Buku : Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak
No Perolehan : DPEK 05553
Call No. : 297.57 SAL
ISBN : 978-967-5426-63-6
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama
Ulasan :
Buku ini didapati mengajar dan mendidik hati kita agar cekal, tabah dan sabar dalam menongkah arus kehidupan terutamanya apabila ditimpa ujian atau musibah. Rasulullah SAW bersabda ,” ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan fi sabilillah pada waktu malam.”
“Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat, seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka bercucuranlah air matanya”.
Menurut penulis buku ini lagi. Antara air mata yang tidak dituntut :
• Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.
• Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan
• Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan
• Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan
. Semoga dengan membaca buku ini , hati kita lebih tenang dalam menjalani kehidupan.
Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah daripada Allah SWT. Selamat Membaca.
Judul : Terapi Patah Hati
Pengarang : Salahudin Abdul Razak
Penerbit : Mustread
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 13.52
Muka surat : 164
Rating : 4/5
No comments:
Post a Comment