Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, June 23, 2015

Pelatih Sains Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (IM224). Zuraida Binti Akob


Encik Akob b Ahmad adalah anak Lipis yang berasal dari Kampung Kerambit Lipis Pahang. Manakala isteri beliau bernama Puan Zuliha bt Md Nor yang juga berasal dari tempat yang sama iaitu Kampung Kerambit Lipis Pahang.

Perkahwinan antara Encik Akob dan Puan Zuliha telah menghasilkan 5 orang cahayamata. Anak yang kelima adalah Cik Zuraida bt Akob.

Cik Zuraida memulakan alam mengaji di Kelas Fardi Ain Cheneras Jaya. Di kawasan yang sama. dengan Taman Cheneras Jaya Lipis ini adalah Taman Permai Sejahtera dan Taman Desa Kenari. Ditaman ini juga ada sekolah Tadika Perpaduan Cheneras Jaya di Taman Cheneras Jaya Lipis.

"Hobi saya membela kucing. Setakat ini ada dua ekor kucing sahaja."

Zuraida Binti Akob dilahirkan pada 11 Julai 1989 di Hospital Kuala Lipis Pahang. Menerima pendidikan awal di Tadika Perpaduan Taman Cheneras Jaya Kuala Lipis Pahang. Seterusnya Cik Zuraida bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford bermula dari darjah 1 hingga ke darjah 6. Cik Zuraida kemudiannya menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Lipis sehingga tingkatan 5.

Setelah tamat zaman persekolahan, Cik Zuraida melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi Mara Kampus Jengka selama 3 tahun dalam bidang Pengurusan dan Teknologi Pejabat (OM114).  Setelah itu, Cik Zuraida menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pengurusan Perpustakaan dan Maklumat (IM224).

Cik Zuraida berpeluang menjadi pelatih di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 2hb Februari hingga 30hb Jun 2015. Adalah diharapkan pengalaman yang dapat diberikan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dapat membantu Cik Zuraida dalam kerjaya dimasa depan.

No comments: