Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.
Showing posts with label Program. Show all posts
Showing posts with label Program. Show all posts

Friday, April 11, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)


Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

MEMBACA SERENTAK SE MALAYSIA.

Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Mula: 10.00 pagi
Hingga: 10.10 pagi
Masa: 10 minit.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.
"Bacaan apa-apa bahan yang bermanafaat"

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Thursday, April 3, 2014

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.
 
MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

Emailkan kepada kami gambar aktiviti membaca anda pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi untuk dikongsi dalam blog ini.

Tuesday, June 21, 2011

Gambar Program Belaian Kasih, Sentuhan Hati

Program Belaian Kasih, Sentuhan Hati ini diadakan sempena Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Program ini telah berlangsung pada:

Tarikh: 21 Jun 2011 (Selasa)
Masa 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat: Dewan Besar PPAP
Penceramah: Ustaz Norhamizi bin Jamaluddin, Jabatan Agama Islam Pahang
Turut hadir: Kelab Warga Emas Kuantan

Ustaz Norhamizi memulakan ceramah dengan cerita kehadiran pada hari lebih ramai kaum wanita berbanding kaum lelaki. Ini kerana kaum lelaki semakin terancam. Kalau haiwan hidupan liar ada akta yang melindungi mereka kerana mereka haiwan terancam. Begitu juga kaum wanita ada akta yang melindungi kaum wanita. Tetapi tiada akta melindungi kaum lelaki. Jadi kaum lelaki harus berusaha gigih dalam usaha menjalankan tanggungjawab masing-masing. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah urusan berat.

Ustaz Norhamizi mengingatkan kita bahawa kita sebagai anak-anak selalunya lambat faham apa kehendak ibubapa kita. Mereka sebagai bubapa selalunya bercakap beralas dan berkias, mereka segan nak berterus terang. Bila ayah berkata motonya selalu rosak, maksudnya dia nak mintak kita tolong baikikan.Kita sanggup beli package paling mahal untuk Astro dan Broadband tetapi tidak sanggup bayarkan bil api atau air rumah mak ayah kita yang beberapa ringgit sahaja.

Kita kena ingat, tegas Ustaz Norhamizi, segala harta benda kita milak kita adalah hak ayah kita. Untuk itu kita jangan terlalu berkira. Kereta yang berharga RM1 juta didunia ini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan nikmat di syurga yang akan dinikmati jika kita taat pada ayah.

Ustaz Norhamizi mahu kita semua jangan lupa doakan kebaikan untuk ibubapa kita. Sebab itu kita kena selalu sembahyang. Kalau tak sembahyang kita tak akan doakan untuk ibubapa kita. Mana ada kita tengah sedap-sedap main gitar tiba-tiba berhenti sekejap. "Tolong pegangkan gitar aku ni" kawan yang pelik tentu bertanya "Kau nak buat apa". "Aku nak doakan untuk ibubapa aku sekejap". Ada ke macam tu cara kita berdoa untuk ibu bapa kita. Tidak. Kita doakan untuk mereka selepas sembahyang. Kalau tak sembahyang tentu kita tak berkesempatan untuk doakan untuk ibubapa kita.

Pasa apa kita kena taat pada Ibu, Ibu, Ibu dan Ayah. Kenapa tiga kali ibu baru satu kali ayah. Kerana ada tiga perkara yang ayah tidak mampu lakukan. Kata Ustaz Norhamizi, tiga perkara tersebut adalah:
PERTAMA - Mengandungkan
KEDUA - Melahirkan
KETIGA - Menyusukan

Seterusnya Ustaz Norhamizi mahu kita bayangkan, masa yang ditempoh oleh ibu kita semasa mereka mengandungkan kita bukanlah tempoh yang senang. Nak tidur serba tak kena. Nak makan serba tak kena. Nak buat kerja serba tak kena. Nak tidur menirap dalam keadaan mengandung ... tertonggeng. Nak tidur terlentang senak. Nak mengiring rasa terhimpit.

Nak makan pula juga susah. Bukan semua benda boleh makan. Kadang-kadang masuk je sikit terus muntah. Bau saja makanan dah naik loya. Kalau tak makan apa jadi kepada kita yang dalam perut. Nak tak nak terpaksa juga makan. Nak buat kerja pun dalam serba kepayahan. Malah nak berjalan pun payah. Nak goreng ikan silap gaya boleh tersangkut perut yang dah besar tu pada kuali. Melecur kita yang dalam perut.

Bila dah mengandung tentulah akan melahirkan anak. Bukannya senang nak lehirkan anak. Terpaksa berjuang antara hidup dan mati.Kerja menggandung ini memang tidak sanggup dilakukan oleh orang lelaki. Apatah lagi kerja melahirkan anak. Orang lelaki sembelit makan buah rambai pun dah rasa nak mati. Orang perempuan melahirkan anak jauh lebih susah.

Perkara yang ketiga kata Ustaz Norhamizi, yang tidak mampu dilakukan oleh orang lelaki adalah menyusukan anak. Bagi ibu mereka terpaksa berdepan dengan kesukaran yang amat sukar ketika menyusukan anak. Kena isap pun kita dan tak sanggup, kalau nak tau rasanya cuba la beri. Baby ni pula bukannya mereka isap molek-molek ada masanya digigitnya. Kadang-kadang sampai menangis siibu digigit oleh bayi ketika menyusu. Tetapi mereka tetap menyusukan bayi mereka. Orang lelaki tak sanggup lakukan.

Sebab itulah disebut Ibu, Ibu, Ibu dan barulah ayah.

Berikutnya Ustaz Norhamizi beralih kepada perkara beriman dengan melihat takdir. Kita boleh tambah beriman dengan melihat takdir Allah swt. Hidup ini adalah Fitnah, Dugaan, Ujian dan Cubaan. Jadi jangan terlalu takut den benci dengan Fitnah, Dugaan, Ujian dan Cubaan.

Untuk mengembirakan hati orang perempuan Ustaz Norhamizi menyatakan orang perempuan mudah masuk suyurga TETAPI ramai yang masuk neraka. Mereka masuk neraka kerana mulut. Bercakap kuat dengan suami dengan adap yang tidak sopan boleh menyebabkan orang perempuan masuk neraka. Tambah Ustaz Norhamizi lagi ad orang perempuan yang memang dah bias cakap kuat dengan suaminya, pasal suaminya pekak. Dalam keadaan ini dibolehkan isteri bercakap kuat dengan suami jika suaminya pekak. Tetapi kuat dengan beradap.

Ustaz Norhamizi mahu kita semua banyak bersabar. Kalau dengan anak-anak kita sanggup bersabar dalam melayan kerenah mereka. Kita kena juga sanggup bersabar dalam melayan keranah pasangan masing-masing. Buka semua yang suami buat sempurna. Begitu juga bukan semua yang isteri buat sempurna.

Ustaz Norhamizi tidak menafikan sebenarnya orang perempuan suka berletar. Banyaknya berleter boleh dijadikan penanda aras bahawa istri kita sihat. Kalau tak sihat dia akan kurang bercakap, mengkin banyak benda tak terurus. Orang lelaki kena latih minda masing-masing supaya dapat menerima leteran isteri masing-masing dengan rasa gembira.

Soalan kepada Ustaz Norhamizi:
Banyak ustaz dan ustazah yang bercerita dan berceramah tentang cara menjadi orang yang baik. Tetapi perbuatan mereka sendiri tidak boleh dijadikan contoh. Macam mana kita nak betulkan perkara ini?

Jawapan oleh Ustaz Norhamizi:
Ustaz dan ustazah ini ada kelompoknya. Ada yang tidak mengkhusus dalam ilum atau bidang hukum hakam. Mereka menjurus atau mengkhusus dalam bidang-bidang lain contohnya tulisan jawi dan falsafah islam. Mereka sebegini tidak belajar tentang hukum hakam sebenar kerana mereka tidak belajar dalam bidang ini. Mungkin mereka belajar dari buku-buku, majalah dan akhbar atau melalui ceramah-ceramah. Tetapi orang panggil mereka ustaz dan ustazah kerana apa yang mereka buat atau kerja berkaitan dengan Islam.

Tetapi jika kita hendak memilih seseorang untuk dijadikan panduan tidak semestinya orang tersebut ustaz dan ustazah. Mungkin ada lagi orang-orang yang lebih baik dari mereka sekitar kita.

Yahudi sendiri mempunyai pakar-pakar yang mengkaji tentang hukum hakam islam. Tetapi kita tidak boleh menjadikan mereka sebagai ikutan. Begitu juga dalam masyarakat kita, terdapat orang yang alim dan berilmu pengatahun tetapi tidak semestinya mereka sesuai dijadikan ikutan. Tengok apa yang ustaz dan ustazah tersebut tahu. Lihat apa yang mereka amalkan. Kalau sesuai ikut. Kalau tidak sesuai jangan ikut.

Perkataan tradisional yang digunakan oleh Ustaz Norhamizi semasa ceramah:
-Perentan (Prime Time) = Masa
-Aca =
-Ama =
-Apok =
-Kerayan =
-Berjemban =
-Berkerling =
-Mengerikot =
-Malas jas =
-Untuk membaca lebih lanjut Bahasa Pahang klik DISINI [orangpahang.blogspot.com]
10
"Jangan berteman dengan siapa pun yang melakukan 'Uquq’(bersikap tidak hormat, tidak baik ,menyakitkan, terhadap ibubapa), kerana ia tidak akan pernah setia pada hubungan dengan anda sementara dia telah melakukan' Uquq terhadap mereka yang lebih berhak atas dirinya daripada yang anda miliki." - Ibn al-Jawzi,
sumber: andak-summerroses.blogspot.com

09
Rifa'ah Iyas bin 'berkata: "Aku melihat Al-Harits Al-'Ukli berjalan di pengkebumian ibunya dan menangis. Dia ditanya, "Mengapa engkau menangis?" Dia berkata, "Mengapa aku tidak menangis ketika sebuah pintu ke Syurga telah ditutup bagiku?" - Abdul-Malik Al-Qasim
sumber: andak-summerroses.blogspot.com

08
"Selama setahun selepas ayahku meninggal, semua yang aku lakukan adalah meminta Allah untuk mengampunkan dia." - Amir bin Abdullah bin Az-Zubair
sumber: andak-summerroses.blogspot.com

07
Hisham bin Hassan berkata: "Aku berkata kepada Al-Hasan, 'aku belajar Al-Qur'an dan ibu aku terus menunggu ku dengan hidangan makan malam sampai aku pulang.' Al-Hasan berkata, 'Adalah lebih baik bagi kamu untuk makan malam dengan ibu kamu sehingga hatinya terhibur, daripada melakukan haji secara sukarela. '’Abdul-Malik Al-Qasim,
sumber: andak-summerroses.blogspot.com

06
“Lebih baik bagi seorang lelaki untuk berada di samping ibunya di mana ia boleh mendengar nafas nya daripada ia berjuang di dalam peperangan .Sesungguhnya, menghadiri keperluan ibu lebih baik daripada perbuatan baik yang lain. " - Bishr bin Al-Harith
sumber: andak-summerroses.blogspot.com
05
Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.
sumber: permatakata.wordpress.com
04
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
sumber: permatakata.wordpress.com
03
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dan ibubapa mampu melahirkan sikap jujur dan terbuka.
sumber: permatakata.wordpress.com
02
Rasul saw bersabda, paling dekat dengan ku kedudukannya kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap keluarganya.
sumber: permatakata.wordpress.com
01

LINKS:
1. andak-summerroses.blogspot.com
2. koleksicinta.co.cc
3. mahabbahislamiyah.blogspot.com
--------------------------------------------------
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (1976) - Perpustakaan Awam Daerah Temerloh (1980) - Perpustakaan Awam Daerah Bentong (1983) - PerpustakaanAwam Daerah Jerantut (1983) - Perpustakaan Awam Daerah Raub(1987) - PerpustakaanAwam Daerah Maran (1993) - Perpustakaan Awam Daerah Pekan (1994) - Perpustakaan Awam Cawangan Jengka (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Lipis (1994) - Perpustakaan Awam Daerah Rompin (1997) - Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang (1997) - Perpustakaan Awam Daerah Bera (1998) - Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands (2003)

Tuesday, March 1, 2011

Kenangan Larian Satu Malaysia

Inilah gambar kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang menyertai Larian Serantak Satu Malaysia yang diadakan pada 11hb Disember 2010 (Sabtu). Larian sejauh 5 km ini telah bermula dan tamat di Stadium Darul Makmur Kuantan.

Suzila, Aziddin Shahrizan, Shaiful, Izam, Radzi, Syaiful, Amrul, koh Ah Wah, Mustakim, Baharuddin, Saharuddin dan Humaizi.

Monday, February 28, 2011

Saturday, February 26, 2011

Program Tun Razak (2)

09
08
07
06
05
04
03
02
01

Program Tun Razak (1)

Atas kesungguhan dan kegigihan semua peringkat kakitangan Perbadanan perpustakaan Awam Pahang, kita telah berjaya menjalankan program Pengkisah Sejarah Tun Tazak.
04
Suasana semasa pendaftaran peserta.
03
Syarikat Orlaith
02
Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang da Pengarah Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.
01
Pasukan yang menyambut kedatangan peserta.

Thursday, February 24, 2011

Ceramah Sempena Maulud Nabi

Satu ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Asmawi Abu Bakar diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) pada 24/2/2011 pd jam 9.30 pagi. Ustaz Asmawi Abu Bakar dari Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan telah menyampaikan ceramah bertajuk "Jihad Rasulullah SAW dalam menuntut ilmu".

Ceramah ini telah disiarkan melalui sesi webinar yang boleh diikuti menggunakan Internet (Mozilla Firefox). ( http://webinar.u-library.gov.my/ppap24022011 )

Cerama ini diadakan sempena
Maulid Nabi Muhammad SAW.

Thursday, December 30, 2010

Koleksi Gambar Program 30.12.2010

Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64 keping gambar telah sempat dirakamkan pada hari ini. Sebanyak 19 keping adalah gambar terbaik yang sesuai deletak dalam Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
19
Jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah
18
Puan Liza dan Puan Hawa sedeng mendengar penerangan tentang kelebihan kolestrol.
17
Puan Suzi (suzila-anggun) sedang melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah.
16
jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah.
15
Puan Liza sedang mendengar penerangan tentang tahap kesihatan Encik Amin Cini.
14
Puan Ros dan Cik Hawa sedang menunggu giliran untuk diperiksa tekanan darah. Encik Izam berdebar-debar ketika hendak diperiksa oleh jururawat yang comel.
13
Encik Saiful, Encik Amin dan Puan Ros sedang memikirkan cara pemakanan yang sihat untuk masa depan bersama.
12
Jururawat yang ditugaskan memeriksa tekanan darah. Ada ketikanya mesin ni tak boleh baca tekanan darah.
11
Merancang yang terbaik untuk masa depan anak yang bakal lahir.
10
Gemuruh ketika membuat pemeriksaan kesihatan.
09
Puan Nurul sedang disukat ketinggiannya.
08
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP sedang menyampaikan cenderamata kepada penceramah 'Pemakanan Sihat' Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan.
07
Mendengar ceramah dengan penuh perhatian.
06
Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan sedang menerangkan tentang obesiti di Malaysia. 29 peratus orang dewasa berlebih berat badan. 14 perastus orang dewasa adalah obes. Peratus antara orang lelaki dan wanita adalah 10 dan 17.4 peratus.
05
Cik Noor Adzha Yusoof juga menerangkan maksud Pemakanan Sihat dan Seimbang. Corak pemakanan yang membolehkan badan memperolehi semua jenis nutrian yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi dan bersesuaian.
04
"Ya Allah berikan kesihatan yang baik dan akan yang waras kepada kami dan keluarga kami."
03
Puan Murni telah menyambut kedatangan Cik Noor Adzha.
02
Ustaz Isham sedang membaca doa.
01
Peserta dikalangan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Persatuan Warga Emas sedang bersiap untuk mendengar ceramah Pemakanan Sihat.