Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, March 18, 2015

Buku: Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual oleh Mohamed Noor Othman

Tajuk: Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual
Oleh: Mohamed Noor Othman
Harga RM60.00       
ISBN 978-983-46-1839-1       
Terbitan DBP
Halaman: 256

Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual menghidangkan kepada pembaca makna sesuatu karya dari segi apresiasi seni, keistimewaan sifat karya, cabaran dan wawasan yang ditempuh untuk mengajak masyarakat pembaca berfikir. Tiada noktah terakhir untuk pengkarya bersama masyarakat berhenti menyanjung karya dan nilai seni selagi ada kesedaran bahawa seni berserta kepentingannya dapat berperanan dalam kehidupan.
 
Berlandaskan pengalaman lampau, isu yang ditimbulkan di dalam buku ini, menginginkan pengiktirafan. Bahawa seni itu dengan isu-isu lain sama penting dalam aturan hidup yang setiap waktu berdenyut dan mencabar. Sejarah seni yang diimbas kembali di dalam buku ini secara horizontal menyerlahkan sifat prolifik beberapa tokoh pembuat seni dalam berkarya. Buku ini mengetengahkan respons semangat inovatif dan kreatif untuk pembuat seni meneruskan hasil karya sepanjang zaman. Susur galur sejarah dan pengalaman silam yang ditempuh oleh pembuat seni terdahulu dan pertembungan idea cuba diselesaikan dengan kembali pada akar budaya dan jati diri. Kesukaran menjadi pembuat seni yang prolofik bermula dari suatu langkah, suatu idea dan suatu identiti hingga membawa imej tersendiri.
 
Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual mengetengahkan isu global yang menarik minat masyarakat, khususnya pencinta seni visual. Hasil seni perlu berfungsi untuk membolehkan akal berfikir yang secara langsung mencerdikkan masyarakat. Sesuangguhnya sesuatu hasil karya itu memerlukan keringat dan inspirasi yang perlu diperah oleh pembuat seni untuk tatapan masyarakat.
 
Buku ini menghimpunkan 27 esei berkaitan isu global dalam seni visual, yang dibahagikan kepada lima bahagian, iaitu Seni Visual: Suatu Signifikan, Seni Visual dan Dimensinya, Seni Visual dan Cabarannya, Seni Visual dalam Arus Zaman, Kreativiti dan Daya Cipta serta Isu dan Kontradiksi.
 
Buku ini ini juga mengetengahkan 44 hasil karya seni halus tempatan dan antarabangsa yang harmoni dalam pelbagai warna dan cerita. Kesemua hasil karya tersebut diberi interpretasi, kritikan dan apresiasi secara teori yang menyeluruh, disokong dengan falsafah estetik. Sememangnya buku ini memenuhi keperluan pensyarah, guru seni visual, pengamal seni dan pelajar yang menjurus dalam bidang Pendidikan Seni Visual peringkat sekolah maupun institusi pengajian tinggi. Sesuai dibaca oleh umum sebagai sumber rujukan.

Ulasan Oleh:
Mohamed Noor bin Othman
(mnoorseni@gmail.com) / 017-4709 390

Boleh membuat pesanan terus kepada:

KEDAI BUKU
KOPERASI DBP (M) BERHAD,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur.

Tel:
03-2145 5501 (Kaunter)
012-3219 456 (Penyelia En. Isa)

5 comments:

Unknown said...

Tidak banyak buku seni visual dalam bahasa Melayu diterbitkan berbanding kebanyakannya dalam bahasa Inggeris menjadi rujukan utama. Namun penghasilan buku seni visual dalam lain-lain bahasa terutamanya dalam bahasa Cina begitu mengalakkan. Ini terbukti dalam pasaran dan pameran-pameran buku.
Usaha menghasilkan buku Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual adalah sumbangan awal oleh pengarang yang diimbas kembali secara horizontal, menyentuh sifat prolifik tokoh-tokoh pembuat seni tempatan dalam berkarya dan secara vertikal pula menyentuh sejauh mana karya yang bernilai tinggi diangkat menjadikan wawasan untuk kesinambungan bangsa.
Isu dan Pemikiran dalam Seni Visual ini mengenengahkan hasil karya sepanjang zaman pembuat seni tempatan. Antaranya Choong Kam Kow, Khalil Ibrahim, Awang Damit, Yusof Ghani, Bayu Otomo, Susylawati Sulaiman, Wu Peng Yi, Raja Shahriman, Kok Yew Puah, Yeoh Jin Leng, Datuk Syed Ahmad Jamal, Lui Cheng Tak, Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir, Piyadasa dan ramai lagi sekadar menyebut beberapa nama. Kebanyakan tokoh-tokoh seni visual ini telah menduduki hirarki bertaraf seniman yang mencapai martabat sifu dan hasil adikarya mereka dirujuk sebagai hasil seni bertaraf tinggi dalam khazanah tamadun bangsa. Malah mencapai taraf antarabangsa. Maka karya-karya zaman Renaisan, era klasik, moden dan kontemporari dari Barat dijadikan perbandingan sudut budaya dan jati diri bangsa yang berkait dalam kehidupan.
Semoga seni visual tidak diabaikan dalam membina generasi kreatif maka pengarang mengaitkan kepentingan seni visual dalam masyarakat dan kehidupan. Jika seni itu ada kaitannya dengan kehidupan, maka siapakah kita sebagai khalayak (pemerhati, peminat, pengkritik) dan siapakah seniman sebagai pengkarya yang masing-masing berperanan dalam menghidupkan kepentingan seni itu dalam kehidupan.
Akhir kata dari pengarang, semoga dengan membaca bahasa visual dalam buku ini dapat mencetuskan keinsafan. Sesungguhnya keindahan dalam seni visual mendekatkan kita dengan kebesaran Allah. Penciptaan-Nya untuk keindahan dunia buat manusia insaf dan bersyukur. Sesuai dengan firman-Nya.
“Maha Berkat (serta Maha tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” – Surah Al-Mulk, ayat 1.

.. said...

Terima kasih atas perkongsian pendapat ini. Pihak kami akan membantu.

Unknown said...

Saya merupakan seorang pelajar seni..sekolah saya ada membuat kajian ttg seni visual ni..boleh awak bagitahu tahun bila buku nie diterbitkan dan tempatnya..?saya sngat tertarik dengan buku ni dan menjadikannya sebagai sumber rujukan dalam kajian saya

. said...
This comment has been removed by the author.
. said...

Sila Encik Viccon Reynold berhubung dengan Encik Mohamed Noor bin Othman
(mnoorseni@gmail.com) / 017-4709 390 sebagai mana tertera diatas.

Ulasan buku ini disediakan oleh Encik Mohamed Noor yang juga penulis buku. Mungkin ada banyak lagi perkara yang boleh dibantu oleh beliau.