Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, May 24, 2011

Rasmi U-Pustaka Pahang -bicara setem oleh Persatuan Filateli Malaysia

Pengisian menarik semasa Pelancaran u-Pustaka Peringkat Negeri Pahang adalah 'Bicara Setem' oleh Dato' Pahlawan Anuar Bashah Mohd Sohore Presiden Persatuan Filateli Malaysia (Philately Society of Malaysia). Untuk menjadi peminat setem kita perlu membiarkan imaginasi kita membawa kita ke sempadan tanpa had. Kata beliau, kalau kita melihat setem yang mempunyai harimau, kita perlu teliti bagaimana rupa harima tersebut digambarkan. Adakah harimau tersebut tersenyum. Kalau tersenyum bagaimana harimau itu tersenyum. Kalau kita melihat gambar KDYMM Sultan Pahang, kita boleh teliti rupa dan corak yang ada pada tanjak yang dipakai. Corak yang diletakkan ada ceritanya. Terserah pada kita untuk mencari cerita-cerita disebalik gambar yang ada ada satu-satu setem.

Peminat setem dan pengumpul setem adalah kelompok yang berbeza. Peminat setem adalah orang yang berminat mengkaji gambar-gambar dan info yang berkaitan dengan setem. Mereka ini tidak memiliki pelbagai koleksi setem tetapi mereka ini mempunyai maklumat tentang setem. Kita boleh mendegar pelbagai cerita tentang setem.

Sementara pengumpul setem pula adalah orang yang meminati setem dan akan berusaha untuk mengumpul atau memiliki setem tersebut. Bagi pengumpul setem, mereka boleh bercerita tentang setem-setem tersebut dan boleh menunjukkan contoh sebenar setem yang diceritakan.
12
'The first Sultan Stamps with Portrait of KDYMM Sultan Pahang' dengan sampul suratnya sekali. Kata Dato' Pahlawan Anuar Bashah lagi, adalah lebih baik kita menyimpan setem dengan sampul suratnya sekali. Pada sampul surat tersebut ada banyak maklumat yang berkaitan dengan setem tersebut. Jika setem tersebut diasingkan daripada sampul suratnya, maklumat tersebut akan hilang. Antara maklumat yang akan hilang adalah alamat penerima, cop pejabat pos dan tarikh pos.
11
The first Sultan Stamps with Portrait of KDYMM Sultan Pahang.
10
The first Sultan Stamps - the process of preparing the design 1933-1934 survey department.
09
The unique overprint on plain paper, 'Pahang Four Cents'. Setem 4 sen yang dicetak pada kertas kosong sahaja.
08
Overprint on Perak stemps. Setem Pahang telah dicetak semula pada setem Perak.
07
The famous - Pahang Bisected Stemps. Setem telah dikerat untuk mengurangkan jumlah harga yang ada pada setem.
06
Pahang, The Second Permanent Issue 1895-1899.
05
Pahang, The First Permanent Issue 1891-1895.
04
Dato' Pahlawan Anuar Bashah Mohd Sohore Presiden Persatuan Filateli Malaysia telah mempersembahkan gaya yang menarik semasa membicarakan tentang setem Pahang. Kebanyakan peserta memberikan sepenuh tumpuan semasa beliau menerangkan tentang setem.
03
The First Stamps of Pahang 1889-1891
02
YB.Dato' Shahaniza Binti Shamsuddin dan Puan Hajjah Faridzah bt Jaafar turut tertarik dengan penerangan oleh Dato' Pahlawan Anuar Bashah Mohd Sohore tentang setem-setem Pahang.
01
Hasil dari sesi 'Bicara Setem' yang diberikan oleh Dato' Pahlawan Anuar Bashah Mohd Sohore Presiden Persatuan Filateli Malaysia semasa Pelancaran u-Pustaka Pahang telah berjaya menimbulkan minat beberapa orang peserta untuk meneruskan Hobi Setem.

Pesan Dato' Anuar 'BIARKAN IMAGINASI ANDA BERKEMBANG SEMASA MELIHAT SETEM'.

LINKS:
1. sampulfdc.blogspot.com
2. stamp-mart.blogspot.com
3. thegreat-stampsarena.blogspot.com
4. ainulmardziah.blogspot.com
5. sampulfdc.blogspot.com
6. ammbiz.wordpress.com

No comments: