Tuesday, November 28, 2017

BUKU Kisah-kisah seram malam Jumaat PENERBIT SynergyMedia 2016

BUKU Kisah-kisah seram malam Jumaat PENERBIT SynergyMedia 2016

ULASAN BUKU NOVEMBER  2017
No Perolehan : ELUI000305
ISBN: 9-789674-447427
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Dunia seram seringkali dikaitkan dengan perasaan takut dan gerun terhadap sesuatu dan sangat berkaitan dengan minda dan fikiran individu. Setiap  individu mempunyai perasaan takut dan ada yang pernah melalui peristiwa yang menakutkan seperti di sakat oleh lembaga ataupun hantu.
Membaca buku ini akan  membuatkan pembaca terbayang-bayang dan menganggu fikiran pembaca. Siri seram ini sesuai untuk pembaca  yang gemarkan adventure. Buku ini menceritakan 75 kisah seram yang berbeza.,Ianya diolah dan dikarang berbentuk cerpen pendek. Setiap kisah akan membawa pembaca mengalami ketakutan dan perasaan seram yang berbeza.
Sebagai pembaca, perasaan ketakutan itu perlu  disegarkan secara positif. Tidak salah sekadar membaca untuk menajamkan cara berfikir, menceriakan amalan bacaan dalam pelbagai situasi.
Buku ini akan membawa minda pembaca meneroka alam ghaib dan menjadikan pembaca berfikir akan adanya kehidupan lain selain alam manusia. Buku ini sesuai untuk bacaan semua peringkat umur.

Judul:  Kisah-kisah seram malam Jumaat
Pengarang:
Penerbit: SynergyMedia
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 19.90
Muka surat: 240
Rating: -






Disediakan Oleh : Disemak oleh :



Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                               Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit                                                                        PAD Maran

No comments: