Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, March 2, 2016

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER bersama YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor


SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
 sember gambar: dteconsult.com.my

Permulaan sesi ini YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor mengajak semua peserta membuat andaian bahawa mereka mereke diberi peluang untuk memilih mahukan seorang anak lelaki atau seorang perempuan.

Peserta pilihan ditanya kenapa mereka memilih untuk mendapatkan seorang anak lelaki atau seorang anak perempuan.

Pelbagai jawapan diterima, antaranya (1) penyambung zuriat (2) merasa lebih stabil (3) pembahagian harta (4) boleh dibuat kawan (5) boleh menjaga masa tua (6) rasa selamat (7) dan macam-macam lagi.

Dalam sesi 'games' ini 75 peratus memilih untuk mendapatkan anak lelaki manakala selebihnya mahukan anak perempuan.

YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor membuat kesimpulan ringkas dari 'games' ini adalah, bukan anak mana yang penting. Perkara yang mahu ditekankan adalah kenapa membuat pilihan tersebut.

Memilih untuk mendapat anak lelaki atau anak perempuan adalah isu jantina.

Tetapi sebab kenapa memilih untuk mendapatkan anak lelaki atau anak perempuan adalah isu gender.

Isu jantina dan Isu Gender ini perlu dipandang dari sudut yang berbeza.

Isu jantina sesuai dikatakan sebagai ketentuan atau takdir atau kehendek tuhan. Bukan perkara yang mudah untuk kita menukar jantina seseorang setelah ditakdirkan itulah jantinanya. Mungkin kita boleh berdoa atau mengawal permakanan untuk membolehkan kita mendapatkan jantina anak yang dihajati. Setelah seseorang itu dilahirkan dengan jantinanya dia boleh memilih untuk melakukan pembedahan untuk menukar jantina.

Menurut YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Isu Gender sesuai dikatakan sebagai pengaruh budaya satu-satu masyarakat. Dari sudut budaya, ada situasi yang memang mendorong supaya kita lebih menghargai anak lelaki. Isu Gender ini kita boleh juga anggap sebagai pandangan masyarakat.

Pandangan masyarakat ini boleh diubah dengan mudah jika anggota masyarakat mahu menukar pandangan masing-masing terhadap isu ini. Seterusnya menukar budaya masyarakat. Inilah yang mahu ditunjukkan oleh Dr. Tengku Naufal.

Isu Gender disini bukan bermaksud merendahkan hukum Islam. Islam telah menghangkat martabat wanita kepada kedudukan yang amat tinggi berbanding dengan sebelum kedatangan Nabi dan Rasul yang akhir.

Amerika syarikat yang dianggap maju baru sahaja membenarkan kaum wanitanya mengundi pada tahun 1920. Dengan kata lain mereka baru sahaja memperbaiki Isu Gender ini pada tahun 1920 iaitu belum sampai 100 tahun.

Bagi melihat perkara ini dari sudut lebih luas, YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun 2015. Lebih kurang 210,000 adalah perempuan manakala 230,00 adalah lelaki. Perbandingan ini adalah hampir-hampir sama.

Tetapi apabila dilihat peratus pelajar yang mendapat tempat di universiti pada tahun 2015 menjadi terbalik. 70 peratus adalah pelajar perempuan manakala 30 peratus adalah pelajar lelaki.

Sepintas lalu, jika kita lihat kesan jangka panjangnya akan muncul lebih ramai pemimpin wanita yang memegang tugas sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen. Tambahan jika syarat kelulusan akademik menjadi syarat utama.

Seterusnya YM Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor menceritakan statistik pencapaian 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam pernah dicapai.

Seterusnya beliau mahu kita merujuk kepada Gender Developement Index (GDI). Bagi tahun 2013, Malaysia berada pada kedudukan 91 dikalangan 148 negara. Untuk info terbaru kita perlu merujuk GDI 2015.

Sebenarnya banyak perkara telah dikongsi oleh beliau dalam sesi yang menyeronokkan. Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah telah menghantar 5 orang pegawai bagi menghadiri seminar ini.

SEMINAR KEPIMPINAN DAN GENDER
1 Mac 2016 (Selasa)
8.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Samudera, INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM)
24007 Kemaman.

Sesi 1:
Gender vs Jantina: Satu Kupusan Berkenaan Kerelevenan Gender Dalam Kepimpinan
Sesi 2:
Peranan Penjawat Awam Dalam Mengarusperdanakan Gender

Rujukan:
DTeC designs and develop training options which are tailored to meet specific needs of the organization. These are based on an in depth assessment and analysis of the existing level of performance, and the level of performance which the organization wishes to achieve..[dteconsult.com.my]

Links:
1.  KESAKSAMAAN Gender adalah satu daripada agenda penting dalam usaha kerajaan mencapai objektif menjadi sebuah Negara maju berlandaskan pembangunan yang seimbang dalam arus globalisasi  pada masa kini. [umk.edu.my]
2. “The ultimate goal of gender mainstreaming is to achieve gender equality. Both men and women play roles to complement each other because each bring in different values, views, capabilities, and ways of doing things.” [niew.gov.my]
3. Tengku Dr Naufal Tengku Mansor said most women were taken advantage of because of a flawed concept where women were regarded as weak, unable to defend or make decisions for themselves. [thestar.com.my]
4. Yang berkongsepkan ceramah dan kaunseling bertujuan mengenalpasti dan menangani pelbagai permasalahan yang akan dibangkitkan berkenaan gangguan seksual. [gpmsuitm.wordpress.com]
5. Keganasan Terhadap Wanita Dari Perspektif Gender - PowerPoint PPT Presentation [powershow.com]
6. Majlis dimulakan dengan 'Ceramah Motivasi' berkaitan dengan 'Keganasan Terhadap Wanita' oleh Dr Tengku Naufal bin Tengku Mansor. Sila rujuk biodata beliau di bahagian bawah page ini.  Aku perolehi dari internet.  Menarik juga ceramah beliau.  Memberikan penjelasan tentang apa itu keganasan terhadap kaum wanita dari segi perundangan dan sosiologi.[coltoras1959.blogspot.my]
7. Artikel-artikel yang berkaitan dengan isu-isu Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. [kes2syariah.blogspot.my]
8. Victorian Personalities (Past & Present)- Over 2,100 names - Here is the reason why the Victoria Institution is great - its Old Boys and Old Girls, in every field of endeavour!  [viweb.freehosting.net]

No comments: