Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 19, 2011

Majlis Pelancaran u-Pustaka Negeri Pahang

Majlis Pelancaran U-Pustaka Negeri Pahang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang pada 16hb. Mei 2011 bertempat di Dewan Dagangan Indera Mahkota Kuantan Pahang. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah diwakili oleh YB.Dato' Shahaniza Binti Shamsuddin, DIMP., AMP., BCM. Adun Kuala Sentul merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
Turut hadir di majlis ini adalah Pengarah Perbadanan Perpustakaan Pahang, Puan Hajjah Faridzah binti Jaafar, AMP. Manakala Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah diwakili oleh Encik Mohd Shafie b Harun, Pengarah Wilayah Timur SKMM.
Pengisian Majlis Pelancaran U-Pustaka Negeri Pahang turut menyediakan Slot Bicara Filateli oleh Pengerusi Persatuan Filateli Malaysia, Y.Bhg Dato Pahlawan Anuar Bashah b Haji Mohd Sohore. Beliau berkongsi pengalaman sebagai peminat dan pengumpul setem. Dalam Slot Bicara Filateli ini beliau menceritakan tentang setem berkaitan dengan negeri Pahang dan setem Kesultanan Negeri Pahang.
Encik Zainal Abidin bin Mat Rabit, PKC Ketua Pembantu Tadbir Pejabat RISDA Negeri Pahang yang ditemui semasa majlis pelancaran tersebut menyatakan rasa "Saya sangat teruja dengan pelancaran u-Pustaka Negeri Pahang. Lebih-lebih lagi apabila Negeri Pahang adalah negeri yang pertama melancarkan u-Pustaka. Melalui usaha sebegini Pahang akan dapat melahirkan lebih ramai penulis dan sasterawan"
Manakala Encik Rosli bin Jamil Pengurus PBUN (Pembimbing Usahawan Negeri) Kompleks Dagangan Indera Mahkota Kuantan pula menyatakan "Saya seorang yang minat buku, saya suka membeli buku, membeli secara online memudahkan saya mendapatkan bahan. Kini melalui u-pustaka saya dapat pula meminjam buku secara online. Amat memudahkan saya bagi mendapatkan bahan rujukan"
Majlis U-Pustaka Negeri Pahang pada 16 Mei 2011 ini bertepatan pula dengan Hari Guru. Semoga U-Pustaka akan dapat mengeratkan hubungan antara guru-guru dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
07
YB.Dato' Shahaniza Binti Shamsuddin, DIMP., AMP., BCM. Adun Kuala Sentul merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
06
Memerhati skrin perasmian.
05
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Pahang, Puan Hajjah Faridzah binti Jaafar, AMP.
04
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Pahang
03
YB.Dato' Shahaniza dan Puan Hajjah Faridzah sedang berdoa.
02
Tetamu VIP jemputan.
01
Encik Mohd Shafie b Harun, Pengarah Wilayah Timur SKMM

LINKS:
u-library.gov.myLink

No comments: