PD Lepar Hilir telah mengadakan mesyuarat AJK Penasihat Bil 1/2015 pada 9.3.2015 jan 10.30 pagi. Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JKKR lepar Hilir 1. Turut hadir adalah YB Dato Suhaimi ADUN Lepar. Perpustakaan Desa Lepar Hilir telah dibuka pada tahun 1998.
1. Rancangan Felda Lepar Hilir Satu ini terletak kira – kira 45km daripada
Bandar Kuantan, dan 14 km daripada Gambang. Iaitu Pekan kecil bagi
penduduk Felda Lepar Hilir Satu.
2. Felda Lepar Hilir Satu ini telah di buka pada tahun 1982 dengan menerima kemasukan peneroka secara berperingkat-peringkat.
3. Perpustakaan Desa Lepar Hilir telah ditubuhkan pada tahun 1998.
4. Asal tempat ini adalah kawasan peperangan. Ini dibuktikan dengan penemuan beberapa biji bom lama di Felda Lepar Hilir Satu ini.
5. Dahulu penduduk peneroka di sini bergantung sepenuhnya kepada hasil ladang mereka.
6. Kegiatan utama mereka pada masa dahulu adalah menoreh getah. Hasil daripada torehan tersebut akan mereka perolehi pada setiap hari selasa dan jumaat.
7. Kini pokok-pokok getah telah pun ditebang dan ditanam semula dengan tanaman kelapa sawit. Perubahan demi perubahan dapat dirasai oleh penduduk peneroka di sini.
8. Kerajaan menyediakan semua kemudahan dari setahun ke setahun.kini kehidupan penduduk disini lebih selesa berbanding dahulu.