan daripada Allah SWT.

Judul:   Rahsia Surah Al- Mulk

Pengarang:  Abdul Fatah Zakaria

Penerbit: Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd.

Tahun Terbit: 2018. Harga: RM 22.90. Muka surat: 100

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud

Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah

PAD Pekan PAD Pekan

Wednesday, September 2, 2020

Buku: Tazkirah Makan Dalam Pengarang: Anwar Nursi Penerbit: Publishing House Tahun: 2019

 Buku: Tazkirah Makan Dalam Pengarang:  Anwar Nursi Penerbit: Publishing House Tahun:  2019

ISBN: 9789674813127  No. Pengelasan: 297.57 Kategori:  Agama

Ringkasan/ Ulasan

Kehidupan di dunia ini penuh dengan dugaan, kesabaran adalah penawar bagi segala kesulitan, buku Tazkirah Makan Dalam ini banyak menceritakan kisah kehidupan, kejadian dan peristiwa yang berlaku disekeliling kita. Setiap apa yang terjadi ada hikmahnya. Penulis menghimpunkan didalamnya kisah cinta,  kisah anak remaja, kisah rumah tangga, pasangan hidup serta segala realiti  kehidupan yang benar berlaku.


Penulis begitu bijak mengolah ayat-ayat serta nasihat berpandukan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w, para ulama salafus-soleh serta tokoh-tokoh yang mulia. Setiap kisah yang ditulis dihuraikan dengan penuh bijaksana disertakan dengan nasihat yang berguna.


Saranan saya bacalah buku ini kerana buku ini sangat menarik serta dapat menambah ilmu pengetahuan untuk dijadikan pedoman hidup.


Judul: Tazkirah Makan Dalam

Pengarang:  Anwar Nursi

Penerbit: Publishing House Sendirian Berhad

Tahun Terbit:  2019

Harga: RM18.00

Muka surat: 249

Ulasan oleh:  Juwahi Binti Md Amin, Perpustakaan Desa Siber  Sanggang

Link [ smobookstores ]

Buku: Cinta di Hati Muhammad Pengarang: Miftahul Asrar Malik Penerbit: HR Publishing Tahun Terbit: 2018

Buku: Cinta di Hati Muhammad Pengarang: Miftahul Asrar Malik Penerbit: HR Publishing Tahun Terbit: 2018

ISBN: 9789675391804

No. Pengkelasan: 297.642 MIF

Kategori: Agama

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini menceritakan kisah insan-insan kesayangan Rasulullah. Bermula dengan isteri yang tercinta iaitu Siti Khadijah binti Khuwailid seterusnya Siti Aisyah binti Abu Bakar dan anak baginda Siti Fatimah binti Rasulullah. Penulis mengupas satu-persatu keistimewaan, kelebihan dan kehebatan wanita-wanita ini sepanjang hayat mereka. Ikuti kisah mereka dan kenali mereka dengan membaca buku ini.

Kisah-kisah yang disampaikan dapat memberikan inspirasi untuk menjadi wanita yang hebat seperti mereka.

Judul: Cinta di Hati Muhammad

Pengarang: Miftahul Asrar Malik

Penerbit: HR Publishing

Tahun Terbit: 2018 . Harga: RM25.90. Muka surat: 222. Rating: 4

Ulasan Oleh : Puan Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

[ smobookstores ]

Buku Ubat Bius Sakaratulmaut Penulis Jaafar Salleh

ULASAN BUKU BAGI BULAN FEBRUARI 2020. BUKU Ubat Bius Sakaratulmaut PENULIS Jaafar Salleh

Nama Buku : Ubat Bius Sakaratulmaut 

Mukasurat :  268 mukasurat

Penulis :  Jaafar Salleh

Harga : RM 18.00

No Pengelasan : D 297.385 JAA

Buku ini mendedahkan beberapa peristiwa yang dialami oleh mereka yang telah mati, yang terdiri daripada golongan yang mendapat rahmat Allah SWT.

Peristiwa dan pengalaman mereka pula dapat dijadikan sebagai teladan dan sempadan bagi kita iaitu Malaikat Maut.

Buku ini juga di samping mendedahkan pengalaman alam ghaib yang ditempuhi oleh  mereka yang telah mati, digaris juga beberapa panduan untuk kita agar menyiapkan persediaan untuk hari kematian itu agar kita mendapat rahmat Allah SWT.

Diulas oleh :

Siti Nooor Hasmah Bt Tahir

Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Desa Sungai Lembing

Disemak oleh :

Ahmad Aziddin B Ahmad

Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

[ shopee ]