Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 30, 2016

Kursus U Smart Resources bulan September & Oktober 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya kami merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan U Smart Resources sebuah syarikat yang berdaftar dengan  Kementerian Kewangan Malaysia dan milik Bumiputera sepenuhnya akan menganjurkan kursus-kursus awam seperti berikut pada bulan September & Oktober:

(1) KURSUS MS POWERPOINT: SUNTINGAN KREATIF DAN ANIMASI MONTAJ
Tarikh : 20-22 September , Tempat : Jomtraining Centre, Puchong, Selangor

(2) KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG EFEKTIF DAN PROFESIONAL
Tarikh : 26-27 September , Tempat : Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

(3) KURSUS MS EXCEL: MEREKACIPTA DASHBOARD DAN LAPORAN INTERAKTIF
Tarikh : 28-29 September , Tempat : Jomtraining Puchong Centre, Selangor

(4) HANDLING ERGONOMICS & EMOTIONS AT WORKPLACE
Tarikh : 5-6 Oktober , Tempat : Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa

(5) HIGH IMPACT PUBLIC SPEAKING AND PRESENTATION
Tarikh : 17-18 Oktober , Tempat : Dorsett Putrajaya

Pihak kami dengan sukacitanya menjemput tuan atau mencalonkan pegawai-pegawai yang berkenaan untuk menyertai kursus-kursus yang dianjurkan.

Sila hubungi kami di
talian:
03-8063 1570 /
03-8052 7197 /
017-2390929,
Fak:
03-2178 4824
email:
training@usmart-resources.com.my

untuk sebarang pertanyaan lanjut. Kami juga ingin memohon jasa baik tuan untuk menghebahkannya ke seluruh organisasi tuan maklumat kursus ini.

Segala sokongan dan pertimbangan pihak tuan untuk menjayakan kursus ini amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Nurzuliana Isa
Penyelaras Kursus

The updates of our training courses are sent to you, as we think that they might be of interest and benefit to you. Please help to forward to others who may be interested.

Monday, August 29, 2016

Buku: Kesan Psikologi Kes Banjir Lumpur di Cameron Highlands oleh Rohany Nasir

Buku: Kesan Psikologi Kes Banjir Lumpur di Cameron Highlands oleh Rohany Nasir

No Perolehan: DCAM 07885
ISBN: 978-983-46-1777-6
Kategori: 363.3493

Ringkasan/ Ulasan:
Kesan Psikologi Kes Banjir Lumpur di Cameron Highlands
Salah satu fokus utama bidang psikologi ialah kesejahteraan manusia yang berkait rapat dengan keselamatan diri.
Apabila berlaku banjir lumpur, keselamatan serta kesejahteraan orang yang terlibat atau mangsa tergugat dan terganggu. Buku ini ditulis berdasarkan hasil kajian menggunakan metode kualitatif dan dilakukan untuk meneroka kesan psikologi mangsa tragedi banjir lampur yang berlaku di Cameron Highlands pada 23 Oktober 2013.

Kajian lalu menunjukkan bahawa kejadian bencana alam seperti banjir lumpur boleh dikaitkan dengan pelbagai masalah psikologi dalam kalangan mangsa. Fokus kajian yang dilakukan ini terhadap aspek psikologi mangsa banjir, iaitu kebimbangan, tiada harapan dan tiada terdaya, kemurungan, gangguan tekanan pascatrauma (PTSD), pengherotan kognitif, daya tindak, daya tahan dan personaliti.

Melalui temu ramah, setiap aspek psikologi yang dialami oleh mangsa telah dikaji dengan mendalam. Dengan menggunakan persampelan mudah, seramai 15 orang mangsa banjir telah ditemu bual. Secara umum mangsa yang terlibat dengan banjir lumpur berada pada tahap kebimbangan yang tinggi tetapi mareka masih dapat meneruskan kehidupan dan kefungsian seperti biasa.

Berdasarka hasil kajian ini, implikasi kaunseling dan psikoterapi turut dibincangkan.

Judul: Kesan Psikologi Kes Banjir Lumpur di Cameron Highlands
Pengarang: Rohany Nasir
Penerbit: DBP, DAWAMA, DEWAN BAHASA & PUSTAKA
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM25.00
Muka surat: 190
Rating: 5

Sunday, August 28, 2016

Buku NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU Pengarang MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Buku NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU Pengarang MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

NO. PEROLEHAN : DBER 02700
CALL NO. : 305.89923
ISBN : 978-967-61-2421-0
BAHASA : BAHASA MELAYU
KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN: Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam.Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara orang Melayu dan bukan Melayu.Fokusnya lebih kepada nasib orang Melayu di bumi sendiri.

Nasib Melayu di bumi Melayu adalah cetusan hati penulis yang berusaha memahami psiki orang melayu.Memahami bangsa majoriti dalam negara  kita merupakan suatu proses yang penting sebelum kita mengkaji bangsa yang ada di luar sana.Apabila berlaku pertembungan kepentingan agama dengan bangsa, negara dengan bangsa, nasional dengan bangsa dan lain-lain lagi, maka kepentingan agama dan negara mesti diletakkan di hadapan berbanding kepentingan lain.

Sejarah negara perlu difahami semua lapisan masyarakat agar wujud sikap saling menghormati terutama hak-hak istimewa bangsa peribumi apatah lagi jika telah termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku pada kaum Melayu akan meninggalkan kesan keutuhan agama Islam itu sendiri. Justeru itu, adalah amat penting orang Melayu merenung sejenak nasib Melayu di bumi Melayu agar kita dapat bangun semula mencipta kegemilangan demi menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

JUDUL : NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU
PENGARANG : MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH
PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD
TAHUN TERBIT : 2011
HARGA : RM22.50
MUKA SURAT :191
RATING :4/5

The Intelligent Library Bookmark Concept

With the advent of the Internet, traditional physical libraries have seen a shift in popularity.  Sterotypically a library is a large and difficult place to navigate and search.  Another common factor faced by users is the book return policy and loan duration.

The Intelligent Library Bookmark concept was designed to address some of these more common issues.
Doubling as a standard book marker, the device also incorporates a navigational system giving gives turn by turn directions through the library.

To assist the user in remembering loan durations, the bookmark also keeps track of the borrowed books and reminds the user of the return dates.

Wednesday, August 24, 2016

Album Konvoi Merdeka PPAP 2016 dari UMP ke UITM.

Pada 23.8.2016 (Selasa) konvoi Merdeka Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memilih hentian:
1. UMP Gambang
2. PAD Maran
3. PD Kuala Sentol
4. UITM Jengka.
Turut diadakan dalam konvoi Merdeka PPAP 2016 adalah pelancaran Sahabat Perpustakaan peringkat Jengka yang telah diadakan di UITM Jengka. Turut meriahkan konvoi Merdeka PPAP 2016 ini adalah penyertaan Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. 

Kehadiran peserta konvoi Merdeka PPAP 2016 turut diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PAD Maran iaitu YB. Puan Nurhidayah binti Dato Haji Mohamad Shahaimi yang juga Adun Kawasan Luit Maran.

Seterusnya kehadiran Konvoi Merdeka PPAP 2016 dimeriahkan dengan kehadiran Pengeusi Jawatankuasa Penasihat PAC Jengka iaitu YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail yang juga Aduk Kawasan Jengka.

Peserta konvoi seterusnya turut sama memeriahkan pelancaran Sahabat Perpustakaan Awam Jengka oleh YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail.
 01. Jadikan perpustakaan lebih dinamik.
 02. UITM Jengka. Bermula dengan sambutan oleh UMP Gambang dan berakhir dengan sambutan oleh UITM Jengka.
 03. UITM Jengka. Persembahan oleh anak-anak Maran.
 04. UITM Jengka.Ucapan perasmian oleh Pengeusi Jawatan kuasa Penasihat PAC Jengka iaitu YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail
 05. UITM Jengka. UITM Jengka telah memberikan sambutan yang meriah kepada Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang tiba bersama peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016.
 06. UITM Jengka.Bersama-sama menyanyikan lagu Sehati Sejiwa.
 07. UITM Jengka.Bersama-sama kibarkan Jalur Gemilang bendera kebangaan Malaysia.
 08. UITM Jengka. Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang menyampaikan cenderamata kenangan kepada Pengeusi Jawatankuasa Penasihat PAC Jengka,  YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail.
 09. UITM Jengka. Ketibaan Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016 disambut meriah.
 10. PAD Maran. Kegembiraan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PAD Maran YB. Puan Nurhidayah binti Dato Haji Mohamad Shahaimi menyambut ketibaan Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016.
 11. PAD Maran. kanak-kanak turut gembira menyambut kedatangan peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016.
 12. PAD Maran. Peserta konvoi Merdeka PPAP 2016 telah dihidangkan dengan persembahan oleh anak-anak Maran.
 13. PAD Maran.Ketibaan peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016 turut diiringi oleh pasukan kompang.
 14. PAD Maran. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PAD Maran YB. Puan Nurhidayah binti Dato Haji Mohamad Shahaimi melepaskan peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016 bagi meneruskan perjalanan ke PD Kuala Sentol dan UITM Jengka.
 15. PAD Maran.Penghulu Luit menyampaikan hadiah kepada pemenang.
 16. UITM Jengka. Pelancaran Sahabat Perpustakaan Awam oleh Pengeusi Jawatankuasa Penasihat PAC Jengka,  YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail.
 17. UITM Jengka. Persembahan oleh anak-anak maran untuk peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016.
 18. UITM Jengka. Pelancaran Sahabat Perpustakaan Awam oleh Pengeusi Jawatankuasa Penasihat PAC Jengka,  YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail.
 19. UITM Jengka. Pengeusi Jawatankuasa Penasihat PAC Jengka,  YB. Dato' Wan Salman Bin Wan Ismail menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan bercerita peringkat daerah Maran.
 20. UITM Jengka.
 21. UITM Jengka.
 22. UITM Jengka.
 23. UITM Jengka.Ketibaan Puah Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama peserta Konvoi Merdeka PPAP 2016 disambut meriah.
 24. UITM Jengka.
25. PAD Maran. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PAD Maran YB. Puan Nurhidayah binti Dato Haji Mohamad Shahaimi dan Puah Hajjah Faridzah Jaafar Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang tertarik dengan persembahan anak-anak Maran.

Monday, August 22, 2016

Buku: MADINAH MUNAWWARAH – KELEBIHAN DAN SEJARAH pengarang DR.ABDUL BASIT ABD.RAHMAN

Buku: MADINAH MUNAWWARAH – KELEBIHAN DAN SEJARAH pengarang DR.ABDUL BASIT ABD.RAHMAN

TAJUK BUKU;  MADINAH MUNAWWARAH – KELEBIHAN DAN SEJARAH.
PENGARANG;  DR.ABDUL BASIT ABD.RAHMAN
NO.PANGGILAN;   297.35538 / ABD
ISBN;    978 967 5102 96 1
PENERBIT;  TELAGA BIRU SDN. BHD.
TAHUN TERBIT;    2010
EDISI BAHASA ;  BAHASA MELAYU
HARGA;    RM30.00

ULASAN BUKU.

Buku MADINAH MUNAWWARAH – KELEBIHAN DAN SEJARAH  ini mendalami sejarah asal  usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu pembaca juga dapat  mencungkil hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan Bandar istimewa ini. Jadi sebelum para jemaah merancang atau bercita – cita untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah , ambillah masa untuk meneliti dan membaca buku ini bagi menyelami hikmah dan kepentingan Madinah di sisi Islam.

Sunday, August 21, 2016

BUKU Menulis Di Atas Pasir:Himpunan kisah-kisah teladan PENGARANG Syed Mahadzir Syed Ibrahim

BUKU Menulis Di Atas Pasir:Himpunan kisah-kisah teladan PENGARANG Syed Mahadzir Syed Ibrahim

NO. PEROLEHAN : DBER 07438
CALL NO. : 297.18
ISBN : 978-967-12434-9-7
BAHASA : BAHASA MELAYU
KATEGORI : Agama Islam

ULASAN: Di sekitar kita terlalu banyak kisah yang berlaku. Kisah-kisah itu adalah teladan bagi dijadikan iktibar dalam menjalani kehidupan kita seharian. Ada sesetengah kejadian itu berlaku sangat pelik dan sukar dipercayai tetapi itulah kebesaran Allah SWT.

Cerita-cerita dalam buku ini diselenggara sebagai pedoman untuk para pembaca.Kita perlu sedar bahawa ada ketikanya Allah SWT berikan satu musibah kecil ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar.

Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa.Oleh itu Allah SWT turunkan sedikit dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya. Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita itu.Ujian dan bala yang Allah turunkan itu adalah sebagai peringatan kepada kita.

Begitulah hebatnya Allah SWT. Disebalik dugaan, musibah dan ujian tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar. Hanya hati yang celik mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat. Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidah dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu berserahlah pada Allah SWT dengan penyerahan yang sebenar-benarnya.Teruskanlah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.

JUDUL : Menulis Di Atas Pasir:Himpunan kisah-kisah teladan
PENGARANG : Syed Mahadzir Syed Ibrahim
PENERBIT : Green Dome Publications Sdn. Bhd.
TAHUN TERBIT : 2014
HARGA : RM14.40
MUKA SURAT :170
RATING :4/5

Monday, August 15, 2016

Buku: Siri Kaunseling Remaja Malaysia: Remaja dan Keruntuhan Moral Pengarang: Wan Raihan Wan Daud

Buku: Siri Kaunseling Remaja Malaysia: Remaja dan Keruntuhan Moral Pengarang: Wan Raihan Wan Daud

No. Perolehan: DRAU 05666
No. Panggilan: 361.06 WAN
ISBN: 879-983-3924-31-8
Bahasa:Melayu
Kategori: Sainssosial

Ulasan:
Buku siri kaunseling remaja Malaysia ini mengandungi sebanyak enam tajuk iaitu remaja dan alam siber, remaja dan bayi, remaja dan dadah, remaja dan diri sendiri, remaja dan seks bebas termasuk dengan tajuk buku ini iaitu remaja dan keruntuhan moral. Buku ini banyak memaparkan dan menerangkan tentang pelbagai aktiviti atau salah laku yang dilakukan oleh para remaja di luar sana yang mengakibatkan keruntuhan moral seseorang itu. Antaranya ialah gejala rempit, buli, ponteng sekolah dan pelbagai lagi.

Segala perkara yang dinyatakan didalam buku ini adalah benar yang berlaku pada masa kini dan diterangkan dengan cukup jelas dan baik beserta dibincangkan segala punca, masalah dan akibat yang terjadi disebabkan perkara yang tidak bermoral tersebut.

Di setiap isu disertakan gambar bagi menerangkan tentang setiap perkara yang diperkatakan. Buku ini mengandungi banyak informasi yang berguna serta dapat mendekatkan lagi pembaca dengan aktiviti yang disebut didalam buku ini agar dapat memberi pedoman dan pengajaran untuk tidak melakukan seperti yang dinyatakan.

Judul:Siri Kaunseling Remaja Malaysia: Remaja dan keruntuhan moral
Pengarang: Wan Raihan Wan Daud
Penerbit:Cerdas Ilmu
Tahunterbit: 2011
Harga: RM 48.00

Sunday, August 14, 2016

BUKU MENJARING KASIH PENGARANG SHAMIMI SUBRI

BUKU MENJARING KASIH PENGARANG SHAMIMI SUBRI

NO. PEROLEHAN :DBER 11-03041
CALL NO. :F SHA
ISBN :978-967-5106-97-2
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kehidupan Fatehah yang telah kehilangan orang tua akibat kemalangan dan dibesarkan oleh keluarga Pak Longnya. Namun kehadiran Fatehah tidak disukai oleh Mak Longnya kerana dendam lama serta  Hazirah dan Jiman yang tidak mahu berkongsi kasih ibu bapanya bersama Fatehah. Dia dilayan seperti orang gaji tetapi Fatehah tidak pernah membantah kata-kata Mak Longnya. Hanya Pak Long dan Abang Hafiz yang menyayangi Fatehah.

Bantuan Wan telah menemukan Fatehah dengan Datuk Muhaimin dan Datin Saleha yang menyayangi Fatehah seperti anak mereka sendiri. Kehadiran Fatehah tidak disukai Farihin pada awalnya kerana tidak mahu berkongsi kasih ibu bapanya. Lama-kelamaan Farihin telah mula mencintai Fatehah tetapi kemunculan Jasni seorang majikan yang ego telah mula menaruh hati kepada Fatehah dalam diam. Pada waktu yang sama Fatehah telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Tempatan.

Kemunculan Razli juga menimbulkan perasaan bersalah Fatehah untuk memilih antara Farihin, Jasni dan Razli. Kejadian yang menimpa Jasni dan Hazirah membuka isi hati Fatehah yang telah lama memendam perasaan cintanya setelah mendengar penjelasan dari Asri. Akhirnya Fatehah bahagia bersama seseorang yang dicintainya.

JUDUL : MENJARING KASIH
PENGARANG : SHAMIMI SUBRI
PENERBIT :PEKAN ILMU PUBLICATIONS  SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2011
HARGA :RM19.90
MUKA SURAT :380
RATING :4/5

Monday, August 8, 2016

Buku : Perjuangan tanpa noktah PENGARANG Mohd Nor Long

Buku : Perjuangan tanpa noktah PENGARANG Mohd Nor Long

JUDUL BUKU:Perjuangan tanpa noktah
SIRI BUKU:novel
ISBN:978-983-46-1383-9
PENERBIT:DBP
TARIKH / TAHUN:2014
EDISI BAHASA:  B. MALYSIA
HARGA:  RM 18.40

ULASAN:
Memaparkan Ismail seorang nasianalis yang berjuang menuntut kemerdekaan tanah air. Dia berkawan dengan dengan rakan2rakan seperjuangannya  Mokhtar yang berfahaman nasionalis kiri dan Ah Seng yang menganggotai  MPAJA  dan Bintang Tiga yang berfahaman komunis. Mereka bersama-sama berjuang menentang pendudukan Jepun ketika perang dunia kedua.

Selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945, sebelum kedatangan semula British,Tentera Bintang Tiga membuat huru hara ditanah melayu. Ismail menyertai pasukan polis disamping bergiat dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim hj Yaakob. Ismail meletak jawatan sebagai anggota polis semata-mata untuk bergiat aktif dalam KMM. Dia meneruskan cita-cita nasionalismenya dengn bekerja disyarikat akhbar disingapura sebagai wadah memperjuangkan kemerdekaan.

Kisah ini adalah  titik pejuang kemerdekaan dalam membebaskan Negara dari belenggu penjajahan biarpun terpaksa berkorban wang dan kehidupan peribadi semata-mata membebaskan Negara dari belenggu penjajahan.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI B. A. AZIZ

Sunday, August 7, 2016

Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016

TERTAKLUK PADA PINDAAN

Ekspo Buku Islam 27 OGOS 2016 SABTU

1 AM - 12 AM
MATEMATIK MUDAH BERSAMA EASY MATH

12 PM - 1 PM
365 DIDIK ANAK GAYA NABI, 365 DIDIK ANAK SOLEH SOLEHAH BERSAMA USTAZAH ISFADIAH

1 PM - 2 PM
BICARA BUKU "MENTALITI JAMBAN" OLEH KHAIRUL ABDULLAH

2 PM - 3 PM
BICARA KEMANUSIAAN BERSAMA SYRIA CARE

3 PM - 4 PM  
"HIJRAH SELEBRITI" BERSAMA YATT HAMZAH

4 PM - 5 PM  
SLOT BERSAMA AMAN PALESTIN

7.30 PM - 8 PM
SOLAT / REHAT

8PM - 9 PM
FLASHMOB ROHINGYA OLEH MPP KUIPSAS

Ekspo Buku Islam 28 OGOS 2016 AHAD
11 AM - 12 PM
SULTAN ADBUL HAMID II, ENRIQUE MELAKA, IMAM BUKHARI BERSAMA  ABDUL LATIP TALIB (PAK LATIP)

2 PM - 3 PM
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN EKSPO BUKU ISLAM 15 PAHANG  serta PELANCARAN BUKU NEELOFA

4 PM - 5 PM
"ISLAM ITU INDAH" BERSAMA DATO' ABU HASSAN DIN

5 PM - 6 PM
"DETOX HATI"  BERSAMA MEJAR (B) QAYYUM

8 PM - 9 PM
FORUM MAHASISIWA : UNIVERSITI PLATFORM MENGHASILKAN PEMIMPIN OLEH MPP KUIPSAS

Ekspo Buku Islam 29 OGOS 2016 ISNIN

10 AM - 1 PM
PERTANDINGAN BILAL MUDA (PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG)

Ekspo Buku Islam 30 OGOS 2016 SELASA

10 AM - 1 PM
PERTANDINGAN BERCERITA : KISAH NABI IBRAHIM A.S (PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG)

Ekspo Buku Islam 31 OGOS RABU                                        

10 AM - 12 AM
PERSEMBAHAN SILAT

1 PM - 2 PM
SLOT KEMANUSIAAN BERSAMA SHEIKH MUWAFFAQ MURABI' ; USTAZ RIZAL
OLEH SYRIA CARE

2 PM - 3 PM
"MEET & GREET" BERSAMA  HAFIZ HAMIDUN

3 PM - 4 PM
BICARA BUKU PENULISAN  USTAZ SYAFIQ ZULAKIFLI

4 PM - 5 PM
PERKONGSIAN ILMU BERSAMA CIKGU NOORJAHAN SULTAN


5 PM - 7.30 PM
PERSEMBAHAN SILAT

Ekspo Buku Islam 01 SEPTEMBER 2016 KHAMIS

10.30 AM - 11.30 AM
SLOT MOTIVASI PELAJAR


8 PM - 9 PM
SANTAI ROHANI "DIKIR ZIKIR" OLEH UNIT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM KUIPSAS

Ekspo Buku Islam  02 SEPTEMBER 2016 JUMAAT

10 AM - 11 AM
SLOT MOTIVASI PELAJAR

3 PM - 5 PM
FORUM "KARYA ISLAMI DALAM NOVEL/CERPEN" OLEH PENULIS KUIPSAS

Ekspo Buku Islam  03 SEPTEMBER 2016  SABTU

11 AM - 12 PM
BERSAMA PENULIS INSPIRASI MEDIA USTAZ ROHIDZIR RAIS;  USTAZ ZUHDI

12 PM - 1 PM
PERSEMBAHAN KHAS PELAJAR SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)

1 PM - 2 PM
DISKUSI BUKU BERSAMA PENULIS PAHANG :KHAIRUL HAKIMIN MUHAMAD

2 PM - 3 PM
BICARA BUKU "MAT CLEARNER UK" OLEH AHMAD AFFZAN ABDULLAH

3 PM - 4 PM
PERKONGSIAN ILMU BERSAMA USTAZ IQBAL ZAIN

4 PM - 5 PM
SLOT BERSAMA AMAN PALESTIN

5 PM - 6 PM
DISKUSI BUKU "MASIH ADAKAH CINTA" BERSAMA MEJAR (B) QAYYUM

Ekspo Buku Islam  04 SEPTEMBER 2016 AHAD

11 AM - 12 PM
DISKUSI BUKU "MUTIARA NASIHAT IMAM SHAFIE" BERSAMA PENULIS PAHANG :PROF. MADYA RASID MUHAMAD

12 PM - 1 PM
BICARA BUKU "ADD PAHALA, DELETE DOSA" OLEH CIKGU RAZALI

3 PM - 5 PM
COLOURING WITH PARENT SEKOLAH TADIKA
(PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAHANG)


Pahang-2016

Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016 menghargai Cikgu Noorjahan Sultan Sebagai Calon Anugerah Guru Global 2016

Cikgu Noorjahan Sultan yang berbekalkan pengalaman mengajar selamalebih  20 tahun telah berjaya mencipta modul pembelajaran Bahasa Inggeris yang berdasarkan nilai murni dan pemahaman budaya yang dinamakan 'Let's Rhyme'. Ianya disasarkan untuk pelajar berumur 4 hingga 9 tahun. Melalui 'Let's Rhyme' ini murid-murid didedahkan dengan teknik mengenal huruf dan berpuisi. 'Let's Rhyme' bertujuan membiasakan diri murid-murid sekolah rendah dan pra melalui keadah yang menghiburkan. Murid-murid akan hilang rasa takut terhadap bahasa Inggeris.

Bagi Cikgu Noorjahan Sultan, modul 'Let's Rhyme' yang diilhamkan pada 2009 ini mengandungi 40 tema. Kesemuanya berdasarkan sukatan kurikulum pra-sekolah kebangsaan. Kini 'Let's Rhyme' digunakan di lebih 1,000 pra-sekolah seluruh negara. Ini sudan tentu suatu pencapaian yang amat mengembirakan rakyat Pahang.

Pahang-2016

Lebih membanggakan lagi apabila melalui 'Let's Rhyme' ini, Cikgu Noorjahan Sultan berpeluang merangkul Anugerah Guru Global 2016.

Guru yang menang Anugerah Guru Global berpeluang membawa pulang US$1 juta (RM4.3 juta). Guru-guru ini disenaraikan dalam senarai 50 guru dari seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2016. Anugeran ini dianjurankan oleh yayasan berpangkalan di Dubai iaitu Yayasan Varkey GEMS.

Cikgu Noorjahan Sultan adalah guru dari Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di Kuantan, Pahang. Cikgu Noorjahan telah disenarai pendek daripada 8,000 penyertaan dari 150 buah negara di seluruh dunia. Cikgu Noorjahan, merupakan guru pra-sekolah anggap pencalonan Anugerah Guru Globa ini sebagai sumbangan beliau dalam dunia pendidikan yang amat beliau minati.

Cikgu Noorjahan Sultan adalah salah seorang pelatih guru pra-sekolah kebangsaan dan turut terlibat dalam proses penambahbaikan kurikulum pra-sekolah. Selain dircalonkan dalam Anugerah Guru Global 2016, Cikgu Noorjahan Sultan merupakan peserta peringkat akhir Anugerah Inovasi Negara 2014 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Tahniah kepada Cikgu Noorjahan Sultan dan Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama.

Bagi menghargai pencapaian ini, Cikgu Noorjahan Sultan telah dijemput untuk berkongsi pengalaman menarik beliau dalam Ekspo Buku Islam Pahang 15. Moga pencapaian Cikgu Noorjahan menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Pahang.


Where there is a 
challenge,
there is a chance for 
innovation.

 MARILAH KITA TEMUI CIKGU NOORJAHAN SULTAN DI EKSPO BUKU ISLAM 15 
DI KUANTAN PARADE.

LINKS:
1. globalteacherprize.org bio
2. globalteacherprize.org 2016 finalists 
3. globalteacherprize.org winner 2016 Hanan Al Hroub 
2. english.astroawani.com
3. twitter.com/letsrhyme09
---------------
ABSTRACT
‘Let’s Rhyme’is  specially  designed  to  enhance  the  English  language  acquisition  among  the
children from 4-9 years old. Holistic, fun and meaningful are three basic principals in this rhyming
text.  The  language  used  is  simple  and  clear  enough  for  children  to  understand.
The  learning experience  will  ensure  the  children  acquire  listening,  speaking,  reading  and  writing  skills.
Fostering  language  through  rhymes  will  also  enhance  the  vocabulary  besides  improving  the
pronunciation, grammar and spelling. 

Let’s Rhyme’consists of Alphabets Rhymes and Thematic Rhymes.  Alphabets  Rhymes  consists  of  28  rhymes;  an  introduction  rhyme,  26  alphabet  rhymes and a closure rhyme. Thematic Rhymes consists 40 themes based on National Preschool Standard Curriculum. Themes chosen are developmentally appropriate and socially engaging for students.

Sharing  them  with  children  will  help  to  develop  English  language  skills.  Reciting  the  rhyme  to
children with correct pronunciation and intonation together with appropriate action will make their learning process fun and meaningful. The more exposure children have to familiar print, the better prepared they will be for reading. Children are encouraged to share ideas and opinions. As they listen to one another, their personal bases of ideas are expanded. C
hildren become more confident, responsible and the most important they learn naturally.

ICE 97 LET’S  RHYME MODULE
Noorjahan bt Sultan
SK Indera Mahkota Utama
25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur,
Malaysia

sumber:
shbie.ubd.edu.bn
---------------

Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016 Penampilan Istimewa Neelofa.

Tarikh: 27 Ogos hingga  4 September 2016
Masa: 10 pagi hingga 9.00 malam
Tempat: Kuantan Parade Atrium 1 dan 2.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016.

Ekspo Buku Islam 15 Pahang akan membawa Penampilan Istimewa dan Pelancaran Buku "HIJAB, SAVED MY LIFE" bersama Neelofa pada 28 Ogos 2016 jam 2.00 - 3.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016

Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini adalah dengan kerjasama Sinergi Ilmu dan Kerajaan Negeri Pahang. Serta mendapat kerjasama Majlis Belia Pahang, Jawatankuasa Gerakan Membaca Pahang (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang) dan Syria Care.

Pelbagai aktiviti diadakan bersempena Ekspo Buku Islam 15 Pahang ini, antaranya adalah:
1. Diskusi Ilmu dan Motivasi
2. Ramah mesra selebriti terkenal
3. Diskaunt menarik sehingga 80 peratus
4. Pertandingan peringkat sekolah.
5. "Food Truck"
6. Penampilan Tokoh dan Penulis Pahang dalam Ekspo Buku Islam 15 Pahang antaranya adalah:
Forum Bicara Buku bersama Ustazah Fatimah Syarha pada 29 Ogos 2016 (Isnin) pada jam 9.00 malam  di KUPSAS.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016.
 Diskusi buku bersama Ustazah Isfadiah pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) jam 12.00 tengahari.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Bersama Hijrah Selebriti Yatt Hamzah pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) jam 3.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
Diskusi Buku bersama Pak Latif pada 28 Ogos 2016 (Ahad) jam 11.00 pagi.
Bicara Buku Penulisan Ustaz Syafiq pada 31 Ogos 2016 (Rabu) jam 3.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
Wacana Ilmu bersama Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz pada 28 Ogos 2016 (Ahad)
Wacana Ilmu bersama Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari pada 3 September (Sabtu) jam 3.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Slot Syria Care bersama Syeikh Mohamad Muwaffaq pada 31 Ogos 2016 (Rabu) jam 1.00 petang.
Diskusi Buku Bersama Ustaz Rohidzir Rais pada 3 September 2016 (Sabtu) jam 11.00 pagi.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Slot Syria Care bersama En Rizak Ali pada 27 Ogos 2016 (Sabtu) jam 2.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Penampilan Prof. Madya Rasid pada 4 September 2016 (Ahad) jam 11.00 pagi.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Penampilan Cikgu Noor Jahan Sultan pada 31 Ogos 2016 (Rabu)  jam 4.00 petang.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
 Penampilan Khairul Hakimi Muhamad pada 3 September 2016 (Sabtu)
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016
Penampilan Hafiz Hamidun pada 31 Ogos 2016 (Rabu) jam 2.00 petang yang dibawa oleh DuBook.
Jadual Ekspo Buku Islam 15 Pahang 2016

BUKU JUDUL MENGINTIP NGERINYA NERAKA PENGARANG SYAIKH MAHIR AHMAD ASH-SHUFI

BUKU JUDUL MENGINTIP NGERINYA NERAKA PENGARANG SYAIKH MAHIR AHMAD ASH-SHUFI

NO. PEROLEHAN :DBER 14-08034
CALL NO. : R297.3542
ISBN : 978-979-039-011-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM

ULASAN: Buku ini mengisahkan tentang kedahsyatan Hari Kiamat, hari pengumpulan, padang mahsyar,syafaat,pelaksanaan irdh(pemaparan amal) dan penghisaban makhluk.Dibahaskan pula tentang shirath iaitu titian yang membentang di atas neraka Jahannam.Begitu juga besi pengait dan duri yang menyambar orang-orang munafik, pelaku maksiat, dan pelaku dosa-dosa besar kemudian mereka dilemparkan ke neraka Jahannam.

Pada hari kiamat manusia dibahagi tiga keadaan.Pertama, orang-orang mukmin yang terdahulu dan permulaan,juga orang-orang mukmin dari golongan kanan.Mereka melalui shirath bagaikan kilat, angin yang berhembus, kuda pacuan yang berlari juga ada yang berjalan dan merangkak, namun akhirnya mereka selamat.Kedua, orang-orang kafir dan musyrik.Mereka tidak berhak melewati shirath, namun dihalau ke neraka Jahannam secara berombongan, didahului oleh sembahan mereka saat di dunia.Bila telah dekat dengan neraka mereka berjatuhan secara berkelompok.Mereka kekal di dalamnya dan tiada seorang pun memberi syafaat kepada mereka.Ketiga, orang-orang munafik iaitu pelaku maksiat dan dosa-dosa besar dari kalangan orang Islam.Mereka tidak masuk neraka bersama orang musyrik. Mereka akan menyeberangi shirath bersama orang mukmin tetapi mereka akan disambar dan diseret oleh duri dan besi pengait yang ada di sisi shirath, sesuai dengan kadar dosa mereka.

Neraka mempunyai tingkat yang berbeza-beza sesuai dengan kemaksiatan, kekejian dan kejahatan penghuninya.

JUDUL : MENGINTIP NGERINYA NERAKA
PENGARANG : SYAIKH MAHIR AHMAD ASH-SHUFI
PENERBIT : PT AQWAM MEDIA PROFETIKA
TAHUN TERBIT :2008
HARGA :RM52.50
MUKA SURAT :416
RATING :4/5

Monday, August 1, 2016

Buku: Mustafa Ataturk Penegak Agenda Yahudi PENGARANG Abdul Latip Talib

Buku: Mustafa Ataturk Penegak Agenda Yahudi PENGARANG Abdul Latip Talib

JUDUL BUKU:    Mustafa Ataturk Penegak Agenda Yahudi
SIRI BUKU:    Novel
ISBN:    978-967-408-223-9
PENERBIT:    PTS LITERA UTAMA SDN BHD
TARIKH / TAHUN:                  2014
EDISI BAHASA:     B. MALAYSIA
HARGA:      RM 18.00

ULASAN: Mengisahkan seorang pengasas sekularisme  di Turki bernama Mustafa Kamal Ataturk. Beliau dilahirkan pada tahun 1880 dikota Salonika. Beliau berasal dari golongan Yahudi  Dunamah.

Sejak dari remaja lagi Mustafa Kamal menunjukkan cirri-ciri kepimpinan ketika menyertai pasukan tentera muda Turki. Pada tahun 1923, beliau telah melancarkan revolusi dan menyebabkan Kerajaan Khalifah  Turki Uthmaniyah berakhir dan seterusnya Turki diisytiharkan sebagai republic dengan Mustafa Kamal dilantik sebaga presiden yang pertama. Beliau digelar  “Ataturk” bermaksud Bapa bangsa Turki.
        
Pada zaman pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk  telah mengemparkan umat islam seluruh dunia dengan menukar sistem Khalifah kepada sistem Sekular. Antara dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Mustafa ialah dengan mengantikan pakaian tradisi Turki kepada pakaian barat, wanita-wanita tidak dibenarkan bertudung, semua masjid ditutup, azan dan bacaan ayat suci al quran ditukar dari bahasa  arab ke bahasa turki. Beliau juga mengubah tulisan –tulisan huruf jawi kepada  huruf latin.
        
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1933 dan sehingga kini Turki masih mengamalkan lagi undang-undang secular dalam kehidupan seharian dan ia adalah sebahagian daripada undang-undang Negara ini.

DISEDIAKAN OLEH
AZHARANI A. AZIZ