Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, March 5, 2011

Buku: When I'm Feeling Happy


When I'm Feeling Happy ditulis oleh Trace Moroney. Buku ini diterbitkan oleh The Five Mile Press pada tahun 2005 dan berharga RM33.00.

Adakah anda berminat menyelami perasaan kanak-kanak? Ataupun mengajar kanak-kanak menghargai diri? Buku ini adalah bacaan yang sesuai dibaca, walaupun ringkas tetapi mempunyai penyampaian maksud yang berkesan. Ia juga didatangkan dengan ilustrasi yang menarik. Anda dapat memahami kepelbagaian tindak-tanduk bersahaja kanak-kanak apabila mereka gembira. Anda dapat membantu kanak-kanak rasa diri mereka bernilai dan dihargai.

Selamat membaca.

Disediakan oleh:
Puan Zulaiha Ahmad,
Perpustakaan Daerah Cameron Highlands

No comments: