Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini telah dipromosikan dalam siaran TV MHI (TV3) ketika temubual ekslusif bersama Dr Narisa Hatun Damanhuri ahli IMAM Children and Teens Super Team - IMACATS Dr Narisa adalah wakil Teddy Team Kuantan yang telah bercerita tentang Teddy Bear Hospital (Kuantan).
Dr. Narisa di set Malaysia Hari Ini setelah selesai sesi temubual tentang Teddy Bear Hospital (Kuantan). Untuk melihat rakman siaran [facebook.com/sufia.julita/videos]
Program:
Teddy Bear Hospital (Kuantan)
Tarikh:
25hb(Jumaat) hingga 27hb (Ahad)
November 2016.
Tempat:
Petrosains Playsmart Kuantan
Masa:
9.00 pagi hingga 5.00 petang
JANGAN LUPA DATANG
Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini adalah program usahasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bersama IMACATS, Persatuan Perubatan Muslim Malaysia, Petrosains Smart, MIMPA, MedIIUM, Kid Herous, UM Cares dan Kementerian Kesihatan.
Teddy Bear Hospital (Kuantan) adalah suatu pendekatan untuk memberi
ruang yang selesa dan interaktif supaya kanak-kanak boleh mengenali persekitaran kemudahan kesihatan dan kaedah rawatan asas.
Melalui Teddy Bear Hospital (Kuantan) kanak-kanak dapat menangani perasaan bimbang dan takut untuk pergi ke hospital atau klinik. Kanak-kanak diberi peluang
untuk berinteraksi dengan Teddy Team dan Teddy Doctors.Semasa proses ini, Teddy Bear Hospital (Kuantan) akan turut memberi pendedahan kepada mereka tentang perkara harian kebersihan diri, kitar semula dan denggi.
Teddy yang terseliuh kaki perlu dibalut dengan bandage.
Teddy yang demam perlu diberi ubat demam.
Teddy yang luka perlu dicuci dan tampal lukanya dengan kapas atau plaster.
Teddy MESTI ikut nasihat doktor supaya cepat sembuh dan boleh bermain.
Tetapi, sementara menunggu giliran untuk pemeriksaan di stesen "RAWATAN" Teddy Bear Hospital, peserta kanak-kanak boleh melakukan beberapa aktiviti seperti kertas mewarna, kertas aktiviti, membaca dan menonton video yang disediakan diruangan
menunggu yang disediakan. Aktiviti-aktiviti menyeronokkan ini sudah tentu disediakan oleh
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).
Selain dari aktiviti, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang juga menyediakan beberapa lencana yang menarik untuk dipakai oleh peserta program Teddy Bear Hospital (Kuantan).
Dalam program Teddy Bear Hospital (Kuantan) ini juga akan diterangkan juga bagaimana cara untuk membuat guna semula dan kitar semula. Teddy Bear akan membantu keluarga peserta untuk menjadi keluarga yang peka tentang alam
sekitar. Tentu adik-adik seronok belajar tentang kepentingan kitar semula. Teddy Bear Hospital (Kuantan) Team dengan bantuan UMCares akan tunjukkan secara interaktif dan menyeronokkan caranya.Ada pula lencana The Malaysian Medical Gazette yang akan disertakan sebagai cenderamata Teddy Bear Hospital (Kuantan). Terima kasih kepada Malaysian Integrated Medical Professionals Association memberi sumbangan lencana ini
Jangan lupa kumur Teddy. Senyum!
Teddy Bear juga akan turut membantu kanak-kanak belajar memberus gigi dengan betul. Sesi ini akan dijalankan dengan bantuan Teddy Team Kuantan dan kakitangan Pejabat Kesihatan PKKTN.
Rupanya ada juga dijual baju doktor Teddy Bear. Dijual ikut saiz:.
Size 24 (umur 3-4)
Size 28 (umur 5-6)
Size 32 (umur 7-9)
Harganya pula adalah RM 40 sehelai tetapi diberi harga RM 70 jika membeli dua helai.
Ada warna pink dan biru. Boleh PM untuk buat tempatan. Semasa datang nanti boleh pakai.
Kalau sudah ada Perpustakaan tentu ada Buku dan sudah tentu kena ada Penanda Buku. Penanda buku ini antara hadiah percuma yang disediakan untuk kanak-kanak dan Teddy Bear yang berkunjung ke Teddy Bear Hospital (Kuantan) di Petrosains Playsmart Kuantan pada 25-27 November nanti. Jumpa di sana!
Terima kasih MedIIUM kerana menyediakan hadiah penanda buku ini.
Sebenarnya ada banyak perkara yang akan ditunjuk ajar jika peserta hadir di Teddy Bear Hospital (Kuantan).
Maklumat dan gambar adalah dari
[ facebook.com/teddyhospitalkuantan ]
No comments:
Post a Comment