Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, April 17, 2013

DValley Lipis

Rombongan pelawat dari Bahagian Rangkaian PNM dan Bahagian Rangkaian PPAP telah sampai ke Daerah Lipis pada jam 9.00 malam.

 01. Menunggu nasi goreng cendawan.
 02. Nasi goreng biasa aja.
 03. Matahari pagi.
 04. Nasi goreng DValley Lipis
 05. Cafe DValley Lipis
 06. Hiasan di Cafe DValley Lipis menggunakan warna Merah dan Putih. Mungkin kerana bangunan hotel DValley ini adalah bekas bangunan Umno Lipis.
 07. Pemandangan dari Cafe DValley Lipis
 08. Ruang Santai di tingkat tiga Hotel DValley Lipis.
 09. Kaunter pendaftaran DValley Inn Lipis.
 10. DValley Inn Lipis ada menyediakan Basikal Oscar untuk disewa oleh penyewa di hotel ini. Bawarannya RM5.00 sejam.
 11. Ruang depan pintu masuk DValley Inn Lipis
 12. Bangunan DValley Inn Lipis
 13. Masakan khas Lipis, boleh makan dengan nasi atau pulut.
14. Daging istimewa Orang Lipis.

PD Sri Hamzah (Lawatan PNM PD 3/2013)

Lawatan terakhir pada 15hb April 2013 ini adalah PD Sri Hamzah. PD ini terletak dalam kawasan Kemayan Pahang.

 01. Cik Rokiah Mohd Kasim adalah jurugambar pada hari ini.
 02. Memeriksa laporan
 03 Menyediakan laporan
 04. Menilai kerosakan
 05. Mendengar penerangan
06. Mengesan masalah.

PD Sri Hamzah (Lawatan PNM PD 2/2013)

Seterusnya meneruskan lawatan ke PD Sri Buntar.

 01. Kelihatannya ini adalah gambar Cik Laduni di PD Batu Papan bukan di PD Sri Buntar. Tersesat. Bukan sahaja kenderaan yang membawa pelawat PNM boleh tersesat tetapi gambar mereka juga boleh tersesat.
 02. Bersedia untuk memulakan pemeriksaan.
 03. Hiasan di PD Sri Buntar.
 04. Periksa.
 05. Tengok.
 06. Tulis dan tenong.
 07. Bincang.
 08. Catat
 09. Mendengar
 10. Analisa
 11. Bergambar kenangan. Encik Azidin, Puan Siti Suhana, Cik Laduni, Puan Zarina, Puan Afzan, Cik Rokiah, Cik Siti dan Encik Sam.

PD Batu Papan (Lawatan PNM PD1/13)

PD Batu Papan adalah hentian pertama lawatan Bahagian Rangkaian (Pahang) PNM. Turut hadir semasa lawatan ini adalah Ketua Kampung Batu Papan.

 01. Puan Siti Suhana Adnan sedang memikirkan perkara yang perlu diberikan perhatian. Cik Laduni Abdul Ghani sedang memeriksa fail laporan
 02. Encik Sam Sani sedang menilai kerosakan.
 03. Ada hidangan makan tengahari.
 04. Berhenti makan sekejap sebelum menyambung semula pemeriksaan.
05. Inilah lauknya, ikan patin Batu Papan.

Friday, April 12, 2013

16. Hakikat makrifat menyucikan badan

 16. Hakikat makrifat menyucikan badan,
Air Maal Hayat yang menjalankan,
Zikrullah yang diasyikkan,
kurangkan tidur ataupun makan.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, April 11, 2013

Perasmian Perpustakaan UTC Pahang oleh YAB Perdana Menteri

Akhirnya pada 11hb April 2013, tepat jam 11.50 pagi YAB Perdana Menteri telah sampai ke Perpustakaan UTC untuk menghargai kesungguhan kakitangan, pegawai dan Pengarah dalam menyiapkan Perpustakaan UTC. 

Kakitangan, pegawai dan pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik bagi menjadikan Perpustakaan UTC Pahang dapat memenuhi keperluan masyarakat bandar Kuantan.

Turut mengiring adalah YAB Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Mohd. Ali Hamsa
 01. YAB Perdana Menteri sedang dalam perjalanan menuju ke Perpustakaan UTC.
 02. Ini adalah plak Perasmian Perpustakaan UTC yang bakal ditandatangan oleh YAB Perdana Menteri.
 03. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang menghulurkan pen kepada YAB Perdana Menteri untuk diturunkan tandatangan sebagai tanda merasmikan Perpustakaan UTC Pahang.
 04. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang menanti YAB Perdana Menteri menurunkan tandatangan pada plak Perasmian Perpustakaan UTC Pahang.
 05. YAB Perdana Menteri melambaikan tangan kepada Kumpulan Koir Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang menyambut kunjungan YAB Perdana Menteri ke Perpustakaan UTC dengan lagu Budaya Membaca.

Semaikan dijiwa budaya membaca
Pasti bertambah ilmu yang ada
Bangsa dan usia bukan ukuran
Yang membezakan …….Kebijaksanaan

Korus
Bacalah bacalah mari membaca
Mudah dilakukan di mana berada
Bacalah dengan mata dan hati
Dunia luas kita terokai

Beraneka jenis bahan bacaan
Yang bermanfaat pilihan utama
Orang berilmu dipandang mulia
Semaikan budaya membaca

Bacalah bacalah mari membaca
Jadikan membaca budaya kita ( 4 X )

Jadikan membaca … Budaya kita 

 06. YAB Perdana Menteri sedang ramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Tiara yang turut memeriahkan Perasmian Perpustakaan UTC.
 07. YAB Perdana Menteri telah singgah bagi kali kedua di Perpustakaan UTC untuk bergambar dengan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan kanak-kanak Tadika Tiara.
08. Inilah Plak Perasmian Perpustakaan UTC yang telah ditandatangan oleh YAb Perdana Menteri.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah menjadi Perdana Menteri Malaysia  bermula pada 3 April 2009. Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib yang lahir pada 23 Julai 1953 akhirnya diangkat menjadi Perdana Menteri ke-6. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib mula menceburkan diri dalam politik berikutan kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein di London pada 14 Januari 1976.

YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib telah menang tanpa bertanding ketika merebut kerusi Parlimen Pekan yang kosong, akibat kematian bapanya. Ketika itu beliau berumur 23 tahun, dan merupakan ahli parlimen paling muda pernah dilantik ketika itu.

YAB Dato' Seri Najib juga menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
1982-1986 - Menteri Besar Pahang
1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
1995-1999 - Menteri Pendidikan

Semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dicapai oleh Negara Kita Malaysai dibawah kepimpinan  YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

PERKHIDMATAN DI PERPUSTAKAAN UTC 
TELAH DIPINDAHKAN KE JALAN KEMUNTING.
DISINI DISEDIAKAN PERKHIDMATAN 
YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH SELESA.

Wednesday, April 10, 2013

Persediaan Perasmian Perpustakaan UTC Kuantan Pahang oleh YAB Perdana Menteri.

Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sedang membuat persiapan akhir bagi Perasmian UTC Kuantan yang melibatkan Perasmian Perpustakaan UTC Kuantan. Masyarakat boleh berkunjung ke Perpustakaan UTC yang berada di aras tiga bangunan UTC Pahang.

UTC Pahang akah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 11hb April 2013 pada jam 9.00 pagi. Orang ramai dari seluruh daerah di Negeri Pahang dialu-alukan untuk hadir.
 01.  Bersantai dengan iPad
 02. Menunggu yang tersayang
 03. Membaca panduan untuk mengeratkan kasih sayang.
 04. Berbincang mencari jalan penyelesaian
 05. Bersedia menerima kedatangan
 06. Mencari idea kreatif untuk menceriakan Perpustakaan UTC
 07. Bergambar sambil menahan nafas supaya perut nampak kempis.
 08. Menyiapkan kios
 09. Menikmati kemudahan 'bacaan ringan' di Perpustakaan UTC
 10. Menggunakan kemudahan internet bagi mencari maklumat yang bermanafaat
 11. Melayan anak-anak
 12. Melayan kawan sehati sejiwa
 13. Semua perlu disediakan sebelum perasmian
 14. Ok. Okk. OKKK. Siap
 15. Akhbar juga disediakan
 16. E-news juga disediakan
 17. ...mintak-mintak la, ramai orang datang. Tidak sunyi koi.
 18. Berlatih.
 19.Juru latih
20. Belum letih?

PERKHIDMATAN DI PERPUSTAKAAN UTC 
TELAH DIPINDAHKAN KE JALAN KEMUNTING.
DISINI DISEDIAKAN PERKHIDMATAN 
YANG LEBIH BAIK DAN LEBIH SELESA.