Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, December 28, 2014

Buku: Buntat Mengembara Ke Makkah oleh Yahaya Awang

Buku: Buntat Mengembara Ke Makkah oleh Yahaya Awang

Ulasan:

Buntat yang kurang kasih saying ibubapa sejak kecil. Dia selalu dirotan dan dimarah menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila umurnya sepuluh tahun dia renggang dengan keluarganya dan mula hidup berdikari.

Pada musim haji Buntat menyeludup masuk ke dalam kapal haji untuk belayar ke Jeddah tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Dia melihat semua orang berpakaian serba putih.Buntat mulai insaf, ‘Apa guna hidup kalau lupa Allah, ibubapa dan dir isendiri’.Dia selalu berdoa kepada  Allah.

Ada seoranglelaki tua kaya telah mengambil Buntat sebagai cucu angkat. Buntat mula mendapat layanan dan kasih saying.Di Makkah Buntat rapat dengan cikgu dan seorang ustaz yang tinggal satu bangunan dengannya.

Buntat mengikut cikgu dan ustaz itu mengembara ke Jordan, Syria, Lubnan dan Mesir.Hampir empat bulan dia merantau.

No Perolehan: 08/04457
Call No: 297.18
ISBN: 9789676121193
Bahasa:Melayu
Kategori:D Agama Islam

Judul:BuntatMengembaraKe Makkah
Pengarang:YahayaAwang
Penerbit:Utusan Publications & DistributorsSdnBhd
TahunTerbit: 2008
Harga:RM23.50
Mukasurat: 428

Disediakan oleh:
Mohd Amin bin Saad
Zon 6 Pekan

No comments: