Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Ulasan Buku PAC Lanchang. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Buku PAC Lanchang. Show all posts

Thursday, December 20, 2018

BUKU Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang Pengarang: A.Talib Ahmad Penerbit: Geroda Merah

No Perolehan:  CLAN004317 
ISBN: 978-967-15676-7-8     
Bahasa: Bahasa Malaysia

Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengisahkan perjuangan orang-orang Pahang yng bermatian menetang kedatangan British ke Negeri Pahang. Dalam keadaan yang serba tidak kena, Negeri Pahang menerima tempaias kolonisasi barat secara tidak langsung.

Dalam keadaan getir ini Sultan Pahang terpaksa membuat helah demi menyelamatkan negerinya daripada dikawal oleh British.

Pada masa yang sama penentangan Dato’ Bahaman dan rakan-rakannya membuatkan kita sedar betapa dalam sebilangan kita ini ada manusia yang sanggup mati demi memelihara maruah bangsanya dari tergadai dengan cara apa sekalipun.

Judul : Sejarah Dato Bahaman Pahlawan Pahang 
Pengarang: A.Talib Ahmad
Penerbit: Geroda Merah Press
Tahun terbitan: 2018             Harga: RM
Mukasurat: 133ms    Rating: 

Wednesday, December 19, 2018

BUKU Seri Pahang Naga Tasik Chini (Juara Yang Tewas) PENGARANG Aripin Said

No Perolehan:  CLAN004315 
ISBN : 978-967-23777-3-4   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengisahkan perjalanan Seri Pahang (Naga Tasik Chini) mengharung lautan yang bergelora mencari Seri Kemboja. Semua hidupan laut dari yang kecil hingga besar telah memberi laluan kepada Seri Pahang bertemu Seri Kemboja. Mereka tahu bahawa Seri Pahang datang untuk menghapuskan musuh mereka selama ini iaitu Seri Kemboja.

Setelah bertemu mereka berjuang bermati-matian selama 40 hari 40 malam. Masuk hari yang ke 41 Seri Pahang menggunakan segala kebolehan serta kesaktiannya untuk mengalahkan Seri Kemboja.

Seri Kemboja mula merasakan dirinya akan ditewaskan oleh Seri Pahang oleh itu ia telah melarikan diri ke dalam sebuah gua bagi melindungi dirinya dari dikalahkan oleh Seri Pahang. Selama itu mereka masih bertarung di antara satu sama lain.

Masuk hari yang ke 21 masih tidak satu pun di antara mereka berdua yang kalah. Sudah lebih 20 hari penduduk tidak makan ikan, tiada seorang pun yang berani turun ke laut.

Seri Kemboja telah mendapat satu fikiran iaitu ia telah menghantar alamatnya ke dalam mimpi Raja Siam yang memerintah ketika itu. Seri Pahang telah ditembak dengan 100 pucuk meriam yang dipasang di sepanjang pesisir pantai. Seri Pahang melarikan diri ke Pulau Aur manakala Seri Kemboja cedera parah di dalam gua. Seri Pahang telah dibawa ke Sekukuh dan disemadikan di sana.

Judul : Seri Pahang Naga Tasik Chini (Juara Yang Tewas)
Pengarang: Aripin Said
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka
Tahun terbitan: 2017             Harga: RM
Mukasurat: 140ms    Rating: 

Wednesday, July 11, 2018

Buku RASULULLAH BUAH HATIKU Penulis Mohd Faiz Abidin Peberbit GREEN DOME PUBLICATIONS 2017 RM65

Buku RASULULLAH BUAH HATIKU Penulis Mohd Faiz Abidin Peberbit GREEN DOME PUBLICATIONS 2017 RM65

No Perolehan:     2017 CLAN 000688   
ISBN  9789670728216 
Bahasa: B.Malaysia
Kategori: dewasa



Ringkasan/ Ulasan

Melalui karya ini, kisah-kisah kecintaan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w lahir bukan sahaja melalui para sahabat, tetapi makhluk seluruh alam tetap merasai lazatnya kemanisan itu.

Justeru, berbahagialah bagi mereka yang benar-benar menjadikan Rasulullah s.a.w itu buah hatinya dalam hidup menuju syurga yang kekal abadi.

Buah kecintaan hanya lahir kepada yang benar-benar ingin dicintai dan mencintai.

Judul :    RASULULLAH BUAH HATIKU
Pengarang:.Mohd. Faiz Abidin
Penerbit: GREEN DOME PUBLICATIONS SDN BHD KUALA LUMPUR.
Tahun terbitan: 2017           
Harga: RM 65.00
Mukasurat:  XVII,478   ms                           
Rating:

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA Pengarang ZIMIE Penerbit PEKAN ILMU 2017

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA Pengarang ZIMIE Penerbit PEKAN ILMU 2017

No Perolehan: 2017CLAN000686 
ISBN  9789674380380   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa



Ringkasan/ Ulasan

Buku PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA ini disediakan untuk pelajar sekolah menengah yang akan mengambil subjek Lukisan dalam peperiksaan PMR dan SPM.

Praktis yang disediakan diharap dapat membantu pelajar kelak. Pendekatan yang digunakan dalam buku ini mampu melatih skit asas dalam bidang lukisan.

Lakaran yang ditunjukkan di dalam buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu
- lakaran alam manusia,
- haiwan dan
- benda.
ialah elemen yang paling asas dalam lukisan.

Praktis dalam buku ini menumpukan sepenuhnya terhadap elemen terpenting ini.

Judul  : PRAKTIS LAKARAN DENGAN PENA
Pengarang: ZIMIE
Penerbit: PEKAN ILMU PUBLICATIONS SDN BHD AMPANG SELANGOR.
Tahun terbitan:  2017       
Harga: RM 21.90
Mukasurat: 200 ms           
Rating:

Wednesday, May 2, 2018

BUKU Triangle of Love ALLAH AKU DAN KAMU Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh PENERBIT Green Dome Publications 2016 RM25

April 2018
BUKU Triangle of Love ALLAH AKU DAN KAMU Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh PENERBIT Green Dome Publications 2016 RM25
No Perolehan: 17clan000693     
ISBN : 9789670728162   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan : 
Berkisar mengenai perkara-perkara yang berkait dengan cinta, berpasangan, bujang, ta'aruf (berkenalan) dan pernikahan menurut pandangan Islam.

Fitrah setiap manusia ingin hidup secara berpasang-pasangan. Namun hal ini tidak beerti kita boleh sewenang-wenangnya mewujudkan hal tersebut. Sebesar apapun cinta kita terhadap pasangan, janganlah cinta itu melebihi cinta kita kepada Allah S.W.T.

Ini kerana, 'cinta' itu bukan sekadar urusan aku dan kamu sahaja, tetapi juga melibatkan Allah S.W.T. yang meredhai perhubungan tersebut.

Judul : Triangle of Love: Allah, Aku & Kamu : Menunda hati terikat sampai tiba akad Sobat Loversh
Pengarang:. -
Penerbit: Green Dome Publications Sdn Bhd
Tahun terbitan: 2016                                 
Harga:RM 25.00
Mukasurat: viii,192ms                               
Rating:

Monday, April 30, 2018

Buku OPEN YOUR HEART FOLLOW YOUR PROPHET Penulis Hassan Taha Penerbit Green Dome 2016 RM25

Mac 2018
Buku OPEN YOUR HEART FOLLOW YOUR PROPHET Penulis Hassan Taha Penerbit Green Dome 2016 RM25
No Perolehan: 2017CLAN000691 
ISBN  9789670728155 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

“Open your heart,follow your prophet.” Kalau boleh di usia muda…Kenapa perlu tunggu hingga ke tua ?

Buat temanku yang dicintai Allah, sebaik-baik umur untuk mengejar cita-cita dan kejayaan adalah ketika usia muda.

Dan sebaik-baik contoh yang boleh kita teladani adalah Rasulullah SAW. Betapa hebat generasi sekarang dan betapa cemerlang generasi akan dating, jika semua genarasi muda umat Islam menjadikan baginda sebagai teladan.

Judul : OPEN YOUR HEART,FOLLOW YOUR PROPHET.
Pengarang:Hassan Taha
Penerbit: Green Dome Publications Sdn Bhd.Kuala Lumpur.
Tahun terbitan:  2016           
Harga: RM25.00
Mukasurat:   vii,192 ms   
Rating:

Tuesday, February 27, 2018

Buku PERSONAL POWER Penulis DR IBRAHIM ELFIKY Penerbit INTEAM 2016

Buku PERSONAL POWER Penulis DR IBRAHIM ELFIKY Penerbit INTEAM 2016
No Perolehan: 17clan000492
ISBN  9789670326689 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ulasan
Persespi anda terhadap diri sendiri akan berubah sebaik sahaja selesai membaca buku ini.Ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai kekuatan dan kelebihannya yang tersendiri.Ternyata anda lebih hebat dari yang anda bayangkan.

Dr. Ibrahim Elfiky mengajak anda mengeluarkan dan mengilap potensi diri yang sekian lama terkurung di dalam diri.

7 rahsia yang didedahkan di dalam buku ini adalah :
•Kekuatan Kesedaran
•Kekuatan Tujuan
•Kekuatan Keyakinan
•Kekuatan Cinta
•Kekuatan Energi Positif
•Kekuatan Konsentrasi
•Kekuatan Keputusan

Semoga anda dapat keluar dari kepompong kesedihan dan kegagalan.
Anda hebat dan anda boleh Berjaya

Judul  : PERSONAL POWER
Pengarang: DR. IBRAHIM ELFIKY
Penerbit: .INTEAM PUBLISHING SDN BHD
Tahun terbitan:      2016     
Harga: 25.00
Mukasurat:    310ms     
Rating:

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Tuesday, February 20, 2018

BUKU Till Jannah PENULIS Theya Nur PENERBIT Anaasa 2017

BUKU Till Jannah PENULIS Theya Nur PENERBIT Anaasa 2017

No Perolehan: CLAN 000140  ISBN 978-967-0870-35-9     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ulasan
Perkahwinannya di luar negara dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Atas sebab tertentu, Tengku Ashraf Furqan terpaksa kembali ke Malaysia selepas bertahun menyepi bersama anaknya, Farisya. Namun, kepulangannya bersama Farisya mengundang kemarahan seluruh kerabat Tengku Ali Saifuddin.

Demi memulihkan nama keluarga di mata masyarakat, Ashraf diberi kata dua, kahwin atau Farisya akan dihantar ke rumah kebajikan. Kerana tidak mahu kehilangan Farisya, Ashraf memilih untuk berkahwin. Takdir telah mempertemukan Ashraf dengan Quraisya tepat pada waktunya. Dan takdir juga menjodohkan mereka menjadi suami isteri apabila Farisya memilih Quraisya sebagai mama barunya.

“Now I know kenapa Risya betul-betul suka you. She can see your heart, Quraisya. I harap, you boleh sayang dia macam anak you sendiri.” – Tengku Ashraf Furqan

“You’re an amazing man. Sanggup berkorban demi anak. 7 tahun awak besarkan Risya seorang diri. Saya tahu tak mudah. Walaupun saya tak pasti hubungan sebenar awak dengan Risya, tapi saya pasti Risya bukan seperti yang disangka.” – Quraisya

Selepas dibuang keluarga, rumahtangga mereka baik-baik sahaja. Namun, segalanya berubah apabila Quraisya cuba menjalin kembali hubungan kekeluargaan yang telah terputus. Kehadiran Tengku Adrian menagih kemaafan dan kemunculan Ustaz Safwan menagih cinta yang tidak kesampaian memburukkan keadaan. Terbongkar pula kisah silam Quraisya menggoyahkan kekuatan mahligai cinta mereka.

“Everything is over. Farisya dah pergi.” – Tengku Ashraf Furqan
“Abang, saya minta maaf. Saya yang salah. Saya tak jaga Risya baik-baik.” – Quraisya
“I’m glad to hear that. And now, what you can do? Nothing.” – Tengku Ashraf Furqan

Apabila semua kesalahan dituding kepada Quraisya seorang, mampukah Quraisya bertahan? Kuatkah mahligai cinta yang asalnya terbina kerana Farisya selepas anak kecil itu dibawa pergi? Dapatkah kisah kasih sayang mereka sekeluarga bertahan hingga ke jannah?

Judul :   Till Jannah
Pengarang:.Theya Nur
Penerbit: Anaasa Publication
Tahun terbitan: 2017             
Harga: RM 28.00
Mukasurat: 622ms 
Rating: 

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

Saturday, February 25, 2017

BUKU Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya PENULIS Nurul Asyikin PENERBIT SAM Synergy Media

BUKU Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya PENULIS Nurul Asyikin PENERBIT SAM Synergy Media

No Perolehan: 2014-06039 
ISBN  9789670478517    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Bagi orang awam, semua jenis sayur-sayuran adalah baik untuk dimakan. Begitu juga persepsi orang yang sihat, mengamalkan pemakanan pelbagai jenis sayur-sayuran tidak akan menimbulkan sebarang kesan negatif. Namun begitu, situasi tersebut adalah berbeza bagi orang yang menghidapi sesuatu penyakit. Bagi golongan ini, mengamalkan pemakanan sayur-sayuran tertentu akan memburukkan lagi penyakit yang mereka hidapi.

Jadi, buku ini menjelaskan tentang fungsi sesuatu sayuran terhadap manusia, kebaikan serta kemudratannya yang boleh memburukkan lagi situasi golongan yang menghidapi sesuatu penyakit.

Buku ini amat sesuai bagi mereka yang mahukan info serta panduan untuk memilih sayuran yang sesuai dalam rutin pemakanaan harian.

Dapatkan segera buku ini untuk kualiti pemakanan yang lebih baik!

Judul :    Data Nutrien Sayuran & Khasiatnya
Pengarang: Nurul Asyikin
Penerbit: SAM Synergy Media Sdn. Bhd
Tahun terbitan:             
Harga: RM 44.90
Mukasurat: 336 ms   
Rating: 

Friday, February 24, 2017

BUKU Apa Cerita Remaja Apa CeR ? PENULIS Ayu Darlu PENERBIT PTS Millennia TAHUN 2014

BUKU Apa Cerita Remaja Apa CeR ? PENULIS Ayu Darlu PENERBIT PTS Millennia TAHUN 2014

No Perolehan: 2014-0526   ISBN  9789670142586     Bahasa: Bahasa Malaysia

Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Bukan mudah menjadi remaja kerana dunia ini penuh dengan kekeliruan. Namun, indah menjadi remaja jikalau ada pedoman.
Terokai diri, keindahan, dan cabaran alam remaja, serta realiti hidup yang sebenar sebagai seorang manusia yang berpijak di bumi nyata.
Kisah-kisah kehidupan remaja ini mungkin boleh dijadikan teladan dan sempadan.
Bahkan, pencetus semangat bagi mencapai aspirasi remaja yang seindah pelangi.
Setiap impian boleh menjadi kenyataan jikalau remaja berpijak di bumi yang nyata.

Judul  : Apa CeR ?
Pengarang: Ayu Darlu
Penerbit: PTS Millennia Sdb. Bhd.
Tahun terbitan: 2014        
Harga: RM 16.00
Mukasurat: 240 ms  
Rating:

Thursday, February 23, 2017

BUKU Laa Tanqushuha Janganlah Terperdaya Muslimah PENULIS Muhammad Rasyid al-Uwaid PENERBIT S.A Majeed

BUKU Laa Tanqushuha Janganlah Terperdaya Muslimah PENULIS Muhammad Rasyid al-Uwaid PENERBIT S.A Majeed
No Perolehan: 2014- 06034  ISBN 9789674280901      Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Kini, terdapat pelbagai trend kehidupan wanita dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya wanita berkerjaya, selebriti, gemar membeli belah, menuntut persamaan hak dengan kaum lelaki dan sebagainya. Perkara sebegini telah menelusuri pemikiran mereka dan menjadi angan-angan. Kadangkala akidah dan kekurangan ilmu pengetahuan agama membuatkan mereka jauh daripada aktiviti yang bermanfaat, mengabaikan peranan dan fitrah sebagai wanita. Sesetengahnya sanggup meninggalkan kewajipan sebagai seorang isteri dan ibu. Mereka lupa akan fitrah islami yang menjanjikan mereka syurga dan keampunanNya.

Buku Jangan Terpedaya Muslimah Laa Tanqushuha membincangkan pelbagai kisah, contoh dan peristiwa yang dialami oleh wanita, baik para sahabat utama mahupun wanita masa kini yang kurang sempurna. Buku ini dihadirkan dihadapan anda bertujuan untuk mengingatkan kaum wanita Islam agar jangan mudah terpedaya dengan semua perkara yang dilihat di depan mata.

Terdapat banyak pesanan untuk kaum wanita dalam buku ini untuk mengingatkan peranannya yang begitu besar dan mulia sesuai dengan fitrah dan naluri yang diciptakan oleh Allah SWT. Buku ini merupakan karya yang menarik dan bernilai bahkan lebih berharga daripada emas  permata dan perhiasan yang terdapat di dunia ini.

Judul :   Laa Tanqushuha Janganlah Terperdaya Muslimah
Pengarang: Muhammad Rasyid al-Uwaid
Penerbit: S.A Majeed & Co. Sdn Bhd( 653434-W)
Tahun terbitan:              Harga: RM 35.20
Mukasurat: 345ms   Rating: 

Tuesday, January 26, 2016

Buku Dunia Jin dan penyakit manusia oleh Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin

Buku Dunia Jin dan penyakit manusia oleh Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin

No Perolehan: 2014 clan 06384  
ISBN 978-967-439-070-9   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan
   
Apa dan bagaimana sebenarnya kehidupan salah satu makhluk ciptaan Allah bernama jin? Benarkah mereka wujud? Bagaimana pula pengaruh kewujudan mereka bagi kehidupan manusia? Benarkah jin boleh menguasai dan mendatangkan kecederaan kepada manusia? Adakah mereka hidup di bumi yang sama dengan kita atau mungkin berada di tempat lain? Untuk menjawabnya, bacalah buku ini.

Di dalam buku luar biasa, mengupas secara terperinci berkenaan jin serta hubungannya dengan alam dan kehidupan manusia. Seperti, peranan jin dalam menimbulkan penyakit dan gangguan kesihatan bagi manusia. Juga penjelasan mengenai gejala kerasukan jin, masalah percintaan antara jin dan manusia, penjelasan berkenaan sihir dan penyihir serta pengubatannya, serta masih banyak lagi perkara lain berkisar tentang misteri jin dan dunia jin.

Selamat menerokai misteri dunia jin.

Judul: Dunia Jin dan penyakit manusia
Pengarang: Abul Mundhir Khalil bin Ibrahim Amin
Penerbit: Al- Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Batu Caves , Selangor.
Tahun terbitan: 2014             
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 348 ms   
Rating:

Buku Anak ku Tak Suka Bohong oleh Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini

Buku Anak ku Tak Suka Bohong oleh Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini

No Perolehan:  2014 - 06705 
ISBN 978979744454    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Mendidik bukan hal mudah. Kebahagian sepasang suami iateri terasa lengkap dengan kehadiran anak yang menenteramkan hati di tengah-tengah mereka. Tapi ,Mendidik dan mengarahkanya ternyata tak semudah harapan. Ada beragam factor yang mempengaruhi metalitasinya, sehingga muncul berbagai penyimpangan ( di antaranya suka membangkang dan berbohong).
Sayangnya, orang tua cenderung menyalahkan dan menjadikan anak sebagai ‘terdakwa tunggal’ jika ia menyimpang.Padahal ,penyimpangan yang dilakukan anak sejatinya dipengaruhi olah berbagai factor yang salah satunya adalah orang tua.

Arahkan Anak Sekarang Juga !

Buku ini layak menjadi pegangan semua orang tua. Bagi anda orang tua yang tengah dipusingkan kerana ulah anak yang suka membangkang dan berbohong, buku ini layak memandu anda meluruskan dan mengarahkan anak. Sedangkan bagi anda orang tua yang sedang bahagia lantaran anak anda mudah di atur dan tidak suka berbohong., Buku ini juga layak membantu anda mencegah pembangkangan dan kebohongan anak sendiri mungkin. Sehingga anda berhak mengatakan, ‘anakku tak suka membangkang, anakku tak suka bohong..!”

Judul : Anak ku Tak Suka Bohong
Pengarang: Dr. M. Fahd Ats - Tsuwaini
Penerbit: Mumtaza,Cemani Baru Solo
Tahun terbitan:   2005          Harga:RM 14.00
Mukasurat: xiii,100 ms         Rating: 

Monday, January 18, 2016

Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA oleh FATHAN MUBINA


Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA oleh FATHAN MUBINA

No Perolehan: 2014 clan 06383  
ISBN 978-967-439-048-8  
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan  :
Sebagai isteri, apa yang kita impikan dari sebuah rumah tangga? Pasti terlintas di dalam hati, apa yang kita inginkan adalah kemewahan, kelengkapan, perhiasan dan sebagainya dalam bentuk kepuasan material. Namun itu semua adalah hanya keperluan material yang bersifat sementara sahaja. Ia tidak bermakna sekiranya tiada kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Kehidupan berkeluarga yang harmonis, bahagia dan tenang bersama suami tersayang dan anak tercinta adalah impian sebenar seorang isteri dan setiap wanita. Malah lebih jauh lagi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Pasti isteri impikan ke syurga bersama suami tersayangnya. Lalu bagaimana mewujudkan impian ini?

Inilah yang dikupas di dalam buku ini. Apakah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang wanita bergelar isteri. Malah itulah juga kunci untuk menuju syurga bersama suami. Lebih menarik lagi pengisiannya diperkuatkan lagi dengan nas-nas yang dipetik daripada al-Quran dan hadis.

Buku MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA      Pengarang: FATHAN MUBINA

Judul: MENJADI ISTERI YANG DAPAT MENGAJAK SUAMI MASUK SYURGA BERSAMA                
Pengarang: FATHAN MUBINA
Penerbit: AL HIDAYAH HOUSE OF PUBLISHER SDN BHD,Batu Caves, Selangor
Tahun terbitan: 2014           
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 173 ms  
Rating:

Sunday, January 10, 2016

Buku: Kandil di Kaki Gunung oleh Roza Roslan

Buku: Kandil di kaki gunung oleh Roza Roslan

No Perolehan: 2014- 0591 
ISBN 978-967-366-262-3     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ulasan Buku :

Ada banyak doa yang terkandung dalam buku ini. Doa-doa itu dapat digunakan sesiapa sahaja yang membacanya. Berdoa tidak semestinya dalam bahasa Arab, malah bukankah doa itu menjadi lebih bermakna apabila kita berdoa dalam bahasa yang kita fahami. - Nisah Haron, penulis dan peguam

Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

Roza tidak pernah mahu menjadi jaguh mahupun seorang wirawati. Secara sedar beliau menganggap dirinya sebagai insan yang tidak mustahak dan ramakan pengalamannya adalah kisah biasa-biasa yang dilalui oleh seorang yang juga biasa-biasa. Namun, yang biasa-biasa itulah menarik dan luar biasa sehingga kita ketawa dan menitiskan air mata sambil tertanya-tanya peranan dan kehadiran diri kita di dalamnya. - Prof. Dr. Hatta Azad Khan, Rektor Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan.

Judul:  Kandil di kaki gunung
Pengarang: Roza Roslan
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd, Batu Cave, Selangor.
Tahun terbitan: 2014          
Harga: RM 40.00
Mukasurat: xiii,735 ms   
Rating:

Buku: Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi : Dari sebelum Lahir – usia pra nikah oleh Syaikh Jamal Abdulrahman

Buku: Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi : Dari sebelum Lahir – usia pra nikah oleh Syaikh Jamal Abdulrahman

No Perolehan: 2014 - 06695  ISBN  979-266743-    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori:  Dewasa

Ringkasan/ Ulasan 
Buku ini merupakan terjemahan dari “Athfatul Muslimin Kaifa Rabbahumun Nabiyul Amin” karya Syaikh Jamal Abdurrahman. Buku ini menyajikan berbagai konsep, metodologi hingga kiat praktis tarbiyyah. InsyaAllah buku ini memberikan kiat-kiay praktis cara Nabi mendidik generasi muslim.
Buku ini menyajikan 5 fase pendidikan anak:
1.Semenjak anak dalam sulbi ayahnya hingga usia 3 tahun
2.Semenjak anak berusia 4 tahun hingga usia 10 tahun
3.Semenjak anak beruasia 10 tahun hingga 14 tahun
4.Semenjak berusia 15 tahun hingga usia 18 tahun
5.Perhatian Nabi kepada remaja setelah baligh

Salah satu dari buku ini adalah:
Rasulullah SAW Kasihan Pada Tangisan Anak Kecil Sehingga Beliau Mempercepat Shalatnya dan Menganjurkan Imam Shalat Untuk Mempercepat Shalat Demi Mereka
Dari Anas R.A., ia berkata, “Saya tidak pernah walau sekali shalat di belakang imam yang lebih cepat dan lebih sempurna shalatnya melebihi Rasulullah SAW. Apabila mendengar suara tangis seorang

Judul:Cara Nabi SAW Menyiapkan Generasi: Dari sebelum Lahir – usia pra nikah
Pengarang : Syaikh Jamal Abdulrahman
Penerbit:. Almas Kitab,Shah Alam, Selangor
Tahun terbitan: 2010            
Harga: RM 62.00
Mukasurat: 290  ms   
Rating:

Buku: Hebatnya Hari Jumaat oleh Ahmad Zaidi Adam

Buku: Hebatnya hari jumaat oleh Ahmad Zaidi Adam

No Perolehan: 2013- 04572 
ISBN 978-967-10713-5-9 
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Buku Hebatnya Hari Jumaat ini diterbitkan untuk umat islam menyingkap tentang kelebihan larangan, dan amalan yang berkaitan dengan hari jumaat. Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Ia adalah hari eksklusif bagi seorang hamba menghadap Penciptanya. Allah SWT menganugerahkan hari jumaat ini agar mereka dapat merebut peluang dan ganjaran besar yang disediakan demi mencapai keredhaan-Nya dan seterusnya memperoleh kehidupan yang bahagia di dunia dan Akhirat.

Pada setiap hari jumaat , umat islam bukan sahaja dapat memperbanyakan ibadah kepada Allah SWT malah dianjurkan banyak beristighfar kepada-Nya daripada segala dosa yang mereka lakukan.Begitu juga dengan semua makluk Allah termasuk malaikat juga turut memohon ampun dan belas kasihan kepada Allah SWT.

Semoga dengan buku ini akan dapat member impak yang besar kepada umat Islam dalam mempertingkatkan ibadah kepada Allah SWT sebagaimana kelebihan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh-Nya kepada umat Nabi Muhammad SAW demi mencapai mahligai Syurga yang kekal abadi.

Buku: Hebatnya hari jumaat
Pengarang: Ahmad Zaidi Adam
Penerbit:.PSN Publications Sdn.Bhd.,Shah alam Selangor
Tahun terbitan:   2012
Harga: RM 22.00
Mukasurat: xiv,210 ms   
Rating:

Tuesday, December 22, 2015

Buku: Membongkar Misteri 3 Masjid Suci oleh Adrie Nur Fatia Andriansah

Buku: Membongkar Misteri 3 Masjid Suci oleh Adrie Nur Fatia Andriansah

No Perolehan: 2014- 06159  
ISBN 978-967-411-268-4    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori   : dewasa

Ringkasan/ Ulasan :

Pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun belum dirungkai kebenarannya. Misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa
antara kisah yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Namun, ia tidak terlepas daripada pengaruh mitos, kurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan
kesesatan akidah sebagai penganut agama Islam. Apabila mendapat sesuatu berita seharusnya kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita mempercayai dan beriman dengannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya."

Buku ini cuba merungkai kebenran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan masyarakat. Antaranya:
•    Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
•    Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
•    Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
•    Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
•    Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
•    Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
•    Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
•    Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
•    Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
•    Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)

Judul  :  Membongkar Misteri 3 Masjid Suci
Pengarang  :   Adrie Nur Fatia,Andriansah
Penerbit  :  PTS Millennia Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor
Tahun terbitan :  2015
Harga : RM 35.00
Mukasurat : xvi,179 ms   
Rating:

Buku: Air Tangan Mak Dara oleh Halimah Shuib

Buku: Air Tangan Mak Dara oleh Halimah Shuib

No Perolehan: 2013- 04527 
ISBN 978-967-61-2624-5    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Air tangan merupakan hasil kerja seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan. Bagi sesebuah keluarga, air tangan seorang ibu adalah pengikat kasih sayang antara ayah, ibu dan anak-anak. Walaupun hanya menggoreng ikan untuk hidangan makan malam, pasti suami dan anak-anak tetap berselera. Apa kata mencuba pula resepi enak dari buku Air Tangan Mak Dara.

Halimah Shuib atau dikenali sebagai "Mak Dara", menitipkan 58 jenis resipi enak yang terdiri daripada ayam, daging, daging kambing, ikan, sotong, udang dan ketam untuk dicuba. Cara memasak yang mudah dengan langkah penyediaan yang teratur, membolehkan anda mencuba resipi ini sendiri di rumah.

Keunikan yang ada pada setiap resipi ialah menu tersebut merupakan resipi turun temurun ahli keluarganya dan ada juga diolah mengikut cita rasa sendiri. Hidangkan hasil air tangan anda berpandukan buku Air Tangan Mak Dara untuk menambat selera keluarga.

Judul: Air Tangan Mak Dara
Pengarang: Halimah Shuib
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Cheras, Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 26.40
Mukasurat: v,118 ms   
Rating: 

Buku: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2 oleh Rukyanum Abu Masri

Buku: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2 oleh Rukyanum Abu Masri

No Perolehan: 2015- 06547  
ISBN 983-3247-52-0    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan

Saya selaku penulis, berharap buku ini dapat membantu pembaca dan mendapat manfaat dari ilmu yang diperturunkan kepada semua. Namun begitu sama ada berkesan atau sebaliknya itu adalah ketentuan Allah. Kerana Allah sahaja yang member sakit dan Allah juga yang menyembuhkan sakit tersebut.

Saya menyarankan supaya setiap khasiat yang dilakukan di iringi dengan doa kepada Allah S.W.T., Sekian.

Judul: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2
Pengarang: Rukyanum Abu Masri
Penerbit: penerbitan Seribu Dinar sdn bhd, Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2013            
Harga: RM 10.90
Mukasurat: x,183 ms   
Rating: