Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, July 29, 2010

Lebih tumpuan untuk PD PPAP


(PD Kampung Mahkota, Kuantan)

Setelah sekian lama membahagikan tumpuan antara PD PNM dengan PD PPAP, kini tibalah masanya berubah rasa. Dengan pengasingan pemantauan antara PD PNM dan PD PPAP, Bahagian Rangkaian Perpustakaan PPAP dan Ketua-ketua Perpustakaan Daerah akan mempunyi lebih masa untuk membangunkan PD PPAP.

Selama ini banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh PPAP untuk Penolong Pegawai Perpustakaan S27 di PD PNM. Ilmu-ilmu tersebutlah yang boleh digunakan oleh penyelia-penyelia PD PNM untuk memudahkan mereka menjalankan tugas penyeliaan mereka. Semoga mereka bersungguh-sungguh dengan tugas baru mereka.

Bagi Bahagian Rangkaian Perpustakaan pula, pengasingan pemantauan ini telah mengurangkan beban tugas pemantauan PD sebanyak 50 peratus. Daripada 64 perpustakaan desa yang perlu dipantau kini hanya tinggal 32 sahaja.

Selepas ini tumpuan sudah tentu akan diberikan sepenuhnya kepada 32 perpustakaan desa PPAP. Ada perkara yang boleh digerakkan segera dan ada perkara yang tidak dapat digerakkan segera kerana masalah kewangan. Apa kata kita terus tumpukan dahulu kepada perkara yang tidak memerlukan peruntukan kewangan. Sekaranglah masanya untuk kita menyelesaikan masalah, bukan setakat melapurkan masalah dan biarkan orang lain selesaikannya.

Jika semua orang berfikir secara kreatif dan inovatif mungkin kita akan dapat selesaikan banyak perkara dalam masa yang singkat. Untuk mendapat pelbagai idea berkaitan dengan buku anda boleh klik DISINI.

No comments: