LAMPIRAN 1
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
MENJADI AHLI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK
1. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis.
2. Pegawai dari PPAP akan melawat ke tempat jabatan/organisasi/
pertubuhan/kelab/persatuan yang memohon untuk berbincang dan meninjau
kedudukan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
3. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan dikehendaki
menyediakan satu tempat @ rak khas untuk menempatkan buku-buku pinjaman
kelompok supaya tidak bercampur dengan koleksi sendiri bagi memudahkan
dari segi kawalan.
4. Seorang pegawai juga hendaklah ditugaskan supaya bertanggungjawab ke atas pinjaman.
51 Peraturan untuk membaca hendaklah disediakan oleh
jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang menerima
perkhidmatan pinjaman kelompok.
6. Sebanyak 100/300 naskhah buku boleh dipinjam dalam tempoh 1/3
bulan. Lanjutan pinjaman untuk jangka masa 2 minggu lagi boleh dibuat
sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
7. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan hendaklah
menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengambil dan memulangkan
buku-buku yang dipinjam dan bagi Perpustakaan Awam Daerah yang mempunyai
perkhidmatan bas bergerak, pihak kami akan datang untuk menghantar
serta mengambil bahan/buku di lokasi jabatan/organisasi
/pertubuhan/kelab/persatuan.
8) Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
9. Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan adalah
bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang
atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Enakmen Perbadanan Perpustakaan
Awam Pahang 1973 (Enakmen Pahang No. 11 tahun 1973), Peraturan-Peraturan
Perbadana Perpustakaan Awam Pahang 1977.
10. Jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan yang meminjam buku
secara berkelompok dikehendaki bersetuju secara bertulis akan mematuhi
syarat-syarat pinjaman berkenaan dengan menandatangani Perjanjian
Pinjaman Kelompok PPAP.
11. Kelulusan diberi hanya setelah pihak pegawai perpustakaan berpuashati dengan segala syarat-syarat di atas.
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
No comments:
Post a Comment