Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, May 31, 2015

Pengantin Baru Hamidi Majid

Selamat pengantin baru.
 1. Bersama rakan-rakan perpustakaan.
2. Bersama Puan Murni.

Sunday, May 24, 2015

Perpustakaan Mini Kejiranan - Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin

petikan berita
Littel Free Library diperkenalkan di Australia kini ada di Nilai Impaian menurut Berita Harian 2 Mac 2015 Isnin dalam Ruangan Sastera.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nor Azzah Momin tampil dengan inisiatif baharu sejak Disember tahun lalu dengan meletakkan rak di perkarangan rumahnya di Nilai yang dinamakan Little Free Library Nilai Impian.

Beliau mendapat ilham mewujudkan perpustakaan mini selepas mengatahui kewujudan komuniti Little Free Library di Australia yang berjaya mewujudkan jaringan secara dalam talian sehingga diperluaskan di serata dunia.

Kini beliau adalah pelopor pertama konsep ini di Malaysia.

Sedikit ralat daripada berita tersebut.
LFL Nilai Impian ditubuhkan setelah membaca berita mengenai gerakan seumpamanya di Wisconsin, USA. 

Tuesday, May 19, 2015

SEMINAR KECEMERLANGAN PENGURUSAN LEAN 2 Jun 2015

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) akan mengadakan Seminar Kecemerlangan Pengurusan LEAN seperti berikut:

SEMINAR KECEMERLANGAN PENGURUSAN LEAN
Impak Perlaksanaan Penambahbaikan Kaizen, ICC dan 5S

Tarikh: 2 Jun 2015 (Selasa)
Tempat: Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Masa: 08.00 pagi 05.00 petang
Yuran: RM 159.00
(Kadar yuran termasuk minum pagi, makan tengahari dan minum petang)


Objektif seminar ini adalah supaya peserta memperolehi :

1. Pengetahuan dan kefahaman mengenai program-program berlandaskan  kepada Pengurusan Lean dan Team Excellence anjuran MPC.

2. Kefahaman tentang faedah dan keberkesanan Pengurusan Lean melalui amalan penambahbaikan seperti Kaizen, ICC, 5S untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing organisasi.

3. Panduan untuk melaksanakan program-program penambahbaikan proses daripada organisasi-organisasi yang berjaya dalam mengamalkan ICC, 5S dan Pengurusan Lean melalui sesi perkongsian amalan terbaik.

Penyertaan boleh dibuat sebelum 29 Mei 2015.
(TEMPAT TERHAD ! DAFTAR SEGERA!)

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA WILAYAH PANTAI TIMUR (KUANTAN)
Aras 7, Wisma TNB,
Lot 14, Syeksyen 19,
25000 Jalan Gambut, Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-513 1788
Faks : 09-513 8903
H/P : 016-978 6014

Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti 2015

Karnival Kuantan Berekreasi Dan Mesra Komuniti akan diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) bertempat di Cerating, dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam. Anda semua dijemput menyertai aktiviti dan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi.
TARIKH:23 MEI 2015
MASA:8:00 PAGI HINGGA 10:30 MALAM
TEMPAT:PANTAI CHERATING

7.00 PAGI :
PENDAFTARAN PESERTA / WARGA MPK

7.45 PAGI:
NYANYIAN LAGU NEGARAKU DIIRINGI ORKESTRA SEMSAS
TARIAN PEMBUKAAN

8.00 PAGI:
PELEPASAN ACARA BASIKAL DAN PERASMIAN "Fun Ride 35 Km Edisi Cerating 2015"
-Kayuhan 35km
-Kayuhan 5km

9.00 PAGI:
SENAMROBIK:
-SUKANEKA(JPP, JKK,PELANCONG)
-ACARA SUKAN(JKK/ IPTA/IPTS DLL)
-BOLA JARING PANTAI & BOLA SEPAK PANTAI
-PAMERAN ULAR DAN ARNAB
-PHOTO BOOTH ( TIME TUNNEL)
-DEMONSTRASI PERMAINAN GASING,LAYANG-LAYANG & MENCANTING BATIK

11.00 PAGI:
KETIBAAN KONVOI & PAMERAN KERETA ANTIK

12.00 T/HARI:
PERSEMBAHAN PENTAS

1.00 PETANG :
REHAT & SOLAT ZUHUR

[Borang Penyertaan]

Sunday, May 17, 2015

Aktiviti Keceriaan PD Sungai Lembing Kuantan

Bagi menambah minat pengunjung ke perpustakaan, Perpustakaan Desa Sungai Lembing telah menjalankan aktiviti mengecat bangunan perpustakaan. Mungkin elok juga diceritakan serba sedikit tentang sejarah Sungai lembing sambil mengecat. "Jarak di antara Sg Lembing dengan bandar Kuantan ialah kira-kira 42km dan mengambil masa perjalanan selama lebih kurang 45 minit dengan menaiki kenderaan sendiri dan 1 jam dengan menaiki bas awam."
 1. Berikutan kedudukan Sg Lembing yang agak jauh dari bandar, maka ramai yang tidak menyedari akan keunikan yang terdapat di sini, seperti keindahan alam semulajadi dan sejarahnya yang tersendiri.
 2. Pada zaman kegemilangannya, Sungai Lembing dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti sekolah, hospital, kedai, balai polis, rumah kediaman, sistem pengangkutan yang baik dan lain-lain lagi. Dianggarkan penduduk Sungai Lembing ketika itu ialah berjumlah 10,000 orang penduduk.
 3. Namun dalam meniti zaman kegemilangan tersebut, Sungai Lembing digugat oleh beberapa peristiwa hitam. Antaranya ialah kebakaran bangunan-bangunan kedai pada tahun 1921, kejadian banjir besar pada 1926, penjajahan Jepun pada 1941-1945 dan ancaman komunis pada tahun 1950-an.
 4. Segala peristiwa itu menyebabkan PCCL terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk membangunkan semula Bandar Sungai Lembing.
 5. Namun demikian, tamparan paling hebat adalah kejatuhan harga timah di pasaran dunia pada tahun 1985 yang menyebabkan PCCL mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan operasinya. Aktiviti-aktiviti di Bandar Sungai Lembing menjadi perlahan dan begitu juga ekonomi hariannya.
6. Penutupan lombong bijih timah memberi banyak kesan negatif kepada Bandar Sungai Lembing. Ia telah merubah wajah bandar ini yang sebelum ini riuh menjadi sunyi sepi. Bilangan penduduk mulai berkurangan, dan ramai yang berhijrah mencari rezeki ke tempat lain. Bandar Sungai Lembing pada saat ini menjadi seperti bandar mati kerana suasananya begitu suram.

 7. Kini Perpustakaan Desa Sungai Lembing memainkan peranan bagi memulihkan kegemilangan asal Sungai Lembing.
8. Perpustakaan Desa Sungai Lembing juga bersedia menerima kedatangan pelancong yang cenderung kepada 'READING TOURISM'. Perkara ini bertepatan apabila Perbadanan perpustakaan Awam Pahang adalah salah satu agensi yang berada dibawah Exco Pelancongan.

Rujukan:
http://hanila-sepanjangjalanpulang.blogspot.com/2013/03/jejak-sejarah-di-pekan-koboi-sg-lembing.html


Sunday, May 10, 2015

Kemalangan suatu dugaan

Berhati-hati dan berdoa adalah usaha yang mampu dilakukan oleh kita. Sama-sama kita saling ingat mengingati.
Moga kita dijauhkan dari dugaan ini.

Sunday, May 3, 2015

Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP

Setiap urusan kehidupan umat, sama ada ibadat khusus atau tidak, tetap melibatkan ilmu falak.

1. Sistem waktu
Al-Quran menyatakan watu solat itu ‘ditetapkan waktunya’. Namun sebilangan besar daripada umat Islam, tidak tahu bagaimana waktu itu diukur dan ditentukan. Apalagi tentang bagaimana waktu solat itu diukur dan ditentukan?

2. Sistem tarikh dan takwim
Urusan puasa, zakat dan haji, malah urusan peribadi dan kekeluargaan seperti nikah, cerai dan rujuk, serta haid dan nifas, pasti melibatkan aspek tarikh dan takwim, yang sewajarnya diberi perhatian penting. Sebarang kekeliruan perlu diatasi supaya tiada keraguan kerana ia berhubung rapat dengan aspek kesempurnaan ibadat itu sendiri.

3. Fenomena alam
Apabila alam itu berfungsi dan beroperasi menurut sunnatullah, menurut sistem yang telah diatur oleh Yang Maha Kuasa, dengan ‘kebenaran’ menghitung bilangan tahun dan ‘hisab’, maka ‘penghitung’ akan menemui fenomena-fenomena tertentu dalam hitungan kedudukan cakerawala bagi penyusunan takwim. Penentuan kedudukan jasad samawi yang lain, seperti fenomena gerhana (eclipse), ijtimak (conjunction), istiqbal (opposition) dan lain-lain fenomena berlaku menurut turutan waktu yang tertentu. Ada yang berulangan secara ‘banyak-banyak’, ‘jarang-jarang’, ‘sedikit-sedikit’ dan ‘kadang-kadang’.

Namun tiada satu pun dalam falak fenomena ini dianggap luarbiasa atau ‘ajaib’, kerana luarbiasa dan ajaib hanya wujud pada fenomena yang berlaku secara ‘mukjizat’, ‘karamah’, dan sebagainya, bukan secara hitungan falak.

Fenomena yang berlaku secara hitungan falak dianggap ‘kehebatan’ sistem alam semesta ciptaan Maha Agung, yang begitu terperinci, hingga memerlukan hitungan matematik dengan angka perpuluhan yang besar.

Bagi menyebar luas ilmu ini Perpustakaan Awam Daerah Pekan bersama Pejabat Mufti pahang telah mengadakan program Literasi Falak.

Tarikh: 26 Februari 2015 bersamaan 7 Jamadilawal 1436H.
Masa: 9.00 pagi hingga 11.00 malam
Tempat: Dewan Utama MUIP
Pengisian:
Ceramah Falak
Pameran Falak
Simulasi Falak
Cerapan Langit.

 1. Encik Shahrin Bin Ahmad dari falak-online menyampaokan hadiah kepada En Amin Arif dari Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 2. Turut diadakan adalah aktiviti simulasi falak diluar dewan.
 3. Peserta ditunjukkan oleh encik Shahrin tentang pelbagai bentuk bintang.
 4. Mnedengar ceramah literasi falak sungguh menarik minat peserta.
 5. Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP
 6. Karnival Literasi Falak dan Promosi Sahabat Perpustakaan Awam (SPA) PPAP dirasmikan oleh Dato Mufti Pahang
7. Peserta ditunjukkan oleh encik Shahrin tentang pelbagai bentuk bulan.

Link

Rujukan:
https://hikmatun.wordpress.com/2007/01/07/definisi-ilmu-falak/