Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, January 10, 2012

Kumpulan Penyelengaraan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

KUANTAN. Semua bangunan perpustakaan berhadapan dengan kerosakan bangunan yang berterusan. Kerja pembaikan yang dilakukan oleh kontraktor mengambil masa yang lama. Masalah ini telah mendapat perhatian Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Beliau berharap kerosakan kecil boleh dibaiki segera oleh kakitangan yang berkebolehan dalam bidang pembaikan. Dengan cara ini kerosakan kecil dapat dibaiki segera kerana tidak perlu menunggu pembaikan oleh kontraktor dan berharap dapat menjimatkan banyak perbelanjaan.

Pada 4hb. Oktober  2010 Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengarahkan penubuhan Kumpulan Penyelengaraan Dalaman PPAP. Hasil gabungan usaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Rangkaian Perpustakaan, kumpulan ini mampu mempercepatkan penyelesaian aduan mengenai kerosakan-kerosakan kecil.

Sehingga kini Kumpulan penyelenggaraan ini telah berjaya membantu perpustakaan daerah, cawangan dan desa menyelesaikan kerosakan-kerosakan kecil.

 1. menggantikan mentol lampu
 2. membaiki pintu
 3. membaiki tingkap
 4. mengesan kebocoran
 5. membaiki atap
6. pelbagai barangan dibawa bagi mempercepatkan kerja membaiki kerosakan kecil

No comments: