Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 29, 2014

Buku: Masih Adakah Ketuanan Melayu? oleh Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Buku ini adalah sambungan buku Nasib Melayu di Bumi Melayu tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan sebahagian lagi dari koleksi himpunan tulisan beliau.

Buku ini lebih berkisar tentang  proses kesepaduan politik untuk mencapai perpaduan nasional di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini yang berkaitan dengan ketuanan melayu, hak hak istimewa orang melayu, hubungan melayu dan bukan melayu, pendidikan kebangsaan, politik perkauman dan sebagainya.

Ketuanan melayu hanyalah satu istilah untuk menunjukkan bahawa orang melayu adalah pribumi yang telah membentuk kerajaan di Tanah Melayu.

Buku ini menunjukkan bahawa mempertahankan ketuanan bangsa di bumi mereka sendiri adalah fitrah manusia yang dijadikan oleh Allah SWT selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam.

Ini adalah juga untuk mengingatkan orang Melayu supaya tidak mudah lupa diri di tanah air sendiri dan mara untuk terus berjuang.

No Perolehan: 11/00314
No ISBN: 978-967-61-2466-1
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: Dewasa
Judul: Masih Adakah Ketuanan Melayu?
Pengarang: Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Penerbit: Utusan Publications & Distributors SdnBhd
Tahunterbitan: 2011
Harga: Semenanjung Malaysia: RM 28.00 / Sabah & Sarawak: RM31.00
Mukasurat : 255 ms

Disediakanoleh:-
Nurul Afzan Binti Mohamed
Penyelia Zon 8, Bera.

No comments: