
Panduan lengkap reproduksi manusia dan rawatan infertiliti oleh Muhd Rushdan Md Nor/ Murizah Mohd Zain
Masalah kemandulan atau dalam istilah perubatan dipanggil infertility boleh mengakibatkan kesan psikologi yang serius kepada pasangan yang berkahwin. Kegagalan menghasilkan zuriat bukanlah disebabkan oleh kaum wanita sahaja, malah punca-punca lain seperti masalah kesuburan lelaki dan juga pengetahuan yang cetek dalam bidang fisiologi reproduksi manusia juga merupakan penyebab penting. Kajian telah menunjukkan bahawa 25-30 peratus penyebab infertility berpunca daripada masalah kesuburan kaum lelaki dan 15-20 peratus menunjukkan kes-kes infertiliti berlaku tanpa dikesan puncanya. Dengan menyedari hakikat tersebut, buku ini dihasilkan bagi menerangkan secara terperinci bagaimana mengatasi masalah infertiliti. Sebelum mengetahui apakah punca dan bagaimana menanganinya, setiap pasangan perlu mengetahui system organ reproduktif berfungsi dan apakah peranan mereka supaya proses reproduktif berhasil dan mencapai matlamatnya.
No comments:
Post a Comment