[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Thursday, June 8, 2017

Program Buka Buku Buka Puasa 2017 PPAP

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang akan mengadakan program khas bersempena bulan puasa ini iaitu PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 yang bertempat di Padang MPK 1 Kuantan dan berhampiran dengan Masjid Negeri.

PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 diadakan dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan (KESUPA) kakitangan Perpustakaan Awam Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang.

Pengisian PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 ini bermula pada jam 4.30 petang apabila diadakan Edaran Bubur Lambuk. Seterusnya pada jam 6.20 petang diadakan pula Bacaan Ayat suci Al-Quraan. Seterusnya pada jam 6.30 petang adalah Edaran Bahan Bacaan. Akhirnya sebelum berbuka diadakan Program Santai Jiwa.

Untuk merasai bagaimanakah sebenarnya pengisian PROGRAM BUKA BUKU BUKA PUASA 2017 marilah kita hadir seperti seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 jun 2017 (Rabu)
Masa: 4.30 petang - 7.00 petang
Tempat: Padang MPK 1 Kuantan
Program: BUKA BUKU BUKA PUASA

Gambar keluarga kakitangan PPAP berbuka puasa di padang.

Berbuka puasa di Padang MPK1 ini sudah menjadi kebiasaan orang bandar Kuantan setiap kali bulan Ramadan. Dikatakan ianya bermula kira-kira tahun 2009. Apabila orang yang bekerja di pusat bandar tidak sempat pulang kerana jalan raya sesak. Disebabkan itu, mereka terpaksa membeli juadah di bazar berhampiran dan berbuka di atas padang sebelah bazar.. Kini ianya dianggap sebagai satu Identiti Bandar Kuantan.

Bagi penduduk luar Kuantan, ada yang melihat ianya sebagai satu keunikan apabila berbuka puasa ala-ala berkelah di Padang MPK, Kuantan ini. Setiap kali menjelangnya buan ramadhan, sudah tentu Padang MPK berhampiran Masjid Negeri ini menjadi salah satu tempat yang boleh menarik para pengunjung untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga.

Salah satu sebab mengapa Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1 (MPK1) ini dipilih adalah kerana ianya berhampiran dengan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah dan Bazar Ramadhan. Lokasi ini berada di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang.

Berbuka puasa di Padang MPK1 bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk Kuantan malah para pengunjung dari daerah lain juga sanggup datang dari jauh untuk merasai kelainan berbuka puasa di sini disamping membeli keperluan raya.

Satu pesanan bagi mereka yang baru hendak mencuba berbuka di Padang MPK ini adalah kena datang awal. Kalau lambat susah nak dapat parking ysng dekat-dekat. Alamatnya orang sudah berbuka kita baru sampai ke padang.

No comments: