Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 5, 2018

Buku TAHFIZ TERBAKAR Pengarang Syasya Ali dan Rashiela Nurain Penerbit Blink Book 2018

Buku “TAHFIZ TERBAKAR” Pengarang  Syasya Ali & Rashiela Nurain
Penerbit Blink Book Sdn. Bhd.
No. Perolehan : 004911
ISBN 97896720400378
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori  : Dewasa

Ringkasan / Ulasan

Buku  “ TAHFIZ TERBAKAR ” ini berkisahkan tentang suatu tragedi  sebuah pusat tahfiz  terbakar pada 2017. Insiden itu mengorbankan 23 mangsa termasuklah guru dan dan pelajar sekolah tahfiz. Paling mengejutkan didapti pesalah laku yang dituduh semuanya berusia 11 tahun – 17 tahun yang sangat mengemparkan Negara .

Tragedi tersebut bukan sahaja  menyayat hati , malah member kesan mendalam buat ramai pihak. Oleh itu  penulis menghasilkan rangka cerita dari inspirasi kisah tersebut dari perspektif guaman dan di tulis kisahnya dari segi fiksyen .

Kisah yang diceritakan ini mengenai Fareeq yang  tercicir dari persekolahan. Oleh sebab hubungan terlalu rapat dengan abang, dia terikut-ikut perangai salahnya. Tidak ke sekolah, berlepak hingga lewat malam , tidak pulang ke rumah dan paling dahsyat terlibat dengan najis dadah.

Bukan itu sahaja , rupa-rupanya mereka juga terlibat dalam kes kebakaran sekolah tahfiz yang melibatkan ramai insan tidak bersalah.
Tujuan kisah ini dibukukan adalah untuk mengingatkan pembaca apabila kita mula terlibat dengan perbuatan nakal, lama-kelamaan kita terbiasa melakukan kejahatan sehingga kita menjadi alpa akibat perbuatan kita. Anggaplah hukuman yang dialami oleh watak menjadi pedoman kepada kita dalam kehidupan.

Walau apa pun dugaan yang berlaku ingatlah Tuhan setia mendengar segala keluhan. Apabila dilukai, jangan terlalu marah hingga berdendam kerana semua manusia pun melakukan kesilapan. Maafkanlah kerana setiap manusia layak diberikan peluang sedangkan Allah Maha Pemaaf sifatnya
Semoga kita sama-sama belajar dari kisah ini.

Judul  : “TAHFIZ TERBAKAR”
Pengarang: SHASYA ALI
Penerbit: Blink Book Sdn. Bhd.
Tahun terbitan:  2018   
Harga: RM 10.00
Mukasurat: 132 ms           
Rating:

Disediakan Oleh :
HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK
(PEMBANTU PUSTAKAWAN S19)

No comments: