Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 19, 2021

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK / WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS / UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN / 2020

ULASAN BUKU 

Nafkah kepada isteri adalah satu bentuk pemberian wajib rentetan daripada akad perkahwinan yang sah. 

Pemberian nafkah ini adalah satu bentuk tanggungjawab suami kepada isteri.Namun pada masa kini kebanyakan wanita sudah mula menceburi dunia pekerjaan dan mempunyai pendapatan sendiri. 

Oleh itu masyarakat terkeliru sama ada pemberian wajib nafkah kepada isteri masih relevan atau sebaliknya. Bagi menyelesaikan masalah kekeliruan ini, buku ini hadir menjelaskan secara terperinci akan tanggungjawab suami kepada isteri.

Perbincangan dalam buku ini lebih memberi tumpuan kepada konsep dan falsafah nafkah dalam Islam. Selain itu, ia turut menyentuh tentang bentuk-bentuk dan ciri-ciri nafkah yang perlu diberikan kepada isteri. 

Perbincangan dalam buku ini juga turut meliputi  tentang pengguguran nafkah kepada isteri  serta nafkah dan hak isteri pada perkahwinan.

Moga buku ini memberi manfaat kepada para pembaca sekalian.

JUDUL BUKU NAFKAH ISTERI MENURUT HUKUM SYARAK

PENGARANG WAN NUR IZZATI WAN NOR ANAS

NO. PANGGILAN 340 . 59  /  WAN

ISBN 978 – 967 – 2231 – 34 - 9

PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

TARIKH / TAHUN TERBIT 2020

EDISI BAHASA BAHASA MELAYU

HARGA RM39.00

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

ULASAN BUKU PAD JERANTUT SIRI SEPTEMBER 2020

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI

CALL. NO : F/ABD

ISBN : 983-893-073-3

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : FIKSYEN MELAYU

ULASAN : 

Kalau belum terlaksana apa yang dihajati, belum bermakna Allah tidak akan menunaikannya. Sabarlah, lebihkan tawakal dan usaha.

Cerita ini mengisahkan tentang Buyung @ Pengiran Abdul Kudus, yang berfikiran liberal pulang ke tanahair setelah menamatkan pengajian di luar negara. Sementara menunggu kawan yang terlewat menjemput di lapangan terbang, hatinya terpaut pada seoarang gadis yang menunggu kepulangan bapanya dari Mekah. 

Bergetar tulang rusuknya lalu dia mengambil peluang untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Namun perbualan itu tidak berpanjangan kerana kawannya hadir mencelah suasana. Hanya nama Auda yang bermain di sanubari.

Setibanya di rumah keluarga, ibunya mengejutkannya dengan wasiat dari almarhum ayahanda yang bertulis agar Buyung mencari kenalannya ketika berada Force 136. Dengan kesibukan perkerjaannya sebagai perunding di firma swasta melupakan Buyung buat seketika. 

Akan tetapi mimpi sama yang berulang kali mengejutkan dia dari tidurnya membuatkan Buyung mengorbankan cuti hujung minggu mencari kawasan air terjun yang mengalir dalam mimpinya dan dalam masa yang sama berharap dapat mencari Awangah yang ditulis dalam wasiat itu. 

Titik pencariannya berakhir di kampung Batu Ragi daerah Segamat. Dia berjaya mencari air terjun dalam mimpinya tetapi tidak berjaya menjumpai Awangah dan juga Auda. Sikap degil mendorong dia mencari jawapan mimpi di kawasan air terjun tersebut. Tragedi yang menimpanya di air terjun tersebut merungkai misteri yang berpuluh tahun terpendam. Kecewa kerana tidak dapat menemui Awangah dan Auda. 

Buyung kembali membawa jiwa kosong ke Ibukota. Kesian dengan keadaannya yang kusut, rakannya mecadangkan seorang ustaz untuk dia kembali mencari dirinya. Sekembalinya Buyung dari Mekah,lalu dia menyambung pencarian. Hatinya kuat untuk kembali ke kampung Batu Ragi. 

Seketika di kampung Batu Ragi, Buyung menziarah rumah ketua kampung yang banyak membantu dan menyelamatkannya ketika ditemui di air terjun itu. Dan disitu juga rahsia tentang Awangah terbongkar bersama-sama dengan kehadiran Auda.

JUDUL : Di rahang sumpah

PENGARANG : Abd. Talib Hassan

PENERBIT : Creative Enterprise Sdn Bhd

TAHUN TERBIT : 1992

HARGA : RM 8.00

MUKA SURAT : 180 muka surat 

RATING : 5.5/10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

BUKU Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu / Radzi Sapiee @ merah silu / Wasilah Merah Silu Enterprise / Mac 2018

ULASAN BUKU PAD JERANTUT SIRI OKTOBER 2020

BUKU Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu / Radzi Sapiee @ merah silu / Wasilah Merah Silu Enterprise / Mac 2018

NO. PEROLEHAN : DJER 005364

CALL. NO : 306.4209595/RAD

ISBN : 976-967-10641-1-5

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN :  

Buku ini adalah hasil tulisan seorang graduan matematik University College of London yang menulis tentang usia bangsa melayu. Dan yang menariknya hasil kajian ini berdasarkan  matematik dan sains. Hasil kajian beliau turut disokong pembentangan pakar serta pencarian bahan ilmiah. 

Sejak bermulanya projek Gnome, pelbagai maklumat tentang pergerakan dan perkembangan manusia telah diperolehi termasuk kelompok yang menjadi orang melayu membina tamadun di rantau ini sejak 60,000 tahun yang lalu. 

Penulis juga percaya bahawa masa dan saiz tubuh manusia beratus ribu tahun yang lalu amat berbeza dengan masa dan saiz manusia pada zaman sekarang. Nabi Adam yang diturunkan ke bumi pada 5,872 SM menurut ilmu kitab adalah bersamaan dengan munculnya manusia Homo Sapiens terawal 209,000 tahun yang lampau berdasarkan sains. 

Beliau juga mengambil kira banjir nabi Nuh menurut kitab selari dengan letusan gunung berapi di Danau Toba 74,000 tahun yang lalu. Ini dijadikan asas kepada beliau untuk melakukan pengiraan matematik untuk mencari tahun kewujudan bangsa melayu. 

Pada pendapatnya yang bangsa melayu telah menghuni benua Sunda ini sekitar 60,000 tahun yang lalu dan menyebar benih-benih sejauh Madagascar, kepulauan Samoa dan kepulauan Hawaii.

JUDUL : Nabi Adam dan orang melayu 60,000 tahun lalu

PENGARANG : Radzi Sapiee @ merah silu

PENERBIT : Wasilah Merah Silu Enterprise

TAHUN TERBIT : Mac 2018

HARGA : RM 55.00

MUKA SURAT : 320 muka surat 

RATING : 5.5/10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT


BUKU Inteligensia penyuluh nusantara / Mohd Rashidi / Lestari Hikmah / 2020

PAD JERANTUT SIRI NOVEMBER 2020

BUKU Inteligensia penyuluh nusantara / Mohd Rashidi / Lestari Hikmah / 2020

 

NO. PEROLEHAN : Koleksi sendiri

CALL. NO : 320.5409595 / MOH

ISBN : 789671 777107

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : SAINS MASYARAKAT

ULASAN : Penulisan dalam buku ini mengungkap kembali kepahlawanan tokoh di nusantara dimana mereka bukan sahaja hebat berpencak silat berbunga falsafahnya tetapi mereka hadir bersama denyut nadi masyarakat dan seterusnya mengerakkan massa. 

Sudah tentu semangat itu tidak hadir dengan semata-mata semangat dan sentimen sahaja tetapi juga dituruti dengan kepekaan, keilmuan dan sifat kritis. Syed Sheikh al-Hadi, Dr.Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Muhamad Natsir, Haji Misbach dan juga Pak Hamka merupakan tokoh-tokoh yang tidak asing lagi di nusantara terutama sekali di Malaysia dan juga Indonesia. 

Hadirnya pemikiran, idea dan perjuangan mereka  secara langsung dan tidak langsung mencorak dan mewarnai sejarah kemerdekaan, perkembangan intelektual dan budaya kedua-dua buah negara serumpun ini.

JUDUL : Inteligensia penyuluh nusantara

PENGARANG : Mohd Rashidi

PENERBIT : Lestari Hikmah

TAHUN TERBIT : 2020

HARGA : RM -

MUKA SURAT : 122 muka surat

RATING : 5.0 / 10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

BUKU TOKSIN MASUK TOKSIN KELUAR / PENGARANG Dr.Yasmeen Farouk Mohamed

ULASAN BUKU BAGI BULAN NOVEMBER 2020

BUKU TOKSIN MASUK TOKSIN KELUAR / PENGARANG Dr.Yasmeen Farouk Mohamed


Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd

Tahun terbit : 2012

Harga : RM13.00

Muka surat : 150

No. Perolehan: 002168

Bulan Bacaan : November  2020

No.ISBN : 9789831246603


ULASAN:


Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku di dalam sistem badan yang boleh menyebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pelbagai penyakit.


Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab . Ia sebenarnya adalah hasil daripada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pemilihan makanan yang betul di samping mengamalkan pengambilan nutrisi suplemen dapat memberi harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.


Diulas oleh : Nor Afidah Anom bt Yunus, Perpustakaan Desa Balok

Disemak oleh : Ahmad Aziddin B Ahmad, Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan