Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 19, 2011

Gambar Kawin Shah (2)

12
Membakar arang asap berkepul
Guna penyejat si kayu jati
Hari ini kita berkumpul
Menyampaikan hajat di dalam hati (1)
11
Ke Buntut Pulau membeli cermin
Beli ikan patin dimasak gulai
Cinta berakhir di jinjing pelamin
Sama segak kedua mempelai (1)
10
Dari Lanchang ke Kuala Semantan
Datang memancing batu-batu
Surat dan SMS pembina ingatan
Sudah kawin teruskan begitu (1)
09
Kain sekayu itulah ukurannya
Kain songket berbenang emas
Berbaju Melayu sama segaknya
Berdandan berlokek berselendang emas (1)
08
Pokok pulai tidak berduri
Di buat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar (1)
07
Seronok mengadap beramai-ramai
Masing-masing dengan lakunya
Jemput pengantin makan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya (1)
06
Dalam gelap durian gugur
Dikumpul dapat berpikul-pikul
Kalau tersilap boleh ditegur
Jangan pula dipukul-pukul (1)
05
Malam hari memasang damar
Menangkap ikan di tepi titi
Suami isteri mesti bersabar
Kekal rukun damai dihati (2)
04
Pokok pulai tidak berduri
Dibuat bumbung luas melebar
Dua mempelai berseri-seri
Dua jantung berdebar-debar (2)
03
Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan (4)
02
Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding (4)
01
Tatang puan tatang cerana
Tatang biduk Seri Rama
Datanglah tuan datanglah nyawa
Datanglah duduk bersama-sama (3)

SUMBER PANTUN:
1. istimewa2u.blogspot.com
2. nukilan2u.my
3. hikmah.azhad.com
4. zurinahhassan.blogspot.com

No comments: