Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, January 3, 2020

ULASAN BUKU 2019

ULASAN BUKU 2019

Program Galakan Membaca untuk kakitangan Perpustakaan Daerah, Cawangan dan Desa PPAP.
1. PAC Lanchang (8)
2. PAD Maran (14)
3. PAD Bera (9)
4. PAD Pekan (31)
5. PAD Bentong (56)
6. PAD Temerloh (32)
7. PAD Rompin (5)
8. PD Kuantan (12)
9. PAD Cameron (6)
10. PAD Jerantut (7)
11. PAC Jengka (3)
12. PAD Lipis (1)

Buku: Siri Bercakap Dengan Ultraman / Shaza Baharuddin / SJ Creative 2018 RM20

Buku: Siri Bercakap Dengan Ultraman / Shaza Baharuddin / SJ Creative  2018

No Perolehan: DTEM009144
ISBN: 9789671473986
Kategori: Psikologi
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi perbualan harian penulis dengan dua orang anak lelakinya yang sedang membesar. Mereka sangat meminati Ultraman. Kerana itu Umi mereka memanggil mereka Ultraman.

Perbualan mereka membuat saya ketawa. Banyak cerita menarik yang dibualkan. Penuh dengan pandangan dan kejutan. Kepada ibubapa boleh meluaskan pegetahuan dengan membaca buku ini. Semoga ia berguna.

Judul: Siri Bercakap Dengan Ultraman
Pengarang: Shaza Baharuddin
Penerbit: SJ Creative
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM20.00
Muka surat: 226
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Buku: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga / Miftahul Asror Malik / Pustaka Ilmuwan 2019

Buku: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga / Miftahul Asror Malik / Pustaka Ilmuwan 2019

No Perolehan: DTEM 006752/19
ISBN: 978-967-2119-26-5
Kategori: 297.23 MIF
Ringkasan/ Ulasan

Road to Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga sebuah buku mengisahkan tentang kematian dan kesengsaraannya, hari kiamat dan segala ahwal-nya, neraka dan seksanya,serta syurga dan kenikmatannya. Buku ini memberikan pengajaran kepada kita.Contoh kisah yang terkandung di dalam buku ini manusia dan penciptannya, perjalanan hidup manusia dan banyak lagi.

Buku ini bertujuan sebagai panduan kepada kaum muslimin untuk menghidupkan amal soleh dalam kehidupan seharian. Panduan ini dari segi perlaksanaan ibadah, tidur, makan dan aktiviti-aktiviti lain sepanjang hari.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada pembaca. Selamat membaca.
                               
Judul: Road To Jannah 1001 Jalan Menuju Syurga
Pengarang: Miftahul Asror Malik
Penerbit: Pustaka Ilmuwan
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM 25.00
Muka surat: 229
Rating: 4
Ulasan oleh: Farah Naz Alia binti Rosli, Pembantu Pustakawan PAD Temerloh.

BUKU: AMPUNKAN AKU MAMA / K.A. RAZHIYAH / LC GRAPHIC SDN. BHD. / 2018

BUKU: AMPUNKAN AKU MAMA / K.A. RAZHIYAH / LC GRAPHIC SDN. BHD. / 2018

JUDUL: AMPUNKAN AKU MAMA
PENGARANG: K.A. RAZHIYAH
PENERBIT: LC GRAPHIC SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2018
HARGA: RM29.00
JUMLAH MUKA SURAT: 102

NO. PEROLEHAN: 18-001630
ISBN: 978-983-060-541-8
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK

ULASAN :
Buku cerita ini berjudul Ampunkan Aku Mama. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang sedang membesar telah melalui pengalaman dan pengajaran yang membuatkannya sedar akan kesilapan dan berasa insaf.

Intan ialah seorang anak yang baik kepada kedua ibubapa nya. Ibubapa Intan sering menasihati dan mendidik Intan dengan ilmu yang baik. Namun, disekolah Intan telah dipengaruhi oleh rakan sebayanya iaitu Ida dan Asmah. Mereka mempengaruhi Intan untuk ponteng kelas, menipu ibubapa nya, serta mencuri. Ibubapa Intan menasihatinya namun Intan tetap berkeras dan berdegil serta terus melakukan perkara yang sama tanpa menghiraukan nasihat ibubapanya.

Lama-kelamaan, bapa Intan tidak dapat menahan sabar lalu menamparnya berkali-kali. Ibunya berpesan pada Intan supaya pulang dari sekolah lalu mengikut jalan dihadapan rumah orang supaya tidak berbahaya dan menggelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Intan sedikit tidak menghiraukan nasihat ibunya lalu berkeras untuk lalu di jalan belakang supaya cepat sampai ke rumah.

Nasibnya tidak baik, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dijalan belakang yang sunyi dan tiada orang, Intan didatangi dua orang lelaki yang berbadan besar dan menculiknya serta dibawa masuk ke dalam sebuah van. Didalam van tersebut bukan sahaja Intan tetapi ada lagi dua orang budak yang masih berpakaian sekolah sedang berpelukan ketakutan. Intan mencuri dengar perbualan telefon lelaki tersebut bahawa mereka akan dijual ke sempadan. Intan menjadi ketakutan dan lantas terus mengingati akan kedua ibubapanya yang pasti sedang risau.

Tiba-tiba, van tersebut berhenti disebuah kedai kopi. Lelaki tersebut memberi peluang kepada Intan untuk turun ke tandas. Intan mengambil peluang ini memikirkan cara untuk melarikan diri. Intan meminta bantuan daripada pelayan kedai kopi tersebut yang bernama Tambi. Intan mengatakan bahawa dia telah diculik dan meminta bantuan dari Tambi untuk membantu melarikan diri.Tambi membantu Intan bersembunyi dan berpura-pura tidak tahu akan perihal Intan. Keadaan menjadi semakin kecoh, lelaki tersebut berlalu pergi menaiki van tanpa mengetahui Intan masih bersembunyi di kedai kopi itu.

Tambi  dan taukey kedai itu membantu menghubungi polis dan ibubapa Intan. Intan menunggu ibubapanya datang. Tidak lama kemudian muncul trak polis yang membawa dua orang lelaki tersebut yang telah tertangkap. Manakala dua orang budak itu selamat dan mereka berpelukan menangis memanjatkan rasa syukur. Sejak dari peristiwa hitam itu Intan mula sedar dan insaf atas apa yang telah dilakukannya dan memohon ampun maaf kepada ibubapa nya.

oleh
PD Mengkarak