BUKU: Perjanjian Hudaibiyah PENGARANG: Abdul Latip Talib
NO. PEROLEHAN: DBER 13-05907
CALL NO: 297.18 ABD
ISBN: 978-967-408-045-7
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: NOVEL SEJARAH
ULASAN:
Pada akhir tahun ke-5 hijrah, Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW agar semua umat Islam wajib mengerjakan ibadah haji ke Tanah suci Makkah sekiranya mampu. Pada suatu malam tahun ke-6 hijrah, Nabi Muhammad SAW bermimpi beliau bersama para sahabat masuk ke Makkah dengan aman tanpa diganggu oleh sesiapa, lalu menceritakan mimpi tersebut kepada para sahabat. Mereka berasa sangat gembira malah ada antara mereka sudah membuat persiapan mahu berangkat ke Makkah bagi mengerjakan umrah.
Bertitik tolak dari mimipi Rasulullah SAW, beliau bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Kaum Musyrikin Makkah tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan Islam dari Madinah. Mereka sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman Bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.
Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat berpihak kepada Musyrikin Makkah. Namun hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat Islam. Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW.
Selepas Perjanjian Hudaibiyah, tiga orang pahlawan Quraisy yang hebat iaitu Khalid Al-Walid, Amru Al-Ash dan Uthman Bin Talhah memeluk agama Islam.
Sesungguhnya perjanjian itu mengubah kedudukan Islam menjadi semakin kuat dan kedudukan kaum Quraisy di Makkah menjadi semakin lemah dalam masa yang singkat.
JUDUL: PERJANJIAN HUDAIBIYAH
PENGARANG: ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT: PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT: 2013
HARGA: RM19.20
MUKA SURAT: 250
RATING: 4/5
No comments:
Post a Comment