(Hari ini adalah hari bergambar, sebab tu pakai baju sedondon warna hijau muda)
Cik Nurul Azlina telah memulakan persekolahan awalnya di Sekolah Tadika Beserah Kuantan. Tamat Tadika Beserah sambung ke Sekolah Kebangasaan (Perempuan) Methodist Kuantan (MGS). Sambung pula ke Sekolah Menengah Kebangasaan Tanah Putih (SMTP). Sambung lagi ke Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib Kuantan (SMART) dan akhirnya sampailah di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
(Itulah tarikh penting dalam hidup mereka berdua)
Puan Nur Hidayah pula menjejakkan kaki ke sekolah pertamanya di Sekolah Tadika Lepar Utara 01. Tamat tadika sambung ke Sekolah Kebangasaan Lepar Utara dan tentulah menyambung persekolahan di Sekolah Menangah Lepar Utara. Lepas tu menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Padang Saujana dan akhirnya berjaya sampai ke Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.
(Sedang mendapatkan bahan dari Jejaka Kacak PPAP)
Cik Nurul Azlina dan Puan Nur Hidayah belajar di UITM dalam bidang yang sama iaitu Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat. Bezanya Cik Nurul Azlina mengkhusus dalam bidang Perpustakaan (15220) sementara Puan Nur Hidayah dalam bidang Pusat Sumber (15223).
Kata-kata azimat yang telah membawa mereka berdua hihgga ke peringkat ini adalah; 'Usaha Membawa Kejayaan' dan 'Usaha, Doa & Tawakal'.
Facebook:
Cik Nurul Azlina binti Aziz
Puan Nur Hidayah binti Gani
No comments:
Post a Comment