Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, October 30, 2013

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013 - Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Menggilap watak kanak-kanak supaya menjadi insan intelektual yang cemerlang dalam bidang yang diminati bukanlah tugas mudah. Usaha perlu dilakukan seawal usia dengan melihat kepada kecenderungan ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut.

Galakan dan rangsangan adalah akar tunjang utama dalam mengembangkan potensi kanak-kanak selain pendedahan kepada persekitaran yang meliputi pelbagai disiplin dengan cara mudah, ringan dan menceriakan.

Aktiviti kecergasan, ceramah, gerak kumpulan, kreativiti mewarna dan silap mata adalah dilihat sebagai 'alat' untuk membina pendedahan awal terbaik bagi menggalakkan kanak-kanak membina potensi diri masing-masing.

Sejajar dengan itu Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2013 pada 31Oktober 2013. Melalui program ini Karisma Kanak-kanak: mahu digilap supaya mereka dapat Serlahkan Potensi mereka. Adalah diharapkan sambutan setiap tahun yang dilakukan oleh Perbadanan perpsutakaan Awam Pahang dapat memperlihatkan bahawa kewujudan kanak-kanak adalah pelengkap kepada pembinaan bangsa pada masa depan Kebolehan mereka seharusnya dicungkil untuk mewarnai wajah pemimpin-pemimpin pada masa depan.

Semua anggota masyarakat dan NGO perlu terlibat sama dalam menjaga kebajikan kanak-kanak tanpa dipertanggungjawab sepenuhnya kepada kerajaan

 Jom Kita memeriahkan Sambutan Hari Kanak-Kanak Seudnia 2013...Pelbagai Aktiviti menarik menanti anda..

Tarikh: 31 Oktober 2013 (Kjamis)
Masa: 12.30 tengah hari 
Dirasmikan oleh: 
 YB.Dato' Shahaniza Binti Shamsuddin, DIMP., AMP., BCM.
(Timbalan Pengerusi Lambaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

AKTIVITI:
Senamrobik Jom Sihat
Ceramah Keselamatan Kanak-kanak
Explorace Kids
Pertandingan Mewarna
Silap Mata

Promosi dan Jualan oleh 
Ana Muslim

No comments: