Assalammualaikum....
Fuh....rupenye dah 7 hari tahun 2011. Cepatnye minggu berlalu...hujan pula turun tanpa henti. Dah sinonim hujung-hujung tahun proses "membasuh" bumi setelah 10 bulan bumi berpanas. Namun ada bagusnya, longkang yang busuk dah tak busuk...pokok-pokok lama berganti dengan generasi baru yang hijau...udara yang kotor, kini kembali bersih..dan 'mood' manusia pun juge berubah menjadi bertambah 'cool'. Tah ape yang saya mengarut ni pun tak tau lah...
Ok lah, saya tau anda pernah mengalami situasi kehilangan fail dan folder dalam Pendrive, External Hard Disk ataupun Memory Stick macam SD Card dan micro SD. Ada juge kes, semua folder jadi short cut je...ade juge jadi FOLDER.exe.. Ini memang sisebabkan oleh serangan virus. Bile dah kene macam ni, gunalah ape-ape antivirus pun memang takkan boleh dapat balik fail atau folder tu. Antivirus cuma buang virus je, sedangkan kes folder hilang disebabkan setting dalam Registry Windows dah tak betul. Kenapa tak betul dah? sebab virus dah execute command dalam Registry Windows tu.
Kire macam ni lah mudah faham, anda dah masak nasi lemak kat dapur, tibe-tibe masa nak hidang tu, dalam periuk tu jadi nasi goreng...maknanya ada orang dah 'kenekan' anda tanpa disedari ia dirancang...kire macam tu lah virus punye hal. Rasanya maksud sampai tak? Virus hanya mempermainkan anda sahaja melalui Registry Windows. Kalo tak caya, klik START, RUN, dalam tu taip REGEDIT, cube bukak H_KEY LocalMachine kemudian delete folder-folder dan fail yang ada, selepas restart PC mesti PC jadi sangkut-sangkut...try lah kalo berani. Sedikit sahaja setting diubah oleh virus, macam-macam error message yang keluar ketika anda menggunakan PC. Folder takkan hilang melainkan hanya disorok...dan-dan je main sorok-sorok...
Ok lah, senang cerita ikut je cara kat bawah ni
1- Proses ini takkan function pada PC yang rosak terkena virus atau O.S rosak. Mesti kene ada 1 unit PC atau Laptop yang elok takde virus. Masukkan pendrive yang terhilang folder tu pada USB port.
2- Bile O.S dah detect, ingat!! jangan buka. Close/pangkah je..tengok drive mana dia detect ( F:\ atau G:\ atau H:\ atau lain-lain )
3- Pada desktop, klik START, RUN, taipkan CMD. Pastu taip pula CD\, dan Enter. Sekarang anda boleh lihat C:\>_ kan? Pastu, taip pulak attrib f:\*.* /d /s -h -r -s
4- Jika Pendrive detect pada drive G:\, tukar je lah huruf F:\ tu kepada huruf G:\ dan sebaliknya...
5- Bile dah taip attrib f:\*.* /d /s -h -r -s, tekan Enter.
6- Biar je Command tersebut execute dan running hingga selesai.
7- Tunggu proses selesai hingga keluar semula c:\>_
Oleh : Ijan Lanchang
3 comments:
salam.meera dah cuba tuto nih.sukses..Meera nk mintak izin share di blog meera jugak yup.:)
salam.meera dah cuba.sukses.meera nak mintak izin kongsi di blog meera jugak yerk.::)
Gembira rasanya bila dapat tau petua ni dapat membantu MeeraGadisApril.
Kalau ada apa-apa masalah yang nak dikongsi boleh kami dapatkan jawapan dari Ijan Lanchang
Post a Comment