Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, July 18, 2024

Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Trevelog Haji Mengubah Sempadan Iman / Muhd Kamil Ibrahim / PTS Publishing House / 2018

No Panggilan : 297.352 MUH. ISBN : 9789674811488

Kategori : Agama Islam (dewasa)

Ringkasan/ Ulasan :

Buku judul Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman (Edisi Terkini) ditulis oleh Saudara Muhd. Kamil Ibrahim berdasarkan pengalaman beliau sendiri mengerjakankan ibadat haji. Pada kulit buku ini juga tercatat ‘terjual lebih 100,000 naskhah’ telah menarik minat saya untuk meneruskan pembacaan buku ini.  

Bab 1 hingga 14 penulis dengan tulus ikhlas berkongsi dan bercerita pengalaman sebenar beliau sebelum mendapat hidayah untuk mengerjakan ibadat haji. Penceritaannya disampaikan secara santai dan mudah dibaca tetapi mempunyai pelbagai pengertian yang tersirat dan tersurat. Misalnya, Bab 9, ‘Bertaubat di Florence’, bagaimana beliau tanpa berputus asa mula berdoa mohon keampunan walaupun belum lagi menjejak kaki di Tanah Suci. 

Secara keseluruhan beliau ingin sampaikan ibadat haji bermula bukan semasa kita berniat dan berpakaian ihram. Bukan pula berakhir sesudah meninggalkan Madinah ataupun Mekah. Pemahaman pada konsep haji melangkaui semata-mata bagi memenuhi rukun Islam yang kelima ternyata dapat mengubah perspektif ibadat haji itu sendiri.

Justeru itu, buku ini dapat memberi manfaat dari segi kesediaan mental dan fizikal, rohani dan jasmani serta zahir dan batin. Selamat membaca!!

Judul : Trevelog Haji; Mengubah Sempadan Iman

Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim

Penerbit : PTS Publishing House Sdn. Bhd

TahunTerbit : 2018

Harga : RM 20.90

Mukasurat : 262

Disediakan Oleh : Zulkepli Bin Haron. Ketua Perpustakaan Daerah. Perpustakaan Awm Daerah Maran.

No comments: