Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, April 23, 2016

Explorasi Kunang-kunang Sungai Cherating Bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Pada 22 April 2016 satu rombongan Explorasi Kunang-kunang Sungai Cherating telah diadakan bersama Pengarah PPAP Hajjah Faridzah Jaafar. Dalam ekplorasi ini peserta berpeluang bertemu dengan En Hafiz yang telah bertahun-tahun memerahati kunang-kunang bagi memahami tabiaatnya. Sebagai sebuah jabatan yang berada dibawah Kementerian Pelancongan, mungkin ada peranan yang boleh dimainkan oleh PPAP bagi membantu usaha Encik Hafiz ini.
01. Bukan semua orang pernah melihat kunang-kunang. Serangga ini terkenal kerana memiliki keunikan iaitu tubuh yang boleh bercahaya. Peliknya cahaya tersebut tidak panas dan boleh dipegang. Cahaya kunang-kunang tidak mengeluarkan haba yang panas.
 02. Cahayanya yang unik kerana tidak panas yang disebut sebagai 'bioluminescence'. Cahaya tersebut merupakan foton yang terpancar saat bahan kimia beroksidasi dan menghasilkan keadaan bertenaga tinggi.
 03. Cahaya tersebut dikendalikan oleh sistem saraf dalam sel khusus yang disebut photocytes. Sistem saraf, photocytes, dan organ-organ akhir trakea mengawal tahap berkedip kunang-kunang. Suhu udara juga memiliki hubungan dengan tahap berkedip. Semakin tinggi suhu, semakin pendek jarak berkelipnya, lapan saat pada suhu 18,3°C dan empat saat pada 27,7°C.
 04. Para pengkaji belum benar-benar yakin dengan jawapan kenapa cahayanya berkelip terjadi. Kerlipan berirama ini mungkin dijadikan keadah untuk menarik mangsa atau memungkinkan kunang-kunang mencari pasangan dengan isyarat dalam kod heliographic atau mungkin juga berfungsi sebagai isyarat untuk amaran.

Rujukan:
sains.me/mengapa-kunang-kunang-bisa-mengeluarkan-cahaya
 05. En. Hafiz kaji apa Kunang-kunang Sungai Cherating makan.
 06. En. Hafiz kaji apa yang menarik perhatian Kunang-kunang Sungai Cherating untuk keluar dari tempat persembunyaian mereka.
 07. En. Hafiz kaji apa yang menakutkan Kunang-kunang Sungai Cherating. Kenapa ada masanya tidak mahu datang dekat dengan orang.
 08. En. Hafiz kaji macam mana Kunang-kunang Sungai Cherating berkembang biak. Apakah yang menyebabkan ia mati selepas membiak.
 09. En. Hafiz kaji tentang Kunang-kunang Sungai Cherating bersama pakar. Banyak nasihat yang telah diterima dan ianya amat membantu beliau untuk lebih mengenali kunang-kunang Sungai Cherating.
 10. En. Hafiz kaji apakah Kunang-kunang Sungai Cherating boleh tertarik dengan warna-warna tertentu. Banyak percubaan telah dilakukan untuk melihat reaksi kunang-kunang Sungai Cherating terhadap warna-warna tertentu.
 11. Ada banyak jenis kunang-kunang di dunia ini, mungkin lebih 2000 spesis. Setiap satu mempunyai watak yang mungkin berbeza dan mereka mungkin makan, membiak, mempertahankan diri dan mencari mangsa dengan cara yang berbeza.
 14. Kunang-kunang jantan dan betina ada tugas yang berbeza bergantung kepada spesis mereka. Masih banyak info yang tidak diketahuai dan belum dikaji oleh masyarakat kita.
 12. Peserta tidak boleh menyalakan sebarang cahaya ketika menghampiri kawasan habitat kunang-kunang kerana bimbang kunang-kunang Sungai Cherating jadi taku dan tidak mahu keluar.
 13. Perjalanan ini amat menyeronokkan kerana kami boleh nampak semua orang dengan bantuan cahaya bulan penuh dan terang.
 14. Saat yang paling seronok adalah apabila melihat kunang-kunang yang pertama. Mungkin ini bukanlah pengalaman biasa bagi semua orang.
 15. Sungguh menarik
 16. Sungguh tenang
 17. Sungguh mendamaikan.
 18. Setiap peserta wajib memakai jaket keselamatan.
 19. Encik Hafis menyediak banyak infomasi tentang kunang-kunang kepada peserta. Adalah lebih menyeronokkan apabila kita mempunyai sedikit sebanyak maklumat tentang kunang-kunang.
20. Conservation of Congreating Firefly Zone in Malaysia.
 21. Mungkinkah inilah cara 'kunang-kunang Rompin' tersenyum.
22. Tidak disangka bahawa aktiviti melihat kunang-kunang Sungai Cherating adalah aktiviti yang santai dan menarik. Terima kasih Puan Hajjah Faridzah kerana mempelawa kami.

No comments: