Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, March 14, 2014

Buku1: Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah oleh Ustaz Drs. Zainuddin MM

Buku1: Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah oleh Ustaz Drs. Zainuddin MM

No Perolehan: 2013-04769   ISBN 978-967-0414-03-4     
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: kanak-kanak

Ringkasan/ Ulasan

Allah Maha Pencipta! Allah telah mencipta pelbagai jenis haiwan di muka bumi ini. Ada haiwan yang besar, ada haiwan yang kecil, ada yang terbang, ada yang boleh berenang dan berbagai-bagai ciri lagi.

Allah mencipta segala sesuatu dengan sempurna. Kemudian Allah memberi pentunjuk kepada setiap ciptaan-Nya untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan teratur dan sempurna.pernahkah kamuterfikir bagaimana seekor singa yang garang boleh bersikap lembut dandapat membelai manja akan anak-anaknya ?

Subhanallah! Sungguh mengagumkan!.

Dapatkan jawapan kepada persoalan itu dan pelbagai cerita menarik yang lain di dalam buku ini. Kamu pasti akan teruja dengan mesej dan ilustrasi yang dipaparkan.

Judul :Kisah-kisah haiwan Kesempurnaan ciptaan Allah
Pengarang: Ustaz Drs. Zainuddin MM
Penerbit: Darul Mughni Trading,hulu Selangor,Selangor Darul Ehsan.
Tahun terbitan: 2012
Harga: RM 10.32
Mukasurat: 96ms
Rating:

Disediakan oleh
Puan Norfahizah Aziz
Perpustakaan Cawangan Lanchang


No comments: