TAJUK BUKU : UNTUKMU WANITA
PENGARANG : ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
TAHUN PENERBITAN : 2009
ISBN : 978-983-097-228-
HARGA : RM 21.00/RM 23.00
ULASAN :
Wanita mempunyai peranan yang maha penting dalam kehidupan manusiawi. Sebagai ibu, isteri dan rakan-rakan seperjuangan kaum lelaki dalam menegakkan perintah dan larangan Islam di atas muka bumi.
Rosaknya kaum wanita membawa seribu satu macam bencana buat dunia. Rosaknya wanita pasti akan meruntuh institusi keluarga dan membawa kehancuran sebuah negara. Wanita boleh menjadi punca dan sumber iman bagi kaum lelaki dan boleh juga menjadi sumber dosa dan kebinasaan.
UntukMu Wanita adalah hadiah istimewa buat insan yang bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga.
Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan.
Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.
Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan hadiah kepada sesiapa saja yang digelar wanita. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat dikongsi dengan membaca buku ini. Persoalan tentang isu-isu semasa yang melibatkan kaum wanita juga diperbincangkan dalam Bab Tiga yang bertajuk Wanita Dan Rumahtangga.
Buku ini juga boleh dijadikan sebagai 'checklist' atau senarai semak kepada kaum wanita untuk mengetahui samaada kehidupan yang mereka jalani selama ini benar-benar mengikut syariat Islam ataupun tidak.
Kesimpulannya buku ini benar-benar membicarakan hal-hal penting wanita, yang jarang dikupas oleh penulis lain.
LINKS:
1. abuikhwan.blogspot.com
2. jomsewabuku.blogspot.com
3. goodreads.com
4. tidbits-seri-ain.blogspot.com
5. umijah.blogspot.com
6. iniatinta.blogspot.com
Ulasan oleh:
Puan Zalina Binti Ahmad
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
Pahang darul Makmur
No comments:
Post a Comment