Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, June 28, 2013

27. Syarat rukunnya sudah diketahui

 27. Syarat rukunnya sudah diketahui,
Sah batalnya demikian lagi,
Amal diterima Tuhan Ilahi,
Syarat rukunya sudah diketahui.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Friday, June 21, 2013

26. Jika tarekat hendak dibawa

26. Jika tarekat hendak dibawa,
Carikan guru akan petuanya,
Supaya kita jangan bertuhankan nyawa,
Hakikat kita tiada derhaka.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Wednesday, June 19, 2013

BUKU 2: Memperkasa Jati Diri Remaja -ILMU DAN BAKAT MEMBINA KERJAYA oleh Muhammad Ismail Ahmad

Ringkasan:
Siri Memperkasa Jati Diri Remaja mengupas pelbagai isu yang berkaitan dengan usaha – usaha melahirkan remaja yang berjaya dengan memperkasakan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan di dalam bidang yang diminati. Berbekalkan jati diri di dalam jiwa remaja dapat menjadi benteng agar remaja pada masa kini tidak terlibat dengan masalah sosial yang berleluasa di negara kita. Oleh itu, buku ini banyak menekankan aspek kesedaran supaya remaja memperkukuhkan jati diri untuk lebih berjaya di dalam akademik, kerjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat kearah mencapai kemajuan di masa hadapan.


Tajuk: Ilmu dan bakat membina kerjaya
Penulis: Muhammad Ismail Ahmad
Penerbit: Penerbit Bestari
Tahun Terbitan: 2009
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 91 ms

Ulasan Oleh:
Nurul Afzan Binti Mohamed
(Penyelia Zon 8)

Tuesday, June 18, 2013

BUKU 1: Menjadi Remaja Smart Study: tenang menjawab soalan peperiksaan oleh Osman Affan

Buku Tenang Menjawab Soalan Peperiksaan ini memberi panduan dan langkah awal kepada pelajar untuk menghadapi peperiksaan supaya menghadapi dengan tenang dan tidak mudah berdebar. Semua pelajar yang cemerlang atau tidak mesti merasakan perasaan berdebar di saat menjelang peperiksaan. Melalui teknik yang berkesan akan mengurangkan kadar debaran yang dirasakan dan akan merasa tenang dan yakin menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan. Buku ini sesuai untuk pelajar mendapatkan langkah dan mengamalkan teknik melalui minda, fizikal dan tindakan untuk lebih tenang menjawab peperiksaan.

Tajuk: Menjadi remaja smart study: tenang menjawab soalan peperiksaan
Penulis: Osman Affan
Penerbit: PTS Millenia Sdn. Bhd
Tahun Terbitan: 2009
Harga: RM 14.90

Ulasan Oleh:
Nurul Afzan Binti Mohamed
(Penyelia Zon 8)

BUKU: Menjadi Remaja Smart Study: tenang menjawab soalan peperiksaan oleh Osman Affan

Friday, June 14, 2013

25. Jika begitu kita tidak mengkaji

 25. Jika begitu kita tidak mengkaji,
Kepada Nabi mendapat keji,
Malaikat tidak mendapat wahyu,
Allah tiada mungkirkan janji.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Buku: Menyingkap sejarah Lembah Bama di Negeri Pahang oleh Aminudin Bin Abdul Karim

Tajuk: Menyingkap sejarah Lembah Bama di Negeri Pahang sebagai pusta perdagan terawal bagi Asia Tenggara dan mengesan Sultan Pemerintahan Riau - Lingga - Johor yang menetap di Lembah Bama (Kg Relong)

Aminudin Bin Abdul Karim Ph.D

Insan Gemilang sdn. bhd.

2009

Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang dibuat oleh penulis yang memulakan
karier sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Penulis juga merupakan anak
kelahiran Kg Relong, Kuala Lipis.

Penulis cuba membuktikan Lembah Bama
antara pusat perdagangan terawal di Asia Tenggara. Apa yang menarik di
buku tulisan beliau ini, maklumat-maklumat ringkas demografi di seluruh daerah
negeri Pahang.

Walaupun maklumat yang dimasukan adalah beradarkan tahun
1995, ianya masih relevan jika ada pihak yang berminat untuk mendapatkan
maklumat berkaitan.

Dimasukkan juga penceritaan bagaimana Lembah Bama
ini mendapat nama dan juga kampung-kampung sekitar. Kajian-kajian baru ada
diceritakan di dalam buku ini, dalam usaha penulis menambah baiki fakta-fakta
berkaitan sejarah-sejarah di Tanah Melayu. Penulis juga ada menyelitkan beberapa
gambar yang berkaitan dengan kajian berkaiatan tajuk ini.

Wednesday, June 12, 2013

Buku 5: Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi oleh Che Hasniza Che Noh (Universiti Malaysia Terengganu)

Kulit Buku Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi oleh Che Hasniza Che Noh (Universiti Malaysia Terengganu)

Ringkasan:

Buku berjudul ‘Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Organisasi’ dihasilkan oleh Che Hasniza Che Noh terbitan UMT amat sesuai dibaca oleh golongan yang berkerja di sesebuah organisasi.

Buku ini mengandungi 14 Bab yang berkaitan komunikasi iaitu Bab 1 Pendahuluan Kepada Komunikasi, Bab 2 Proses Komunikasi, Bab 3 Halangan-Halangan Komunikasi, Bab 4 Kemahiran Menndengar, Bab 5 Kemahiran Pengurusan Konflik, Bab 6 Pengaruh Budaya Dalam Komunikasi, Bab7 Komunikasi dan Kemahiran Kepimpinan, Bab 8 Komunikasi dan Pengaruh Teknologi, Bab 9 Strategi Meningkatkan Kemahiran Berkomunikasi, Bab 10 Komunikasi Berkesan Melalui Seni Menyatakan Tidak, Bab 11 Mengendali Temu Duga, Bab 12 Kemahiran Komunikasi Pemujukan, Bab 13 Kemahiran Kaunseling dan Perundangan dan Bab 14 Komunikasi Untuk Pengurus Muslim.
 
Kecekapan dan kelancaran dalam berkomunikasi boleh menyuntik semangat bekerja, mempereratkan semangat kerja berpasukan, meningkatkan komitmen dan mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai dan menghormati,

Justeru itu buku ini amat sesuai dibaca bagi menambah pengetahuan dan kemahiran dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan keberkesanan organisasi.

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
Perpustakaan Awam Daerah Maran
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

----------
INI ADALAH TERBITAN YANG KE-700 DALAM BLOG PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG (Laman Perpustakaan)

Buku 6: Himpunan Kisah Teladan dari Al-quran terbitan e-Media Publication Sdn. Bhd

No Perolehan: 12.04380
Call No. : 297.1222 Him
ISBN: 9789833425174
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama (200)

Ulasan :
Himpunan Kisah Teladan dari Al-Quran ini menghimpunkan kisah-kisah menarik tentang haiwan-haiwan yang telah dikisahkan di dalam Al-Quran. Terdapat 8 kisah Haiwan yang menarik dan diceritakan semula dengan gaya bahasa yang mudah difahami. Kisah-kisah ini boleh dijadikan pedoman dan teladan oleh anak-anak dan para pembaca bagi membentuk peribadi mulia dan menginsafi kejadian Allah SWT. Penyusunan dan penggunaan teks rumi dan Jawi membantu anak-anak mahir membaca tulisan Jawi. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan umum.

Judul: Himpunan Kisah Teladan dari Al-quran
Pengarang:
Penerbit: e-Media Publication Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2010
Harga: 49.90
Muka surat: 128 Muka Surat
Rating : 3/5

Monday, June 10, 2013

Buku 4 : Otak Dan Sistem Saraf: Mesin Manusia

Ringkasan

Buku berjudul Otak Dan Sistem Saraf: Mesin Manusia terjemahan oleh Dahlina Daut Mohmud dari Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad daripada judul asal The Brain And Nervous System: The Human Mechine oleh Spilsbury, Richard. Buku ini dikelaskan dalam bidang sains teknologi berkaitan otak dan saraf manusia.

Buku ini memuatkan penerangan yang jelas tentang konsep sains, berilustrasi terperinci tentang tubuh manusia dan tip menjaga tubuh supaya sihat. Penjelasan dan penerangan dalam buku ini jelas dan mudah difahami khususnya kepada golongan pelajar. Pembaca akan mengetahui apakah hipotalamus, bagaimanakah refleks berfungsi dan mengapakah air penting untuk otak yang sihat dengan lebih jelas.

Diharap buku ini dapat menambah pengetahuan pembaca mengenai otak dan sistem saraf dalam diri dan menjaga kesihatan.

Disediakan oleh:

Encik Zulkepli b Haron
Perpustakaan Awam Daerah Maran
Perpustakaan Awam Pahang

Saturday, June 8, 2013

Buku 8: Berebut Pahala ketika Haid oleh Haviva Abu Bakar

Berebut Pahala ketika Haid oleh Haviva Abu Bakar

No.Perolehan : 13-03696
Call No : 297.570 BER
ISBN: 967026779X
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:   
Siapa kata wanita yang datang bulan (haid) tidak boleh mengumpul pahala sebanyak-banyaknya? Penulis buku ini telah mengupas berkenaan haid dan persoalan tentangnya serta contoh definisi haid, hukum-hukumnya, tatacara bersuci setelah haid hingga ke sifat darah haid dan lain-lain persoalan.
       
Buku ini juga menyingkap pelbagai cara amalan dan ibadah yang merupakan peluang bagi seorang muslimah yang datang bulan (haid) untuk tetap meraih pahala sebanyak-banyaknya.
       
Melalui buku ini seorang muslimah dapat memahami bahawa datang bulan (haid) adalah fitrah sekaligus anugerah dan bukan penghalang untuk mereka terus-menerus beribadah.
       
Bacalah dan amalkanlah…bersedialah untuk mendulang sebanyak-banyak pahala serta mendapat keredaan Allah S.W.T

Judul: Berebut Pahala ketika Haid

Pengarang: Haviva Abu Bakar

Penerbit: Al-Hidayah House Sdn Bhd

TahunTerbit: 2012

Harga: RM13.00

Muka Surat: 137

Disediakan oleh :
Fazilarwati binti Abdul Hadi
KPC Jengka

Friday, June 7, 2013

24. Di wadi mani manikam

24. Di wadi mani manikam,
Asalnya ia daripada kalam,
Dengan khudrat Tuhan Halikul Alam,
Yang menjadikan tubuh anak Adam.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com