Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 4, 2011

Bangunan Baru PAD Pekan

Pembinaan bangunan baru Perpustakaan Awam Daerah Pekan telah dimulakan pada 1hb. Jun 2009. Bangunan seluas 1,561 meter persegi ini telah berjaya disiapkan pada 12hb Disember 2010. Akhirnya majlis penyerahan bangunan Perpustakaan Awam Daerah Pekan telah disempurnakan pada 30hb Disember 2010.

Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Pekan telah dibina oleh AKS Bina Corporation Sdn. Bhd yang beralamat di Alor Akar Kuantan. Antara mereka yang terlibat langsung dalam pembinaan ini adalah En. Rodzuan, Tuan Syed Eddy Asyraf, Puan Sa'adah, Cik Rosazlina, Syed Kamal Bahrim, En. Mohd Isa Baba, En. Fedriz Roze dan En. Syed Halmi. Terima kasih diucapkan kepada mereka semua.
J
Lawatan ke Galeri Khat
I
Galeri Khat di PAD Pekan
H
Penerangan daripada TA JKR Pekan Puan Sa'adiah.
G
Penyampaian cenderamat daripada Pengarah PPAP Hajah Faridzah Jaafar kepada Encik Rodzuan
F
Penyampaian cenderamat daripada Pengarah PPAP Hajah Faridzah Jaafar kepada Cik Salbiah
E
Penyampaian cenderamat daripada Pengarah PPAP Hajah Faridzah Jaafar kepada Encik Che Azmi
D
Majlis menandatangani dokumen penyerahan bangunan.
C
Penyampaian kunci daripada AKS Bina kepada JKR. Seterusnya JKR telah menyerahkan kepada KPKK. Seterusnya KPKK telah menyerahkan kepada PNM dan PNM telah menyerahkan kepada PPAP.
B
Ucapan daripada Encik Che Azemi Haron, Setiausaha Kanan Pejabat Setiausaha Kanan Pengurusan. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
A
Barisan hadapan: Hajjah Faridzah, En. Rodzuan (JD Pekan), En. Azmi Haron (SUB Kanan), Isteri En. Azmi Haron, Cik Salbiah (Pengarah Bahagian Prasarana Ilmu dan Maklumat PNM), En. Zamri (Jurutera KPKK)
Barisan belakang: En. Adam (Pustakawan PNM), En. Isa (AKS Bina), En. Fedriz (AKS Bina), Cik Rosazlina (Juruteknik JKR Pekan), Puan Saodah (TA Kanan JKR) dan Puan Rohaida (Ketua Perpustakaan Awam Daerah Pekan)

sumber gambar: Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

No comments: