Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bentong 2018. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAD Bentong 2018. Show all posts

Sunday, December 9, 2018

BUKU Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 Pengarang: Jazlina Syahrul Penerbit: Kata-Pilar Books

Ulasan Buku PAD Bentong bil.12/2018
BUKU Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 Pengarang: Jazlina Syahrul Penerbit: Kata-Pilar Books

No. Perolehan : DBEN 001423
Call No : 808.882/jaz
ISBN : 978-967-2014-09-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Bahasa

Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang kisah benar beberapa  orang doktor berdepan dengan pelbagai jenis pesakit dan juga pelbagai jenis penyakit. Merek menceritakan bagaimana cara mereka menangani masalah dengan pesakit dengan cara baik.

Untuk keterangan lanjut,anda bolehlah dapatkan buku ini dan baca. Saya dapat rasakan pengalaman yang indahsemua doktor-doktor ini bertemu dengan pesakit. Dapatkan buku ini di perpustakaan yang berhampiran dengan anda.

Judul : Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0
Pengarang : Jazlina Syahrul
Penerbit : Kata-Pilar Books
Tahun Terbit : Februari 2017
Harga : RM28.00
Muka Surat : 222
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Yusniza Mohamad Arris
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Tuesday, December 4, 2018

Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Abu Ubaidah Penakluk Parsi
No.Perolehan : ELUR 09-000224
Call No : 297 ABD
ISBN : 978-967-5136-21-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam
Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yg iaitu AbuUbaidah Al-Jarrah. Beliau juga merupakan salah satu daripada sembilan panglima perang yang hebat dalamsejarah Islam. Abu Ubaidah dilahirkan di Mekah pada tahun 582 Masihi. Selain itu, Abu Ubaidah juga antara 10orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijamin masuk syurga. Semasa Rasulullah S.A.W masih hidup,Abu Ubaidah pernah dilantik sebagai utusan ke Najran. Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah melantik AbuUbaidah untuk memimpin sepasukan tentera di persisiran pantai Laut Merah. Beliau juga pernah menyertai peperangan bersama Rasulullah, antaranya Perang Badar dan Perang Uhud.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah pernah dicalonkan untuk menjadi khalifah. Namun beliau menolak dan menyokong pelantikan Abu Bakar as-Siddiq. Semasa pemerintahan Abu Bakar, Abu Ubaidah pernah dilantik untuk menjaga baitulmal. Selain itu, pada tahun 12 Hijrah beliau pernah dilantik untuk memimpin tentera Islam menuju ke Hims. Abu Ubaidah juga pernah menyertai peperangan di Yarmuk dan menggantikan Khalid Al-Walid sebagai pemimpin tentera Islam.

Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah telah banyak membebaskan kawasan pemerintahan Rom. Antaranya Kota Hims, Syam, Antakiah dan lain-lain. Selain itu, Abu Ubaidah juga pernah memimpin tentera Islam untuk menakluk Baitulmaqdis. Selepas menakluki Syam, Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaidah sebagai Gabenor di Syam. Akhir sekali Abu Ubaidah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah akibat wabak taun. Beliau dikebumikan di Baisan, Syam.

Judul : Abu Ubaidah Penakluk Parsi
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 27.90
Muka Surat : 346
RATING :

Disediakan Oleh : Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

Monday, November 5, 2018

BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia 2009

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib
Penerbit PTS Millennia 2009

Umar Al-Khattab
No.Perolehan : ELUR 05304
Call No : 297.648 ALT
ISBN : 978-983-3603-32-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam

Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang disegani iaitu Umar Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada 42 tahun sebelum Hijrah. Beliau berketurunan bani Adi.
Sebelum memeluk Islam, Umar merupakan individu yang keras menentangajaran Islam. Walaubagaimanapun,selepas memeluk agama Islam, beliau merupakan antara individu yang berani dan lantang bagi membela agamayg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Umar Al-Khattab juga banyak menyertai peperangan bersama RasulullahS.A.W antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Umartelah banyak membantu Saidina Abu Bakar dalam bidang pentadbiran. Beliau juga telah menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar wafat.
Antara sumbangan Umar Al-Khattab kepada umat Islam adalah, beliau berjaya meluaskan syiar Islam ke bumi takluk Rom dan Parsi. Selain itu, Umar juga telah membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman Rom.

