Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 19, 2021

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

ULASAN BUKU PAD JERANTUT SIRI SEPTEMBER 2020

BUKU Di rahang sumpah / Abd. Talib Hassan / Creative Enterprise Sdn Bhd / 1992

NO. PEROLEHAN : KOLEKSI SENDIRI

CALL. NO : F/ABD

ISBN : 983-893-073-3

BAHASA : MALAYSIA

KATEGORI : FIKSYEN MELAYU

ULASAN : 

Kalau belum terlaksana apa yang dihajati, belum bermakna Allah tidak akan menunaikannya. Sabarlah, lebihkan tawakal dan usaha.

Cerita ini mengisahkan tentang Buyung @ Pengiran Abdul Kudus, yang berfikiran liberal pulang ke tanahair setelah menamatkan pengajian di luar negara. Sementara menunggu kawan yang terlewat menjemput di lapangan terbang, hatinya terpaut pada seoarang gadis yang menunggu kepulangan bapanya dari Mekah. 

Bergetar tulang rusuknya lalu dia mengambil peluang untuk berkenalan dengan gadis tersebut. Namun perbualan itu tidak berpanjangan kerana kawannya hadir mencelah suasana. Hanya nama Auda yang bermain di sanubari.

Setibanya di rumah keluarga, ibunya mengejutkannya dengan wasiat dari almarhum ayahanda yang bertulis agar Buyung mencari kenalannya ketika berada Force 136. Dengan kesibukan perkerjaannya sebagai perunding di firma swasta melupakan Buyung buat seketika. 

Akan tetapi mimpi sama yang berulang kali mengejutkan dia dari tidurnya membuatkan Buyung mengorbankan cuti hujung minggu mencari kawasan air terjun yang mengalir dalam mimpinya dan dalam masa yang sama berharap dapat mencari Awangah yang ditulis dalam wasiat itu. 

Titik pencariannya berakhir di kampung Batu Ragi daerah Segamat. Dia berjaya mencari air terjun dalam mimpinya tetapi tidak berjaya menjumpai Awangah dan juga Auda. Sikap degil mendorong dia mencari jawapan mimpi di kawasan air terjun tersebut. Tragedi yang menimpanya di air terjun tersebut merungkai misteri yang berpuluh tahun terpendam. Kecewa kerana tidak dapat menemui Awangah dan Auda. 

Buyung kembali membawa jiwa kosong ke Ibukota. Kesian dengan keadaannya yang kusut, rakannya mecadangkan seorang ustaz untuk dia kembali mencari dirinya. Sekembalinya Buyung dari Mekah,lalu dia menyambung pencarian. Hatinya kuat untuk kembali ke kampung Batu Ragi. 

Seketika di kampung Batu Ragi, Buyung menziarah rumah ketua kampung yang banyak membantu dan menyelamatkannya ketika ditemui di air terjun itu. Dan disitu juga rahsia tentang Awangah terbongkar bersama-sama dengan kehadiran Auda.

JUDUL : Di rahang sumpah

PENGARANG : Abd. Talib Hassan

PENERBIT : Creative Enterprise Sdn Bhd

TAHUN TERBIT : 1992

HARGA : RM 8.00

MUKA SURAT : 180 muka surat 

RATING : 5.5/10

DI SEDIAKAN OLEH : HARUL AZAM BIN MAT NOOR

PEMBANTU PUSTAKAWAN (S19)

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

No comments: