Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, September 14, 2018

Cara Menarik Pengguna Datang Ke Perpustakaan Menggunakan Teknik NLP Pacing dan Leading

NLP adalah satu keadan untuk meningkatkan keupayaan interpersonal-communication. Maka disini kita akan bertemu dengan istilah Pacing dan Leading.

Pacing adalah “menyamakan”
dan
Leading adalah “memimpin”.

Kejayaanya teknik ini adalah apabila kita berjaya LEADING iaitu “memimpin” bakal pengguna perpustakaan supaya mereka bersetuju dan mahu menjadi ahli atau pengguna perpustakaan.

Untuk dapat LEADING  iaitu “memimpin”  kita harus lebih dahulu melakukan PACING  iaitu “menyamakan” , sehingga wujud keserasian antara kita dengan bakal pengguna perpustakaan.

Bagaimana nak PACING?

Teknik PACING “menyamakan” digunakan dengan bertanya soalan yang menjurus kepada jawapan “YA”.

Tanya 3 soalan yang menjurus kepada jawapan “YA”  secara berturut-turut.

Ini seolah-olah membuatkan bakal pengguna perpustakaan rasa yang kita memahami diri mereka.

Contoh PACING:

Adakah anda susah hati tengok anak-anak terlalu asyik dengan handphone?
Adakah anda risau setiap kali balik sekolah terus tuju kepada handphone?
Adakah anda bimbang anak-anak tidak berminat siapkan kerja sekolah?

Seseorang yang bersetuju 3 kali secara berturut-turut dengan kita adalah lebih mudah untuk dipengaruhi sebab mereka rasa yakin kita faham mereka dan boleh bantu mereka.

Itu adalah Pacing.

PACING dilakukan untuk menciptakan RASA DEKAT (RAPPORT) sehingga dengan dekatnya akan terjalin hubungan saling PERCAYA (BUILDING TRUST) yang pada akhirnya tujuan utama kita akan tercapai yaitu MENGARAHKAN (LEADING) bakal pengguna perpustakaan supaya berminat untuk datang ke perpustakaan.

Siap cerita Pacing.

Ini pula Leading.

Bila anda dah bina kepercayaan, ini masanya untuk anda mula “Pimpin” pemikiran mereka.

Inilah masa untuk kita mula sikit demi sikit, cerita tentang apa yang perpustakaan boleh tawarkan kepada mereka.

Contoh LEADING:

Bersambung kepada Contoh PACING diatas.
Sekiranya jawapan Ya, Ya dan Ya maka kita tawarkan Program Buat Kerja Sekolah Di Perpustakaan (PBKSDP).

Kemudian, baru sikit demi sikit kita terangkan tentang produk kita PBKSDP.

No comments: