Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 24, 2018

BUKU: 141 RESEPI MASAKAN IKAN AIR TAWAR Penulis: Suraya Idris

Buku 141 RESEPI MASAKAN IKAN AIR TAWAR ini menyediakan 141 resepi memasak ikan air tawar.Setiap satu resepi menyenaraikan bahan, cara membuat, kuntiti hilangan dan resepi di dalam buku ini turut meliputi jumlah kalori, protein, lemak, karbohidrat dan kolesterol yang sangat berguna untuk panduan pembaca.
Buku ini terdiri daripada 5 fokus resepi ikan air tawar seperti ikan talipia, ikan lampam dan  ikan talipia hitam, ikan keli dan belut, ikan patin serta yang terakhir ikan haruan, ikan seluang dan ikan baung.

Panduan untuk membeli dan memilih ikan segar turut dikongsikan oleh penulis. Turut dikongsikan cirri-ciri udang segar dan kerang segar. Panduan penyimpanan ikan segar turut dikongsikan.

Penerbit:Synergy Media
Penulis:Suraya Idris
No Perolehan: DROM004109
Harga RM: 29.90

BUKU :EAT RIGHT, NOT LESS Penerbit: Vermilion Penulis: Colette Heimowitz

Buku EAT RIGHT, NOT LESS adalah buku yang berkongsi resepi diet Atkiens yang telah terbukti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan untuk mencapai berat badan ideal dan sihat.

Pelbagai resepi dikongsi kepada pembaca untuk menyediakan makanan yang sihat untuk sarapan, pencuci mulut, pembuka selera dan pelbagai lagi. Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk makan makanan dalam kuantiti yang betul bukan mengurangkan kuantiti sesuatu makanan tesrebut.

Jika bahan yang digunakan tidak sihat walaupun kita mengurangkan kuantiti makanan ia tidak membantu kita untuk mencapai berat idaman kita. Cara pemakanan yang betul yang mampu membuat kita mencapai berat badan yang ideal. Buku ini sangat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal dan berat yang diidamkan.

Penerbit:Picthall and gunzi
Penulis:Picthall, Chez
No Perolehan: DROM006191
Harga RM: 74.60

Sunday, December 23, 2018

BUKU: JUNIOR ATLAS OF THE WORLD Penerbit: Picthall and Gunzi

Buku JUNIOR ATLAS OF THE WORLD ini memaparkan peta yang terkini yang sangat sesuai bagi pembaca kanak-kanak. Buku ini menyenaraikan bendera-bendera kebangsaan, bahasa, mata wang dan populasi bagi setiap negara di dunia ini.
Buku ini membolehkan pembaca memahami pemetaan dan bagaimana atlas membantu kita untuk meneroka dunia. Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan pertama bagi kanak-kanak di rumah mahupun di sekolah.

Penerbit:Picthall and gunzi
Penulis:Picthall, Chez
No Perolehan: DROM006191
Harga RM: 74.60

BUKU: THE MAKE-UP MANUAL Penerbit Ryland Peters & Small

BUKU: THE MAKE-UP MANUAL Penerbit Ryland Peters & Small

Buku THE MAKE-UP MANUAL ini sangat membantu pembaca untuk mempelajari cara solekan yang betul untuk memastikan anda kelihatan cantik. Buku ini member fokus kepada cara bersolek di bahagian mata, kening, muka mulut dan lain-lain.
Cara bersolek yang dikongsikan untuk bahagian-bahagian ini mengikut bentuk dan jenis anggota badan tersebut.Pelbagai tips dikongsikan untuk pembaca tentang memilih bahan solekan dan cara meletakkan bahan solekan tersebut di tempat yang betul dengan menggunakan bahan solekan yang betul.

Cara bersolek yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa majlis perkahwinan turut dikongsikan oleh penulis. Buku ini sangat berguna bagi seseorang yang ingin mempelajari asas solekan untuk kelihatan cantik dan yakin ke tempat kerja atau kemana sahaja mereka ingin pergi.

Penerbit: Ryland Peters & Small
Penulis: Potter-Dixon, Lisa
No Perolehan: DROM003682
Harga RM: 71.92

NOVEL Projek Seram Ofis PENULIS Naim Tamdjis n Julie Jasmin n Noorfadzillah PENERBIT Buku Prima

NOVEL Projek Seram Ofis PENULIS Naim Tamdjis n Julie Jasmin n Noorfadzillah PENERBIT Buku Prima
No Perolehan: DCAM 06475
ISBN: 978-967-446-449-3
Kategori: 899.233
Ringkasan/ Ulasan: Projek Seram Ofis
Ada misteri di sebalik lukisan. / ORKID - NAIM TAMDJIS

Arman mula bekerja dengan Syarikat Faz & Chong Development, sebuah syarikat pembinaan terunggul di Lembah Klang. Memandangkan baru bekerja di situ, Arman perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan kerja-kerja perakaunan yang tertangguh.

Bermula dengan pengawal tua yang pelik dijumpainya semasa pulang ke rumah lewat malam. Pelbagai kejadian pelik berlaku. Perkenalan dengan Kemboja dan Orkid yang tinggal di tingkat paling atas menjadi misteri kepada Arman.

Malah, di tingkat atas pejabat itu berlaku kejadian-kejadian di mana dua orang pengawal keselamatan hilang. Kejadian bunuh diri oleh rakan sekerja Arman, Sandy menyebabkan keadaan bertambah kecoh.

Apa yang sedang berlaku?

Walau jasadku hancur, pulangkan milikku. / USIK - JULIE JASMIN

Khalil dan Azim merupakan sahabat baik di sebuah pejabat. Suatu hari, Khalil dengan secara tak sengaja telah menceritakan kisah seram Manisa kepada Azim . Sejak itu, bermulalah kisah-kisah ganjil dan gangguan yang sering menghantui pekerja di bangunan ofis itu.

Misteri kematian Manisa semakin tersingkap apabila Azim diganggu dalam lif dan jelmaan Manisa meminta Azim memulangkan barang miliknya. Apa yang berlaku seterusnya, dapatkah misteri kematian Manisa dirungkai?


Kerana dendam, dia kembali menghantui. / LEMBAGA HITAM - NOORFADZILLAH

Berkobar-kobar rasanya bila mendapat pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Hal itulah yang dirasai oleh Salina saat berjaya mendapat pekerjaan di AHO Holding.

Namun di hari pertama bekerja lagi, Salina sudah mengalami gangguan mistik.

Alasan yang tidak mampu dijelas dengan akal waras. Majikannya, Tuan Azhar pada awalnya menganggap cerita jujurnya itu satu khayalan. Namun, gangguan itu bagaikan parasit merebak dengan cepat dan menghantui pekerja yang masuk campur.

Ada rahsia menjadi dalang dan puncagangguan di pejabat itu. Rahsia yang mahu menjahanamkan keluarga Tuan Azhar, pejabat dan warga syarikatnya.

Novel ini sangat menarik kerana mempunyai tiga buah kisah cerita yang berlainan dan sangat menarik diharap semua pembaca berpuas hati tentang cerita seram ini.

Judul: Projek Seram Ofis.
Pengarang: Naim Tamdjis, Julie Jasmin dan Noorfadzillah
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM24.00
Muka surat: 400
Rating: 5

Saturday, December 22, 2018

Buku THE HOMEMADE CHEF Penerbit A Celebra Book Penulis James Tahnan

Buku THE HOMEMADE CHEF Penerbit A Celebra Book Penulis James Tahnan

Buku THE HOMEMADE CHEF adalah buku dimana penulis berkongsi bahan-bahan asas dalam sesuatu masakan, peralatan yang biasa digunakan untuk memasak. Selain itu, penulis memberi beberapa tips untuk memastikan dapur berada pada tahap terbaik dan membuatkan anda mudah untuk memasak.

Pelbagai tips dikongsikan untuk memastikan kita menyediakan makanan yang sihat tanpa meninggalkan perasa yang kita gemari. Pelbagai resepi turut dikongsikan oleh penulis dimana pembaca boleh mengikuti langkah memasak yang diberi selain tips yang berguna di kongsi oleh penulis.

Penyediaan makanan hanyalah seperti biasa tetapi jika kita mengikuti langkah dan cara penyediaan yang betul kita dapat menikmati makanan tersebut dengan lebih mudah, cepat dan berkhasiat tanpa perlu ke restoran untuk menikmati makanan yang sedap.

Penerbit:A Celebra Book
Penulis:Tahnan, James
No Perolehan: DROM003301
Harga RM: 114.00

Novel Magis Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

Novel Magis Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

No Perolehan: DCAM 06473
ISBN: 978-967-446-416-5
Kategori: 899.2333
Ringkasan/ Ulasan: Magis

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis.

Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

Novel ini sangat menarik dan disarankan untuk dibaca novel ini merupakan salah satu novel thriller yang amat diminati di malaysia.

Judul: Magis.
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 512
Rating: 5

Friday, December 21, 2018

NOVEL Genderuwo Pengarang Hasrudi Jawawi Penerbit Buku Prima

NOVEL Genderuwo Pengarang Hasrudi Jawawi Penerbit Buku Prima

No Perolehan: DCAM 06471
ISBN: 978-967-446-425-7
Kategori: 899.2333

Ringkasan/ Ulasan: Genderuwo
Sejak Faris kerap ke Pohon Banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang menyerupai seekor mawas!

Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong yang ada di atas bukit berhampiran rumah mereka.

Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar.

Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya! Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan dari anak kecil itu.

Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu?

Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris?

"Saya takut ada benda cuba dekati Tikah. Yalah, apa yang hilang lapan tahun dulu masih tak dijumpai hingga sekarang, kan? Saya takut ada yang tak tenang." - Latifah

"Faris dalam bahaya, bu. Ami yakin, dia kerap ke pokok banyan kat kaki bukit tu bukan sebab tempat tu best untuk dia duduk seorang diri. Ada 'sesuatu' yang dah bawa dia ke sana." ~ Aminah.

"Kalau betul makhluk macam mawas tu Genderuwo seperti yang Gunawan katakan semalam, bermakna ada seseorang dah seru makhluk tu." - Syamimi.

"Aku rasa mungkin disebabkan adik aku dapat tengok makhluk-makhluk dari alam lain buat dia jadi macam tu." -Aminah

"Selagi aku gak tahu, sebab utama mengapa Genderuwo itu menganggu keluarga kamu, selagi itu aku gak tahu solusi terbaik mahu mengusir Genderuwo itu. Aku hanya bimbang, ada dari keluarga kamu sudah memanggil Genderuwo itu dan telah meminta pertolongan darinya.

Novel ini  menampilkan cerita kisah seram dan amat menarik diharap pembaca sangat seronok membacanya.

Judul: Genderuwo.
Pengarang: Hasrudi Jawawi
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 419
Rating: 5

Thursday, December 20, 2018

Novel BANJA MANGGALA Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

Novel BANJA MANGGALA Pengarang Ramlee Awang Murshid Penerbit Buku Prima

No Perolehan: DCAM 06468
ISBN: 978-967-446-425-7
Kategori: 899.2333
Ringkasan/ Ulasan: Banja Manggala

AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala.

Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala.

Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya.

Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Banja Manggala – apakah maknanya di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina?
Siapakah Armel yang hilang itu?
Apakah hubungan Amar dengan kawanan serigala?

RAMLEE AWANG MURSHID menukilkan sebuah fantasi ibarat mengolahnya menjadi sebuah filem. Sarat dipenuhi saspens. Elemen cinta sangat kuat kali ini. Disulami dengan lataran salji dan bayu pergunungan dalam dunia magis yang tersembunyi.

Novel ini sangat menarik dan disarankan untuk dibaca novel ini merupakan salah satu novel thriller yang barfantasi tinggi dan amat diminati di Negara kita.

Judul: Banja Manggala.
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Buku Prima
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM25.00
Muka surat: 467
Rating: 5

Disediakan oleh
ROSNIZA BT ELIAS

BUKU Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang Pengarang: A.Talib Ahmad Penerbit: Geroda Merah

No Perolehan:  CLAN004317 
ISBN: 978-967-15676-7-8     
Bahasa: Bahasa Malaysia

Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengisahkan perjuangan orang-orang Pahang yng bermatian menetang kedatangan British ke Negeri Pahang. Dalam keadaan yang serba tidak kena, Negeri Pahang menerima tempaias kolonisasi barat secara tidak langsung.

Dalam keadaan getir ini Sultan Pahang terpaksa membuat helah demi menyelamatkan negerinya daripada dikawal oleh British.

Pada masa yang sama penentangan Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya membuatkan kita sedar betapa dalam sebilangan kita ini ada manusia yang sanggup mati demi memelihara maruah bangsanya dari tergadai dengan cara apa sekalipun.

Judul : Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang 
Pengarang: A.Talib Ahmad
Penerbit: Geroda Merah Press
Tahun terbitan: 2018             Harga: RM
Mukasurat: 133ms    Rating: 

Wednesday, December 19, 2018

Buku: Ini Pun Allah Suka Pengarang Muhammad Luqman Makhtar Penerbit Telaga Biru

ULASAN BUKU BULAN DISEMBER 2018
Buku: Ini Pun Allah Suka Pengarang Muhammad Luqman Makhtar Penerbit Telaga Biru

No Perolehan    :    EPAL 17/000712

ISBN    :    978-967-388-272-4

Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :

Buku Ini Pun Allah Suka ini merumuskan kehidupan kita sebagai hamba Allah sentiasa dihimpit teka-teki. Usai subuh hingga ke isyak, tiada seorang pun yang mampu meramal apa yang bakal berlaku padanya walaupun sebesar zarah. 

Maka sesuaikanlah dirimu dengan taraf sebagai hamba Allah S.A.W. Hamba yang lemah  dan wajib mengharapkan pertolongan dan keredhaan-Nya.

Justeru buku ini dihasilkan dengan harapan agar kita sebagai pembaca dapat menyedari dan mengetahui amalan-amalan dan tatacara yang betul dalam menjalani hidup. Hal ini kerana boleh jadi ada amalan kita yang Allah suka dan Allah tidak suka. Boleh jadi kita sendiri pun tidak sedar tentang hal ini. Penulis juga banyak menyelit sunah-sunah Nabi S.A.W yang wajar kita ikuti.

Selain itu, manfaat-manfaat lain yang boleh diambil daripada buku ini ialah menyediakan nasihat dan kisah-kisah yang sarat dengan taladan dalam menjadi mukmin yang disukai olah Allah S.A.W, memberi panduan tentang cara melaksanakan amalan-amalan sunat dengan betul bagi mengurangkan kekeliruan di kalangan pembaca, sebagai panduan bagi mereka yang sedang mencari haluan hidup yang sebenar dan gunakanlah buku ini sebagai hadiah buat orang tersayang.

Semoga buku ini mendapat keredhaan Ilahi dan memberi kebaikan kepada pembaca budiman yang tidak putus-putus berusaha menggali khazanah ilmu sentiasa ada di bumi Allah S.A.W. Selamat membaca!!!

Judul :    Ini Pun Allah Suka
Pengarang    :    Muhammad Luqman Makhtar
Penerbit    :    Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun Terbit   :    2017
Harga    :    RM 20.00
Muka surat    :    165
Rating

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

BUKU Seri Pahang Naga Tasik Chini (Juara Yang Tewas) PENGARANG Aripin Said

No Perolehan:  CLAN004315 
ISBN : 978-967-23777-3-4   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengisahkan perjalanan Seri Pahang (Naga Tasik Chini) mengharung lautan yang bergelora mencari Seri Kemboja. Semua hidupan laut dari yang kecil hingga besar telah memberi laluan kepada Seri Pahang bertemu Seri Kemboja. Mereka tahu bahawa Seri Pahang datang untuk menghapuskan musuh mereka selama ini iaitu Seri Kemboja.

Setelah bertemu mereka berjuang bermati-matian selama 40 hari 40 malam. Masuk hari yang ke 41 Seri Pahang menggunakan segala kebolehan serta kesaktiannya untuk mengalahkan Seri Kemboja.

Seri Kemboja mula merasakan dirinya akan ditewaskan oleh Seri Pahang oleh itu ia telah melarikan diri ke dalam sebuah gua bagi melindungi dirinya dari dikalahkan oleh Seri Pahang. Selama itu mereka masih bertarung di antara satu sama lain.

Masuk hari yang ke 21 masih tidak satu pun di antara mereka berdua yang kalah. Sudah lebih 20 hari penduduk tidak makan ikan, tiada seorang pun yang berani turun ke laut.

Seri Kemboja telah mendapat satu fikiran iaitu ia telah menghantar alamatnya ke dalam mimpi Raja Siam yang memerintah ketika itu. Seri Pahang telah ditembak dengan 100 pucuk meriam yang dipasang di sepanjang pesisir pantai. Seri Pahang melarikan diri ke Pulau Aur manakala Seri Kemboja cedera parah di dalam gua. Seri Pahang telah dibawa ke Sekukuh dan disemadikan di sana.

Judul : Seri Pahang Naga Tasik Chini (Juara Yang Tewas)
Pengarang: Aripin Said
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan: 2017             Harga: RM
Mukasurat: 140ms    Rating: 

Tuesday, December 18, 2018

BUKU LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU PENGARANG SITI ROSMIZAH

ULASAN BUKU OKTOBER

JUDUL BUKU : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
NO. PANGGILAN :           F SIT
ISBN : 978-967-5822-00-1
PENGARANG : SITI ROSMIZAH
TARIKH / TAHUN : 2018
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : RM 26.90

ULASAN :       
Ia mengisahkan Tengku Aqilah, seorang anak yang disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri hingga ia membawa diri jauh diperantauan.

Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup diperantauan membina kehidupannya sendiri. Lalu7 mengambil keputusan untuk pulang. Namun kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka kembali luka lama dalam hidupnya.

Kakaknya Tengku Natasha tidak  dapat melupakan dendam lamanya terhadap adiknya hingga dia menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham.

Tengku Natasha memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Tengku Aqilah terpaksa akur demi menjaga perasaan bapanya Tengku Hisham.
Tengku Aqillah cuba memlembutkan hati bapanya setelah lama dalam perantauan cuba untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan setelah kematian ibunya.

Buku ini juga memaparkan  bagaimana kesabaran Tengku Aqilah dalam menghhadapi kebencian kakaknya Tengku Natasha.


DISEDIAKAN OLEH :  AHMAD AZMI HJ AHMAD

BUKU Imam Syafie Pejuang Kebenaran oleh Penulis ABDUL LATIP TALIB

ULASAN BUKU
BUKU Imam Syafie Pejuang Kebenaran oleh Penulis ABDUL LATIP TALIB

ISBN : 978-983-3892-51-8
Call No : 297.61 ABD
Harga : RM 24.00
Penulis : ABDUL LATIP TALIB
Tahun Diterbitkan : 2010
Penerbit : PTS LITERA UTAMA SDN.BHD.
Bahasa : Melayu


Buku ini ditulis oleh Abdul Latip Talib, merupakan penulis novel sejarah no 1 di Malaysia. Buku ini menceritakan kisah-kisah mengenai Imam Syafie, atau nama sebenar Muhamad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Shafie bin Said bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Manaf.

Ia menceritakan perjalanan hidup imam besar ini dari beliau dilahirkan hingga lah beliau wafat. Terdapat juga pesanan-pesanan dari Imam Syafie yang sentiasa dijadikan pedoman oleh semua muslimin dan muslimat.

Buku ini amat bermanfaat untuk semua golongan. Ini kerana ia boleh dijadikan sebagai rujukan kepada semua orang.  Dan ia bertujuan untuk mengetahui serba sedikit mengenai Imam Syafie.  Adalah diharapkan bagi sesiapa yang membaca buku ini dapat menyedari dan memahami betapa pentingnya sejarah islam, dan perjuangan Imam Syafie dalam menegakkan Agama Islam.

Ulasan oleh
AZEYZUL BIN HAMZAH
PAD LIPIS

Buku Mudahnya menjemput rezeki 2 Penulis FATHURI SALEHUDDIN

ULASAN BUKU

ISBN : 978-967-11734-1-1
Call No : 297.273 FAT
Harga : RM 20.00
Penulis : FATHURI SALEHUDDIN
Tahun Diterbitkan : 2017
Penerbit : FATHURI SALEHUDIN
Bahasa : Melayu

Mudahnya menjemput rezeki 2 diterbitkan setelah adanya buku Mudahnya menjemput rezeki yang pertama. Bagi buku pertama ia menerangkan apa itu rezeki, dan amalan-amalan bagaimana untuk memperoleh rezeki. Bagi buku kedua ini penulis lebih menjurus tentang siapakah yang memberi rezeki?

Terdapat tujuh bahagian utama, iaitu, siapakah pemberi rezeki, Bagaimana Allah membantu hamba-Nya, Jemputlah dengan takwa dan tawakal, Jemputlah rezeki dengan sabar dan solat, Jemputlah rezeki dengan sedekah dan silaturrahim, dan jemputlah rezeki dengan bantuan Allah.dan beberapa kisah yang boleh dijadikan sebagai pedoman.

Penulis ada menyatakan rezeki bukanlah semata-mata hanya semasa hidup didunia malah kita juga perlukan rezeki pada kehidupan setelah mati.

Dimana penulis mengulaskan apa yang dinyatakan diatas didalam buku ini. Ini kerana dalam setiap bahagian ia menceritakan, bagaimana seorang muslim itu mampu memenuhi keperluan dunia dan akhirat  dengan menjaga hubungan kita manusia dengan Maha Pencipta.

Dalam mencari rezeki kita perlu mengetahui dari mana datangnya rezeki yang kita peroleh itu agar tidak terpesong akidah kita sebagai seorang muslim.

Ulasan oleh
AZEYZUL BIN HAMZAH
PAD LIPIS

Monday, December 17, 2018

Buku JIKA AKU Penerbit VSM PRINTING

ULASAN BUKU JANUARI

JUDUL BUKU : JIKA AKU
NO. PANGGILAN F ANN
ISBN :           978-967-13211-9-5
PENERBIT : VSM PRINTING MARKETING
TARIKH / TAHUN : 2017
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 25.00

ULASAN
Ia mengisahkan seorang gadis bernama Teja. Teja, gadis mind reader yang terpaksa memencilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada sahaja menyakitkan hatinya.
   
Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tandatanya tetapi demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminatai lelaki tu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah yang berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya kehidupan Teja menjadi huru hara semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Buku ini juga memaparkan bagaimana seorang gadis yang masih lagi mencari kebenaran untuk dirungkaikan.

Disediakan oleh :
AHMAD AZMI B. HJ AHMAD

Buku BIJAK HARTANAH MENYELONGKAR RAHSIA RUMAH LELONG Penerbit TRUEWEALTH

ULASAN BUKU DISEMBER 2018

JUDUL BUKU : BIJAK HARTANAH: MENYELONGKAR RAHSIA RUMAH LELONG
NO. PANGGILAN 332.6
ISBN :           978-697-416-048-7
PENERBIT : TRUEWEALTH
TARIKH / TAHUN : 2015
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 39.90

ULASAN :
Menyelongkar Rumah Lelong ini mengupas dengan lebih terperinci dalam segenap aspek yang dapat membantu anda tanpa berhadapan dengan sebarang permasalahan. Bukan percuma untuk anda menjejakkan kaki ke pentas rumah lelong ini. Pastinya ada matlamat dan misi tertentu. Hari ini telah menyaksikan ramai individu yang berlumba-lumba untuk memperoleh hartanah sama ada umtuk didiami atau dijadikan aset pelaburan.

Namun, ramai juga yang sering menghadapi masalah dan proses mendapatkan hartanah yang sesuai disebabkan kedaifan ilmu dan kekurangan modal. Buku ini akan mengupas cara mudah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk dijadikan aset dan akhirnya memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada manupulasi strategi tanpa masalah.

Buku ini turut mengupas keperluan utama yang kelingkari putaran hartanah lelong selain pautan-pautan tambahan yang boleh anda jadikan sandaran dalam melangkah lebih jauh lagi.

Disediakan oleh : Norizan binti Zahari

Sunday, December 16, 2018

BUKU AWAK SUKA SAYA TAK ? PENERBIT ANGGUN MELOR

ULASAN BUKU JULAI

JUDUL BUKU : AWAK SUKA SAYA TAK ?
NO. PANGGILAN F MEL
ISBN :           978-967-15372-0-6
PENERBIT : ANGGUN MELOR
TARIKH / TAHUN : 2017
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : RM 60.00

ULASAN
Ia mengisahkan kasih sayang diantara 2 insan istimewa yang membuai tika manis, menyentak tika marah dan menginsafkan tika diuji.

Ia mengisahkan Hilman Yong seorang jejaka kacukan Cina Korea yang baru mengenali Islam apabila bertemu jodoh dengan  Intan Zulaikha sejak 11 tahun yang lampau.

Namun mereka terpaksa mengharungi pelbagai ujian allah swt dalam menguji sejauh mana keutuhan rumahtangga mereka.

Mereka terpaksa me menghadapi sindiran dari masyarakat sekeliling, namun , rumahtangga mereka tetap utuh dan mampu mengharungi segala pahit maung dan rintangan dalam  menguji ketabahan dan kesabaran sebagai “saudara baru” yang baru mengenali islam.

Buku ini juga  memaparkan bagaimana kasih sayang sepasang isteri dan suami yang bergelar mualaf  dalam mempertahankan rumah tangga mereka supaya kekal harmoni.

DISEDIAKAN OLEH : AHMAD AZMI B. HJ AHMAD

BUKU 40 HADIS AMALAN PENGHAPUS DOSA PENERBIT GALERI ILMU

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2018

JUDUL BUKU : 40 HADIS AMALAN PENGHAPUS DOSA
NO. PANGGILAN 297.2
ISBN :           978-983-097-697-6
PENERBIT : GALERI ILMU SDN BHD
TARIKH / TAHUN : 2018
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 15.00

ULASAN
Apabila seseorang Mukmin yang benar dalam keimannya kepada Allah S.W.T telah melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT, Mukmin tersebut akan merasakan dunia ini amat sempit baginya.

Bahkan, dia akan sentiasa merasa dosa dan maksiat yang dilakukannya seumpama sebuah gunung yang besar akan jatuh menimpanya. Kerana Mukmin yang benar-benar beriman sudah pasti akan merasakan Allah SWT itu wujud akan memerhatikan setiap pergerakan dan perbuatannya pada setiap masa.

Disediakan oleh : Norizan binti Zahari

BUKU CEMPAKA SARI SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK PENERBIT GERODA MERAH PRESS

ULASAN BUKU JUN 2018

JUDUL BUKU : CEMPAKA SARI SEJARAH KESULTANAN NEGERI PERAK
NO. PANGGILAN 951.2
ISBN :           978-967-137-772-2
PENERBIT : GERODA MERAH PRESS
TARIKH / TAHUN : 2018
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 45.00

ULASAN
Kesultanan Perak yang diasaskan pada tahun 1528 merupakan antara negeri di Malaysia yang sentiasa berhadapan dengan konflik sejak awal penubuhannya.

Adalah diketahui umum bahawa negeri Perak sering berhadapan dengan ancaman dari musuh yang bukan sahaja datang dari rantau Asia Tenggara, malah kuasa Barat seperti Belanda dan England yang bersaing untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di negeri tersebut.

Biarpun negeri Perak pernah menikmati zaman emasnya, namun konflik perebutan takhta yang berakar dalam kalangan kerabat istana Perak yang menjadi punca kepada kesilapan pemerintah negeri itu pada akhir abad ke-19, sekaligus membuka jalan kepada British untuk mengukuhkan cengkaman mereka di Semenanjung Tanah Meayu.

Menerusi buku Cempaka Sari, pembaca akan dibawa menelusi sejarah Kesultanan Perak yang mempunyai pelbagai tokoh dan tidak kurang juga duri dalam daging yang mencorakkan perjalanan negeri itu sehinggalah ke hari ini.

Buku tulisan M.A. Fawzi Basri ini yang menggabungkan hasil kajian beliau dan rujuk silang daripada sumber tempatan dan luar negara seperti R.O. Winstedt menceritakan dengan terperinci kisah-kisah yang berlaku di dalam negeri Perak di awal penubuhannya.

Bagi anak negeri Perak, Cempaka Sari merupakan sumber sejarah yang perlu dibaca dan difahami agar kisah perjuangan leluhur mereka tidak hilang ekoran ditelan arus pemodenan.

Disediakan oleh : Norizan binti Zahari

Saturday, December 15, 2018

BUKU Pedoman Imam dan Makmum : Fiqh solat jemaah & Jumaat Pengarang: Muhammad Ramzi Omar Penerbit: Pustaka Ilmuwan

ULASAN BUKU DISEMBER 2018

No Perolehan :  DPEK 18-006725

ISBN: 978-967-2119-15-9

Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :
Buku ini menerangkan tentang solat jemaah yang merupakan ibadat yang sangat dituntut untuk dilakukan di sesuatu tempat bagi menzahirkan syiar agama yang suci ini.

Melalui pembacaan buku ini dapat memberikan penjelasan tentang permasalahan berhubung solat Jemaah dan solat Jumaat yang perlu ditekuni secara serius bagi setiap orang yang mengerjakannya.

Buku ini disusun sebagai satu usaha memberikan pencerahan minda kepada masyarakat terhadap banyak persoalan berkaitan solat Jemaah dan Jumaat.

Judul: Pedoman Imam dan Makmum : Fiqh solat jemaah & Jumaat
Pengarang: Muhammad Ramzi omar
Penerbit: Pustaka Ilmuwan
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 28.00
Muka surat: 194
Rating:-

Disediakan Oleh:
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan

Buku: La Tahzan Wanita Paling Bahagia di Dunia (Jangan Bersedih) Pengarang: Abdullah Al Qarni Penerbit: Pustaka Sri Saujana

Buku: La Tahzan Wanita Paling Bahagia di Dunia (Jangan Bersedih) Pengarang: Abdullah Al Qarni Penerbit: Pustaka Sri Saujana
No Perolehan: DTEM 004634/18
ISBN: 978-967-2133-34-6
Kategori: 297.5708 ABD
Ringkasan/ Ulasan

La Tahzan Wanita Paling Bahagia di Dunia (Jangan Bersedih). Buku ini menceritakan bahawa bukan rupa menjadi ukuran, bukan juga kerjaya menjadi buruan, tetapi iman dan akhlak mulia yang menjadi kebahagian hidup di dunia dan di akhirat. Malah bukan susah untuk memiliki dan bukan juga susah untuk meraihnya. Asal diri sendiri untuk berubah dan boleh di bimbing dan beramal insaAllah segalanya boleh dimiliki.

Peribadi diri bagaikan bunga yang segar dan harum setiap waktu dan masa.Inspirasi pengabadian teragung disisi.Inilah cermin diri wanita yang dimahukan pada abad ini yang sedang dicari.Pastinya kehidupan akhir ini mengamit untuk hadir ke sisi agar kembali tenang dan damai.

Buku ini sangat sesuai dibaca kepada golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Andai sesiapa yang menginkan atau ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang keagungan wanita boleh mencari atau membaca buku ini untuk dijadikan rujukan untuk berubah dan jadi yang lebih baik.

Judul: La Tahzan Wanita Paling Bahagia di Dunia (Jangan Bersedih)
Pengarang: Abdullah Al Qarni
Penerbit: Pustaka Sri Saujana Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 19.00
Muka surat: 196
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Norasuryanti Binti Abdul Rapar,
PAD Temerloh

BUKU KITAB PERUBATAN MELAYU AL-RAHMAH PENERBIT AKADEMI JAWI MALAYSIA

ULASAN BUKU MAC 2018

JUDUL BUKU : KITAB PERUBATAN MELAYU AL-RAHMAH
NO. PANGGILAN 297.5
ISBN :           978-967-14748-6-0
PENERBIT : AKADEMI JAWI MALAYSIA
TARIKH / TAHUN : 2017
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 85.00

ULASAN
Kitab Perubatan Melayu: Al-Rahman fi al-Tibb wa Al-Hikmah terdiri dari lima bab yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, punca yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit am.

Penggunaan bahasa tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitab ini, memperkayakan peristilahan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana kamus istilah perubatan melayu, sama ada yang diusahakan oleh pihak kolonial, atau nadan berwajib selepas kemerdekaan.

Kitab ini memberi sumbangan yang penting untuk ilmu dan peristilahan perubatan serta perkembangan bahasa. Bahkan ia mempunyai beberapa sisi botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah serta kebudayaan yang menarik untuk dibahas oleh para ulama, sarjana dan pengkaji.

Shaykh Abbas Kuta Karang pernah menjadi kadi dan penasihat kepada sultan Acheh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam Perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada Tahun 1873.

Disediakan oleh
Norizan binti Zahari

Friday, December 14, 2018

BUKU UNTUK KAMU BERFIKIR Penulis Dr.Idham Jaafar

BUKU UNTUK KAMU BERFIKIR Penulis Dr.Idham Jaafar

Buku ‘Untuk Kamu Berfikir” ini mempersembahkan fadhilat  surah surah yang ada di dalam AlQuran dipersembahkan dalam bentuk mudah dan menarik.Isi kandungannya berkisarkan pembuktian,kebenaran dan keindahan kalam kalam Allah mengikut paksi bahasa dan neraca sains.

Setiap surah yang terdapat di dalam AlQuran mempunyai kehebatannya yang tersendiri.Kita manusia di tuntut untuk mendalami dan memahami isi kandungannya dan dijadikan sandaran untuk menempuh kehidupan ini agar kita berada di landasan yang betul ,terpelihara dan diberkati Allah.

Sesungguhnya mereka yang berakal,tidak akan pernah berhenti untuk berfikir tentang keagungan ciptaan Allah dan akan sentiasa terpesona dengan kehebatan ciptaan Allah.

Buku Untuk Kamu Berfikir

Tajuk Buku: Untuk Kamu Berfikir
Penulis : Dr.Idham Jaafar
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sendirian Berhad
Tahun terbit: Tahun 2016
Harga : RM 28.00
Mukasurat: 181 ms
No.Perolehan:16/000062
No.Panggilan: 297.1221
No.ISBN: 9789678606806

Disediakan Oleh:
Zaliha Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
PD Leban Chondong

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Thursday, December 13, 2018

Buku 89 PESAN CINTA ALLAH UNTUK ORANG MUKMIN Penulis Mejar(B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

Perpustakaan Desa Leban Chondong
ULASAN BUKU

Buku bertajuk ‘ 89 Cinta Allah Untuk Orang Mukmin’ merupakan buku ilmiah berbentuk keagamaan yang memaparkan pesanan-pesanan yang dipetik daripada ayat-ayat suci Al Quran untuk dijadikan panduan kehidupan.

Pesanan yang disampaikan adalah tentang nikmat iman kerana rentetan dari nikmat itu maka lahirlah ciri-ciri murni dalam hidup seorang mukminin.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa kerana matlamat hidup seseorang mukmin itu adalah pengakhiran hidup yang baik dan terhormat dan syurga adalah pengakhiran hidup kita di akhirat maka beribadatlah sekalian manusia kepada Allah.Ingatilah bahawa kehidupan di dunia adalah sementara manakala kehidupan diakhirat itu kekal abadi.

Imam Ibnu Qayyum AlJauziyyah Rahimahullah pernah berkata bahawa Cinta Kepada Allah itu ibarat pohon dalam hati. Akarnya adalah merendahkan diri dihadapan zat yang dicintainya. Batangnya adalah mengenal nama dan sifat Allah.Rantingnya adalah rasa takut kepadaNya.

Daunnya adalah rasa malu terhadapNya. Buah yang dihasilkan adalah taat kepadaNya dan penyiramnya adalah zikir kepadaNya. Bila pun jika amalan-amalan tersebut berkurang maka berkurang pulalah mahabbahnya kepada Allah.

Penulis: Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit: Casamas Resourses Sdn Bhd
Tahun terbit: April 2017
Harga: RM21.00
Muka surat: 134 muka surat
No/Perolehan: 17/000807
No.Panggilan: 297
No.ISBN: 9789675994548

Disediakan oleh
Zaliha Binti Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Leban Chondong

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Buku CARE YOURSELF STROKE Dr.Lili Indrawati, Dr.Wening Sari, Cetar Setia Dewi

Perpustakaan Desa Leban Chondong

Buku bertajuk “Care Yourself  Stroke “ memaparkan ilmu pengetahuan tentang penyakit strok dan jenisnya, factor penyebab strok seterusnya langkah-langkah pencegahan penyakitstrok.

Secara ringkasnya strok adalah penyakit serebrovaskular (salur darah otak) yang menyebabkan gangguan fungsi otak kerana adanya kerosakan atau kematian jaringan otak akibat kurang atau tersumbatnya aliran darah dan oksigen keotak dan boleh menyebabkan salur darah pecah.Mengenali jenis-jenis strok ini amat penting dan dapat dikenali oleh doktor yang mendiagnosis serangan strok ini

Pencegahan dan pengubatan diri sendiri melalui pengaturan pola makan,terapi herba dan urutan,terapi diet, akupuntur ,terapi santai dan meditasi dapat mengurangkan keparahan penyakit pasca strok ini.

Selain daripada itu terapi rehabilitas untuk kembalikan fungsi tubuh juga perlu dengan mengadakan latihan gerak pasif, gerak aktif, latihan penguatan dan latihan aktiviti seharian.Terapi hebabilitatif juga diperlukan bagi mengatasi disfungsi seksual pasca strok.Buku ini turut menyajikan resepi herba, resepi makanan dan panduan panduan kehidupan harian pesakit pasca strok.

Penulis: Dr.Lili Indrawati, Dr.Wening Sari, Cetar Setia Dewi
Penerbit: S.A.Majid & Co.Sdn Bhd
Tahun terbit: 2013
Harga: RM22.80
Muka surat: 168 muka surat
No/Perolehan: 13/003881
No.Panggilan: 616.81
No.ISBN: 978-967-371-412-4

Disediakan oleh
Zaliha Binti Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Leban Chondong

Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Rompin

Buku Bila Hidayah Menyapa Penulis Norhayati Jusoh

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2018
Bila Hidayah Menyapa Penulis Norhayati Jusoh

JUDUL BUKU Bila Hidayah Menyapa
PENGARANG Norhayati Jusoh
NO.PANGGILAN 234.2  /  NOR
ISBN 978-967-5994-93-7
PENERBIT CASAMAS RESOURCES SDN.BHD.
TARIKH / TAHUN TERBIT Mac 2017 – Cetakan Pertama
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA RM18.00

ULASAN BUKU
Buku ini  adalah kompilasi lapan kisah hidup insan-insan terpilih dalam menuju cahaya ilahi. Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit,agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna kehidupan sebenar dalam memakmal perjalanan kehidupan yang ditempuhi. Pengembaraan melalui denai dan lurah yang penuh cabaran dan tragis , bukanlah satu yang mudah dan indah.

Hidayah adalah nikmat agung yang hanya dirasai oleh orang-orang yang ikhlas dalam memburu cinta Nya  serta sanggup menggadai kilauan perhiasan  dunia.
Mari kita sama-sama membaca dan menghayati kandungan buku ini. SELAMAT MEMBACA.

Wednesday, December 12, 2018

Buku Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia EDITOR Maimunah Sulaiman PENERBIT A&S Cetak 2017

ULASAN BUKU OKTOBER 2018
Buku Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia EDITOR Maimunah Sulaiman PENERBIT  A&S Cetak 2017

No Perolehan :  EPER 17-000891

ISBN: 978-983-46-1982-4

Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ringkasan / Umum :

Buku Inap Desa Di Malaysia tulisan Maimunah Sulaiman ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian info pengurusan.

Buku Asas Pengurusan Inap Desa di Malaysia merupakan koleksi buku yang sangat diperlukan oleh masyarakat Malaysia yang ingin menceburi industry atau program inap desa. Buku ini memberikan pengetahuan kepada pembaca bahawa program inap desa ini boleh dijadikan cabang perniagaan yang menguntungkan kerana turut memuatkan aspek-aspek pemasaran, jualan, simoan kira perakaunan dan perkhidmatan pelanggan. Penulisannya yang sistematik serta memuatkan ilustrasi dan gambar diharapkan dapat menarik minat pembaca untuk memahami dan menceburi bidang perniagaan inap desa yang sedang berkembang dan berpontensi maju di Malaysia.

Judul: Buku Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia

Pengarang: Maimunah Sulaiman

Penerbit: A&S Cetak Sdn. Bhd

Tahun Terbit: 2017

Harga: Rm 40.00

Muka surat: 195

Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan

Buku: Koleksi Cerita Terbaik Dinosaur Pengarang: Harpreet Kaur

Buku: Koleksi Cerita Terbaik Dinosaur Pengarang:  Harpreet Kaur

No Perolehan: EKER001220
ISBN: 978-967-364-352-3
Kategori: K 499.2386

Ringkasan/ Ulasan
Buku cerita kanak-kanak yang bertajuk Koleksi Terbaik Dinosaur ini mengisahkan tentang pengembaraan Ikey dan Mia yang penuh mencabar dan menghiburkan. Aktiviti harian mereka menjadi lebih seronok dengan gelagat dan telatah dinosaur-dinosaur yang comel ini.

Buku ini sangat  sesuai dengan semua peringkat umur kanak-kanak kerana banyak gambar-gambar berwarna yang menarik dan tidak membosankan dengan suku kata yang berwarna di samping dapat mengenali pelbagai jenis dinosaur yang penah wujud suatu ketika dahulu.

Judul: Koleksi Terbaik Dinosaur
Pengarang:  Harpreet Kaur
Penerbit: Edukid Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM29.90
Muka surat: 198
Rating: 3

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid, 
PD Kerdau

BUKU MOKHTAR DAHARI LEGENDA BOLASEPAK MALAYSIA PENERBIT ITBM

PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JENGKA
ULASAN BUKU OGOS
BUKU MOKHTAR DAHARI LEGENDA BOLASEPAK MALAYSIA PENERBIT ITBM

JUDUL BUKU : MOKHTAR DAHARI LEGENDA BOLASEPAK MALAYSIA
SIRI BUKU : 808 ZIN
ISBN : 978-967-430-370
PENERBIT : ITBM
TARIKH / TAHUN : 2013
EDISI BAHASA : BAHASA MELAYU
HARGA : RM 144.00

ULASAN :         
Legenda bolasepak Malaysia, Dato Mokhtar Dahari dan sumbangan dalam sukan bolasepak  Selangor dan Kebangsaan.  Dato Mohktar Dahari adalah pemain bolasepak dihormati oleh kawan dan lawan. Sepanjang kariernya bersama pasukan Selangor dan skuad Kebangsaan. Banyak anugerah yang dimenangi antaranya, Olahragawan terbaik, pemain terbaik.

Kehebatan Beliau sangat digeruni oleh pihak lawan apabiala dia beraksi di tengah padang. Kehebatan Beliau diakui oleh bintang bolasepak  diseluruh dunia dimana bintang Argentina Diego Maradona mengkagumi kehebatan Mohktar Dahari hingga di gelar “supermohkt” ketika pasukan Selangor menentang pasukan Boca juniors pada tahun 1986.
                                                                               Mokhtar Dahari telah mengambil keputusan untuk bersara dari arena bolasepak pada tahun 1986 selepas membantu Selangor menjuari Piala Malaysia.

Beliau telah disahkan mengidap penyakit “Motor neuron”  Mohktar Dahari  mendapatkan rawatan diLondon pada tahun 1991. Beliau meninggal dunia pada tahun 1992 Jasanya dalam bolasepak Negara tetap dikenang oleh seluruh peminat bolasepak tanah air.

DISEDIAKAN OLEH :
AZHARANI A. AZIZ

Tuesday, December 11, 2018

BUKU Adat istiadat kesultanan Johor Moden PENERBIT UTM Press

PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JENGKA
ULASAN BUKU NOVEMBER

JUDUL BUKU :  Adat istiadat kesultanan Johor Moden
CALL NUMBER           : 390.220959511
ISBN           :  978-983-52-0916-1
PENERBIT           : UTM Press
TARIKH / TAHUN 2013
EDISI BAHASA :   Bahasa Malaysia
HARGA : RM 144.00

ULASAN
Memaparkan adat istiadat kesultanan johor dari tahun 1855 hingga 2012. Ia membantu rakyat mengethui lebih mendalam mengenai keunikan adat istiadat kesultanan johor. Ia juga memaparkan foto-foto kesultanan johor lama pada abad ke 19 hingga yang sekarang.

Kesultanan Johor bermula sejak  kesultanan Melayu Melaka lagi. Bermula dengan Sultan Alauddin hingga Sultan Mahmud syah ke 2. Apabila keturunan kesultanan Melaka berakhir, keturunan keluarga bendahara mengambilalih, hingga keturunan dinasti Temengung hingga sekarang.

Adat istiadat kesultanan Johor dianggap unik kerana beroritasikan adat diraja di Negara –negara Eropah tapi masih mengekalkan adat istiadat diraja melayu dan sebagainya.

Dengan terbitnya buku ini membantu rakyat memahami adat istiadat kesultanan Johor yang berlainan dengan negeri-negeri yang beraja yang lain.

Disediakan oleh :
AZHARANI A.AZIZ

BUKU Virus Syiah Menjawab persoalan kesesatan Syiah PENERBIT Yamani Angle

ULASAN BUKU MEI

JUDUL BUKU : Virus Syiah : Menjawab persoalan kesesatan Syiah
NO. PANGGILAN 297.2042
ISBN : 978-967-0525-39-6
PENERBIT : Yamani Angle Sdn Bhd
TARIKH / TAHUN : 2014
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA : 21.00

ULASAN Ajaran Syiah telah dipelopori oleh Abdullah b. Saba, Seorang Yahudi yang berpura-pura beriman. Syiah menyimpan sejarah dendam yang begitu lama terhadap umat Islam yang dikenali sebagai Sunni.  Terpencil dan merosotnya pengaruh menyebabkan mereka tidak menonjolkan diri, jauh sekali mahu melunaskan dendam tersebut.Namun itu tidak bererti mereka sudah lupa dan mengabaikan dendam tersebut. 

Bagi mereka Sunni tetap di pihak yang salah kerana telah menyelewengkan Islam menyebabkan darah dan harta orang Sunni “halal”. Antara ciri-ciri ajaran syiah seperti mencerca sahabat-sahabat Nabi SAW seperti Saidina Abu Bakaras siddiq, Saidina Umar Al Khattab dan Syaidatina Aishah RA dan mengangungkan Saidina Ali b. Abu talib hingga Saidina Ali di anggap pengganti Rasulullah Saw.

Pendedahan dan hakikat sebenar Syiah yang diketengahkan dalam buku ini menyerlahkan siapa sebenarnya yang menyelewengkan Islam.  Ketahuilah hakikat sebenar Syiah agar selamat akidah dan terhindar bahaya dendam kesumatnya.  Ikuti selanjutnya dalam buku Virus Syiah.

Disediakan oleh :
AZHARANI A. AZIZ

Monday, December 10, 2018

Buku: Mari Belajar Memandu (Learn to Drive) Pengarang: NurAina & Camelia Lim Penerbit: Aras Ilmu Enterprise

Buku: Mari Belajar Memandu (Learn to Drive) Pengarang: NurAina & Camelia Lim
Penerbit: Aras Ilmu Enterprise
No Perolehan: ESAN 001887
ISBN: 978-967-0680-31-6
Kategori: K 395 NUR

Ringkasan/ Ulasan

Saya tertarik untuk membuat ulasan buku yang bertajuk Mari Belajar Memandu Learn To Drive) dari siri Malu Bertanya Sesat Jalan. Watak utama didalam buku ini ialah Pak Pandir yang penuh dengan kelucuan diatas sikap lurus bendulnya.

Cerita bermula apabila Pak Pandir berangan-angan untuk memiliki kereta Malaysia iaitu Proton Perdana, hasratnya itu disampaikan kepada isterinya Mak Andih.

Mak Andih mempertikaikan hasrat Pak Pandir kerana jika ingin memandu kereta mestilah ada lesen memandu sedangkan Pak Pandir membawa basikal pun tidak tahu. Demi memenuhi hasratnya Pak Pandir pun mengambil lessen memandu. Bermulalah beberapa adengan yang melucukan sewaktu Pak Pandir diuji oleh Pegawai Pemeriksa. Apabila keputusan dikeluarkan Pak Pandir gagal dalam ujian tersebut.

Judul : Mari Belajar Memandu (Learn To Drive)
Pengarang: NurAina & Camelia Lim
Penerbit: Aras Ilmu Enterprise 
Harga: RM 21.00
Mukasurat: 32
Rating: -

Ulasan oleh :
Puan Juwahi Md Amin,
PD Siber Sanggang

OMAR MUKHTAR SINGA PADANG PASIR PENERBIT YAMANI ANGLE

PERPUSTAKAAN AWAM CAWANGAN JENGKA
ULASAN BUKU FEBRUARI

JUDUL BUKU : OMAR MUKHTAR  SINGA PADANG PASIR
NO.PANGGILAN : 922.97 SHA
ISBN : 978-967-0525-41-9
PENERBIT : YAMANI ANGLE SDN BHD
TARIKH / TAHUN :  2014
EDISI BAHASA : BAHASA MELAYU
HARGA :         RM 25.90

ULASAN :   
Kisah seorang pahlawan Libya bernama Omar Mukhtar juga seorang guru agama yang berjuang menentang Penjajahan .

Beliau dilahirkan pada tahun 1862. Pada tahun 1911, Itali telah menakluk Libya, Omar Mukhtar bersama pengikutnya berjuang menentang penjajahan Itali ke atas Libya. Namun ketika pertempuran menentang Tentera Itali,pasukan pimpinannya tewas. Ramai yang gugur Syahid menyebabkan Omar Mukhtar berundur.
         
Namun, Omar Mukhtar telah ditangkap dan  dipenjarakan.

Sementara didalam penjara, Omar Mukhtar disoal siasat dan dipaksa mengakui  penjajahan Itali, namun Omar Mukhtar tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengakui penjajahan Itali. Omar Mukhtar telah dibicarakan dan dihukum gantung pada 16 september 1931.

DISEDIAKAN OLEH :
AZHARANI A. AZIZ

Sunday, December 9, 2018

BUKU Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 Pengarang: Jazlina Syahrul Penerbit: Kata-Pilar Books

Ulasan Buku PAD Bentong bil.12/2018
BUKU Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 Pengarang: Jazlina Syahrul Penerbit: Kata-Pilar Books

No. Perolehan : DBEN 001423
Call No : 808.882/jaz
ISBN : 978-967-2014-09-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Bahasa

Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang kisah benar beberapa  orang doktor berdepan dengan pelbagai jenis pesakit dan juga pelbagai jenis penyakit. Merek menceritakan bagaimana cara mereka menangani masalah dengan pesakit dengan cara baik.

Untuk keterangan lanjut,anda bolehlah dapatkan buku ini dan baca. Saya dapat rasakan pengalaman yang indahsemua doktor-doktor ini bertemu dengan pesakit. Dapatkan buku ini di perpustakaan yang berhampiran dengan anda.

Judul : Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0
Pengarang : Jazlina Syahrul
Penerbit : Kata-Pilar Books
Tahun Terbit : Februari 2017
Harga : RM28.00
Muka Surat : 222
RATING : 5/5

Disediakan Oleh :
Yusniza Mohamad Arris
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

Buku Bila Hidayah Menyapa Pengarang Norhayati Jusoh

ULASAN BUKU BULAN NOVEMBER 2018


No Perolehan    :    EPAL 17/000817

ISBN    :    978-967-5994-93-7

Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :

Buku Bila Hidayah Menyapa merupakan kompilasi lapan kisah hidup insan-insan terpilih dalam menuju cahaya Ilahi.

Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna kehidupan sebenar dalam memaknai perjalanan kehidupan yang ditempuhi. Pengembaraan melalui denai dan lurah yang penuh cabaran dan tragis, bukanlah suatu yang mudah indah.

Hidayah adalah nikmat agung yang hanya dirasai oleh orang-orang yang ikhlas dalam memburu cinta-Nya serta sanggup menggadai kilauan perhiasan dunia.

“Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan sekali air mata diseka. Menelusuri jalur kehidupan mereka bukan setakat menambah iman di dada tetapi keaazaman untuk terus mengikut jejak langkah yang dibina. Menelusuri jalur kehidupan mereka menyedarkan kita hidayah adalah kurniaan hebat Allah untuk memberi nilai tertinggi kepada manusia itu sendiri.”

Melahirkan buku ini bererti berjalan bersama mereka tatkala fitrah insan mencari-cari sesuatu dalam hidupnya. Lantas hidayah yang menyapa lembut itu disahut mesra kerana pasti hidayah itu adalah horizon yang paling indah dalam hidup. 

Selamat membaca dan mendapat inspirasi iman darinya!!!

Judul :    Bila Hidayah Menyapa

Pengarang    :    Norhayati Jusoh

Penerbit    :    Casamas Resources Sdn Bhd

Tahun Terbit   :    2017

Harga    :    RM 18.00

Muka surat    :    138

Rating

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Saturday, December 8, 2018

Buku Kerana Aku Seorang Perempuan Pengarang Tengku Khalidah Tengku Bidin Penerbit QUE RIL LA

Buku Kerana Aku Seorang Perempuan Pengarang Tengku Khalidah Tengku Bidin
Penerbit QUE RIL LA

No Perolehan: ESAN 001465
ISBN: 978-967-2011-93-4
Kategori: 927.914309595 TEN

Ringkasan/ Ulasan

Disebabkan saya salah seorang peminat pelakon Rita Rudaini maka saya tertarik untuk membaca kisah hidup beliau yang beliau abadikandalam bentuk biografi untuk tatapan para pembaca yang bertajuk Kerana Aku Seorang Wanita Dari Kamar Hatiku – Rita Rudaini.

Buku ini mencerita kisah hidup Rita Rudaini seawal usia kanak-kanak, remaja penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur, pembabitan beliau dalam dunia lakonan, penceraian dengan suami pertama. Perkenalan, percintaan, perkahwinan dan penceraianbeliau denga Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak adalah kemuncak segala ranjau yang terpaksa beliau tempuhi. Pernikahan rahsia, perkahwinan yang tidak direstui keluarga mentua, keperitan membesarkan anak tanpa suami disisi, turun naik mahkamah bagi mendapakan hak anak-anak membuatkan beliau tabah menggalas segala bebanan yang ditanggung seorang diri.

Buku ini sesuai untuk dijadikan motivasi buat wanita-wanita diluar sana yang menghadapi masalah yang sama supaya bangkit dari masalah yang membelenggu diri, pandang jauh kehadapan kerana hanya kita yang boleh merubah nasib kita dengan keizinan– Nya juga.

Judul : Kerana Aku Seorang Perempuan
Pengarang: Tengku Khalidah Tengku Bidin
Penerbit: QUE.RIL.LA
Harga: RM 40.00
Mukasurat: 80
Rating: -

Ulasan oleh : Puan Juwahi Md Amin, PD Siber Sanggang

Buku Panduan Kehamilan Buat Ibu Bapa Pengarang Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

ULASAN BUKU NOVEMBER 2018
Buku Panduan Kehamilan Buat Ibu Bapa Pengarang Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood


No Perolehan :  EPER 17-000719

ISBN: 978-967-388-288-5

Kategori: Teknologi

Ringkasan / Umum :

Buku Amalan Ibu Mengandung tulisan Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contoh penulisan fakta, surah dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh rujukan.

Amalan Ibu Mengandung merupakan koleksi buku yang mengandungi amalan dan petua yang bersandarkan al-Quran, hadis dan pendapat ulama termasuk juga daripada pemerhatian orang soleh dan panduan daripada ilmu perubatan, rawatan perbidanan dan pemakanan moden. Semua panduan disertakan gambar berwarna penuh, lukisan,carta,jadual dan infografik untuk menerangkan kaedah yang paling tepat supaya mudah difahamidan diamalkan.

Judul: Amalan Ibu Mengandung

Pengarang: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood

Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd

Tahun Terbit: 2017

Harga: Rm 25.00

Muka surat: 226

Rating:-


Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3 PAD Pekan  

Friday, December 7, 2018

Buku Kek Layer Penerbit Synergy Media 2017

Buku Kek Layer Penerbit Synergy Media 2017

No Perolehan: 18 - 001507
ISBN: 978-967-444-802-8
Kategori: 641.8653 DAP
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini adalah mengenai resepi-resepi dari Dapour Lazadous Kek Layer yang dihiaskan pasti lazat dan akan digemari ramai. Bermula dari kek saiz kecil sehingglah kek yang bersaiz besar yang mengandungi pelbagai bentuk dan warna. Juga memberikan satu kelazatan yang sukar digambarkan jika anda mencubanya apatah lagi bagi para penggemar kek.

Anda perlu mendapatkan buku ini dan mencuba sendiri resepi yang terdapat didalamnya. Pasti anda akan teruja!


Judul: Kek Layer
Pengarang: -
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM15.90
Muka surat: 64
Rating: 4
Ulasan oleh: Norjulina Abdullah, PD Jenderak Loop

Buku Amalan Pengurusan Risiko Sukan dan Rekreasi Penulis Jaffry Zakaria, Mohd Taib Harun, Norlena Salamuddin

ULASAN BUKU NOVEMBER 2018
Buku Amalan Pengurusan Risiko Sukan dan Rekreasi Penulis Jaffry Zakaria, Mohd Taib Harun, Norlena Salamuddin

No Perolehan :  DPEK 18-005962
ISBN: 978 - 967 – 15859 – 0 – 0
Kategori: Sains Sukan

Ringkasan / Umum :
Aktiviti  sukan dan rekreasi  telah menjadi  satu budaya masyarakat Malaysia ketika ini dengan penganjuran pelbagai acara,peningkatan kelab-kelab kecergasan dan pelbagai aktivti yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga  NGO.

Penglibatan masyarakat di pelbagai peringkat dan golongan telah menjadikan industri sukan  dan rekreasi semakin berkembang pesat dan maju.
Peningkatan kesedaran tentang kesihatan dan kecergasan haruslah seiring dengan kesedaran keselamatan dan risiko ketika menjalankan aktiviti berkenaan.Sikap sambil  lewa dan tidak mengambil berat  aspek keselamatan boleh mengundang tragedi  yang  tidak dingini.

Buku ini juga sangat sesuai dijadikan sumber rujukan sama ada penyelidik,jurulatih,penggiat-penggiat sukan dan rekreasi, para guru, pelajar sekolah, pelajar universiti  awam dan swasta,pengurus acara, pengurusan  kecergasan dan juga semua yang terlibat dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Model dan teori pengurusan risiko yang berkaitan juga dibincangkan agar dapat memberi panduan dan maklumat yang jelas kepada pembaca.

Buku ini juga diharapkan dapat dijadikan sebagai panduan berguna dan sekaligus penerapan kepada amalan-amalan pengurusan risiko yang baik dalam bidang sukan dan rekreasi.

Judul: Amalan Pengurusan Risiko Sukan dan Rekreasi
Pengarang: Jaffry Zakaria, Mohd Taib Harun, Norlena Salamuddin
Penerbit: Simplandin Resources
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 45.00
Muka surat: 135
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :
Kamariah Bt Omar              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Wednesday, December 5, 2018

Buku Saya Cuma Posmen Pengarang Ebit Lew penerbit Grup Buku Karangkraf 2016

ULASAN BUKU BULAN OKTOBER 2018
Buku Saya Cuma Posmen Pengarang Ebit Lew penerbit Grup Buku Karangkraf 2016

No Perolehan    :    EPAL 17/001018
ISBN    :    978-967-86-0681-3
Kategori    :     Agama 

Ringkasan / Umum :

Buku Saya Cuma Posmen merupakan kompilasi status-status Ustaz Lew di Facebook. Semua tulisaini dicatat berdasarkan pengalaman beliau setiap hari. Kisah suka duka dikongsikan dengan pembaca bertujuan mengajak kea rah kebaikan.

Mata melihat, telinganya mendengar, akal berfikir dan mulutnya menegur. Beliau memberi nasihat dalam bentuk memujuk dengan bercerita secara psikologi dan diplomasi. Ketika dia melihat, ada ceta yang berbaur manis dan pahit. Luahan hati setiap saudara seagamanya yang ditemui menzahirkan setiap kemelut masalah yang ditanggung.

Ketika mendengar, ada nada sebak yang akhirnya pecah dengan tangisan kerana mereka tidak lagi dapat menanggungnya seorang diri. Pengalaman sendiri yang berdepan dengan kata-kata penghinaan dan pernah dihalau ketika berdakwah banyak mematangkan dirinya sebagai pendakwah.

Sering beliau tekankan, manusia adalah makhluk yang lemah. Namun, kita punya Allah dan sebenarnya kita adalah milik-Nya. Sebagai hamba, kita wajib berpegang pada ajaran agama Islam, mencontohi cara hidup Rasulullah SAW dan sentiasa sujud untuk mengejar kasih saying AlLLAH.

Semoga naskhah ini memberi perubahan positif. Jadikan amalan ta’lim bersama keluarga sebagai asas mendidik isteri dan anak-anak. Agar kita menjadi Daie pada umat akhir zaman. Selamat Membaca!!!

Judul :    Saya Cuma Posmen
Pengarang    :    Ebit Lew
Penerbit    :    Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
Tahun Terbit   :    2016
Harga    :    RM 30.00
Muka surat    :    414
Rating 

Disediakan Oleh: Disemak Oleh :

Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan

Tuesday, December 4, 2018

Buku Seri Pahang Naga Tasik Chini Juara Yang Tewas Pengarang Aripin Said Penerbit Geroda Merah Press 2017.

Buku Seri Pahang Naga Tasik Chini Juara Yang Tewas Pengarang Aripin Said Penerbit Geroda Merah Press 2017.

No Perolehan: 18-001660
ISBN: 978-967-137-773-4
Kategori: 398.2095555123

Ringkasan/ Ulasan

Buku yang berjudul Seri Pahang Naga Tasik Chini mengisahkan tentang seekor naga yang paling tua yang diberi nama Naga Seri Pahang. Dia lebih lama dan terdahulu bertapa di dalam Tasik Chini yang tenang airnya dan indah pemandangannya.

Setelah seratus tahun pertapaannya  di mana sisiknya telah bertukar kepada emas  dan memiliki segala kesaktian dan kelebihan  Seri Pahang telah meneruskan perjalanan ke lautan yang dihuni oleh Seri Kemboja.

Pertarungan hebat berlaku di antara mereka dan masing-masing telah mengalami kecederaan yang parah. Walau bagaiamana Seri Pahang telah terkena tembakan tentera Siam dan telah menyebabkan kematiannya.

Judul: Seri Pahang Naga tasik Chini (Juara Yang Tewas)
Pengarang:  Aripin Said
Penerbit: Geroda Merah Press
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM30.00
Muka surat: 139
Rating: 3

Ulasan oleh:  Norzini binti Majid, PD Kerdau

Buku Berpantun dalam Majlis Rasmi II Pengarang Hashim Abdullah Penerbit Penerbitan Media Mustaqim 2013

Buku Berpantun dalam Majlis Rasmi II Pengarang Hashim Abdullah Penerbit Penerbitan Media Mustaqim 2013

No Perolehan: DTEM00373/17
ISBN: 978-967-11519-5-2
Kategori: 899.231

Ringkasan/ Ulasan
   
Senaskah buku yang amat paling sesuai dibaca dan digunakan oleh pengerusi majlis.Selain daripada pantun terdapat peribahasa Melayu yang sangat bermakna dan sesuai diucapakan pada majlis tertentu.Terdapat 6 jenis pantun yang sesuai diucapkan dalam situasi tertentu seperti majlis perpisahan dan perasmian sesuatu program.
   
Kesimpulannya buku ini amat sesuai bukan sahaja untuk pengerusi majlis tetapi kepada tetamu jemputan apabila perlu memberi ucapan dalam majlis rasmi atau separa rasmi.Penulisan buku ini bukan sahaja dapat memperkasakan bahasa dan budaya Melayu  tetapi dapat disuburkan dan dirimbunkan oleh generasi akan datang.

Judul: Berpantun dalam Majlis Rasmi
Pengarang: Hashim Abdullah
Penerbit: Penerbitan Media Mustaqim
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM13.00
Muka surat: 94
Rating: 5

Ulasan Oleh: Lizune a/l Met
                         Pembantu Pustakawan
                         Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Abu Ubaidah Penakluk Parsi
No.Perolehan : ELUR 09-000224
Call No : 297 ABD
ISBN : 978-967-5136-21-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam
Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yg iaitu AbuUbaidah Al-Jarrah. Beliau juga merupakan salah satu daripada sembilan panglima perang yang hebat dalamsejarah Islam. Abu Ubaidah dilahirkan di Mekah pada tahun 582 Masihi. Selain itu, Abu Ubaidah juga antara 10orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijamin masuk syurga. Semasa Rasulullah S.A.W masih hidup,Abu Ubaidah pernah dilantik sebagai utusan ke Najran. Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah melantik AbuUbaidah untuk memimpin sepasukan tentera di persisiran pantai Laut Merah. Beliau juga pernah menyertai peperangan bersama Rasulullah, antaranya Perang Badar dan Perang Uhud.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah pernah dicalonkan untuk menjadi khalifah. Namun beliau menolak dan menyokong pelantikan Abu Bakar as-Siddiq. Semasa pemerintahan Abu Bakar, Abu Ubaidah pernah dilantik untuk menjaga baitulmal. Selain itu, pada tahun 12 Hijrah beliau pernah dilantik untuk memimpin tentera Islam menuju ke Hims. Abu Ubaidah juga pernah menyertai peperangan di Yarmuk dan menggantikan Khalid Al-Walid sebagai pemimpin tentera Islam.

Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah telah banyak membebaskan kawasan pemerintahan Rom. Antaranya Kota Hims, Syam, Antakiah dan lain-lain. Selain itu, Abu Ubaidah juga pernah memimpin tentera Islam untuk menakluk Baitulmaqdis. Selepas menakluki Syam, Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaidah sebagai Gabenor di Syam. Akhir sekali Abu Ubaidah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah akibat wabak taun. Beliau dikebumikan di Baisan, Syam.

Judul : Abu Ubaidah Penakluk Parsi
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 27.90
Muka Surat : 346
RATING :

Disediakan Oleh : Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

BUKU RAHSIA KESIHATAN DARI DURIAN PENERBIT SA MAJEED 2012

ULASAN BUKU
BUKU RAHSIA KESIHATAN DARI DURIAN PENERBIT SA MAJEED 2012

NO. PEROLEHAN :DBER 12-04729
CALL NO. : 634.65 RAH
ISBN : 978-967-371-937-2
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : TEKNOLOGI
ULASAN:

RAJA DALAM DUNIA BUAH YANG SELALAU MENIMBULAKN KONTROVERSI,
BUKU INI MEMBONGKAR MITOS DAN FAKTA TENTANG BUAH DURIAN DARI SEGI PERMAKANAN DAN KEGUNAAN BUAH DURIAN.
MELALUI KAJIAN SAINTIFIK BUAH DURIAN  MENGANDUNGI PELBAGAI KANDUNGAN GIZI & KALORI YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN MANUSIA

PELBAGAI JENIS VARITEY DURIAN DIBINCANGKAN DALAM BUKU INI YANG MERUPAKAN BAKA ASLI DAN KLON YANG BERASAL DALAM NEGARA DAN VARIETY DARI LUAR NEGARA .

TURUT DIBINCANGKAN PETUA MEMAKAN BUAH DURIAN YANG JELAS MASYARAKAT TIDAK SEDAR  BETAPA BUAH DURIAN BUKANLAH BUAH YANG TERLARANG UNTUK KESIHATAN, ASALKAN TAHU AKAN KELEBIHANNYA.

JUDUL : RAHSIA KESIHATAN DARI DURIAN
PENGARANG :
PENERBIT : S.A MAJEED & CO. SDN. BHD
TAHUN TERBIT :2012
HARGA :RM16.90
MUKA SURAT :136
RATING :4/5

BUKU Bersahabat dengan peperiksaan Penulis Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resourses 2018

ULASAN BUKU OKTOBER 2018
BUKU Bersahabat dengan peperiksaan Penulis Mejar B Mohammad Qayyum A Badaruddin Penerbit Casamas Resourses 2018

No Perolehan: DPEK 18- 004051
Isbn: 978-9675-994890
Kategori :

Ringkasan / Umum

Penulis Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin memberikan pelbagai tips dan resepi kepada pembaca khususnya  para pelajar yang bakal atau akan menghadapi  peperiksaan .
RESEPI KEK USAHA KEJAYAAN
Bahan-bahannya-
250gm Daya usaha
100gm Kesabaran
100gm Keimanan
190gm Keinsafan
150gm Pengorbanan
150gm Campuran akhlak mulia (Boleh didapati dari didikan yang baik)
8 sude the rasa tanggungjawab
200gm senyum secukup rasa

Dengan mengikuti segala idea resepi adunan penulis dapat menyuntik semangat para pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan yang dilalui kerana orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

Pengarang: Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit: Casamas Resourses Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2018
Harga: Rm 18.00
Muka Surat: 113
Rating:-

Disediakan Oleh: Di semak Oleh :

Isham bin Hamzah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan PAD Pekan

Monday, December 3, 2018

Buku Menulis Mengatur Diri Berfikir oleh Nisah Haron

ULASAN BUKU BULAN JANUARI 2018
Menulis Mengatur Diri Berfikir oleh Nisah Haron

JUDUL BUKU Menulis Mengatur Diri Berfikir.
PENGARANG Nisah Haron
NO. PANGGILAN 808.6 / NIS
ISBN 9789834908553
PENERBIT Dewan Bahasa Dan Pustaka
TARIKH / TAHUN TERBIT 2017 – Cetakan Pertama
EDISI BAHASA Bahasa Melayu
HARGA RM26.00

ULASAN BUKU
Karya sastera ini terbentuk hasil gabungan tiga perkara penting iaitu manusia,peristiwa dan pemikiran. Manakala esei-esei sastera  pula tidak lari dari tiga unsure yang hamper sama.Hanya cara penulisan dan pemahaman pembaca saja yang dapat membezakan.

Sesebuah hasil tulisan yang jelas datangnya dari pemikiran yang jernih.Gaya penulisan esei sastera dalam buku ini dipengaruhi dua perkara, pertama disiplin untuk berfikir dan kedua didikan secara langsung daripada Sasterawan Negara Baha Zain dan Maman S.Malayana. Esei-esei dalam buku ini adalah suara Nisah Haron yang mewakili pendirian dan juga zamannya.

Sunday, December 2, 2018

Buku KATAK DI LUAR TEMPURUNG Oleh SYED ALWI ALATAS

KATAK DI LUAR TEMPURUNG - SYED ALWI ALATAS

KATEGORI :  FALSAFAH
PENULIS     : SYED ALWI ALATAS
PENERBIT  :  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
ID BUKU    :  158.1
ISBN           :  978-983-097-626-6
M/SURAT :  130
LIBRARY    :  PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“KATAK DI LUAR TEMPURUNG”  INGIN MENGAJAK PARA PEMBACA  MEMBANGUNKAN KEYAKINAN DIRI, TIDAK LAGI BERTERUSAN BERKATA “TAK BOLEH” , SEBALINYA KATAKANLAH “SAYA BOLEH” DAN LAKUKANNYA TANPA KERAGUAN. YAKINLAH SETIAP DARIPADA KITA MEMILIKI KEMAMPUAN YANG UNIK YANG DIJADIKANNYA. KITA  HANYA PERLU MENGETAHUI KELEBIHAN YANG KITA MILIKI DAN MENGGUNAKNNAYA SEBAIK MUNGKIN.

OLEH ITU JANGAN SEKALI-KALI MEMBUNUH IMPIAN YANG BAIK. SELAMA IMPIAN ITU MULIA DAN TIDAK BERTENTANGAN DENGAN  AGAMA , MAKA SILA KEJAR DAN RAIH. JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MENGUBURKAN IMPIAN . IMPIAN ITU ADALAH PERMULAAN DARIPADA SEBUAH PENCAPAIAN.

Saturday, December 1, 2018

Buku KEJAYAAN TANPA NOKHTAH oleh ABD. RAHMAN ABD. HAMID

KEJAYAAN TANPA  NOKHTAH oleh ABD. RAHMAN ABD. HAMID

KATEGORI :  TEKNOLOGI
PENULIS     : ABD. RAHMAN ABD. HAMID, DATO’ SRI
PENERBIT  :  DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
ID BUKU    :  650
ISBN           :  978-983-46-0783-8
M/SURAT :  115
LIBRARY    :  PERPUSTAKAAN DESA PULAU TAWAR

“KEJAYAAN TANPA  NOKHTAH” MENGUPAS BETAPA SUKARNYA MENGEJAR KEJAYAAN WALAUPUN TERDAPAT BANYAK TEORI DAN PENDEKATAN UNTUK MENCARI SESUATU KEJAYAAN TETAPI PADA  AKHIRNYA  MANUSIA  PERLU TUNDUK KEPADA KEKUASAAN DAN KETENTUAN  ALLAH  YANG MENENTUKAN SIAPA, BILA DAN BAGAIMANA SESUATU KEJAYAAN ITU DIBERIKAN KEPADA  INSAN  YANG  DIPILIHNYA.

BUKU INI JUGA MENGAJAK PEMBACA MENGHAYATI SATU KAJIAN KES : CERITA “AYAM TOGEL” YANG MENGGAMBARKAN KEGIGIHAN DAN KEPAYAHAN  YANG SANGGUP DILALUI OLEH SESEORANG DENGAN TABAH, LALU AKHIRNYA MENJADIKAN  DIRINYA CUKUP BERSEDIA UNTUK MENGECAPAI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN  DALAM HIDUP SEBAGAI CABARAN UNTUK MELANGKAH KEHADAPAN  BAGI MENCAPAI KEJAYAAN  YANG SEBENAR .

KEJAYAAN DALAM SASARAN BARU SUKAR DIULANGI TANPA ADANYA USAHA PENAMBAHBAIKAN DALAM DIRI BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM EMPAT DIMENSI UTAMA IAITU KECEMERLANGAN FIZIKAL, KECEMERLANGAN EMOSI, KECEMERLANGAN ROHANI DAN KECEMERLANGAN INTELEKTUAL. PENINGKATAN TAHAP KECEMERLANGAN TERSEBUT MEMBANTU MENGANGKAT DIRI SESEORANG MENJADI INSAN TERPILIH, YANG DISUKAI OLEH MANUSIA  DAN DIKASIHI ALLAH SWT, INSYA-ALLAH.

Tuesday, November 27, 2018

About The Fraser’s Hill Community Library (FHCL)

Kini Dibawah Pentadbiran 
Perpustakaan Awam Negeri Pahang

Bahagian Rangkaian Perpustakaan
[Perpustakaan Daerah Raub ]

About The Fraser’s Hill Community Library
-------------
Establishment
Vision & Mission
Library Catalogue
Activities
Announcements about Current Library Activities
Membership of the Library
Library Events
First Anniversary 2016
Future Plans
Executive Committee
Friends of the Library
General Rules & Regulations

-------------
Location
-------------
The Library is located in the ground floor of the Tourism Complex, a few steps from the Clock Tower, the Post Office and the Puncak Inn, and close to the golf course, the Police Station, Government Clinic, souvenir shops, and Scotts Pub and Restaurant.

-------------
Address
-------------
Fraser's Hill Community Library,
Tourist Complex (formerly known as Sports Complex)
Jalan Genting,
49000 Fraser's Hill,
Pahang Darul Makmur.


Welcome to Fraser’s Hill Community Library (FHCL)

Kini Dibawah Pentadbiran 
Perpustakaan Awam Negeri Pahang
Welcome to Fraser’s Hill Community Library
[http://fhcl.com.my/]

-------------
Frasers Hill Community Library is more than just a library: in addition to a current holding of over 5000 books, journals, and magazines, users have access to a wide range of board games, DVDs, audio books, computers to surf the web, word process, check emails, and can also participate in the many community events, programmes and activities sponsored and organized by the Library committee. It is a free public library serving the small community of Frasers Hill residents and the wider community of visitors from other parts of Malaysia and from overseas.There is no charge for access to almost all of our facilities, with a small number of exceptions such as membership and borrowing fees, copying and printing services. We are an independent information and resource centre run by volunteers and entirely dependent on charitable donations (financial and in kind) from well-wishers.

About The Fraser’s Hill Community Library (FHCL)