Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 31, 2015

Mesyuarat Kakitangan Perpustakaan UTC 2015

Bahagian Rangkaian yang menyelia Perpustakaan UTC Kuantan selalu memantau kemajuan perpustakaan ini dengan mengadakan mesyuarat kakitangan 4 kali setahun.
 01.
 02.
03.

Monday, December 28, 2015

Buku TERSILAP PINANG ISTERI Pengarang NIESYA HANIE Penerbit GRUP BUKU KARANGKRAF 2014

Buku TERSILAP PINANG ISTERI Pengarang NIESYA HANIE Penerbit GRUP BUKU KARANGKRAF 2014

NO. PEROLEHAN :DBER 14-06687
CALL NO. : F NIE
ISBN :978-967-446-021-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kekeluargaan dan percintaan  yang  rumit antara  Syarina  Azwana, Syarina Azwani,Hairul Zafrel dan Syahrul Zikri. Zwana dan Zwani adalah adik beradik kembar yang sangat seiras dari segi rupa tetapi berbeza dari segi sikap perlakuan. Zwana adalah kakak dan bersikap kasar, pergaulan bebas, sombong dan ego manakala Zwani, adik yang bersikap lemah lembut,pemalu,sopan,dan suka mengalah.

Hairul Zafrel yang telah jatuh cinta pandang pertama takkala melihat Zwani telah memasang tekad untuk memperisterikan Zwani tetapi malangnya telah tersalah kerana meminang kakak Zwani iaitu Zwana. Kekeliruan itu berlanjutan hingga di hari perkhawinan Hairul Zafrel dan Zwana.. Disebabkan terlalu sayangkan kakaknya, Zwani telah memaksa Hairul untuk teruskan majlis tersebut. Namun sikap sombong Zwana telah menyebabkan dirinya dipulau oleh Hairul Zafrel dan Ibu mentuanya.

Dalam masa yang sama,Hairul dan Zwani telah menjalinkan hubungan dibelakang Zwana kerana terlalu mengikut kata hati dan nafsu sehingga menyebabkan Zwani hamil. Hubungan itu dapat dihidu sepupu Hairul iaitu Syahrul Zikri dan Syahrul mengetahui kendungan Zwani apabila Zwani menawarkan diri untuk menderma darah kepada ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Syahrul Zikri ingin menyelamatkan maruah dan kandungan Zwani telah menawarkan Zwani untuk dijadikan isterinya. Zwani menyetujui tawaran Syahrul kerana mahu menyelamatkan kandungan dan hubungan rumahtangga kakaknya.

Perkhawinan Zwani dan Syahrul mengundang kemarahan Hairul lalu menceraikan Zwana.Zwana membawa diri melanjutkan pelajaran. Pertelingkahan Hairul dan Syahrul Menyebabkan Zwani dan anaknya meninggal dunia. Syahrul membawa diri ke luar negara.Hairul hidup dengan penyesalan.

JUDUL : TERSILAP PINANG ISTERI
PENGARANG : NIESYA HANIE
PENERBIT :GRUP BUKU KARANGKRAF
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM19.90
MUKA SURAT :492
RATING :4/5

BUKU Padanya Ada Cinta PENULIS Bahruddin Bekri PENERBIT PTS Litera Utama 2014

BUKU Padanya Ada Cinta PENULIS Bahruddin Bekri PENERBIT PTS Litera Utama 2014

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07246
CALL NO. : 297.5677
ISBN : 978-967-408-195-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : CINTA,ASPEK KEAGAMAAN,ISLAM
ULASAN:
Padanya ada cinta ada memaparkan pelbagai kisah berinspirasikan kisah sebenar dari rakan-rakan, teladan dunia,diri sendiri dan juga penulis-penulis tersohor lalu digubah menjadi karya cinta berunsur islamik  yang mudah untuk dihayati dan dimengerti  pembaca.
Di dalam buku ini penulis menyajikan kisah-kisah orang biasa yang digubah menjadi cerita penuh inspirasi. Kisah yang berkisar tentang  mengangkat perjuangan,putus harapan,kecewa,duka,air mata,bahagia,tawa dan juga senyuman. Buku Padanya Ada Cinta juga adalah gabungan buku Hidup Penuh Cinta.
Semua kisah itu terselit padanya suatu perkara, iaitu cinta daripada Allah untuk manusia. Cinta yang datang dalam pelbagai kisah. Kisah antara isteri biasa dan suami juga biasa-biasa, kasih sayang anak yang biasa dan ibu yang juga biasa-biasa, kisah rakan-rakan yang hanya biasa-biasa dan juga kisah kekasih yang biasa-biasa serta banyak lagi watak sekadar biasa-biasa tetapi penuh dengan pengajaran dan tauladan. Kita tidak menyedari, dari kisah yang biasa-biasa dan sederhana yang tidak kita peduli yang padanya ada cinta, lalu menjadikan kisah-kisah ini menjadi luar biasa. Untuk manusia, Tuhan tidak pernah memberi kisah yang sia-sia.

JUDUL : Padanya Ada Cinta
PENGARANG : Bahruddin Bekri
PENERBIT : PTS Litera Utama Sdn Bhd
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM12.00
MUKA SURAT :244
RATING :4/5

Buku KITA KAHWIN KOBOI? Penulis MIA KIFF Penerbit GEDEBOOK 2014

Buku KITA KAHWIN KOBOI? Penulis MIA KIFF Penerbit GEDEBOOK 2014

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07269
CALL NO. :F MIA
ISBN :978-967-0185-58-3
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU
ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah dunia glamor artis dan orang biasa yang penuh dengan pelbagai tanggapan dan pandangan negatif.  Mengisahkan keluarga Aufa Dhiya yang mempunyai seorang ayah yang bergelar artis telah menduakan ibunya dan membiarkan kehidupan Aufa dan ibunya terumbang ambing sendiri tanpa nafkah. Disebabkan ini,Aufa begitu membenci dunia artis dan hidup  sebagai orang biasa bersama ibunya.
Khalish Aqimie seorang pemuda yang bergelar artis terkenal mempunyai sejarah keluarga yang pincang setelah ditinggalkan oleh ibunya di tepi jalan selepas berpisah dengan ayahnya lalu dibesarkan di rumah anak yatim dengan dendam dan trauma untuk berumah tangga.
Kehadiran Aufa Dhiya telah membuka hati Khalish untuk menjadikan Aufa isterinya.Onar yang dilakukan oleh Wan Katek terhadap Aufa telah menyatukan Aufa dan Khalish sebagai suami isteri.Aufa yang menyangka suaminya selekeh dengan  gelaran komando sesat tidak dapat menerima suaminya seorang artis terkenal telah melarikan diri di majlis perkhawinannya.
Dengan kesungguhan Aufa memperbaiki sikap buruknya telah menawan  Khalish,namun disebabkan ego Khalish telah melukakan hati Aufa lalu Aufa pergi membawa diri dan anak yang baru dilahirkan.kehilangan Aufa telah meruntuhkan ego Khalish dan juga menyatukan kembali Khalish dan ibu kandungnya.

JUDUL :KITA KAHWIN KOBOI?
PENGARANG : MIA KIFF
PENERBIT :GEDEBOOK SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM21.60
MUKA SURAT :680
RATING :4/5

Wednesday, December 23, 2015

BUKU Tip Menulis Teks Pengacara Majlis PENULIS Siti Zaleha M. Hashim PENERBIT Institut Terjemahan Buku Malaysia Berhad 2014

BUKU Tip Menulis Teks Pengacara Majlis PENULIS Siti Zaleha M. Hashim PENERBIT Institut Terjemahan Buku Malaysia Berhad 2014

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07005
CALL NO. : 808.51
ISBN : 978-967-430-129-3
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : KESUSASTERAAN
ULASAN:

Menjadi pengacara majlis bukanlah tugas yang boleh diambil mudah jika mahu sesebuah majlis berjalan dengan lancar.Seseorang pengacara majlis perlu cukup bersedia dengan teks pengacaraan yang lengkap dan menarik kerana teks yang teratur dan sesuai, menjadi kunci kejayaan seseorang pengacara.
Seseorang pengacara majlis memainkan peranan yang penting untuk menghidupkansuasana sesuatu majlis dengan selingan-selingan ungkapan yang menarik, maklumat tambahan yang baik sertya memastikan atur cara berjalan mengikut perancangan serta masa yang sesuai.
Dengan membaca buku ini, pembaca diberi pendedahan tentang aspek penulisan untuk sesebuah majlis, bermula dari persediaan awal sebelum teks ditulis sehinggalah majlis berakhir.Buku ini juga memberi contoh penggunaan bahasa sapaan yang sesuai dengan negara ini agar tidak berlaku kesilapan ketika mengumumkan kehadiran dan menjemput tokoh-tokoh undangan untuk memberikan ucapan.
Majlis akan menjadi lebih meriah sekiranya teks turut diserikan dengan pelbagai ungkapan indahseperti pantun, gurindam, seloka dan peribahasa.Buku ini juga memberi contoh-contoh skrip yang pernah digunakan dalam majlis-majlis rasmi untuk meberi panduan kepada penulis teks.

JUDUL : Tip Menulis Teks Pengacara Majlis
PENGARANG : Siti Zaleha M. Hashim
PENERBIT : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM16.00
MUKA SURAT :102
RATING :5/5

BUKU 12 Tokoh Pengubah Dunia PENULIS Khalid Haddad PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2013

BUKU 12 Tokoh Pengubah Dunia PENULIS Khalid Haddad PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2013

NO. PEROLEHAN :DBER 14-6108
CALL NO. : 922.97
ISBN : 978-967-5426-23-0
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : BIOGRAFI, GENEALOGI DAN LAMBANG KEBESARAN
ULASAN:

Peradaban Islam memberikan sumbangan besar kepada perkembangn ilmu pengetahuan dan pemikiran dunia.Namun, nama-nama ilmuan dan tokoh kaum Muslimin terkemuka tersebut jarang terdengar bahkan dikalangan umat Islam sendiri.Padahal ramai dikalangan mereka menjadi rujukan ilmuan Barat moden.

Di dalam buku ini penulis menyajikan 12 tokoh cendekiawan Muslim yang karya dan pemikirannya sangat berpengaruh hingga saat ini.Ada sesetengah daripada mereka tidak hanya ahli dalam bidang yang mereka pelajari sahaja. Mereka menguasai berbagai-bagai ilmu. Mereka adalah ulama sekaligus ilmuan.Ini beerti Islam mengajar umatnya untuk menjadi orang yang berkeperibadian integral.

Dua belas tokoh pengubah dunia iaitu Ibnu Sina, Jabir Bin Hayyan, Al-Kindi, Ibnu Khaldun, Abu Raihan Al-Biruni, Muhammad Jarir At-Thabari, Abu Bakar Ar-Razi, Al- Hasan Bin Haitsam, Ibnu Nafis, Sarif Al-Idrisi, Al-Farabi dan Muhammad Bin Musa Al-Khawarizmi. Mereka telah menggoreskan Islam dengan tinta emas dan tercatat dalam sejarah.Kita menyedari, menghargai, bangga dengan kejayaan dan kecemerlangan para intelektual Muslim yang tidak berhenti memikir dan menghasilkan karya yang mampu mengubah dunia.

JUDUL : 12 Tokoh Pengubah Dunia
PENGARANG : Khalid Haddad
PENERBIT : Must Read Sdn Bhd
TAHUN TERBIT :2013
HARGA :RM15.92
MUKA SURAT :209
RATING :4/5

BUKU 7 Golongan Dinaungi Arasy PENGARANG Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2014 RM14.40

BUKU 7 Golongan Dinaungi Arasy PENGARANG  Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh PENERBIT Must Read Sdn Bhd 2014 RM14.40

NO. PEROLEHAN :DBER 14-07483
CALL NO. : 297.23
ISBN : 978-967-0392-85-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : AGAMA ISLAM
ULASAN:

Suasana berlakunya hari kiamat telah digambarkan oleh Allah SWT dengan keadaan manusia saling tidak mempedulikan antara satu sama lain.Ibu tidak lagi menghiraukan anak jagaannya, suami sudah tidak mempedulikan isterinya, dan adik beradik saling tidak mengenali. Masing-masing sibuk menjaga diri sendiri dan menyelamatkan diri. Itulah bayangan dahsyatnya hari terakhir di bumi ini iaitu hari kiamat.

Kedahsyatan hari itu begitu menggerunkan sesiapapun.Manusia berpangkat, insan berharta, raja berkuasa,bangsawan, hartawan, rupawan tidak mampu menahan kekuasaan Allah SWT.Langit yang dahulunya tegak tanpa tiang, kini cair seperti tembaga.Gunung-ganang yang dahulunya teguh memaku bumi,kini menjadi debu yang berterbangan.Matahari terik yang dahulunya jauh dari pandangan, kini menjadi dekat sejengkal di atas kepala.

Pada hari itu, hanya tujuh golongan sahaja yang diberi kedudukan istimewa. Mereka mendapat perlindungan dan naungan dari Allah SWT tatkala tidak ada sesiapapunyang mampu memberi perlindungan.Siapakah tujuh golongan ini.
Ia diringkaskan seperti berikut:
1. Imam (pemimpin) yang adil
2. Pemuda yang kuat beribadah kepada Allah
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid
4. Sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah SWT
5. Lelaki yang takut kepada Allah SWT
6. Lelaki yang bersedekah dengan ikhlas
7. Lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan sunyi hingga bercucuran air matanya.

Bersama-samalah kita teladani apakah rahsia disebalik personaliti tujuh golongan yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dan dijanjikan oleh Allah SWT itu. Sewaktu umat manusia kepanasan memikirkan hal masing-masing, tujuh golongan ini diberi perlindungan ini oleh Allah SWT.

JUDUL : 7 Golongan Dinaungi Arasy
PENGARANG : Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh
PENERBIT : Must Read Sdn. Bhd.
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM14.40
MUKA SURAT :136
RATING :5/5

Tuesday, December 22, 2015

Buku: Membongkar Misteri 3 Masjid Suci oleh Adrie Nur Fatia Andriansah

Buku: Membongkar Misteri 3 Masjid Suci oleh Adrie Nur Fatia Andriansah

No Perolehan: 2014- 06159  
ISBN 978-967-411-268-4    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori   : dewasa

Ringkasan/ Ulasan :

Pelbagai cerita misteri dan aneh yang disampaikan turun-temurun belum dirungkai kebenarannya. Misteri yang berlaku di Masjidil Haram,Masjidin Nabawi dan Masjidil Aqsa
antara kisah yang menjadi tumpuan masyarakat dunia. Namun, ia tidak terlepas daripada pengaruh mitos, kurafat, dan kepercayaan karut yang kadangkala boleh menyebabkan
kesesatan akidah sebagai penganut agama Islam. Apabila mendapat sesuatu berita seharusnya kita selidiki terlebih dahulu sebelum kita mempercayai dan beriman dengannya.

Sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud,
"Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya."

Buku ini cuba merungkai kebenran kisah pelik, peristiwa aneh, dan misteri yang menjadi persoalan masyarakat. Antaranya:
•    Mengapakah Kiswah Kaabah Berwarna Hitam?
•    Makam Nabi Ibrajim bukan kubur
•    Air Zam-zam dapat mengubati Pelbagai Penyakit
•    Batu Hajarul Aswad Asalnya Berwarna Putih
•    Benarkah Kaabah Mengeluarkan Pancaran Tenaga?
•    Benarkah Masjidil Haram adalah Pusat Graviti Bumi?
•    Benarkah Wujud Mayat Melekat di Kubah Masjidin Nabawi?
•    Video Penampakan Malaikat Mendengar Khutbah di Masjidin Nabawi
•    Video Penampakan Malaikat Turun ke Kaabah
•    Benarkah wujud Batu Tergantung di Kubah Batu (Dome of The Rock)

Judul  :  Membongkar Misteri 3 Masjid Suci
Pengarang  :   Adrie Nur Fatia,Andriansah
Penerbit  :  PTS Millennia Sdn Bhd, Batu Caves, Selangor
Tahun terbitan :  2015
Harga : RM 35.00
Mukasurat : xvi,179 ms   
Rating:

Buku: Air Tangan Mak Dara oleh Halimah Shuib

Buku: Air Tangan Mak Dara oleh Halimah Shuib

No Perolehan: 2013- 04527 
ISBN 978-967-61-2624-5    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan

Air tangan merupakan hasil kerja seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan masakan. Bagi sesebuah keluarga, air tangan seorang ibu adalah pengikat kasih sayang antara ayah, ibu dan anak-anak. Walaupun hanya menggoreng ikan untuk hidangan makan malam, pasti suami dan anak-anak tetap berselera. Apa kata mencuba pula resepi enak dari buku Air Tangan Mak Dara.

Halimah Shuib atau dikenali sebagai "Mak Dara", menitipkan 58 jenis resipi enak yang terdiri daripada ayam, daging, daging kambing, ikan, sotong, udang dan ketam untuk dicuba. Cara memasak yang mudah dengan langkah penyediaan yang teratur, membolehkan anda mencuba resipi ini sendiri di rumah.

Keunikan yang ada pada setiap resipi ialah menu tersebut merupakan resipi turun temurun ahli keluarganya dan ada juga diolah mengikut cita rasa sendiri. Hidangkan hasil air tangan anda berpandukan buku Air Tangan Mak Dara untuk menambat selera keluarga.

Judul: Air Tangan Mak Dara
Pengarang: Halimah Shuib
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd,Cheras, Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2013
Harga: RM 26.40
Mukasurat: v,118 ms   
Rating: 

Buku: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2 oleh Rukyanum Abu Masri

Buku: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2 oleh Rukyanum Abu Masri

No Perolehan: 2015- 06547  
ISBN 983-3247-52-0    
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa
Ringkasan/ Ulasan

Saya selaku penulis, berharap buku ini dapat membantu pembaca dan mendapat manfaat dari ilmu yang diperturunkan kepada semua. Namun begitu sama ada berkesan atau sebaliknya itu adalah ketentuan Allah. Kerana Allah sahaja yang member sakit dan Allah juga yang menyembuhkan sakit tersebut.

Saya menyarankan supaya setiap khasiat yang dilakukan di iringi dengan doa kepada Allah S.W.T., Sekian.

Judul: Koleksi Petua dan Rawatan Tradisional bahagia 2
Pengarang: Rukyanum Abu Masri
Penerbit: penerbitan Seribu Dinar sdn bhd, Kuala Lumpur.
Tahun terbitan: 2013            
Harga: RM 10.90
Mukasurat: x,183 ms   
Rating:

Buku: Buat Pahala Free Gaya Rasulullah oleh Mohd Khairul Nizam

Buku: Buat Pahala Free Gaya Rasulullah oleh Mohd Khairul Nizam

No Perolehan : 2014- 05904 
ISBN  : 978-967-411-327-8    
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori    : dewasa
Ringkasan/ Ulasan   :

Buat pahala memang payah?

Melakukan kebaikan itu memang ada masanya sukar. Contohnya mahu bangun solat subuh. Mesti berhadapan dengan air yang sejuk, perasaan mahu tidur, dan 1001 kepayahan. Tetapi akhirnya, kita mendapat pahala dan ketenangan jiwa.

Sebaliknya, untuk bangun awal pagi dan melakukan rompakan, adakah ia memang mudah? Adakah si pencuri tidak perlu memakai baju dan sebagainya? Bahkan kadangkala, dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Malahan, ada yang dibelasah orang kampung."

Jadi benarkah buat pahala memang payah? : )

Buku: Buat Pahala Free Gaya Rasulullah
Pengarang  : Mohd . Khairul Nizam
Penerbit     :    PTS Millennia Sdn Bhd, Batu Caves ,Selangor.
Tahun terbitan  :  2015            Harga    :12.00
Mukasurat     :    viii,112 ms               Rating       : 

Buku: MENGURUS HARTA CARA RASULULLAH oleh Mohammad Zaki Yahpar

Buku: MENGURUS HARTA CARA RASULULLAH oleh Mohammad Zaki Yahpar

No Perolehan: 2014-06362  
ISBN  978-967-0634 – 28-9   
Bahasa: Bahasa Malaysia
Kategori: dewasa

Ringkasan/ Ulasan
Di dalam buku ini terdapat contoh pengurusan harta yang baik adalah seperti yang digambarkan dalam al-Quran. Panduan yang diberikan adalah terbaik untuk manusia menguruskan harta untuk menghasilkan kehidupan yang sempurna dan sejahtera

Judul:   MENGURUS HARTA CARA RASULULLAH
Pengarang: Mohammad Zaki Yahpar
Penerbit: Pustaka Ilmuwan, Rawang , Selangor.
Tahun terbitan: 2015            
Harga: RM 19.00
Mukasurat: viii,182 ms   
Rating: 


ulasan oleh:
perpustakaan Awam Cawangan Lanchang

Monday, December 14, 2015

PENANGGUHAN PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG



MAKLUMAN
Kepada pelanggan Perpustakaan Awam Pahang,

PENANGGUHAN PERKHIDMATAN PINJAMAN BUKU PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
Dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Pinjaman Buku di Perpustakaan Awam Pahang, Jalan Gambut, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur akan dihentikan buat sementara waktu bermula pada 01/01/2016 bagi tujuan persiapan perpindahan ke bangunan baharu perpustakaan. Tuan/puan bolehlah membuat pemulangan buku melalui Kaunter Perkhidmatan dan Gelongsor Buku (Bookdrop) yang disediakan oleh pihak PPAP.

PERKHIDMATAN LAIN DI PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
Di sepanjang penutupan tersebut, Tuan/Puan masih boleh menggunakan perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak PPAP sehinggalah ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh menghubungi:-
1)  Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan Dan Maklumat di talian 09-5163411/09-5141606

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.