Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, April 21, 2011

Gambar kawin Shah (4)

Bila dan siap acara bersanding, tibalah masa acara makan beradap Raja Sehari. Kalau ikut susunan betullah pengantin lelaki duduk belah kanan. Sebelah pengantin lelaki eloknya adalah ayah pengantin perempuan. Pastu mak pengantin perempuan. Kat belah perempuan pula eloknya mak pengantin lelaki (mak mertua), disebelahnya baru ayah pengantin lelaki.
05
Kalau ikut cara ni barulah nampak akrab pengantin perempaun dengan mak mertua. Akrab juga pengantin lelaki dengan ayah pengantin perempuan (ayah mertua).
04
Tapi kerap kali juga saya lihat, keluarga pengantin tak mahu atau segan nak duduk makan di meja pengantin. Kawan saya yang jadi jurugambar pernah diminta makan bersama pengantin kerana masing-masing tak nak duduk makan bersama dengan pengantin.
03
Kalau sapa-sapa yang bercadang nak kenduri pas ni tunjukkan persepakatan kepada orang-orang kampung yang keluarga kita bersatu hati. saya cerita ni bukan ada kaitan dengan majlid kenduri Shah tetapi tetiba timbul idea nak cerita pasal penonjolan kemaufakatan keluarga dapat dilihat pada masa makan beradap pengantin.
02
Ada tempat pula, berebut-rebut nak duduk makan di meja pengantin. Ada yang sampai merajuk kerana tak dipelawa makan di menja pengantin. Kadang-kadang tu terlalu ramai sebelah pihak yang nak tompang makan di meja pengantin. Hinggkan dipenuhi oleh keluarga sebelah pihak sahaja. Maklumlah makan Raja Sehari di meja pengantin ni berbeza dengan makanan yang dihidangkan untuk orang ramai.
01
Kadang-kadang sian juga jika kita terdengar bebudak kecik kata "Mak nak udang kat meja tu". mak terpaksa jawab "Hisss tu orang punya, kita tak boleh makan". Kalau bebudak kecik tu jawab "Makkkk! nak jugak". Apa kita nak jawab. Mungkin ada mak yang dengan segan silu mintak juga pada orang di meja pengantin seketul udang pengantin.

Apa lagi cerita semasa makan beradap pengantin ...?

No comments: