Buku SOLAT BIAR SEMPURNA / DATO’ HJ ISMAIL KAMUS / PUSTAKA DINI / 2018
TAJUK BUKU : SOLAT BIAR SEMPURNA
PENGARANG : DATO’ HJ ISMAIL KAMUS
NOMBOR PEROLEHAN : EJAM001837
NOMBOR PANGGILAN : 297.382
ISBN : 9789678608725
BAHASA ; MALAYSIA
KATEGORI : AGAMA
ULASAN :
Sesuai dengan peranan solat sebagai tiang agama, buku ini harus dijadikan panduan keseluruhan untuk ibadah solat. Untuk mendirikan perlulah dalam keadaan suci dari najis dan hadas. Untuk itu panduan bersuci dan mendirikan solat yang berpandukan dari cara Rasulullah SAW mendirikan ibadah tersebut. Selepas bersuci dituruti pula dengan panduan berwudhu dan bertayamum.
Syarat-syarat sah solat, rukun solat yang menjadi intipati dan teras buku ini. Jika rukun ini tidak ditepati maka solat dikira batal. Ini meliputi bacaan dalam solat, perbuatan seperti rukuk, sujud, tomakninah dan duduk Antara dua sujud. Buku ini juga memberi panduan meliputi solat fardhu dan solat sunat.Amalan-amalan sesudah mendirikan solat turut diperincikan dalam melengkap dan menyempurnakan solat.
Turut menghiasi buku ini ialah petikan dari surah al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud: “Dirikanlah solat; sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.” Ini menunjukkan bahawa solat begitu penting dalam kehidupan seorang insan samada di dunia atau kehidupan selepas mati.
Nama Fail Cover Buku : Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 4/2021
Pengarang : DATO’ HJ ISMAIL KAMUS
Penerbit : PUSTAKA DINI SDN BHD
Tahun Terbit : 2018
Mukasurat : 109
Rating : 8/10
Disediakan oleh : Juriah bt Mohamed
No comments:
Post a Comment