Buku TERSILAP PINANG ISTERI Pengarang NIESYA HANIE Penerbit GRUP BUKU KARANGKRAF 2014
NO. PEROLEHAN :DBER 14-06687
CALL NO. : F NIE
ISBN :978-967-446-021-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU
ULASAN:
Buku ini memaparkan kisah kekeluargaan dan percintaan yang rumit antara Syarina Azwana, Syarina Azwani,Hairul Zafrel dan Syahrul Zikri. Zwana dan Zwani adalah adik beradik kembar yang sangat seiras dari segi rupa tetapi berbeza dari segi sikap perlakuan. Zwana adalah kakak dan bersikap kasar, pergaulan bebas, sombong dan ego manakala Zwani, adik yang bersikap lemah lembut,pemalu,sopan,dan suka mengalah.
Hairul Zafrel yang telah jatuh cinta pandang pertama takkala melihat Zwani telah memasang tekad untuk memperisterikan Zwani tetapi malangnya telah tersalah kerana meminang kakak Zwani iaitu Zwana. Kekeliruan itu berlanjutan hingga di hari perkhawinan Hairul Zafrel dan Zwana.. Disebabkan terlalu sayangkan kakaknya, Zwani telah memaksa Hairul untuk teruskan majlis tersebut. Namun sikap sombong Zwana telah menyebabkan dirinya dipulau oleh Hairul Zafrel dan Ibu mentuanya.
Dalam masa yang sama,Hairul dan Zwani telah menjalinkan hubungan dibelakang Zwana kerana terlalu mengikut kata hati dan nafsu sehingga menyebabkan Zwani hamil. Hubungan itu dapat dihidu sepupu Hairul iaitu Syahrul Zikri dan Syahrul mengetahui kendungan Zwani apabila Zwani menawarkan diri untuk menderma darah kepada ayahnya yang terlibat dalam kemalangan. Syahrul Zikri ingin menyelamatkan maruah dan kandungan Zwani telah menawarkan Zwani untuk dijadikan isterinya. Zwani menyetujui tawaran Syahrul kerana mahu menyelamatkan kandungan dan hubungan rumahtangga kakaknya.
Perkhawinan Zwani dan Syahrul mengundang kemarahan Hairul lalu menceraikan Zwana.Zwana membawa diri melanjutkan pelajaran. Pertelingkahan Hairul dan Syahrul Menyebabkan Zwani dan anaknya meninggal dunia. Syahrul membawa diri ke luar negara.Hairul hidup dengan penyesalan.
JUDUL : TERSILAP PINANG ISTERI
PENGARANG : NIESYA HANIE
PENERBIT :GRUP BUKU KARANGKRAF
TAHUN TERBIT :2014
HARGA :RM19.90
MUKA SURAT :492
RATING :4/5
No comments:
Post a Comment