ada dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja
A. UTAMA
Pendaftaran Ahli Baru
Selamat Datang Ahli
B. PROFIL
Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan
pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan,
perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana
negara pada hari ini.
Dalam proses transformasi Negara untuk
menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif, perkhidmatan
penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber
pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang
hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan
kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.
Era k-ekonomi
membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk
mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas
buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka
berada.
Kearah masyarakat berilmu pengatahun yang menghayati pembelajaran
sepanjang hayat tanpa sempadan masa dan tempat untuk peningkatan kualiti
hidup dan kualiti kerja secara berterusan.
Menjadikan maklumat dapat diakses melalui peluasan perkhidmatan jalur lebar.
"Memastikan penglibatan masyarakat berpengetahuan Malaysia kita dalam
pembelajaran sepanjang hayat bila-bila masa, di mana saja, dan
meneruskan penambahanbaikan untuk kualiti kerja dan hidup"
"Menanam satu budaya inovasi melalui perkhidmatan u-Library
di kalangan perpustakaan-perpustakaan dan agensi-agensi maklumat negara
bagi menyediakan ruang ilmu untuk bakat-bakat tempatan"
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan
maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus,
pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris.
Portal u-Pustaka menggalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran
sepanjang hayat untuk kesemua ahli u-Pustaka dan ahli atas talian
menerusi komponen penerbitan web, kolaborasi, pengurusan kandungan dan
perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan maklumat.
u-Pustaka Secara Keseluruhan
Komponen Penerbitan Web
Komponen ini mengandungi keseluruhan maklumat mengenai latar belakang,
siaran media, ucapan, polisi dan maklumat, lampiran fakta, statistik,
tajuk paling popular, pautan, suapan berita, sumber elektronik dan
sebagainya bagi menampilkan pengetahuan yang disumbangkan oleh
Perpustakaan Konsortium u-Pustaka.
Portal u-Pustaka merupakan gabungan kandungan mengenai peristiwa,
aktiviti dan berita yang boleh dikongsi oleh Perpustakaan Konsortium
u-Pustaka, statistik mengenai pendaftaran keahlian u-Pustaka dan status
sambungan Internet oleh ahli u-Pustaka terutamanya bagi pautan kepada
Terbitan Kerajaan, Direktori Perkhidmatan Awam, Perpustakaan dan
Kerjasama Kepustakawanan Sedunia, Perpustakaan di Malaysia, Badan-badan
Profesional Kementerian dan Agensi Kerajaan di Malaysia, Kerajaan Negeri
dan Agensi, Kandungan Tempatan, dan Saluran TV dan Radio Secara Atas
Talian. Ciri-ciri Mashup juga digunakan bagi memaparkan gabungan data,
perkhidmatan dan idea.
Komponen Pengurusan Kandungan
Komponen Pengurusan Kandungan dalam Portal u-Pustaka mengandungi
maklumat yang dibina atau dipilih khusus untuk ahli-ahli u-Pustaka dalam
bentuk Ulasan Elektronik, Papan Pemuka untuk tiga segmen keahlian,
Sumber Elektronik dan Buku Audio.
Ulasan Elektronik menyediakan perkongsian maklumat secara efisien dan
akses yang tepat kepada dokumen asal yang membolehkan keputusan dapat
dibuat lebih pantas dengan pilihan buku-buku untuk membaca dan juga
memaklumkan kepada ahli u-Pustaka sumber maklumat terkini yang terdapat
di dalam Konsortium u-Pustaka. Ia juga merupakan satu bentuk interaksi
dengan pembaca yang diperkasakan dengan fungsi ulasan yang boleh
disumbangkan sendiri berdasarkan kepada ulasan asal oleh pustakawan dari
Konsortium u-Pustaka. Dalam hal ini, ulasan buku menawarkan penghayatan
berguna keatas koleksi perpustakaan yang boleh dikongsi dengan
Communities of Interest atau komuniti yang berkongsi minat yang sama di
kalangan ahli u-Pustaka yang boleh menyertai perkhidmatan atas talian
yang disediakan oleh Konsortium u-Pustaka.
Papan Pemuka memberikan pendekatan yang komprehensif dalam menguruskan
maklumat keahlian u-Pustaka dengan maklumat bersepadu yang menawarkan
titik sentuh di mana profil ahli dirangkaikan dengan perkhidmatan
u-Pustaka.
Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti
buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan
berbentuk animasi.
Buku Audio menawarkan buku-buku dalam format audio yang boleh diakses oleh ahli u-Pustaka dan Ahli Atas Talian.
Komponen Kolaborasi
Komponen Kolaborasi menawarkan landasan untuk rangkaian sosial,
penerokaan pengetahuan, perkongsian dan pertukaran pengetahuan seluruh
komuniti pembelajaran di semua peringkat umur untuk pembelajaran
sepanjang hayat untuk berhimpun di Portal u-Pustaka sebagai hab keilmuan
untuk kolaborasi menerusi Berbual Dengan Pakar, Forum Perbincangan dan
menerokai kemungkinan bagi penemuan pengetahuan menerusi Tanyalah
u-Pustaka.
Tanyalah u-Pustaka adalah “Meja Bantuan” untuk Portal u-Pustaka yang
diuruskan secara bersama oleh tujuh perpustakaan Konsortium dengan
kemudahan literasi maklumat, rujukan dan khidmat nasihat penyelidikan
untuk semua ahli u-Pustaka.
Berbual Dengan Pakar menyediakan kemudahan secara atas talian untuk
ceramah, mesyuarat, temubual dan seminar yang memaparkan pakar-pakar
dalam domain pengetahuan tertentu dan juga tetamu khas yang akan
dijemput dari masa ke semasa oleh Konsortium u-Pustaka. Ahli-ahli
u-Pustaka boleh mendaftar masuk ke dalam Portal u-Pustaka untuk
mendegar, melihat slaid pembengtangan dan juga berbual dengan pakar.
Forum Perbincangan menawarkan landasan untuk menarik perhatian ahli-ahli
u-Pustaka dan pelbagai Communities of Interest atau komuniti yang
berkongsi minat yang sama untuk menyertai perbincangan atas talian dalam
bidang Perniagaan, Ekonomi, Sains dan Teknologi.
Komponen Perkhidmatan
Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan u-Pustaka:
Perkhidmatan peminjamandan pemulangan u-Pustaka menyediakan akses kepada
maklumat secara telus kepada Katalog Induk Kebangsaan (KIK) dan Sistem
Pengurusan Perpustakaan (LMS) yang sedia ada di tujuh perpustakaan.
Permohonan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka berupaya untuk
dirangkaikan kepada Gerbang Penghantaran oleh pihak Pos Laju dan Gerbang
Pembayaran Tanpa Tunai oleh pihak MEPS dan Touch ‘n Go bagi tujuan
peminjaman, pemulangan, penempahan dan pembaharuan sumber-sumber fisikal
pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Senario Pencarian:
Portal u-Pustaka membolehkan ahli-ahli u-Pustaka untuk melaksanakan
kaedah pencarian yang akan merungkai sumber pengetahuan menerusi Judul,
Pengarang, Perkara, ISBN/ISSN, Penerbit, Tahun Penerbitan dan fungsi
pencarian Katakunci. Hasil pencarian membolehkan ahli-ahli u-Pustaka
untuk memilih sumber-sumber fizikal dari Konsortium u-Pustaka
berdasarkan status keberadaan bahan maklumat tersebut.
Senario Peminjaman:
Portal u-Pustaka menyediakan ciri-ciri berikut untuk scenario peminjaman:
Pemilihan sumber-sumber fizikal daripada koleksi yang sedia ada di Konsortium u-Pustaka dan kemudahan untuk menempah bahan.
Kos penghantaran menerusi perkhidmatan Pos Laju.
Pemilihan kaedah pembayaran elektronik menerusi MEPS FPX dan Quik2Go
dalam Portal u-Pustaka bagi perkhidmatan penghantaran dan denda lewat
pemulangan; MEPS e-Debit dan Touch ‘n Go untuk denda lewat pemulangan
atau denda untuk kehilangan bahan pinjaman di stesen-stesen kaunter atau
kios pelbagaiguna.
Peringatan untuk denda lewat pemulangan yang perlu dibayar sebelum proses peminjaman berikutnya.
Kemaskini secara atas talian untuk status sirkulasi bagi setiap transaksi peminjaman dan pemulangan.
Permohonan untuk penempahan dalam keadaan bahan yang diminta telah dipinjam dalam semua Perpustakaan Konsortium.
Senario Pemulangan di Stesen Gelongsor Buku u-Pustaka meliputi perkara berikut:
Pemulangan bahan-bahan pinjaman di mana-mana stesen Gelongsor Buku.
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
Senario Pemulangan dari Rumah:
Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman menerusi Portal u-Pustaka dari rumah.
Pembayaran denda menerusi pembayaran elektronik dengan MEPS FPX atau Quik2Go.
Senario Pemulangan di Perpustakaan Konsortium:
Pemulangan sebarang bahan-bahan pinjaman di stesen kaunter
Konsortium u-Pustaka atau stesen-stesen Gelongsor Buku.
Keupayaan untuk menyemak status bahan (keberadaan, lokasi, denda(sekiranya ada))
Senario Pembaharuan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
(a) Pembaharuan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada
bila-bila masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi
Peminjaman dan Pemulangan u-Pustaka.
Keupayaan untuk menyemak status bahan.
Senario Penempahan Bahan Pinjaman, pada bila-bila masa dan di mana sahaja:
Penempahan bahan-bahan pinjaman melalui Portal u-Pustaka pada bila-bila
masa dan di mana sahaja yang berkaitan dengan Polisi Peminjaman dan
Pemulangan u-Pustaka.
Perkakasan RFID:
Perkakasan RFID dipasang di Perpustakaan Konsortium dan lokasi strategik
untuk menyokong fungsi peminjaman, pembayaran dan pemulangan. Ahli-ahli
u-Pustaka boleh juga mengunjungi tujuh Perpustakaan Konsortium dan
meminjam menerusi Stesen Kaunter RFID atau Kiosk Pelbagai Guna.
Buku-buku boleh dipulangkan menerusi Gelongsor Buku RFID. Laluan masuk
bergantri atau tanpa gantri dipasang di setiap Perpustakaan Konsortium
bagi tujuan pengawasan.
Garisan melengkung berwarna merah menggambarkan jalur lebar dan
gandingan dengan perkataan 'Pustaka' membentuk aksara ‘U’ bermaksud
u-Pustaka;
Jemala di bahagian atas adalah gabungan bentuk pecahan helaian buku
sebanyak 14, menggambarkan Negeri-negeri di Malaysia dan kepelbagaian
khazanah ilmu. Gandingan jemala dengan perkataan ‘PUSTAKA’ memaparkan
konsep ‘pohon ilmu’ dengan semangat pakatan strategik. Istilah ‘PUSTAKA’
digunakan bagi menonjolkan identiti u-Pustaka secara global;
Kotak segi empat tepat melambangkan kekuatan perkhidmatan u-Pustaka;
Warna merah di perkataan ‘PUSTAKA’ melambangkan kemantapan perkhidmatan ini;
Gandingan warna biru dan hijau melambangkan kesaksamaan, mesra pengguna
dan sokongan u-Pustaka terhadap inisiatif teknologi hijau;
Jalur Gemilang melambangkan aspirasi semangat 1Malaysia yang didokong
oleh u-Pustaka dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan
secara inklusif (inclusive knowledge society).
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui salah satu cara di bawah:
Alamat:
Konsortium u-Pustaka
d/o Perpustakaan Negara Malaysia,
232, Jalan Tun Razak
50572 Kuala Lumpur.
Telefon:
03-2687 1833(En. Zahuddin)
03-2687 1771(Pn. Yatimah)
03-2687 1751(Cik Shazlin)
03-2687 1732(En. Mohd Ikhmil Firdausz)
Faks:
03-2694 2490
Alamat Emel: webmaster@u-library.gov.my
Borang Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada Perkhidmatan Tanyalah u-Pustaka
PENGGERAK UTAMA
KOLOBORASI INOVATIF BERSAMA:
C. BILIK BERITA
1.
Berita terkini
2.
Pengumuman Terkini
3.
Peristiwa terkini
4.
Suapan Berita Terkini
5.
Galeri Multimedia
D. KUIB INFO
1.
Lokasi gelonsor buku
2.
Statistik Ahli u-Pustaka
3.
Fakta & Angka Menarik
4.
Suara Rakyat
E. PANDUAN DAN POLISI
POLISI KEAHLIAN
Polisi Keahlian
Konsortium u-Pustaka menyediakan perkhidmatan pendaftaran keahlian kepada seluruh rakyat Malaysia dengan capaian ke atas perkhidmatan dan sumber keilmuan yang terdapat di Perpustakaan Konsortium.
Ahli Berdaftar (warganegara Malaysia sahaja)
Pendaftaran boleh dilakukan dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka atau stesen kaunter yang terdapat di semua Konsortium u-Pustaka. MyID perlu digunakan untuk pendaftaran ahli u-Pustaka.
MyKid (1 hari hingga 11+ tahun) : Kanak-kanak perlu membawa MyKid asal atau salinan berserta dengan MyKad / MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga. Kanak-kanak yang tidak mempunyai MyKid perlu membawa sijil kelahiran asal atau salinan beserta dengan MyKad /
MyPR / Kad Pengenalan Tentera ibu/bapa / penjaga.
MyKad (12 – 18 tahun) : Remaja perlu membawa MyKad asal atau salinan.
MyKad (19 tahun ke atas) : Dewasa perlu membawa MyKad asal atau salinan.
MyPR : Pemegang MyPR perlu membawa MyPR asal atau salinan.
Kategori Keahlian:
Kanak-kanak
Keahlian kanak-kanak membolehkan mereka yang berumur dari 1 hari hingga 11+ tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Kanak-kanak. Klik disini untuk maklumat lanjut.
Remaja:
Keahlian remaja membolehkan mereka yang berumur dari 12 hingga 18 tahun mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Remaja. Klik disini untuk maklumat lanjut.
Dewasa:
Keahlian dewasa membolehkan mereka yang berumur dari 19 tahun ke atas mengakses dan berinteraksi dengan Papan Pemuka Dewasa, forum diskusi, ulasan elektronik dan sebagainya.
Kemudahan Ahli
Ahli u-Pustaka diberi kemudahan untuk meminjam, memulangkan, memperbaharui dan membuat tempahan buku yang berada di setiap Perpustakaan Konsortium pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Keahlian Atas Talian (untuk semua)
Ahli atas talian perlu mendaftar dengan mengisi borang Pendaftaran Keahlian di mana sahaja melalui Portal u-Pustaka di mana-mana sahaja melalui Portal u-Pustaka.
Yuran Keahlian
Keahlian adalah percuma.
Pertukaran Status Ahli
Pertukaran status ahli perlu dilakukan di dalam situasi berikut:
MyPR kepada MyKad / MyKid.
MyKad kepada Kad Pengenalan Tentera.
Kad Pengenalan Tentera kepada MyKad.
Pertukaran ini akan dikuatkuasakan dengan penghantaran e-mel kepada webmaster@u-library.gov.my
Polisi Perkhidmatan u-Pustaka
Perkhidmatan peminjaman dan permulangan ditawarkan oleh Konsortium u-Pustaka kepada semua ahli u-Pustaka yang dibolehkan untuk meminjam bahan di koleksi pinjaman.
Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan dilaksanakan secara berikut:
Perpustakaan Konsortium memenuhi permintaan ahli u-Pustaka melalui proses pinjaman di Perpustakaan Konsortium atau perkhidmatan penghantaran oleh Pos Malaysia Berhad.
Perpustakaan Konsortium menerima pemulangan bahan di semua lokasi gelongsor buku dan kemudiannya Pos Malaysia Berhad dimaklumkan untuk melaksanakan proses pemulangan bahan ke perpustakaan pemunya.
1 Tanggungjawab Ahli u-Pustaka
Ahli u-Pustaka adalah bertanggungjawab ke atas kesemua bahan yang dipinjam melalui ID keahliannya.
2 Pinjaman
2.1 Setiap ahli dibenarkan untuk meminjam maksimum TIGA (3) bahan dari koleksi pinjaman/terbuka dari mana-mana Perpustakaan Konsortium bagi tempoh 30 hari.
2.2 Pemohonan pembaharuan atau tempahan bahan adalah percuma.
3 Pembaharuan
3.1 Pembaharuan atas talian boleh dilakukan sekali sahaja untuk tempoh tambahan 30 hari dengan syarat bahan tersebut tidak lewat dan tiada penempahan dibuat ke atas bahan tersebut.
3.2 Pembaharuan bahan hanya dibenarkan sekiranya semua denda telah dilunaskan.
4 Pemulangan
4.1 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana lokasi gelongsor buku di Perpustakaan Konsortium atau lokasi gelongsor buku yang lain di KL Sentral, Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu, Perpustakaan Daerah Hulu Langat di Bangi and Jaya Jusco Keramat.
4.2 Bahan boleh dipulangkan di mana-mana stesen kaunter Perpustakaan Konsortium.
5 Tempahan
5.1 Tempahan hanya dibenarkan sekiranya semua naskah bagi bahan yang diminta telah dipinjam.
6 Denda
6.1 Denda Lewat Pemulangan
Denda lewat pemulangan bahan dikenakan sebanyak RM1.00 pada hari pertama diikuti tambahan RM0.10 pada hari berikutnya, sehingga mencapai kadar maksimum RM20.00 bagi setiap bahan.
6.2 Bayaran Kehilangan Bahan
Kos bagi sebarang kehilangan bahan adalah berdasarkan harga asal bahan tersebut termasuk kos pemprosesan sebanyak RM20.00 dan denda lewat pemulangan (sekiranya ada).
7 HAKCIPTA
Bahan-bahan yang dipinjam adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta.
Perkhidmatan Penghantaran
Penghantaran Bahan Terus Ke Pintu Rumah
1 Ahli u-Pustaka boleh membuat pilihan penghantaran bahan melalui Pos Malaysia Berhad dan caj pembayaran akan ditanggung sepenuhnya oleh ahli.
2 Perkhidmatan penghantaran yang disediakan adalah seperti berikut:
2.1Perkhidmatan Parcel:
Perkhidmatan pungutan pada keesokan harinya setelah menerima panggilan pungutan sebelum jam 12 tengah hari.
Pekhidmatan ditawarkan bagi penghantaran di DALAM MALAYSIA sahaja.
Tarif untuk penghantaran Parcel Sehala:
Dalam Semenanjung (RM 4)
Dalam Malaysia Timur (RM 4)
Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 11)
Tarif untuk penghantaran Parcel Dua Hala:
Dalam Semenanjung (RM 7)
Dalam Malaysia Timur (RM 7)
Di antara Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (RM 19)
2.2Perkhidmatan Kurier:
Penghantaran Pada Hari Yang Sama (SDD)
Perkhidmatan pungutan dan serahan pada hari yang sama dan hanya beroperasi di kawasan tertentu di kawasan Lembah Klang bagi panggilan yang diterima sebelum jam 10 pagi.
Bayaran Domestik
<500 gm 4.50
500-750 gm 5.50
750-1kg 6.50
Bayaran Tambahan
<500 gm 7.50
500-750 gm 7.50
750-1kg 7.50
Bayaran Keseluruhan
<500 gm 12.00
500-750 gm 13.00
750-1kg 14.00
Penghantaran Pada Keesokan Hari (NDD)
Perkhidmatan serahan pada hari berikutnya di seluruh kawasan Pos Laju, manakala tambahan sehari atau dua hari diperlukan di kawasan luar serahan Pos Laju.
Klik di sini untuk maklumat tarif.
Klik di sini untuk jadual tempoh masa penghantaran.
Perkhidmatan e-Pembayaran
Perkhidmatan SMS
Merupakan gerbang SMS kerajaan yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu 15888.
1Jenis perkhidmatan SMS yang ditawarkan kepada ahli u-Pustaka
1.1SMS notifikasi dari Portal u-Pustaka kepada ahli
Ahli perlu mendaftarkan nombor telefon terlebih dahulu dan bersetuju untuk melanggan kepada perkhidmatan SMS menerusi halaman profil ahli.
Langganan yang ditawarkan: Pengumuman - Peringatan tarikh pemulangan buku - Status pra-tempahan - Jangkaan masa pungutan bahan oleh PMB - Notifikasi maklumat penghantaran bahan kepada ahli - Peringatan bahan lewat pemulangan - Pemberitahuan tempahan - Caj bagi langganan perkhidmatan notifikasi SMS adalah RM0.20 bagi setiap transaksi.
1.2SMS maklumat di atas permintaan (IOD)
Penghantaran maklumat kepada ahli atas permintaan
Perkhidmatan yang ditawarkan:
Pertanyaan denda : ULIB FINES [No. Ahli u-Pustaka]
Pertanyaan tarikh pemulangan buku : ULIB DUEDATE [No. Ahli u-Pustaka]
Caj:
RM0.15 bagi setiap pertanyaan
RM0.20 bagi setiap jawapan yang diterima
Portal u-Library menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya
(OKU). Bagi pengguna cacat penglihatan, panduan penggunaan W3C adalah
seperti berikut:
-Dapatkan
IE Page Reader
-Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun
MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows 2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
- Anda
juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech
Engine adalah 'suara' seorang individu, yang bertutur dalam Bahasa
Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Senarai Speech Engine yang terdapat dalam talian:
Text-Speech
Speakonia
ReadPlease
Others
Klik disini untuk maklumat lanjut mengenai W3C.
MANUAL KEAHLIAN
F. PERKHIDMATAN
1. Pendaftaran Keahlian
Pendaftaran keahlian Portal u-Pustaka adalah PERCUMA! Klik pada Daftar Sekarang untuk meneruskan proses pendaftaran.
Nota:
1. Sila pastikan anda mempunyai akaun emel yang SAH dan AKTIF sebelum mendaftar.
2. Sila pastikan Pop-up-Blocker anda tidak diaktifkan. Portal u-Pustaka
akan memaparkan tetingkap baru untuk Borang Pendaftaran Ahli. (Klik di
sini untuk prosedur lanjut)
3. Sekiranya anda masih gagal melihat Borang Pendaftaran Ahli pada
tetingkap baru yang terpapar, sila tekan kekunci "Ctrl" sambil klik pada
butang Daftar Sekarang.
Pendaftaran Ahli
Anda dialu-alukan untuk menyertai kami!
Anda boleh melayari Portal u-Pustaka untuk menerokai sebarang
kemungkinan perolehan dan pertukaran maklumat serta menyokong proses
pembelajaran sepanjang hayat.
Anda boleh menyertai kami sebagai ahli u-Pustaka atau Ahli Atas Talian. Kami nantikan pendaftaran anda.
Apakah perbezaan diantara ahli u-Pustaka dan Keahlian Atas Talian?
Keahlian Atas Talian terbuka kepada sesiapa sahaja samaada warganegara
Malaysia atau tidak, manakala ahli u-Pustaka adalah khusus untuk
warganegara Malaysia dan pemastautin tetap (pemegang MyPR). Kedua-dua
jenis keahlian membenarkan anda melayari kesemua perkhidmatan yang
ditawarkan di dalam Portal u-Pustaka. Walau bagaimana pun hanya ahli
u-Pustaka sahaja dibenarkan untuk meminjam bahan dari Perpustakaan
Konsortium.
---------------------------------------------------------------------------------
Keperluan Maklumat Semasa Pendaftaran
---------------------------------------------------------------------------------
Pengesahan MyKad
- Sila masukkan no. MyKad anda tanpa tanda '-', contoh: 771212135003
- Versi MyKad adalah 2 digit terakhir di belakang MyKad.
- Sila masukkan nama penuh anda seperti tertera pada MyKad, contoh: Mohamad Bin Ali
- Sila pastikan alamat emel anda dalam format yang betul,
contoh: member@u-library.gov.my
Ibubapa Penjaga
- Jika anda berusia 18 tahun kebawah,
perlu masukkan no. MyKad dan nama penuh ibubapa/penjaga. Sila tandakan hubungan anda
dengan penjaga.
- Sila pastikan alamat, no. telefon(rumah atau
bimbit) serta alamat emel adalah benar bagi memastikan pihak ibu
bapa/penjaga dapat dihubungi untuk sebarang pertanyaan.
Pilih ID Pengguna dan Kata Laluan
- ID Pengguna harus mengandungi abjad (a-z)
atau mengandungi huruf atau gabungan angka dan huruf dengan 4 hingga 10
aksara, contoh: mohamad78
- Kata laluan harus mengandungi huruf (a-z kecil dan A-Z besar) DAN angka (0-9) dengan 8 hingga 15 aksara, contoh: ahmad1234
Penyataan
Saya mengaku bahawa segala maklumat yang diberi di atas adalah benar dan bersetuju kepada
Peraturan Keahlian u-Pustaka.
Saya juga bersetuju untuk menerima emel dari u-Pustaka seperti
kemaskini perkhidmatan, tawaran istimewa dan jemputan tinjauan
soal-selidik.
---------------------------------------------------------------------------------
2.
Forum Perbincangan
- Forum perbincangan merupakan satu platfom yang dibina untuk menarik
penglibatan komuniti dalam pelbagai bidang bertumpu ke Portal u-Pustaka
sebagai faktor penarik pembelajaran sepanjang hayat. Ia boleh menyokong
rangkaian sosial menerusi ruangan kerja yang kolaboratif.
Forum perbincangan terbahagi kepada 14 kategori berkaitan dengan "Gaya Hidup"
00 | Getting Started | Pengenalan
01 | Libraries | Perpustakaan
03 | My Favourite Places | Tempat Kegemaran Saya
04 | Reading | Bacaan
05 | Books | Buku
08 | Health | Kesihatan
11 | Sports | Sukan
15 Lifestyle
Subcategories:
02 | Food | Makanan,
06 | Movies | Filem,
07 | Music | Muzik,
09 | Recreations | Rekreasi,
10 | Travel | Pengembaraan,
3.
Tanya u-Pustaka
- Pendekatan meja bantuan bagi membolehkan pustakawan Konsortium u-Pustaka
memberi maklum balas terhadap pertanyaan yang diajukan bagi tujuan
rujukan profesional dan khidmat nasihat bagi merungkai sumber keilmuan.
4.
Berbual dengan pakar
- Merupakan ruangan penampilan seorang pakar dalam domain keilmuan yang
berkaitan bagi menawarkan pelantar keilmuan untuk komunikasi ‘tasit’.
Ruangan ini juga menawarkan kemudahan
podcast,
webcast dan
webinar untuk menerokai khazanah keilmuan u-Pustaka melalui pakar dan tetamu jemputan istimewa.
5.
Sudut Kanak-kanak
- Merupakan paparan antaramuka bagi keahlian kanak-kanak yang mengandungi
tempat bermain dan belajar, seperti aktiviti bercerita, mewarna, dan
sudut informasi; zon pinjaman, capaian berita, pencarian buku secara
atas talian dan ruangan buku yang dicadangkan oleh pustakawan.
6.
Sudut Remaja
-Portal u-Pustaka mengalu-alukan semua remaja untuk berkongsi, berbincang
dan bertukar pandangan di antara rakan-rakan sebaya serta para
profesional. Dapatkan pertolongan pustakawan melalui ruangan Tanyalah
u-Pustaka. Anda juga boleh menikmati pinjaman buku dari mana-mana
Perpustakaan Konsortium.
G. CARIAN
H. PAUTAN TERKINI
Klik
DISINI