Seterusnya Saidina Umar juga telah menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru Al-As bagi menakluki Mesir. Beliau juga telah membentuk model negara Islam yang bersistematik sehingga dicontohi oleh negara-negara
barat pada ketika itu. Disamping itu, Umar juga telah memperkenalkan kalendar Hijrah untuk umat Islam dan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu untuk melicinkan pentadbirannya. Tempoh pemerintahannya berlangsung
selama 10 tahun. Akhir sekali, Umar wafat ketika beliau berusia 63 tahun kerana ditikam oleh seorang lelaki majusi ketika mengimamkan solat subuh di Masjid Madinah.


Judul : Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 324
RATING :

Disediakan Oleh :
Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

Thursday, August 23, 2018

BUKU Ingin Hidup 4000 Tahun PENULIS Muhammad Abu Anwar PENERBIT PT Aqwam Media Profetika 2010 RM25

ULASAN BUKU PAD BENTONG - BIL. 8/2018
BUKU Ingin Hidup 4000 Tahun PENULIS Muhammad Abu Anwar PENERBIT PT Aqwam Media Profetika 2010 RM25
No. Perolehan : 000055/15
Call No: MUH (297.41)
ISBN: 9789790390782
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama
Ulasan:

Buku Ingin Hidup 4.000 Tahun? Mengupas tentang amalan-amalan yang dapat dilakukan oleh manusia sebagai hamba di sisi Allah SWT dalam erti kata hakiki atau secara maknawi akan memberikan imbuhan pahala yang berpanjangan.

Antara amalan-amalan yang dituntut bagi mendapat pahala seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT ialah Mengerjakan solat berjamaah di masjid, solat sunat, solat dhuha, mengerjakan ibadah haji di Baitullah, menjadi Muazinatau Menjawab Seruan Azan, Puasa, jihad fi Sabilillah, Zikir, Istighfar.

Selain dari itu, amalan-amalan yang dijanjikan pahalanya terus mengalir setelah kita meninggal dunia adalah seperti mengajarkan Ilmu kepada sesame manusia, menjadi anak yang soleh, mewakafkan harta (Sedekah Jariyah).

Buku ini juga menceritakan bagaimana cara untuk melakukan segala amalan yang dituntut satu persatu dengan jelas agar kita dapat menjaga amalan tersebut dan melazimi agar menjadi kebiasaan.

Amalan-amalan yang dinyatakan haruslah berterusan dilakukan dan haruslah ditinggalkan segala larangan-larangan agar pahala yang dikutip tidak menjadisia-sia.

Buku PAD Bentong Bil. 8/ 2018

Judul :Ingin Hidup 4.000 Tahun?
Pengarang:Muhammad Abu Anwar
Penerbit:PT Aqwam Media Profetika
TahunTerbit:2010
Harga :RM 25.00
MukaSurat:125
Rating :7/10

Disediakan Oleh :
Halid bin Zainal
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Tuesday, August 7, 2018

BUKU INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT PENULIS Dato Ismail Kamus DAN Mohd Azrul Azlen Ab Hamid RM55

BUKU INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT PENULIS Dato Ismail Kamus DAN Mohd Azrul Azlen Ab Hamid RM55
TAJUK BUKU : INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT : Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat. Buku ini merupakan buku panduan fardu ain lengkap bergambar untuk saya , seisi keluarga, masyarakat dan umat Islam yang ingin belajar dengan cara yang betul dan tertib.(fardu kifayah).

Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah.Setiap amalan yang hendak dibuat  diajar mengikut turutan demi turutan  supaya mudah difaham oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia.

Panduan hidup yang disediakan oleh ALLAH SWT dipanggil  syariat dan mempelajarinya adalah fardhu ain dan menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mempelajarinya hingga ke akhir hayat.

Penulis
: Dato' Ismail Kamus
: Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Kod Katalog
: TBBK 1097

Kod ISBN
:  978-983-5102-30-1

Harga
: Semenanjung M'sia - RM55.00
: Sabah / S'wak - RM57.00

Mukasurat: 308 muka surat

DISEDIAKAN OLEH:
ARMAH ABAS
PD.FELDA KEMASUL.

Tuesday, July 10, 2018

BUKU Untunglah Malaysia Masih Aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2017

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 4/2018
BUKU Untunglah Malaysia Masih Aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2017

TAJUK BUKU:  Untunglah Malaysia masih aman
PENGARANG:  Khairul Abdullah
NO. PEROLEHAN:  EJAM 000920
NO. PANGGILAN:  306.09595
ISBN:  978-967-2062-15-8
BAHASA:  Melayu
KATEGORI:  Sains kemasyarakatan

ULASAN
Pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘Jauh perjalanan luas pemandangan.’  Pun begitu jika kita mempunyai kemampuan bolehlah menimba pengalaman di negeri orang.  Pengarang mengajak pembaca untuk berkongsi pengalaman dan berfikir sejenak kiasan dan sindiran tajam yang dikemukakan sebagai sajian untuk pembaca.  Buku ini adalah cerminan kelakuan atau sikap, cara kita hidup bermasyarakat dan dan jatidiri masyarakat Malaysia hari ini. 

Secara sinis buku ini menegur sikap bangsa Malaysia.  Dalam bab dua yang diberi tajuk “Tuan Besar’, pengarang menegur sikap Rakyat Malaysia yang terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing, walhal kerja tersebut lebih elok dan selamat serta menjimatkan jika dilakukan sendiri.  Betapa semua berlumba-lumba nak jadi bos dan terjadilah lambakan buruh asing.  Nah!, ini baru menepati tagline ‘Malaysia Truly Asia’.  Macam Astro juga ‘macam-macam ada.’   Dibandingkan dengan rakyat Jepun mereka melakukan semua perkerjaan dari yang kecil sehingga yang besar.  Dari pekerja pembersihan sehinggalah jawatan CEO.  Tapi rugilah bangsa Jepun kerana mereka tak dapat melihat perangai rakyat asing.  Untuk melihat ragam mereka, rakyat Jepun sudah barang tentu kena melancong ke Nepal, Indonesia dan Bangladesh. 

Sebuah lagi Negara maju yang mempunyai sikap seperti rakyat Jepun adalah Jerman.  Perkerjaan tukang sapu, pembersih tandas, pengangkat sampah semua dilakukan sendiri.  Nah rugi juga rakyat Jerman tidak merasa menjadi tuan besar di negara sendiri.  Apabila semua kerja dilakukan sendiri maka tidak dapatlah mereka berborak-borak kosong di kedai kopi seharian sambil melayari internet atau merempit sepanjang malam seperti apa yang rakyat Malaysia lakukan.  Mereka juga keletihan kerana semua kerja dibuat sendiri jadi semua kedai ditutup seawal jam 7.00 malam dan komplek membeli belah ditutup seawal jam 8.00 malam.  Ini bagi memberi peluang kepada rakyat Jerman untuk berehat .  Hari ahad semua kedai ditutup bagi memberikan rehat secukupnya bagi memulakan tugas pada hari isnin.  Bertambahlah kerugiannya di situ.  Kalau boleh kerja yang besar-besar seperti CEO pun diberikan kepada warga asing.  Maklumlah ilmu belum cukup untuk kendalikan syarikat besar-besar.  Jadi kalau tak ada rakyat asing ini maka lumpuhlah ekonomi negara.

Dalam bab 21 di bawah tanjuk ‘Nasib Pokok’ pengarang membuat perbandingan mengenai layanan kita kepada tumbuhan.  Pokok di luar Negara mendapat layanan yang setimpal dan lebih dikasihi.  Diletakkan di bawah undang-undang khas.  Menjadi teman penyeri ketika perayaan dihiasi dan dilindungi dari cuaca.  Tidak seperti pokok di Malaysia nasibnya seperti nasib tiang-tiang lampu dan telefon.  Di conteng, dipaku dengan segala bunting dan nombor telefon lori terpakai hendak dijual dan sebagainya.  Ya pokok-pokok di Malaysia membuat lebih pahala dan menjalankan tugas pengiklanan percuma.

Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 2/2018

Pengarang :  Khairul Abdullah
Penerbit :  Komrad Buku
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  167
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Ismail Mohamed
   Pembantu Operasi
   PAD Bentong

BUKU Asas Pengurusan Perpustakaan PENULIS Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor PENERBIT ITBM Institut Terjemahan 2017

PAD BENTONG – BIL 5/2018
BUKU Asas Pengurusan Perpustakaan PENULIS Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor PENERBIT ITBM Institut Terjemahan 2017

TAJUK BUKU :  Asas Pengurusan Perpustakaan
PENGARANG:  Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor
NOMBOR PEROLEHAN:  EJAM 000935
NOMBOR PANGGILAN:  025.1
ISBN:  978-967-460-405-9
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  Karya Am



ULASAN :
Asas Pengurusan Perpustakaan menggariskan dengan jelas fakta mengenai pengurusan Perpustakaan yang baik.   Terdapat 5 jenis perpustakaan iaitu Perpustakaan Negara atau Nasional, Perpustakaan Akademik, Perpustakaan Awam, Perpustakaan Khas dan Perpustakaan Sekolah.  Keterangan mengenai setiap jenis perpustakaan disediakan dari pelbagai aspek, iaitu kos, peranan, kemudahan yang ditawarkan, koleksi dan lokasi.

Peranan sebagai Pengurus Perpustakaan diterangkan iaitu sebagai perancang, pengorganisasian, memimpin dan memantau.  Peranan sebagai seorang Pustakawan  yang melibatkan tiga aspek kerja iaitu Perhidmatan pengguna, perkhidatan teknikal atau perkhidmatan pentadbiran. 

Jenis koleksi perpustakaan terdiri dari buku, terbitan bersiri, kertas persidangan, keratan akhbar, peta, koleksi media elektronik, manuskrip, koleksi khas dan pengkalan data komersial.

Perkhidmatan yang disediakan pula terbahagi kepada 3, perkhidmatan untuk orang awam, penerbit dan perpustakaan.  Pekhidmatan untuk orang awam termasuklah perkhidmatan rujukan, pinjaman bahan, perkhidmatan digital, zon siber, pendaftaran keahlian, perkhidmatan bilik karel, perkhidmatan fotokopi, gerakan literasi maklumat, sesi pendidikan pengguna dan perkhidmatan maklumat komuniti.  Pekhidmatan untuk penerbit permohonan International Standard Serial Number (ISSN), Pengkatalogan Dalam Penerbitan dan Permohonan International Standard Book Number (ISBN)

Seperti kebanyakan organisasi atau perpustakaan mempunyai visi sebagai ‘Peneraju pembangunan, perkhidmatan dan kepimpinan perpustakaan bertaraf dunia’.  Misi perpustakaan untuk ‘Memimpin dalam pembangunan Perpustakaan dan perkhidmatan Maklumat’.  Menjadi pusat kecemerlangan Warisan Intelek Negara.

Pengurusan Perpustakaan dan bahagian pentadbiran bertanggungjawab memastikan kapasiti operasi dan kecemerlangan melalui perancangan yang strategic.  Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan kakitangan, menyediakan modul latihan bersesuaian, menyemai sikap berkerjasama dan berpasukan, prihatin masalah petugas bawahan, sistem penyampaian dan saluran komunikasi berkesan. 

Buku ini turut memberi perhatian bagaimana memproses koleksi bahan perpustakaan.  Bagi memudahkan proses mencari bahan dalam kuantiti yang besar penggunaan katalog dapat membantu pengguna memilih bahan yang dirasakan paling sesuai.

Perkhidmatan sesebuah perpustakaan merupakan kemudahan yang berupaya menyumbang secara berkesan pembentukan masyarakat berbudaya ilmu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.  Penulis turut menyelitkan bagaimana pengurusan bajet yang berkesan untuk sesebuah perpustakaan.  Keselamatan koleksi juga diberi perhatian dan keutamaan.  Ini termasuklah keselamatan pengguna dan kakitangan.

Tidak lengkap seandainya buku ini tidak menyentuh berkaitan persaingan antara bahan bacaan manual dan perkhidmatan digital.  Pun begitu kecanggihan teknologi tidak diukur dari aspek persaingan sahaja.  Kemajuan teknologi komunikasi ini turut membantu dalam penyebaran ilmu secara digital. 

Biarpun disentuh secara ringkas, semua aspek asas pengurusan sesebuah perpustakaan telah digarap dengan baik untuk pembaca menyediakan pengetahuan bagi pengurusan yang berkualiti.

Pengarang :  Nooraini Ismail dan Yushiana Mansor
Penerbit :  ITBM Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  108
Rating :  8/10
Disediakan oleh :  Juriah binti Mohamed
   Pembantu Pustakawan
PD Jambu Rias

Friday, June 22, 2018

BUKU Untunglah Malaysia masih aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2018

BUKU Untunglah Malaysia masih aman PENULIS Khairul Abdullah PENERBIT Komrad Buku 2018

(PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 1/2018)

TAJUK BUKU :  Untunglah Malaysia masih aman
PENGARANG :  Khairul Abdullah
NO. PEROLEHAN :  EJAM 000920
NO. PANGGILAN :  306.09595
ISBN :  978-967-2062-15-8
BAHASA :  Melayu
KATEGORI :  Sains kemasyarakatan
ULASAN :

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa ‘Jauh perjalanan luas pemandangan.’  Pun begitu jika kita mempunyai kemampuan bolehlah menimba pengalaman di negeri orang.  Pengarang mengajak pembaca untuk berkongsi pengalaman dan berfikir sejenak kiasan dan sindiran tajam yang dikemukakan sebagai sajian untuk pembaca.  Buku ini adalah cerminan kelakuan atau sikap, cara kita hidup bermasyarakat dan dan jatidiri masyarakat Malaysia hari ini.

Secara sinis buku ini menegur sikap bangsa Malaysia.  Dalam bab dua yang diberi tajuk “Tuan Besar’, pengarang menegur sikap Rakyat Malaysia yang terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing, walhal kerja tersebut lebih elok dan selamat serta menjimatkan jika dilakukan sendiri.  Betapa semua berlumba-lumba nak jadi bos dan terjadilah lambakan buruh asing.  Nah!, ini baru menepati tagline ‘Malaysia Truly Asia’.  Macam Astro juga ‘macam-macam ada.’   Dibandingkan dengan rakyat Jepun mereka melakukan semua perkerjaan dari yang kecil sehingga yang besar.  Dari pekerja pembersihan sehinggalah jawatan CEO.  Tapi rugilah bangsa Jepun kerana mereka tak dapat melihat perangai rakyat asing.  Untuk melihat ragam mereka, rakyat Jepun sudah barang tentu kena melancong ke Nepal, Indonesia dan Bangladesh.

Sebuah lagi Negara maju yang mempunyai sikap seperti rakyat Jepun adalah Jerman.  Perkerjaan tukang sapu, pembersih tandas, pengangkat sampah semua dilakukan sendiri.  Nah rugi juga rakyat Jerman tidak merasa menjadi tuan besar di negara sendiri.  Apabila semua kerja dilakukan sendiri maka tidak dapatlah mereka berborak-borak kosong di kedai kopi seharian sambil melayari internet atau merempit sepanjang malam seperti apa yang rakyat Malaysia lakukan.  Mereka juga keletihan kerana semua kerja dibuat sendiri jadi semua kedai ditutup seawal jam 7.00 malam dan komplek membeli belah ditutup seawal jam 8.00 malam.  Ini bagi memberi peluang kepada rakyat Jerman untuk berehat .  Hari ahad semua kedai ditutup bagi memberikan rehat secukupnya bagi memulakan tugas pada hari isnin.  Bertambahlah kerugiannya di situ.  Kalau boleh kerja yang besar-besar seperti CEO pun diberikan kepada warga asing.  Maklumlah ilmu belum cukup untuk kendalikan syarikat besar-besar.  Jadi kalau tak ada rakyat asing ini maka lumpuhlah ekonomi negara.

Dalam bab 21 di bawah tanjuk ‘Nasib Pokok’ pengarang membuat perbandingan mengenai layanan kita kepada tumbuhan.  Pokok di luar Negara mendapat layanan yang setimpal dan lebih dikasihi.  Diletakkan di bawah undang-undang khas.  Menjadi teman penyeri ketika perayaan dihiasi dan dilindungi dari cuaca.  Tidak seperti pokok di Malaysia nasibnya seperti nasib tiang-tiang lampu dan telefon.  Di conteng, dipaku dengan segala bunting dan nombor telefon lori terpakai hendak dijual dan sebagainya.  Ya pokok-pokok di Malaysia membuat lebih pahala dan menjalankan tugas pengiklanan percuma.

Pengarang :  Khairul Abdullah
Penerbit :  Komrad Buku
Tahun Terbit :  2017
Mukasurat :  167
Rating :  8/10

Disediakan oleh :  Ismail Mohamed
   Pembantu Operasi
PAD Bentong

Monday, April 30, 2018

BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

ULASAN BUKU PD SIMPANG PELANGAI – BIL. 1/ 2018
BUKU Lafazkan Kalimah Cintamu PENULIS Siti Rosmizah PENERBIT SR Publication 2010 RM26

No. Perolehan : EPEL 000089
Call No : F SIT (899.2333)
ISBN : 9789675822001
Bahasa : Melayu
Kategori : Fiksyen Melayu
Ulasan :

Buku Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan seorang  gadis yang cantik, menarik dan pintar yang bernama Tengku Aqialah yang telah disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri iaitu Tengku Hisham. Tengku Hisham  membuang Tengku Aqilah kerana tidak boleh menerima dan menganggap kematian isterinya yang tersayang yang mengidap adalah berpunca dari melahirkan Tengku Aqilah. Begitu juga kakak Tengku Aqilah iaitu Tengku Natasha yang sering dimanjakan ayahnya dan menganggap Tengku Aqilah adalah orang asing di dalam keluarga tersebut.

Daripada peristiwa itu, berbagai-bagai hal dan tindakan buruk telah dilakukan terhadap Tengku Aqilah sehingga beliau membawa diri dan belajar di luar negara sehingga tamat belajar. Sekembalinya ke tanah air, beliau cuba untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan ayah dan kakak beliau serta bapa saudaranya. Bermula dari itulah berbagai rintangan beliau terpaksa hadapi.

Kakak beliau, Tengku Natasha yang sememangnya dimanjakan oleh Tengku Hisham amat berdendam dengan Tengku Aqilah. Tengku Natasha berlagak baik dengan mengambil adiknya itu bekerja di pejabat keluarga mereka dan bertujuan memalukan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai Penyambut Tetamu. Tengku Natasha juga berharap semua staf di pejabat akan memandang rendah dan memperkecilkan keupayaan Tengku Aqilah yang dianggap telah gagal belajar di luar negara.

Tengku Ryan Ameer merupa sepupu Tengku Natasha dan Tengku Aqilah yang bekerja di tempat yang sama. Beliau sangat membenci Tengku Aqilah. Apatah lagi selama ini sering diberitahu perkara-perkara buruk sahaja tentang Tengku Aqilah. Berbagai peristiwa dan hal-hal buruk dikenakan kepada Tengku Aqilah untuk menggambarkan api kebencian mereka terhadap Tengku Aqilah. Hanya airmata derita dan sedih sahaja mengiringi hidup Tengku Aqilah sepanjang bertugas di tempat itu.

Dugaan untuk Tengku Aqilah belum berakhir lagi apabila beliau diwasiatkan untuk dijodohkan dengan Tengku  Ryan Ameer yang pada tersebut juga menyintai Tengku Natasha. Ujian semakin getir buat Tengku Aqilah. Berbagai cacian, airmata dan kebencian dipamerkan sepanjang hidup bersama suami beliau.

Berkat kesabaran dan bantuan daripada sahabatnya Sherry, Shafiq, Azrul Botak dan pembantu rumah beliau iaitu Kak Kembong, beliau berjaya mengembalikan kasih sayang ayahnya kembali. Tengku Natasha juga mendapat pengajaran sepanjang perkahwinan adik beliau walaupun pada waktu yang sama Tengku Aqilah telah disahkan mengidap penyakit kanser seperti arwah ibu beliau.

Akhirnya kesedihan dan kecekalan hati yang dialami Tengku Aqilah telah membuka pintu hati ayah, suami, kakak untuk menerima dan menyayangi beliau sepenuh hati beliau.

Judul : Lafazkan Kalimah Cintamu.
Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : SR Publication
Tahun Terbit : 2010
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 811 ms
Rating : 8/10

Disediakan Oleh :
Liza binti Che Omar
Pembantu Perpustakaan
Desa Simpang Pelangai

Tuesday, February 20, 2018

BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Pustaka Al Ehsan 2017

ULASAN BUKU PAD BENTONG Bil. 2/2018
BUKU Di Balik Tabir Kematian PENULIS Imam Al-Ghazali PENERBIT Pustaka Al Ehsan 2017

No. Perolehan : DBEN 000969
Call No : 297.23 / GHA
ISBN : 978-983-3764-77-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan
Buku ini banyak menceritakan tentang saat datangnya
sakaratul maut, saat itu apa yang perlu kita lakukan. Selain mengenai saat kematian, buku ini juga menceritakan tentang keadaan pada hari Kiamat, saat sangkakala ditiup, bagaimana keadaan kita pada masa itu, Padang Mahsyar serta tentang Syurga dan Neraka Allah.

Buku ini memang banyak meluaskan pengetahuan saya tentang rahmat Allah yang tidak boleh kita sangkalkan lagi. Semoga buku ini akan memberi pelajaran dan pengajaran kepada kita semua.

Dapatkan buku ini di perpustakaan yang berhampiran dengan anda.


Judul : Di Balik Tabir Kematian
Pengarang : Imam Al-Ghazali
Penerbit : Pustaka Al-Ehsan
Tahun Terbit : 2017
Harga : RM 39.90
Muka Surat : 364
RATING : 5/5

Disediakan Oleh
Yusniza Mohamad Arris
Pembantu Perpustakaan Awam Daerah Bentong

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.