Thursday, November 15, 2018

Perkongsian Ilmu myPortfolio (1) Apakah MYPORTFOLIO (2) Apakah KANDUNGAN MYPORTFOLIO (3) Apakah DESKRIPSI TUGAS


Perkongsian Ilmu
Tujuan:
Membiasakan diri dengan perkara yang berkaitan

myPortfolio:
PANDUAN KERJA SEKTOR AWAM




SKOP PERKONGSIAN

(1) Apakah MYPORTFOLIO

(2) Apakah KANDUNGAN MYPORTFOLIO

(3) Apakah DESKRIPSI TUGAS




(1)
Apakah MYPORTFOLIO



Berdasarkan
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 2018

yang
MENGGANTIKAN
PKPA Bil. 8 Tahun 1991: 
Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

PKPA Bil 11 Tahun 1991:
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Borang Tindakan Kerja


Tarikh Kuatkuasa: 
12 Julai 2018

Tarikh Akhir Perlu Siap: 
30 November 2018

Rujukan utama adalah
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 2018
setebal 78 mukasurat.

Digunapakai bersama
Surat Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2018.
Panduan Penetapan Tempoh Masa Dalam Carta Aliran Bagi
myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
setebal 9 mukasurat.




KONSEP MYPORTFOLIO
Satu keadah pengurusan ilmu yang memberikan penekanan kepada keupayaan minda penjawat awam dalam kerangka pembelajaran dalam organisasi.

Dijadikan dokument rujukan rasmi yang menjelaskan tugas JAWATAN (bukan PENYANDANG jawatan) termasuk perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan proses kerja yang melibatkan jawatan tersebut.

PENJENAMAAN SEMULA 
MPK FM kepada MPF

Menghasilkan
Pengenalan satu (1) element baru
Memansuhkan tiga (3) komponan
Tambahbaik tujuh (7) aspek

 A
MUKA DEPAN
Jata Negara
Geleran Jawatan (Bukan nama penyandang)
Bahagian / Unit
Alamat pejabat
Maklumat perhubungan
(-No Telefon – No Faks – Sesawang)

B
MAKLUMAT PEGAWAI
Nama
Gelaran jawatan
Gred Hakiki
Tarikh penempatan

DILULUSKAN OLEH
Nama – Gelaran Jawatan – Gred Jawatan – Tarikh

C
JADUAL PENGEMASKINIAN

Bil – Tarikh – Tajuk – Tandatangan Penyelia

Ketua Jabatan perlu memastikan Myportfolio terus ditambahbaik  dan dikemaskini apabila:

berlaku perubahan 
dasar
fungsi 
dan prosedur kerja

D
KANDUNGAN

1. CARTA ORGANISASI
2. CARTA FUNGSI

3. AKTIVITI BAGI FUNGSI
4. DESKRIPSI TUGAS
5. PROSES KERJA 
6. CARTA ALIR 
7. SENARAI SEMAK

8. SENARAI UNDANG-UNDANG, PERATURAN DAN PUNCA KUASA
9. SENARAI BORANG
10. SENARAI JAWATANJUASA YANG DIANGGOTAI


E
FORMAT

Font : Arial

Saiz Font : 12

Jarak Langkau : 1.15

Kedudukan Teks : Justified

Istilah bahasa lain : Italic

No Muka Surat : 


(2)Apakah KANDUNGAN MYPORTFOLIO



1. CARTA ORGANISASI
1.1. Agensi
Nyatakan Gelaran Jawatan

1.2. Bahagian
Nyatakan Nama Unit, Gred Jawatan dan Jumlah Jawatan

2. CARTA FUNGSI
Nyatakan fungsi setiap unit dalam bahagian.

3. AKTIVITI BAGI FUNGSI
Nyatakan Aktiviti Yang Berkait Dengan Jawatan Sahaja.

4. DESKRIPSI TUGAS

a) Maklumat Umum

b) Tujuan Pewujudan Jawatan

c) Akauntabliti

d) Tugas Utama

e) Dimensi

f) Kelayakan Akademik

g) Kompentensi

h) Pengalaman dan Tempoh Kerja


5.PROSES KERJA 6.CARTA ALIR 7.SENARAI SEMAK
(Hendaklah diletakkan secara berturutan bagi setiap aktiviti)

Aktiviti 1:
Proses Kerja
Carta Alir
Senarai Semak

Aktiviti 2:
Proses Kerja
Carta Alir
Senarai Semak

Aktiviti 3:
Proses Kerja
Carta Alir
Senarai Semak

5. Apakah PROSES KERJA
Bil – Tanggungjawab – Proses Kerja – Pegawai Lain Yang Ada Hubungan / Dirujuk – Undang-undang, Peraturan dan Punca Kuasa.

6. Apakah CARTA ALIR DAN 
Tanggungjawab – Carta Alir – Proses Kerja – Tempoh Masa

7. Apakah SENARAI SEMAK
Bil – Tindakan – Tanda (/) – Catatan

(Hendaklah diletakkan secara berturutan bagi setiap aktiviti)


8. SENARAI UNDANG-UNDANG, PERATURAN 
DAN PUNCA KUASA
Nyatakan Rujukan Perundangan, Peraturan dan Punca Kuasa yang berkaitan dengan jawatan.

9. SENARAI BORANG
Bil – Nama Borang – Kod Borang
(Tidak perlu lampirkan borang tersebut)

10. SENARAI JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI
Nyatakan AJK yang dilantik mengikut jawatan 
dan bagi tempoh sekurang-kurangnya satu tahun. 

BUKAN yang dilantik kepada Penyandang.



(3)Apakah DESKRIPSI TUGAS



MENGANDUNGI

a) Maklumat Umum
b) Tujuan Pewujudan Jawatan
c) Akauntabliti
d) Tugas Utama
e) Dimensi
f) Kelayakan Akademik
g) Kopentensi
h) Pengalaman dan Tempoh Kerja


A) MAKLUMAT UMUM
1. Gelaran Jawatan
2. Ringkasan Gelaran Jawatan
3. Gred Jawatan
4. Status Jawatan
5. Hieraki 1 / Bahagian
6. Hieraki 2 / Unit
7. Skim Perkhidmatan
8. Ketua Perkhidmatan
9. Kedudukan Jawatan Di Warant Perjawatan / Surat Kelulusan Perjawatan
10. Bidang
11. Subidang
12. Disediakan Oleh
13. Disemak Oleh
14. Diluluskan Oleh
15. Tarikh Dokument

B) TUJUAN PEWUJUDAN JAWATAN
Dinyatakan dalam satu ayat yang terdapat tiga (3) farsa iaitu:
1. Kata Kerja
2. Objek
3. Hasil

Apakah Kata Kerja
Dibahagikan kepada tiga (3) peringkat

Peringkat 1: Ketua Jabatan/Bahagian/Unit
Peringkat 2: Penyelia / Pengurus Pertengahan
Peringkat 3: Perlaksanaan Operasi

Kata Kerja Peringkat 1
Merancang – Merangka – Menetapkan – Memberikan Khidmat Nasihat – Mengesahkan – Meluluskan – Memperakui – Meneliti – Menganalisa


Kata Kerja Peringkat 2
Menyelaras – Menyemak – Memberikan Khidmat Nasihat – Memantau - Menilai – Meluluskan – Melaksanakan – Memudahcara – Menyediakan – Memperakui – Membantu – Menganalisa – Mengemaskini – Menambah nilai

Kata Kerja Peringkat 3
Membantu – Melaksanakan – Menyediakan – Mengumpul – Merekodkan - Menyunting

Apakah Objek
Merujuk kepada SIAPA atau APA

Apakah Hasil
Jangkaan hasil yang akan dicapai.



C) AKAUNTABLITI
Apa tanggungjawab utama jawatan. Dinyatakan dalam satu ayat yang terdapat tiga (3) farsa: 
1.Kata Kerja 2.Objek 3.Hasil
Disenaraikan mengikut keutamaan.
D) TUGAS UTAMA
Bagaimana akauntabaliti dapat dicapai.
1. Akauntabaliti 1 a) Tugas utama 1
b) Tugas utama 2
c) Tugas utama 3
2. Akauntabaliti 2 a) Tugas utama 1
b) Tugas utama 2
c) Tugas utama 3



E) DIMENSI
Menyatakan JUMLAH perkara yang berada dibawah Akauntabaliti dan Tugas Utama jawatan seperti:

Orang – Kakitangan – Komuniti – Aktiviti – Program – Kenderaan – Peralatan – Peruntukan – Lokasi - 

JIKA
Jawatan yang sama
Bahagian yang sama
Unit yang sama
Akauntabaliti yang sama
Tugas utama yang sama
TETAPI
Dimensi TIDAK sama


F) KELAYAKAN AKADEMIK
Kelayakan akademik / ikhtisas / khas seperti syarat skim perkhidmatan.



G) KOMPENTENSI
Kemahiran, Kecekapan dan kemampuan yang diperlukan untuk menyandang jawatan ini. 
BUKAN kopentensi penyandang sekarang.



H) PENGALAMAN DAN TEMPOH KERJA
Tempoh minima yang diperlukan sebelum menjawat jawatan ini. 
BUKAN pengalaman dan tempoh penyandang sekarang.

Saturday, November 10, 2018

Buku Bajet Bagus Pengarang Ustaz Elyas Ismail Penerbit Grup Buku Karangkraf

Buku Bajet Bagus Pengarang Ustaz Elyas Ismail Penerbit Grup Buku Karangkraf

No Perolehan: ESAN 001322
ISBN: 976-967-86-0868-8
Kategori: 297.57

Ringkasan/ Ulasan

Allah menjadikan Al-Quran sebagai pedoman untuk umat didunia ini. Beruntunglah jika kita bercita-cita untuk menjadi baik namun Allah melarang kita merasakan diri sudah cukup baik. Orang yang berilmu mempunyai tiga tanda iaitu mendekatkan diri kepada Allah, saling mengasihi sesame manusia serta ilmu yang dimiliki dimanfaatkan kepada orang lain.

Jika adanya ilmu menjadikan kita sombong serta suka memperlekehkan orang merasakan diri sudah cukup bagus maka ilmu itu tidak member manfaat kepada seseorang.

Allah menurunkan Al-Quran untuk dijadikan pedoman buat umatnya, banyak ayat-ayat Al-Quran boleh dijadikan penenang jiwa bagi memujuk hati agar dapat membuang sifat-sifat riak dan merasa diri sudah cukup bagus.
Didalam buku Bajet Bagus ini penulis banyak memberikan contoh dakwah Rasulullah serta tips-tips yang sangat berguna untuk dijadikan panduan buat kita dalam mendidik hati agar tidak merasakan diri bajet bagus. Buat semua, buku ini sangat sesuai dibaca dan juga dijadikan koleksi peribadi.

Pengarang: Ustaz Elyas Ismail
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd.
Harga: RM 24.00
Mukasurat: 149
Rating: -
Ulasanoleh : Puan Juwahi Md Amin, PD Siber Sanggang

Friday, November 9, 2018

Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Awam Pahang

Disempurnakan oleh

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pada 12 November 2018 (Isnin)
Bersamaan 4 Rabi├║lawal 1440 Hijrah
Tempat Perpustakaan Awam Pahang

-BUKU ATURCARA
-LOKASI KAMI DARI GOOGLE MAP

Buku Senaman Popular Di Dunia Pengarang Ustaz Raflis Sabirin Penerbit Pustaka Sri Saujana 2018

Buku Senaman Popular Di Dunia Pengarang Ustaz Raflis Sabirin Penerbit  Pustaka Sri Saujana 2018

No Perolehan: 18-001362
ISBN: 978-967-2133-33-9
Kategori: 613.7

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini disajikan secara terperinci kepada pencinta kesihatan untuk diamalkan. Resipi senaman pernafasan yang terkandung di dalam buku ini bertujuan mengekalkan kesihatan minda dan tubuh yang secara tidak langsung membawa kita ke pintu rahmat Ilahi dan melatih diri supaya kita tidak alpa untuk sentiasa berzikir dan memuji  Allah swt pada segenap pergerakan senaman.

Penulis berharap buku ini dapat membantu umat islam yang sebelum ini  terpikat dengan kaedah senaman dari luar negara seperti yoga dan taichi, supaya  ianya dapat dimanfaatkan kerana mencakupi senaman jasmani dan rohani.

Judul: Senaman Popular Di dunia
Pengarang:  Ustaz Raflis Sabirin
Penerbit:  Pustaka Sri Saujana Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2018
Harga: RM21.00
Muka surat: 167
Rating: 2

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid
PD Kerdau

Thursday, November 8, 2018

BUKU Soal jawab agama Akidah PENULIS Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi PENERBIT Fargoes Books 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : ELUI0000908
ISBN: 978-967-459-472-5
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan / Ulasan:

Buku ini  membincangkan pelbagai masalah agama yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat kita. Buku ini menghimpunkan serba sedikit  permasalahan tersebut. Buku ini terbahagi kepada  beberapa  aspek  soal jawab seperti isu kekeluargaan, isu akidah, ibadah, isu politik dan masyarakat, dan juga perubatan Islam.

Setiap soalan dan permasalahan dijawab berdasarkan sumber hukum yang empat iaitu daripada Al-Quran, sunnah, ijma’Tarah ulama dan Qiyas.

Buku ini juga ada membincangkan  tentang kesempurnaan iman, saudara baru dalam Islam, Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Buku ini amat menarik untuk dibaca kerana banyak persoalan yang kita tidak tahu terkandung dalam buku ini. Sebagai contoh,apakah hukum bertaqlid?, apakah hukum menerima  gaji daripada hasil yang haram?.

Secara kesimpulannya, buku ini banyak merungkai  persoalan-persoalan yang kita  sebagai pembaca tidak tahu.

Judul: Soal jawab agama :Akidah
Pengarangn:Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit: Fargoes Books Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 3.90
Mukasurat: 61
Rating: -

Di sediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemakoleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Wednesday, November 7, 2018

Buku Moving Out Pengarang Anie Alja Penerbit Must Read 2017

No Perolehan: 17 - 000934
ISBN: 978-967-2038-15-3
Kategori: 808.889 ANI

Ringkasan/ Ulasan
‘Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kami menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk saya dan anak-anak.

Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke Australia.’

Kewujudan buku ini adalah satu usaha menjawab soalan yang sering ditanya oleh orang sekeliling kepada penulis. Sebuah soalan ringan tetang apa, tetapi jawapannya terarah kepada mengapa dan bagaimana penulis sekeluarga berhijrah ke Australia.

Segala jawapan dapat dirungkai didalam buku ini.

Judul: Moving Out
Pengarang: Anie-Alja
Penerbit: Must Read Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM26.00
Muka surat: 192
Rating: 4

Ulasan Oleh:
Puan Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Buku Sedapnya Donat Pengarang Ruzita Idias Ismail Penerbit Buku Krangkraf 2017

No Perolehan: DTEM 001301/17
ISBN: 978-967-86-0807-7
Kategori: 641.8653 RUZ

Ringkasan/ Ulasan

Sedapnya Donat buku ini menceritakan tentang bagaimana cara untuk mebuat donat yang lembut dan sedap. Ia juga menceritakan donat tidak semestinya bulat ditengah malah pelbagai bentuk boleh dibuat. Kini pelbagai variasi donat dengan deko yang catchy dan menarik.

Malah rasanya juga sudah pelbagai. Dulunya donat dinikmati sebagai sarapan pagi tetapi kini di jadikan hidangan dan cenderahti di majlis-majlis ulangtahun ataupun perkhawinan.

Donat tidak lagi dianggap sebagai makanan ringan semata kerana ia mempunyai aura tersendiri dalam merapatkan lagi hubungan sesama insan. Mengapa saya berkata begitu, kerana donat tidak hanya disukai oleh kanak-kanak malah setiap lapisan umur, bangsa, gender mahupun agama.
Lebih menarik, donat di setiap negara dalam dunia ini saling bersangkutan. Mungkin saja namanya lain, tetapi bentuk, rasa, intinya mungkin saja sama.

Buku ini sangat sesuai dibaca kepada golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Andai sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci cara membuat donat bolehlah mencari atau membaca buku Sedapnya Donat.

Judul: Sedapnya Donat
Pengarang: Ruzita Idias Ismail
Penerbit: Buku Krangkraf Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 26.00
Muka surat: 159
Rating: 4

Ulasan Oleh:
Norasuryanti Binti Abdul Rapar,
PAD Temerloh

Tuesday, November 6, 2018

Buku Lasik untuk jiwa Pengarang Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad Penerbit Galeri Ilmu 2017

No Perolehan: 17 - 001048
ISBN: 978-983-097-643-3
Kategori: 153.8 MUH

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka.

Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

Lasik Untuk Jiwa adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani untuk panduan menjalani hidup kita.

Judul: ‘Lasik’ untuk Jiwa
Pengarang: Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM20.00
Muka surat: 160
Rating: 4
Ulasan oleh: Norjuliana Abdullah, PD Jenderak Loop

Monday, November 5, 2018

BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia 2009

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib
Penerbit PTS Millennia 2009

Umar Al-Khattab
No.Perolehan : ELUR 05304
Call No : 297.648 ALT
ISBN : 978-983-3603-32-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam

Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang disegani iaitu Umar Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada 42 tahun sebelum Hijrah. Beliau berketurunan bani Adi.
Sebelum memeluk Islam, Umar merupakan individu yang keras menentangajaran Islam. Walaubagaimanapun,selepas memeluk agama Islam, beliau merupakan antara individu yang berani dan lantang bagi membela agamayg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Umar Al-Khattab juga banyak menyertai peperangan bersama RasulullahS.A.W antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Umartelah banyak membantu Saidina Abu Bakar dalam bidang pentadbiran. Beliau juga telah menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar wafat.
Antara sumbangan Umar Al-Khattab kepada umat Islam adalah, beliau berjaya meluaskan syiar Islam ke bumi takluk Rom dan Parsi. Selain itu, Umar juga telah membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman Rom.

Seterusnya Saidina Umar juga telah menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru Al-As bagi menakluki Mesir. Beliau juga telah membentuk model negara Islam yang bersistematik sehingga dicontohi oleh negara-negara
barat pada ketika itu. Disamping itu, Umar juga telah memperkenalkan kalendar Hijrah untuk umat Islam dan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu untuk melicinkan pentadbirannya. Tempoh pemerintahannya berlangsung
selama 10 tahun. Akhir sekali, Umar wafat ketika beliau berusia 63 tahun kerana ditikam oleh seorang lelaki majusi ketika mengimamkan solat subuh di Masjid Madinah.


Judul : Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 324
RATING :

Disediakan Oleh :
Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

BUKU Teknik Urus Wang Individu Berkesan Penulis ZULNAIDI YAACOB 2012

ULASAN BUKU OGOS 2018
BUKU Teknik Urus Wang Individu Berkesan Penulis ZULNAIDI YAACOB 2012

ISBN : 978-967-5426-34-6
Call No : 332.024 ZUL
Harga : RM 14.40
Penulis : ZULNAIDI YAACOB
Tahun Diterbitkan : 2012
Penerbit : MUST READ SDN BHD
Bahasa : Melayu

Buku “Teknik Urus Wang Individu Berkesan” adalah sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana mengurus wang masing-masing secara berkesan.Teknik ini mengajar kepada individu yang mempunyai wang yang banyak ataupun individu yang kekurangan wang.

Tidak semua orang tahu menguruskan wang yang berkesan.Bagaimana pentingnya untuk kita mengurus waktu yang terbatas dan usia yang terlalu bernilai,wang juga perlu diurus kerana bagaimana wang itu diperoleh,diurus dan akhirnya kemana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,semuanya merupakan amanah yang akan diperhitungkan di hari kemudian.

Di dalam buku ini terdapat 7 teknik bagaimana mengurus wang yang betul daan berkesan.Melalui buku ini saya ingin mengajak anda memahami bahawa “wang” lebih dari sekadar alat untuk berbelanja.Saya berharap buku ini dapat memberi info tentang bagaimana wang bertingkahlaku.Wang adalah alat yang boleh diurus.Dengan adanya wang,kita boleh memilih sama ada untuk menggunakannya ke jalan yang baik atau jalan yang buruk.Untuk mencapai objektif agar wang dapat digunakan untuk kebaikan,maka wang perlu diurus dengan bijak.

Ulasan oleh,
SUZILAWANA BINTI JAMALUDIN
PERPUSTAKAAN DESA BENTA

Buku TAHFIZ TERBAKAR Pengarang Syasya Ali dan Rashiela Nurain Penerbit Blink Book 2018

Buku “TAHFIZ TERBAKAR” Pengarang  Syasya Ali & Rashiela Nurain
Penerbit Blink Book Sdn. Bhd.
No. Perolehan : 004911
ISBN 97896720400378
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori  : Dewasa

Ringkasan / Ulasan

Buku  “ TAHFIZ TERBAKAR ” ini berkisahkan tentang suatu tragedi  sebuah pusat tahfiz  terbakar pada 2017. Insiden itu mengorbankan 23 mangsa termasuklah guru dan dan pelajar sekolah tahfiz. Paling mengejutkan didapti pesalah laku yang dituduh semuanya berusia 11 tahun – 17 tahun yang sangat mengemparkan Negara .

Tragedi tersebut bukan sahaja  menyayat hati , malah member kesan mendalam buat ramai pihak. Oleh itu  penulis menghasilkan rangka cerita dari inspirasi kisah tersebut dari perspektif guaman dan di tulis kisahnya dari segi fiksyen .

Kisah yang diceritakan ini mengenai Fareeq yang  tercicir dari persekolahan. Oleh sebab hubungan terlalu rapat dengan abang, dia terikut-ikut perangai salahnya. Tidak ke sekolah, berlepak hingga lewat malam , tidak pulang ke rumah dan paling dahsyat terlibat dengan najis dadah.

Bukan itu sahaja , rupa-rupanya mereka juga terlibat dalam kes kebakaran sekolah tahfiz yang melibatkan ramai insan tidak bersalah.
Tujuan kisah ini dibukukan adalah untuk mengingatkan pembaca apabila kita mula terlibat dengan perbuatan nakal, lama-kelamaan kita terbiasa melakukan kejahatan sehingga kita menjadi alpa akibat perbuatan kita. Anggaplah hukuman yang dialami oleh watak menjadi pedoman kepada kita dalam kehidupan.

Walau apa pun dugaan yang berlaku ingatlah Tuhan setia mendengar segala keluhan. Apabila dilukai, jangan terlalu marah hingga berdendam kerana semua manusia pun melakukan kesilapan. Maafkanlah kerana setiap manusia layak diberikan peluang sedangkan Allah Maha Pemaaf sifatnya
Semoga kita sama-sama belajar dari kisah ini.

Judul  : “TAHFIZ TERBAKAR”
Pengarang: SHASYA ALI
Penerbit: Blink Book Sdn. Bhd.
Tahun terbitan:  2018   
Harga: RM 10.00
Mukasurat: 132 ms           
Rating:

Disediakan Oleh :
HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK
(PEMBANTU PUSTAKAWAN S19)

Buku Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim Penerbit Darul Mughni

No Perolehan: ESAN 004671
ISBN: 978-967-0618-39-5
Kategori: 297.18K

Ringkasan/ Ulasan

Solat ialah rukun Islam yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, sebagai seorang Islam yang baligh dan berakal kita diwajibkan menunaikan solat sebanyak lima kali sehari. Agama Islam menyuruh kita mengajarkan solat kepada anak-anak seawall usia tujuh tahun dan jika telah berusia sepuluh tahun tetapi tidak solat lagi maka Islam mengajar kita supaya merotan anak-anak itu sebagai pengajaran.

Buku ‘Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim’ ini sessuai dijadikan panduan buat anak-anak kerana didalam buku ini terdapat panduan yang lengkap mengenai solat, bermula dari persiapan sebelum solat seperti berwuduk dengan sempurna, pergerakan dan bacaan didalam solat serta zikir dan doa selepas solat. Buku ini juga mengajar cara solat berjemaah, solat bagi orang sakit, solat jamak dan qasar serta solat sunat yang lain.

Buku ini sangat bermanfaat untuk pembaca khas untuk kanak-kanak. Selain isinya yang padat kulit buku ini juga menarik bersertakan ilustrasi yang berwarna-warni.

Judul: Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim
Pengarang:-
Penerbit: Darul Mughni Trading
Harga: RM 18.32
Muka surat: 97
Rating: 5

Ulasan oleh:
Puan Juwahi bt. Md Amin,
Perpustakaan Desa Siber Sanggang

Buku Amirul Budak Sudan Pengarang Roza Roslan Penerbit Galeri Ilmu 2017

No Perolehan: 17-001031
ISBN: 978 983-097-651-8
Kategori: 306.8743

Ringkasan/ Ulasan

Buku yang bertajuk Amirul Budak Sudan ini mengisahkan seorang anak yang berkelana jauh ke benua Afrika untuk menyambung pelajaran di Negara Sudan yang bahasa Arabnya merupakan bahasa Arab tinggi. Tetapi bersekolah di sekolah yang serba serbi kekurangan.

Namun anak Malaysia ini seorang remaja yang berhati cekal, ditinggalkan oleh orang tuanya di Sudan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Tiga tahun menjadi anak dagang menjadikannya sebuah perjalanan yang mahal yang perlu dibayar untuk memenuhi impian mama dan ayahnya, sedangkan dia terpaksa memendam rasa dengan impaian dan cita-cita sendiri yang mahu digapainya.

Judul: Amirul Budak Sudan
Pengarang:  Roza Roslan
Penerbit:  Galeri Ilmu
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM35.00
Muka surat: 308
Rating: 4
Ulasan oleh:  Norzini binti Majid PD Kerdau

Thursday, November 1, 2018

Buku Bencana Dari Sempadan: Fakta dan cerita kejatuhan Malaya Jilid 1 Pengarang WS Uzala Penerbit Latar Ilmu 2012

Buku Bencana Dari Sempadan: Fakta dan cerita kejatuhan Malaya Jilid 1 Pengarang WS Uzala Penerbit Latar Ilmu 2012
No Perolehan: 13-05715
ISBN: 978-967-0105-15-4
Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan

Sebuah buku yang mengisahkah cerita kejatuhan dan penjajahah Malaya kepada pihak Jepun pada tahun 1941-1945 semasa Perang Dunia Kedua.
     
Bermula penaklukkan Jepun ke atas Malaya dari utara apabila artileri darat,laut dan udara Jepun telah berjaya mendarat di Pantai Singora (sekarang Songkla) pada pukul 4.00 pagi di Pantai Singora (sekarang Singora).
     
Buku ini menceritakan serangan tentara Jepun di Perlis, Kedah dan Perak berdasarkan fakta daripada penduduk di negeri tersebut.
     
Kesimpulannya buku amat sesuai untuk rujukan pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengimbau bagaimana penyeksaan,cengkaman,kebuluran,pendaifan dan pejuangan tentera British dan Melayu mempertahankan tanah air dari tahun 1941-1945.

Judul: Bencana Dari Sempadan
Pengarang: W. S. Uzala
Penerbit: Penerbitan Latar Ilmu, Kuala Terengganu, Terengganu
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM60.00
Muka surat: 68
Rating: 5

Ulasan Oleh: Lizune a/l Met
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

BUKU Kembara Teladan Pengarang UCHOT Penerbit Humaira 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan: DMAR 18-005059
ISBN: 978-983-0714-3
Kategori: Kesihatan

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan fokus utama terhadap penyakit kanser kolorektal. Pengalaman berharga yang ditimba dalam dunia pembedahan kolorektal memberikan inspirasi kepada para penulis untuk menterjemahkannya menjadi suatu bentuk bacaan yang boleh  menjadi sumber maklumat  dan ilmu buat masyarakat di luar sana.

tanpa disedari, kanser kolorektal telah menjadi antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Bermula dari pengenalan kepada kanser kolorektal sehinggalah langkah pencegahan, setiap isi diulas dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

Turut diselitkan bersama-sama ialah cerita pendek yang telah diadaptasi daripada pengalaman sebenar pesakit kanser kolorektal dengan harapan mampu menyuntikkan semangat kepada pesakit dan ahli keluarga untuk terus melawan penyakit kanser kolorektal ini.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN
PAD MARAN DAERAH MARAN

BUKU Menyusu Si Permata Hati PENULIS Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia 2006 RM29

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : 06-07637
No Panggilan : 649.33 MEN
ISBN: 9833372392
Kategori: Dewasa

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian utama, setiap bahagian mengandungi beberapa bab yang merangkumi aspek-aspek berkaitan pengalaman penyusuan pada peringkat tertentu.

Dalam setiap bab terdapat pelbagai cerita ibu-ibu yang berpengalaman serta khidmat nasihat pakar. Buku ini mempunyai wawasan bagi memberikan gambaran positif kebaikan susu ibu lantas mempromosikan penyusuan susu ibu secara khusus atau eksklusif.

Selain daripada itu, diselitkan juga petua-petua tradisional dan perubatan moden bagi mengatasi cabaran dan masalah yang timbul semasa menyusu.

Sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang bercadang membari atau pun meneruskan penyusuan badan secara eksklusif kepada permatahati. Buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca.

BUKU Menyusu Si Permata Hati
Pengarang: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2006
Harga: RM 29.90
Mukasurat: 170
Rating: -

DisediakanOleh :                             Disemakoleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran