Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 5, 2012

Hari Terbuka dan Majlis Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana

Yayasan Kepimpinan Perdana akan menganjurkan "Hari Terbuka dan Majlis Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana" pada 
Tarikh: 7hb November 2012 
Tempat: Yayasan Kepimpinan Perdana No.1 Jalan P8H, Precint 8 62250 Putrajaya.


Pelbagai acara menarik akan dianjurkan antaranya adalah Sesi Khas bersama Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan ucapan bertajuk " Peranan dan Sumbangan Perpustakaan Terhadap Pembangunan Negara".

Aktiviti
1.  Kuiz ‘Info. Hunt’
2.  Sudut Bicara
3.  Street Busking
4. Cabutan Bertuah  Auditorium
5.  Lawatan Sekitar Pustaka Perdana
6.  Pertandingan Mewarna
7.  Tayangan Video 
8.  Teka gula-gula dalam balang 

Semua Pustakawan diharap tidak melepaskan peluang berharga ini untuk bertemu dengan Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana inilah julung kalinya beliau akan melontarkan pandangan dan pendapat mengenai peranan perpustakaan di Malaysia.

Selain Pelancaran Keahlian Pustaka Perdana peserta turut dijemput membuat Pemilihan buku-buku di pameran buku dari pelbagai penerbit dan pembekal yang terlibat.

Untuk mengesahkan kehadiran atau sebarang pertanyaan,YBhg. Dato'/Datuk/Dr./Tuan/Puan boleh lah menghubungi :

Aturcara Program

Sesi Pagi

8.00 am :Pendaftaran
8.30 am : Aktiviti
12.00 pm : Penyampaian Hadiah
12.30 pm : Jamuan Makan Tengahari

Sesi Petang:
Majlis Pelancaran keahlian Pustaka Perdana

3.00 pm:Ketibaan para tetamu & Pendaftaran
3.30 pm:Ucapan  alu-aluan oleh  Pengurus Besar, Yayasan Kepimpinan
        Perdana
3.40 pm:Taklimat mengenai Pustaka Perdana oleh Ketua Pustakawan, Yayasan Kepimpinan Perdana 
4.00 pm:Ucapan dan majlis pelancaran keahlian Pustaka Perdana oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Kehormat,Yayasan Kepimpinan Perdana :     Tayangan Montage
5.00 pm :Lawatan sekitar tapak pameran & Pustaka Perdana
        :Minum Petang
        :Bersurai
 


"Menyingkap Sejarah Demi Masa Depan"

No comments: