
sumber gambar: www.pahang.gov.my
Pada 5 hingga 6 Julai 2010 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota Kuantan akan dapat disaksikan himpunan kakitangan perpustakaan seluruh Pahang. Paling istimewanya adalah seminar ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato Sri Haji Adnan Bin Haji Yaakob, SSAP, DSAP DGSM. Ucapan Dato Sri Haji Adnan yang selamba, lucu dan serius dapat menarik perhatian semua peserta.
Seminar anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri ini turut dihadiri oleh Dato Raslin Bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Tetamu vip yang turut menyerikan lagi seminar ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin; Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Mat Zara'ai Alias; Dato' Shahaniza Shamsuddin Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri; Puan Hajjah Farizah Jaafar Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Pahang; Pengurus Besar Yayasan Pahang, Dato' Saariah Saad; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohammad Ridzwan Mohd Tahar; dan Pengurus Besar Negeri, Telekom Malaysia, Dato' Wan Danial Wan Ibrahim.
No comments:
Post a Comment