BUKU Islam Tercalar PENGARANG Safrihadi PENERBIT Must Read Sdn Bhd
Jika dikaji tentang sejarah Islam jelas bahawa Islam adalah empayar yang besar di dunia,kini berpecah belah sejak kejatuhan nya pada zaman Empayar Turki Utsmaniah.Ini adalah berpunca daripada kelemahan umat Islam itu sendiri dan membawa kepada penjajahan Barat ,umat Islam mulai diserang dari segenap penjuru.Pendidikan Umat Islam dicorakkan mengikut acuan Barat.Dasar sekularisme diperjuangkan sehingga ke hari ini tidak ada Negara Islam yang memiliki Islam yang tulen.
Antara punca kelemahan umat Islam adalah kerana jiwa umat yang lemah,ukhwah yang longgar,pemimpin yang rosak,tidak mengenali musuh Islam dan kepimpinan ulama dan institusi islam yang lemah.Faktor ini menyebabkan Negara Islam hancur .Mengapakah umat islam mengikut cara hidup barat?Seperti kata pepatah “sesat dihujung jalan kembali ke pangkal jalan”.Umat Islam harus kembali semula memiliki ciri ciri zaman ketuanan Islam dimana pembangunan insaniah yang indah,iman yang kuat serta akhlak yang hebat.
‘Bersatu itu rahmat dan berpecah itu azab’Langkah pertama untuk bersatu itu, kenali musuh secara lahir dan batin. Insya Allah Islam pasti gemilang semula.Generasi baru Islam hari ini mesti dizahirkan dengan keperibadian yang teguh,komited serta cintakan agama.Di tangan merekalah nasib Islam dipertaruhkan untuk menyemarakkan Islam di puncak kegemilangan.
Pengarang : Safrihadi, 1961
Penerbit: Must Read Sdn .Bhd.
Harga: RM19.20
Mukasurat: 242 ms
No.Perolehan: 14-004913
No.Panggilan: 297.272
No.ISBN: 978-967-0716-20-6
Disediakan Oleh:
Zaliha Mohd Yunus
Pembantu Perpustakaan
PD Leban Chondong
Disemak Oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Awam Daerah Rompin
No comments:
Post a Comment